Pages

Thursday, September 23, 2010

Serangan ke atas konvoi pasti berlaku



TEL AVIV - Ketua Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Gabi Ashkenazi menegaskan pertembungan di atas kapal konvoi bantuan ke Gaza pada masa hadapan akan mengakibatkan lebih banyak kecederaan dan kematian.

Pemimpin tertinggi pasukan tentera Israel itu membentangkan penilaian beliau di Parlimen selepas terdapat laporan sebuah lagi kapal bantuan ke Gaza akan berlepas dari Libya untuk menyertai konvoi besar yang akan berlayar dari Eropah ke Gaza. 

"Ini adalah cabaran kepada IDF, jika kita bertembung dengan kapal yang banyak dan mereka menggunakan kekerasan, kita tidak dapat mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan dan kematian. 

”Kami memberi perhatian kepada konvoi terbesar yang disertai puluhan kapal yang akan berlayar dari Eropah dengan penumpang dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat," katanya.

No comments: