Pages

Thursday, September 23, 2010

Lebih 10 juta kanak-kanak mangsa banjir



GENEVA - Sekurang-kurangnya 10 juta mangsa banjir di Pakistan adalah kanak-kanak yang turut menghadapi masalah kesihatan, pemakanan, pendidikan dan perlindungan. 

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dalam laporan berhubung bencana ini menyatakan, krisis kemanusiaan di Pakistan kini terlalu kritikal. 

"Masyarakat dunia perlu segera menghulurkan bantuan kepada lebih 20 juta penduduk Pakistan, khususnya memandangkan hampir separuh jumlah itu adalah kanak-kanak dan remaja," menurut laporan itu yang dikeluarkan di Geneva, kelmarin. 

Unicef merayu bantuan AS$252.3 juta (RM780.5 juta) yang dapat digunakan untuk membantu mangsa banjir sehingga Julai 2011.

No comments: