Pages

Thursday, September 23, 2010

Lebih 10,000 buah sekolah rosak di Pakistan




BEBERAPA penduduk menolak sebuah trak selepas ia terperangkap di kawasan banjir di Sujawal, selatan Pakistan semalam.


ISLAMABAD - Banjir di Pakistan telah merosakkan lebih 10,000 buah sekolah dan menjejaskan pembelajaran berjuta-juta pelajar di negara berkenaan.
Ekoran itu, pelaburan yang besar diperlukan untuk menjadikan penduduk negara tersebut celik ilmu.
Hujan lebat pada Julai lalu di kawasan utara dan banjir yang mula merebak ke bahagian selatan menenggelamkan banyak kampung dan tanah ladang sekali gus menjejaskan kehidupan di kawasan seluas England.
"Lima hingga enam peratus daripada semua sekolah telah rosak akibat banjir.
"Ini bermakna 1.5 juta hingga 2.5 juta pelajar telah menerima kesannya. Jumlah tersebut boleh meningkat dan akan meningkat," kata seorang pegawai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Umar Amal.
Umar memberitahu lebih 9,780 buah sekolah mengalami kerosakan akibat banjir itu. - AFP

No comments: