Pages

Saturday, September 4, 2010

Presiden Palestin dikritik hebat




BENJAMIN NETANYAHU (kanan) dan Mahmoud Abbas (kiri) membincangkan keamanan di Asia Barat di Jabatan Negara Amerika Syarikat, Washington kelmarin.


BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam kembali ke negaranya selepas menyertai rundingan Asia Barat di Washington manakala Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan berdepan kririkan keras kerana bersetuju menghadiri rundingan itu.
Netanyahu dan Mahmoud berunding di Jabatan Negara, Washington kelmarin dalam pertemuan dianggap bersejarah bagi mewujudkan perdamaian di Asia Barat.
Netanyahu tiba dari Amerika Syarikat (AS) pada waktu tengah hari semalam.
Namun, beliau tidak memberikan sebarang komen kepada pemberita semasa berada di dalam pesawatnya atau di lapangan terbang.
Sementara itu, seorang aktivis Palestin, Mustafa Barghouti turut menyertai protes bagi menentang rundingan damai antara Palestin dan Israel disambung semula.
Beliau mendakwa, kerja-kerja pembinaan penempatan haram Yahudi menghalang peluang untuk mendapatkan keamanan.
“Kami bimbang bahawa kedua-dua pihak hilang peluang terakhir untuk mencapai penyelesaian dengan mewujudkan dua buah negara bersebelahan,” katanya. – AP

No comments: