Pages

Saturday, September 4, 2010

Gegaran terkuat Gunung Sinabung




GAMBAR menununjukkan Gunung Sinabung mengeluarkan asap di Tanah Karo, Sumatera Utara kelmarin.


TANAH KARO - Gunung berapi Sinabung di Indonesia yang tidak aktif sejak empat abad lalu sekali lagi mengeluarkan debu panas setinggi tiga kilometer ke udara semalam.
Fenomena itu, menakutkan penduduk sekitar kawasan gunung tersebut sehingga menyebabkan mereka melarikan diri untuk mencari tempat yang lebih selamat buat kali kedua pada minggu ini.
Gegaran dari letusan itu merupakan yang terkuat setakat ini dan ia dapat dirasai sejauh lapan kilometer.
"Letusan kali ini merupakan yang terkuat. Kami semua berlari sekuat yang kami mampu. Semua orang berada dalam keadaan panik," kata seorang saksi, Anto Sembiring.
Anto bertindak meninggalkan kedai kopinya yang terletak tidak jauh dari kawasan gunung berapi untuk menyertai beratus-ratus penduduk lain yang berlindung di sebuah pusat perlindungan. - AP

No comments: