Pages

Monday, August 2, 2010

Perkahwinan ‘diraja’ anak Bill Clinton



GAMBAR menunjukkan Marc Mezvinsky (kiri), isterinya, Chelsea (dua dari kiri), Hillary dan Bill di Astor Court, Rhinebeck, New York kelmarin.


RHINEBECK – Chelsea Clinton yang merupakan anak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton berkahwin dengan kekasihnya di sebuah hartanah mewah di Sungai Hudson di ini dengan dihadiri sejumlah kecil tetamu kenamaan kelmarin.
Perkahwinan Chelsea, 30, dan kekasihnya, Marc Mezvinsky, 32, di kawasan rumah mewah Astor Courts dianggap seperti perkahwinan keluarga diraja.
Chelsea merupakan satu-satunya anak pasangan Bill dan isterinya, Hillary.
Kawasan rumah tempat majlis perkahwinan itu berlangsung seluas 20 hektar dan terletak 160 kilometer ke utara bandar raya New York.
Bill dan Hillary kemudian mengeluarkan kenyataan semalam bagi mengucapkan terima kasih bagi pihak pengantin baru kepada penduduk di sini kerana menyambut ketibaan mereka pada hari istimewa itu.
Semasa remaja, Chelsea dan Mezvinsky menjalin hubungan sebagai rakan di Washington dan kedua-dua mereka belajar di Universiti Stanford.
Pasangan itu kini tinggal di New York.
Mezvinsky bertugas di sebuah syarikat lindung nilai manakala Chelsea telah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Columbia dalam bidang kesihatan awam pada awal tahun ini. – Agensi

No comments: