Pages

Monday, August 2, 2010

Amerika cadang tubuh tentera siber



LAS VEGAS 1 Ogos - Seorang pakar perisikan komputer telah menyediakan kertas cadangan kepada kerajaan Amerika Syarikat supaya membina sebuah pasukan tentera siber yang mampu menceroboh pertahanan siber negara musuh.
Menurut rancangan tersebut, tentera siber yang dianggarkan seramai seribu anggota itu akan terdiri daripada komando elit komputer sehingga kepada lepasan universiti yang mendapat latihan asas komputer.
Menurut Charlie Miller yang mempunyai pengalaman selama lima tahun bersama Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika di bawah pimpinan Pengarahnya Michel Hayden berkata, persediaan dan perancangan untuk tujuan itu akan memakan masa selama dua tahun dan belanja sebanyak AS$100 juta (RM320 juta).
Miller semalam telah membuat perbincangan mengenai strategi peperangan dengan beberapa penggodam komputer di pusat pengumpulan data Defcon di Las Vegas.
"Saya membayangkan Korea Utara telah meminta saya mendalangi serangan siber terhadap Amerika,"
"Saya akan melakukannya secara realiti," kata Miller kepada AFP.
Miller menjelaskan bahawa beliau sebenarnya telah diminta oleh Pusat Pertahanan Kecemerlangan Siber Koperasi di Estonia untuk memainkan peranan umum dalam senario teori serangan secara berkomputer.
Beliau sebelum ini telah berkongsi keputusannya pada persidangan NATO di Amerika pada Jun lalu.
"Sebelum ini saya tahu perkara ini mudah, namun sekarang saya memahami lebih mendalam bahawa perkara ini memang mudah," katanya. - AFP

No comments: