Pages

Monday, July 19, 2010

Tentera Israel rampas tanah petani Palestin

RAMALLAH: Israel menyita 5 juta meter persegi tanah pertanian di Beit Awla, di barat Hebron, Ttebing Barat untuk melanjutkan pembinaan tembok apartheid.
Minggu lalu, tentera Israel mengerahkan petani di Beit Awla mengosongkan tanah mereka yang akan ditukar menjadi kawasan ketenteraan. Sulaiman Al Adem, Ketua Majlis Perbandaran Beit Awla melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa Palestin dan menggesa tindakan diambil terhadap tentera Israel.
Menurutnya tentera Israel merampas tanah petani di Beit Awla, Khalat Al Nahla dan Umm Al Khanazeer.

Beliau berkata, tentera Israel memberi tempoh 45 hari kepada petani untuk membuat rayuan membantah perintah itu di Mahkamah Israel. Petani juga dilarang datang ke kawasan tanah yang dirampas jika tidak mahu nyawa mereka melayang. - Agensi

No comments: