Pages

Monday, July 19, 2010

Guru arah cium kaki

RIYADH: Kementerian Pendidikan menamatkan khidmat guru warga Syria berusia 42 tahun yang memaksa pelajar mencium kaki atau dahinya bagi mendapatkan 10 markah percuma atau lulus ujian matematik.
Menurut Jabatan Pelajaran Riyadh, semalam, jawatankuasa yang dibentuk bagi menyiasat guru yang mengajar di sekolah persendirian itu memutuskan untuk menghantarnya pulang ke negara asal.
Namanya turut disenarai hitam bagi mengelak dia memohon mana-mana jawatan di jabatan kerajaan atau agensi swasta di negara itu pada masa depan.

Jawatankuasa itu melaksanakan keputusan selaras tindakan pihak pentadbiran sekolah yang memecatnya. Kejadian dilaporkan berlaku di sekolah persendirian Al-Bara’a.

Beberapa pelajar melutut bagi mencium kaki guru matematik warga Syria itu, sementara ada juga yang mengucup dahinya. Terdapat juga pelajar yang terdesak untuk lulus ujian terpaksa melakukan kedua-dua perbuatan itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Pendidikan dan Penyelidikan di Majlis Shoura, Dr Ahmad Aal-Mufrih berkata: “Keputusan dikenakan terhadap guru itu sebagai hukuman kepada mereka yang memperkecilkan peraturan di negara ini” Ibu bapa pelajar di sekolah terbabit memuji tindakan pantas kementerian dan menganggapnya sebagai keputusan bijak bagi melindungi maruah pelajar yang diperkotak-katikkan guru berkenaan. Mereka juga mahu kementerian memantau perkembangan di sekolah persendirian bagi mencegah kejadian serupa berulang. - Agensi

No comments: