Pages

Sunday, June 6, 2010

kita harimau yang sedang “tidur”



Assalamualaikum…
Saya ingin mengongsikan sebuah kisah yang diceritakan dari seorang sahabat lama suatu ketika dulu. Mungkin ada yang pernah mendengar kisah ini.
Kisahnya bermula begini:
Pada suatu hari di dalam sebuah hutan di dalam sebuah negeri, muncul seorang pemburu lengkap dengan peralatan memburu. Aktiviti memburu sudah menjadi hobi.
Pada hari itu dia menjumpai seekor anak harimau belang yang kehilangan ibu. Tidak pula sahabat saya itu menceritakan bagaimana pemburu tersebut menemui anak harimau tersebut. barangkali kerana comel, pemburu itu membawa pulang anak harimau itu untuk di pelihara.
Pemburu itu juga adalah seorang pengembala kambing. Oleh kerana anak harimau itu masih kecil, pemburu itu meletakkannya di kandang kambing bersama ibu kambing dan anak-anak kambing. Bermula la kehidupan anak harimau itu bersama Kambing-kambing peliharaan.
Lumrah anak kecil, perlu untuk menyusu.
Adakah anak harimau itu menyusu?
Ya. seperti anak-anak kambing, dia menyusu pada ibu kambing. Ibu kambing sudah di anggap ibunya sendiri walaupun hanya ibu susuan. Anak-anak kambing sudah di anggap adik-beradik sendiri walaupun hanya adik-beradik susuan.
Hari berganti hari, siang dan malam silih berganti. Membesar la dia bersama adik beradiknya. Dari hanya menyusu, si ibu mengajar meragut rumput dan mengembek.
Adakah anak harimau itu mengembek?
Ya. dia pun mengembek seperti seekor kambing.
Adakah anak harimau itu meragut rumput?
Ya. Dia meragut di padang rumput bersama ibu dan abang-abangnya, itupun bila mana berpeluang untuk bersiar-siar di luar kandang.
Begitulah kehidupan anak harimau itu membesar. Membesar bersama sekumpulan kambing dengan cara hidup kambing. Kini dia membesar sehingga zaman remaja.
Pada suatu petang ketika dia meragut rumput bersama-sama sekumpulan kambing yang lain di tanah terbiar berhampiran hutan, muncul seekor harimau dewasa dari celah-celah rumput yang panjang. Maka bertempiaran la akan sekalian kambing.
Adakah anak harimau itu melarikan diri?
Ya. dia berlari mengekori ibu dan abang-abangnya tanpa menoleh lagi. Kehairanan la si harimau dewasa itu lalu mengejar anak muda itu. Kerana kuderat yang lemah, maka tertangkap la dia oleh harimau itu.
Bertanya la si harimau yang bengis itu kepada dia, ” Kenapa kau lari”.
” Aku lari bersama saudara-saudara ku dari kau”, jawabnya.
” Itu bukan saudara mu!”. kata harimau dewasa itu.
” Kau adalah dari kalangan aku”, sambungnya lagi.
” Aku tidak seperti mu, aku mirip mereka itu”, jawab si anak muda itu.
Di tarik la dia ke sungai oleh harimau dewasa itu lalu dipimpinnya ke tepi sungai.
” Nah! cuba kau lihat”, sambil menuding ke bayangan ke air sunagi.
” Adakah dirimu seperti mereka?”.
” Lihat pula diriku, adakah seperti mu?”, jelas harimau itu.
begitulah kisah anak harimau itu. Kini dia sedar dia adalah seekor harimau yang gagah dan di takuti oleh kambing.
Nah, apakah kaitannya dari kisah ini pada kita?
kita adalah anak harimau itu, hidup dengan cara hidup kambing.
Sesungguhnya Nabi junjungan kita telah mengajar kita dengan cara hidup terbaik, cara hidup Islam. Kerja-kerja kenabian adalah cara hidup kita, seperti para-para Sahabat lakukan adalah mirip seperti nabi. Mencontohi nabi dan mengamalkan Sunnah Nabi.
Umat Islam kini di aniaya di seluruh dunia kerana tidak mengamalkan cara hidup islam/Nabi. Di perlekeh, di sembelih, di perkosa dan di persenda seenaknya. Inilah kelemahan umat islam bila menjauhi Sunnah. Umat islam taksub dan mengagungkan cara hidup orang kafir/yahudi. Pendidikan, Politik, Ekonomi, semuanya mencidok dari acuan Yahudi & Nasrani. Di anggap Moden dan Relevan dengan Zaman.
Kekuatan Umat Islam, bila mana Sunnah di amalkan sebagai cara Hidup. Para sahabat memenangi peperangan dan meluaskan empayar dan menguasai bidang ilmu kerana mereka mengamalkan kerja-kerja kenabian. Tuhan yang sama membantu mereka ketika Nabi turut bersama dan Tuhan yang sama juga membantu mereka ketika kewafatan Nabi. Ini kerana apa? kerana mereka membuat kerja-kerja kenabian.
Tuhan yang sama juga akan membantu umat islam hari ini bila mana Sunnah menjadi amalan harian & cara hidup.
Allah akan meletakkan kegentaran pada musuh-musuh islam. Kemuliaan, ilmu dan dunia akan menjadi milik umat islam bila Sunnah di jadikan cara hidup.
Keluarkan diri kita dari cara hidup kafir, kerana kita adalah hebat. Tamadun Islam akan kembali gemilang bila Kerja-kerja kenabian menjadi agenda ummah.
Sekian.

No comments: