Pages

Saturday, February 6, 2010

PERHATIAN- DAJAL-Sedar dan Bangkit Wahai Umat Islam...

Assalamualaikum kepada kawan2 selamba org yang aku hormati sekalian.. Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku mulakan segalanya...Its a start of Jihad.. Mungkin ramai yang tertanya-tanya what its all about thread ini... Mungkin ada segelintir kawan2 selamba org sudah baca apa yang akan aku post di thread aku forum yang lain.. Mungkin ada juga yang belum membacanya.. Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang semua ini.. Mungkin ada yang masih belum tahu.. Ada juga yang masih kabur-kabur..

Apa yang akan aku cubakan lakukan ialah untuk menerangkan apa yang kabur dan menyuluh apa yang gelap dengan sedikit sebanyak ilmu yang aku ada.. Apa yang akan aku kongsi dalam thread ini adalah tentang perancangan-perancangan Dajal/The Antichrist/The Hidden Hand dalam usaha untuk menguasai dunia kita secara menyeluruh.. Aku juga akan berkongsi tentang Imam Mahdi, sejarah sebenar bangsa Melayu, konspirasi-konspirasi dunia, pertubuhan-pertubuhan rahsia di seluruh dunia (Illuminati, Freemason dll), zaman kebangkitan Islam, penyelewengan terhadap agama kristian sebenar, kemunculan panji-panji hitam dan lain-lain..Sesungguhnya, masa untuk kita semakin hari semakin hampir.. SANGAT HAMPIR! Cuma kita tidak tahu dengan tepat bilakah kiamat akan berlaku. Hanya Allah yang maha mengetahui.. Tapi kita sebagai umat akhir zaman haruslah mengkaji dan bersedia untuk menghadapi semua ini. Banyak tanda-tanda kecil yang sudah berlaku. Aku tidak mahu cerita tentang tanda-tanda kecil di sini, aku mahu berkongsi tentang tanda-tanda besar yang semakin menghambat kita. Kita sekarang sudah berada di peralihan tanda kecil kiamat ke tanda besar..

Aku bagi satu contoh tanda kiamat kecil, banyak bangunan pencakar langit dibina.. Itu sudah lama terjadi di dunia ini. Apa yang akan aku kongsi dalam thread ini adalah kemunculan tanda-tanda besar! Kemunculan Dajal, Imam Mahdi dan lain-lain.Aku juga akan sertakan sumber-sumber hadis-hadis sahih dan ayat-ayat Al-Quran bagi mengukuhkan lagi info-info ini.

Pertama, aku akan menggunakan bahasa dan perkataan baku di sini untuk memudahkan mane-mane org untuk menyalin semula info-info di dalam thread ini ke mana-mana blog atau forum.. Juga memudahkan untuk diterbitkan e-book jika ada yang berkeinginan..

Keduanya, aku akan cuba berusaha untuk menyusun info-info di dalam thread ini dengan lebih teratur. Aku juga harap kwan2 selamba org sekalian untuk memberi komen dan pendapat tentang apa yang aku post ini supaya kita dapat juga berkongsi maklumat dan memperbetulkan mana yang salah jika ada..

Jika ada info-info yang aku kongsi nanti bertentangan dengan info-info yang anda semua tahu aku harap anda semua dapat kongsi di sini.. Sama-sama kita ajak saudara Islam kita yang lain membaca info-info ini. Sedarkan mereka sebelum terlambat.

Aku juga akan sedaya upaya update thread ini jika berkesempatan.. Banyak kejutan yang anda semua tidak menyangka selama ini akan dibongkarkan.Insya Allah semoga kita sama-sama dapat keberkatan dan perlindungan dari Allah s.w.t... Stay tuned! Wake Up People!!

Ok, step pertama.. Untuk memudahkan anda semua faham, aku syorkan anda semua download koleksi video The Arrival... tapi masalahnya video ini semakin susah didapati kerana ada pihak-pihak tertentu yang tidak mahu video ini disebarkan kepada orang ramai. Kenapa? Sebab mereka tidak mahu rahsia sebenar mereka terbongkar. Jadi video ini boleh dikategorikan sebagai rare. Mungkin masih ada di youtube, tapi kebanyakannya tiada audio dan tidak mengcukupi. Video ini mengandungi 53 part dan setiap part lebih kurang 10 minit... Tapi tidak perlu bimbang kerana aku sempat mendownload koleksi video ini semasa baru diterbitkan dan tidak kena ban! Dan aku up balik kt mediafire. Aku kongsi koleksi video ini dekat sini... Alhamdulillah...

No comments: