Pages

Saturday, February 6, 2010

Jajak Warisan….Adakah ianya FAKTA dan KEBENARAN.

Jajak Warisan….Adakah ianya FAKTA dan KEBENARAN.



Sultan Yusuf Sharifuddin Mu`azal Shah (Sultan Perak Ke-27).
Jejak Warisan telah menjejaki susurgalur baginda yang dipercayai masih wujud hingga kini dan bagindalah mewarisi pelbagai alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka dari ayahanda beliau Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 Marhum Durian Sebatang Sultan Perak Ke-22 (1851-1857).


Atas dasar ini kita perlu balik ke pangkuan agama yang menjadi teras rujukan kita terutama ketika kita dalam kesesatan kerana kekurangan bahan kajian. Sejarah Berulang Kembali adalah merupakan kata-kata keramat yang digunakan orang seluruh dunia. Manakala pembohongan menjadi sebahagian daripada perjalanan sesuatu sejarah itu sendiri dan ianya juga menjadi penyebab jatuhnya sesebuah empayar.

Sesungguhnya pendedahan berani ini terhadap pelbagai kemelut yang berlaku sekarang serta menyentuh secara terang-terangan institusi diraja atau Kesultanan Melayu Melaka khususnya. Ini secara tidak langsung akan mencemarkan institusi itu sendiri dan apatah lagi mereka yang pernah mendakwa sultan Melaka tidak diambil sebarang tindakan walaupun pelbagai pihak menafikannya.

Tindakan kerajaan yang mengambil mudah soal ini telah mengundang persoalan yang lebih besar antaranya adalah;
Dimanakah letaknya maruah MAJLIS RAJA-RAJA yang terpaksa berdiam diri walaupun dicemari sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu? Sedangkan bangsa sendiri tidak menghormati raja atau sultannya, oleh itu janganlah kita menaruh harapan bangsa lain akan menghormatinya.


SEJARAH BERULANG KEMBALI

Kesultanan Melayu Melaka khususnya merupakan hirarki yang tertinggi dalam kepimpinan negara. Sepatutnya ianya harus dihormati dan dipelihara kedaulatanya. Sesungguhnya sultan yang berdaulat sentiasa disanjungi rakyat jelata.

Kalau dikaji sehalus-halusnya, kedaulatan sultan itu datangnya dari beberapa sumber yakni:

Melalui Sejarah Melayu : Keturunan Sultan Melayu berasal dari RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN ( Keturunan Nabi Ishak A.S ).

Melalui Sejarah Melayu : Perkahwinan dengan Puteri India telah mengikuti amanat Nabi Allah Khidir A.S

Melalui Sejarah Melayu : Perjanjian Sumpah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun iaitu “Raja tidak boleh zalim terhadap rakyat dan rakyat tidak boleh menderhaka kepada Raja.

Kebanyakan Sultan di negara ini berketurunan Syed yang bermaksud keturunan ARAB Bangsa Quarish. Yang mana pada tahun 2005 kerabat diraja di beberapa negeri pernah mengambil inisatif dengan memanggil pengkaji-pengkaji sejarah dan para ulamak diseluruh nusantara untuk memastikan kewujudan pertembungan susur-galur Rasulullah S.A.W dengan Kesultanan Melayu.

Sebagai Pemerintah Islam yang berdaulat akan sentiasa disanjungi rakyat jelata yang bersatu-padu tanpa berbelah-bahagi dengan membina empayar menentang musuh yang berpengalaman, lebih kuat dan besar seperti kerajaan MAJAPAHIT dan SIAM. Kesultanan Melayu Melaka amat mengutamakan kepentingan rakyat dan ini dituntut oleh Islam. Atas dasar ini Melaka menjadi sebuah empayar yang makmur, hebat dan mahsyur serta disegani di rantau ini suatu ketika dahulu.

Kenapa pihak berwajib tidak memandang serius terhadap kewujudan Sultan Melaka.

Saya kehairanan mengapa dan kenapa ramai sangat orang yang mendakwa sebagai Sultan Melaka sejak kebelakangan ini. Sesungguhnya kedaulatan sultan jangan dipandang remeh. Sebab itu kita lihat banyak tempat atau tapak sejarah di negeri Melaka masih menjadi misteri dan akan terbongkar satu-persatu setelah naik tahktanya Sultan Melaka yang sebenar.

(Sultan Mahmud Syah Keturunan Raja Parameswara Penuh Kontroversi)

Sebagai rakyat jati Melaka, saya amat tersinggung terhadap pemerintah negeri yang telah menukar taraf kediaman Gabenor Melaka kepada Istana di Bukit Beruang Melaka baru-baru ini. Seperti mana yang kita sedia maklum, istana merupakan kediaman sultan atau raja sahaja. Asal sejarah Negeri Melaka adalah negeri berdaulat. Jangan jadi bangsa Melayu yang tidak beradab untuk mencemarkan minda generasi akan datang. Inspirasi terbinanya Istana Melaka kini mendorong ramai yang menuntut menjadi sultan.

Sudahlah menjadi satu sindiran pada anak Melaka bahawa;

Ada Bukit dan Lubok diberi pada Cina,
Ada Tanjung dan Kampung diberi pada Keling,
Ada Tempat juga diberi nama Kampung Portugis, Kampung Belanda dan Kampung Jawa,
Sedangkan Kampung Melayu dinamakan Kampung Morten.
Sekarang tambahan lagi ada Istana tak diberi kepada raja

APA DAH JADI !!!

Setahu saya Putera Sultan Manshor Shah dengan Puteri Hang Li Po menjadi Sultan di Langat Selangor. Manakala Sultan Melaka yang terakhir adalah Raja Haji anak Daeng Celak yang telah berjaya mengambil kembali empayar Melaka setelah menewaskan Belanda. Susurgalur yang berkaitan datangnya dari negeri Selangor dan Perak iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 Marhum Durian Sebatang (1851-1857) mempunyai Putera bernama Sultan Yusuf Sharifuddin Mu`azal Shah yang pernah menjadi Sultan Perak selama setahun sahaja. Baginda menghilangkan diri bersama-sama Alat Kebesaran ekoran Peristiwa Pasir Salak dan telah berhijrah ke Klebang Besar Melaka dan telah menyamar orang kebanyakan. Penduduk setempat menggelarkan baginda Sultan Arab Nurhabib dengan panggilan Nurbib. Baginda juga mempunyai anak bernama Raja Patimah yang masih hidup hingga kini (01/2006) dan telah pun berusia 78 tahun. Di akhir hayat Baginda telah amanahkan banyak Alat Kebesaran Diraja termasuk Kesultanan Melaka kepada anaknya ketika itu berusia 15 tahun.

Saya bagi pihak pencinta sejarah berharap mana-mana pihak terutama Pengkaji Sejarah, Pihak Jabatan KIMIA Dan Forensik yang masih meragui kenyataan saya ini bolehlah menghubungi Jejak Warisan.
Sesungguhnya Jejak Warisan cuma mendedahkan kebenaran kerana orang yang berhak berdiam diri, menyerah takdir menyebelahinya pada suatu hari nanti tanpa dituntut, kerana haknya tetap kepunyaanya. MasyaAllah, InsyAllah.
Seperti Seiring Camar Pulang Setia Pada Janji.




Sudirman (Syed Haron Ahmad)
Warisan


http://www.geocities.com/khairilhusni198/S...an_-_Warisan.rm

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

No comments: