Pages

Saturday, February 6, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Thursday, January 28, 2010






Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia sebelah sini.....terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil perdagangan.Kapal-kapal bersimpang-siur di satu selat yang paling sibuk di dunia,menghubungkan dinasti-dinasti China dengan Kaisar dan Kisra.Kehidupan di sini amat mewah,telah ada universiti-universiti pengajian bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib yang belajar dan mengajar,dengan beribu-ribu orang murid tekun menekur di hadapan para pendeta.Ketika di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu dan dianggap sial,di sini...wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan ada yang menjadi raja!

Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga,nama 'Melayu' telah tercatat di dalam Ramayana dan Purana,menjadi sebutan para rishi dan orang suci,merujuk kepada Sumatera dan Kepulauan Melayu...cerita tentang percintaan dewa-dewi,konflik dan dendam,semuanya berlaku di sini.

Para Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods...dunia yang penuh dengan misteri dan rahsia terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-prasasti Ibrani Tua,mereka menggelarnya sebagai,The Land of The East.Sebuah tanah yang dianggap bertuah dan penuh dengan kekayaan,raja-raja Sumeria dan Akkadia menganggap tanah ini adalah 'kayangan' yang melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasa kepada siapa yang memilikinya.

Dalam artikel ini,kita akan belajar ciri-ciri The Land of Gods ini.Kita akan mengenali lebih dekat apa yang sebenarnya terdapat di sini,sehingga ia dipandang tinggi sedemikian rupa.Kita akan belajar memahami,tentang cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita dan kemunculan Hanuman yang dipuja oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,di sini...mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal ke sini 10 abad Sebelum Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam,dan mendakwa ia adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The Egyptian Book of The Dead.Kita juga akan mengetahui satu rahsia besar;tulisan purba orang Melayu yang menyimpan rahsia yang tersembunyi beribu-ribu tahun...tanda keturunan mereka yang bersambung dengan Nabi Ibrahim di Tanah Kanaan (Canaan/Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang lebih besar...tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang silam,terselamat...kemudian bermula di sini!









The Land of Gods II


















"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

(catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad ke-5 Masehi)



Nasib manusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibarat roda,sekejap di atas,sekejap di bawah.Ada masa-masa susah ada masa-masa senang.JIka dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina peradaban tinggi,tidak mustahil suatu hari nanti,peradaban itu akan lenyap,dan bangsa itu akan terkial-kial untuk mempertahankan kewujudannya.Inilah yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu orang Aztek,Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi peradabannya.Mereka mampu membina piramid-piramid besar dan lanskap bandar yang sistematik.Ilmu astronomi dan matematik mereka amat menakjubkan.Orang Aztek dan Maya contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal di kawasan kota.Mereka adalah 'urban people' yang moden dan maju berbeza dengan kaum-kaum Red Indian seperti Comanche,Apache dan Cherokee,sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang penduduk-penduduk 'kampung' di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan tawanan perang mereka sebagai hamba atau korban dewa-dewa.Anda boleh membayangkan suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum-kaum lain di benua Amerika dengan menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson.Lihat perbezaan antara mereka dengan kaum-kaum lain yang masih tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapa terkejutnya kaum-kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya yang amat besar dengan bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi dan rumah-rumah batu yang moden berbanding kediaman mereka di hutan rimba.Dari mana orang Maya belajar semua ini?

Hari ini semua kaum-kaum 'urban people' tadi sedang menghadapi kepupusan,malah ada yang pupus terus seperti orang Toltek dan Inca.Nasib mereka sama seperti nasib penduduk 'kampung' yang dijarah mereka dahulu.Inilah bayangan 'apocalypse' seperti yang dimimpikan oleh 'Jaguar Paw' dan ramalan budak perempuan kecil yang aneh di dalam satu adegan Apocalypse.Di akhir filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnya dimaksudkan dengan 'apocalypse' itu,seperti ramalan budak perempuan aneh tersebut.Bacalah sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan orang Aztek.Teliti bagaimana kelicikan Francisco Pizarro memperdayakan Atahualpa,pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil menjarah kekayaan Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini!



Belajar bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak yang memperdayakan Montezuma II,Emperor Aztek dan Cuauhtémoc,anak saudaranya.Jika orang Inca berjaya diperdayakan sehingga menunjukkan bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah Sepanyol ini,tetapi Cuauhtémoc,raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.Inilah asas kepada cerita National Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang penuh kekayaan.Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca dan Aztek ini ialah menganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan dewa-dewa mereka,padahal orang-orang Sepanyol yang tiba di ibukota Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan piramid-piramid dan bandar orang-orang yang dianggap mereka sebagai aborigine dan kurang bertamadun.Mereka amat hairan dengan perhiasan emas yang boleh dijumpai merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta sejarah yang perlu kita tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini adalah berasal dari minuman raja-raja Aztek!


Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman diraja.Montezuma apabila mahu dihidangkan air coklat,beliau akan memasukkan campuran rempah-rempah khas ke dalamnya.Apabila orang Sepanyol tiba,betapa hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa resepinya ke Eropah.Inilah permulaan kepada Milo,Ovaltine dan Vico.Montezuma juga mempunyai perpustakaan yang menyimpan tablet-tablet berisikan khazanah ilmu matematik dan astronomi purba,malangnya,para conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak seperti kaum gasar (barbarian) atau monggol,membakar dan memusnahkan apa saja.Ini juga telah berlaku kepada kaum Maya,di mana penjajah Sepanyol ini membedil khazanah ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai harganya.Sehingga ke era moden,pengetahuan sains yang tinggi,yang dimiliki oleh kaum Maya tidak diketahui oleh dunia,sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan rekod-rekod astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai cerap kaum Maya.Salah satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012 yang popular itu.Dari sini,barulah dunia tahu betapa bernilainya khazanah ilmu pengetahuan Tamadun Maya.Itu baru kalendar,bagaimana dengan beribu-ribu ton tablet berisikan karya-karya agung dalam bidang sastera,sains dan teknologi...yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah Sepanyol yang tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja batu yang teguh.



Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai persamaan dengan tragedi yang melanda orang Melayu,khasnya orang-orang Champa.Orang Champa (Cham) adalah dari keturunan Melayu berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama sebelum Angkor Wat dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman II,orang Cham telah memiliki tamadun yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang Melayu yang hilang,Funan.Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,dengan kapasiti perdagangan yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,dibantu dengan lokasi strategik 'Laluan Sutera Laut' antara China dan India.Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarang diketahui oleh masyarakat dunia,apatah lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk bercakaran sesama sendiri,menghina raja-raja (sedihnya,yang sudah dijemput Allah s.w.t pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang anak,merempit,menjadi pelacur dan bapuk,berpolitik secara dungu,berpecah-belah,kafir-mengkafir,wahabi-mengwahabi,mempersendakan nama 'Allah' sehingga setaraf dengan Tuhan Anak,wang rakyat didahulukan perut sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan agama sendiri,mementingkan diri,hasad dengki sesama sendiri,murtad,menjadi Islam Liberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak dan ada agenda sendiri,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga asing membanjiri mengaut kekayaan tanah tumpah darah,menjadi talibarut CIA,Mason,Zionis-Komunis dan pencacai Dajal,menjadi bodoh,buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu.

Belajar dari sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalam buku sejarah dan muzium.Ambillah pengajaran dari sejarah,sebelum kita 'disejarahkan'.Seperti orang Melayu yang dimuziumkan di Kota Singa.

*Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Melayu pada masa silam


Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.Mereka sudah pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan dalam pernomboran.Mahu lagi?SATU RAHSIA YANG MASIH TIDAK DIKETAHUI SECARA MELUAS OLEH DUNIA,SEBENARNYA ORANG CHAM LEBIH AWAL MEMAKAI ANGKA SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA jauh lebih awal dari orang-orang Arab yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orang Eropah.Mungkin ramai anak Melayu yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan memperlekehkan pencapaian orang Melayu Cham yang hanya merintis penggunaan angka '0',namun perlulah diberitahu kepada mereka yang 'inferior' ini,para pembina piramid,Taman Tergantung Babilon,Rumah Api Alexandria hatta KLCC,Taipei 101,WTC yang runtuh serta bangunan tertinggi di dunia setakat ini yang berada di Dubai itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa kewujudan angka '0' ini.Penemuan dan pemakaian angka '0' ini amat besar ertinya dalam sejarah dunia metematik dan tamadun yang merintis penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan berperadaban tinggi.Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh-puluh atau mungkin mencapai ratusan manuskrip,prasasti dan ukiran Cham yang bertaburan di seluruh dunia,sebahagian besarnya disimpan oleh orang Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat maju,berbanding ekonomi Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai orang Vietnam 'hanyut' ke Malaysia meminta simpati pekerjaan demi sesuap nasi.Hanya anak-anak Melayu yang malas belajar dan bekerja tidak tahu diuntung,dapat duduk di atas Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini,padahal bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggal di sini,kalau boleh biar orang-orang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan semua bangsa di dunia ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu ini sambil mengaut dan memakan hasil bumi yang berlimpah ruah,termasuk hasil minyak dan emas perak.Hari ini telah menjadi trend pihak-pihak yang bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil tanahair orang Melayu ini,sanggup mengatakan yang bukan-bukan kepada orang Melayu.Ultrakiasu menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membela Orang Asli sebagai Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang Malaysia,mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang dari Afrika atau Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai Bumiputra pula.Pengganas LTTE mendakwa tanahair orang Melayu ini sebahagian dari Great India,padahal orang India (Tamil terutamanya) tidak pernah menawan pun mana-mana wilayah Melayu pada zaman dahulu,kecuali serangan Raja Chola yang hanya berani menyerang pelabuhan-pelabuhan dan wilayah jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan balatentera seluruh Nusantara,terkocoh-kocoh raja Chola balik ke India tanpa berani memegang sesaat pun wilayah Nusantara yang diserangnya untuk 'mengacah-ngacah' Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja Chola berbuat demikian mengenangkan kisah kepala raja Khmer yang dipancung Emperor Srivijaya akibat mempersendakannya.Tidak pernah pula dalam sejarah,Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada zaman dahulu.Yang ada tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak kekuasaan Empayar Melayu Srivijaya,ialah pengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka,timur laut dan selatan India.


*Puing-puing Universiti Nalanda di Bihar,India.


Di India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang Melayu dan sarjana-sarjana mereka,membina biara dan institusi pengajian,kerana ketika itu,orang Melayu Srivijayalah pakar dalam bahasa Sanskrit...dikala bahasa suci itu dihadkan kepada kasta-kasta kepada sukukaum di India.Raja Chola tidak pernah membina penempatan di Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap dan memiliki tanah di India ketika itu.Malah para sarjana Melayu adalah antara pensyarah di Universiti Nalanda yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang menempatkan 2,000 pensyarah dan lebih 10,000 pelajar.Malah kerajaan Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di universiti itu malah kolej kediaman juga bagi para pelajar Nusantara dan pensyarah Melayu.Ini samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United Kingdom.Kerajaan Melayu Srivijaya membantu membina universiti di India kerana universiti-universitinya sendiri di Sumatera termasuk 'kolej-kolej swasta' mereka tidak mampu menampung kebanjiran pelajar dari seluruh dunia terutamanya dari China dan Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan oleh I-Ching,seorang sami,sarjana dan pengembara China dan juga Atisa,seorang sami dari Tibet.

Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Melayu atau pelajar mereka yang berkahwin dengan orang-orang Hindi di Bihar,berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit misalnya dan menghasilkan keturunan Melayu yang segak-segak di Nusantara.

Ada juga orang-orang tertentu yang tiba-tiba mengaku sultan dan meminta rakyat menganggapnya sebagai sultan.Ada juga yang mendakwa waris maharaja tertentu dan mendakwa orang Melayu merampas takhta maharaja ini malah menuduh orang Inggerislah yang memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu seolah-olah orang-orang Melayu terlupakan nama bangsanya sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerih perih orang Melayu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan dilupakan.Orang lain yang bergaduh,tidak semena-mena orang Melayu terkena tempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu lembik dan mengalah kepada Thai,sudah tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi bersama-sama wilayah Patani,Narathiwat,Yala dan lain-lain.Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisa dikerjakan raja Thai,malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh keturunan maharaja sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan dibawah kawalan Thai.Bukan sahaja tiada universiti seperti UiTM yang memberi kelonggaran kepada bumiputra,malah keturunan maharaja mungkin akan dibiarkan buta huruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis blog.Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan raja Thai,menjadi orang Thai,bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama Buddha.

Daripada bertaatsetia dengan raja Thai,lebih baik berpayung dibawah raja-raja Melayu,yang bersaudara dengan maharaja.Jadi daripada mengejar pangkat dan darjat,bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini bersama-sama orang-orang Melayu yang peramah dan baik hati.

Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayu di negara mereka?Orang Melayu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang dipaksa menjadi bangsa Filipino,di mana perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja Sepanyol iaitu Philip II.Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti 'Elizabetania' kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.Betapa kurang berpendidikan orang yang dengki kepada orang Melayu ini padahal nama Melayu itu sudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut-sebut dalam Purana,beribu tahun sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke dunia yang fana ini,yang diwar-warkan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut 'Malayadvipa' di dalam hikayat dewa-dewi Hindu.Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan Inggeris padahal para rishi dan dewa-dewi Hindu amat kenal dengan orang-orang Melayu ini lantas menamakan Kepulauan Melayu sebagai Malayadvipa bersempena penduduk kepulauan ini memanggil diri mereka Mala,Malayu atau Melayu.Jadi sudah tentu 'Englishmen' mengenal penduduk ini sebagai Malay,iaitu diceduk dari Sanskrit dan bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.Perkara ini terjadi kerana terlalu tergesa-gesa mahukan pengiktirafan,harta,pangkat dan kuasa tanpa mahu menyelidik dahulu duduk perkara sebenarnya.Memang tidak dinafikan Stamford Raffles,Winsdtedt serta anak muridnya Munshi Abdullah 'ada campur' tangan dalam sejarah Alam Melayu khususnya Tanah Melayu namun bukan nama 'Melayu' itu.Jika orang yang kurang berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris yang memberi nama 'Malay' atau Melayu itu,bagaimana Vyasa,seorang rishi legenda mencatatkan nama 'Pulau-pulau Malaya' (Malaya-dvipa) di dalam kitab-kitab sasteranya?Mengapa Valmiki,seorang lagi sasterawan Hindu yang mengarang Ramayana menyebutkan Rama,seorang dewa Hindu yang dianggap inkarnasi ketujuh kepada Vishnu telah ditolong oleh Hanuman,seorang lagi dewa,juga di 'pulau-pulau Melayu' yang juga terdapat istana dan kediaman Ravana,seorang lagi dewa berwatak jahat.Kitab-kitab seperti Ramayana dianggarkan dikarang kira-kira 400 tahun Sebelum Masehi lagi (400 B.C).Lihat,sebab itu dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu yang lepas,ditegaskan bahawa jika semua rekod tentang bangsa Melayu telah hilang,musnah atau dicuri di Kepulauan Melayu,rekod-rekodnya pasti ada di seluruh dunia.Pada ukiran-ukiran kuil zaman Firaun di Mesir,relief-relief di Angkor Wat dan Borobudur,rekod-rekod Maharaja China,cerita para pedagang Arab dan India,codex Emperium Rom dan conquistador dan pelbagai lagi.Sebab apa?SEBAB BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA YANG DUDUK DI DALAM GUA SAMBIL BERMAIN DENGAN TUPAI DAN MONYET.Bangsa Melayu pada masa silam adalah pedagang dan pembina peradaban.Namun 'rahsia' ini tersimpan kemas dalam lipatan sejarah kemanusiaan.Hilang ketika era penjajahan.The Lost History of Malay Civilization.

Kita boleh lihat corak propaganda Barat ini memecahbelahkan umat Melayu di Nusantara.Di Tanah Melayu yang akhirnya membentuk Malaysia,Inggeris yang memegangnya memanggil penduduk di sini dengan panggilan 'Malay'.Di pulau-pulau Nusantara yang dipegang oleh Belanda,diberi nama 'Indonesian'.Di kepulauan utara Borneo termasuk Sulu,Sepanyol 'bermurah hati' memberi nama kepada penduduk di situ dengan nama 'Filipino'.Bagaimana tiga kawasan yang memiliki budaya,bahasa dan paras rupa yang berkait rapat antara satu sama lain mempunyai nama bangsa yang berlainan sama sekali?Soalan cepu emas peringkat akhir Who Wants to Be a Millionnaire:

YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA-TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL DARI NAMANYA YANG ASLI DAN BUKAN REKAAN ORANG BARAT SEMATA-MATA?

A. INDONESIAN
B. FILIPINO
C. MALAY


Tiada talian hayat.Hidup ini memang keras.Yang kalah akan ditulis sejarahnya oleh yang menang.Sang Kura-kura boleh menulis bahawa dialah pelari terpantas dan mengatakan Sang Arnab berlari seperti siput babi.Padahal kita tahu cerita sebenarnya.

'Filipino' dan 'Indonesian' sudah tentu akan terkeluar carta lebih awal,kerana ia adalah jelas nama yang diberi oleh penjajah dan kosakatanya pun dari bahasa Barat.Lebih-lebih lagi 'Filipino',berasal dari nama raja Sepanyol!TETAPI NAMA 'MALAY' TERCATAT DI DALAM KITAB-KITAB SANSKRIT SEHEBAT RAMAYANA,CATATAN-CATATAN PEDAGANG INDIA DAN REKOD CHINA.Dalam kesusasteraan Sanskrit,ia disebut 'Malaya',rekod Dravidian menyebutnya sebagai 'Malai' dan rekod China menyebutnya sebagai 'Mali-yuer','Mok-la-yu' atau 'Wu-lai-yu'.Terima kasih kepada sarjana bangsa-bangsa lain yang masih setia menyimpan rekod tentang asal-usul kita.

Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris dari Sepanyol dan Belanda.Ini soal fakta sejarah dan kebenaran yang tidak boleh disangkal.Ini bukan hikayat Pak Kaduk dan Lebai Malang.INI FAKTA SEJARAH YANG TERCATAT DALAM MANUSKRIP BERTULIS OLEH PARA SARJANA DAN CENDEKIAWAN.Bukan 'selekeh' perdebatan di forum-forum internet yang kebanyakannya buta sejarah.Si buta sejarah berdebat dengan orang yang bencikan sejarah.Hasilnya,sama-sama telah berjaya 'disejarahkan' oleh penjajah yang pandai memanipulasi sejarah.

Fikirkan,jika Inggeris ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Melayu (Malaysia & Indonesia),sudah tentu mereka akan menamakan penduduk di Nusantara sebagai 'Malay'.Dan sudah tentu orang-orang dungu yang mengacu-ngacukan buluh runcing seperti kaum hutan rimba itu melompat-lompat dengan kebanggaan mereka berbangsa 'Malay' bukannya 'Indonesian'.Begitu juga jika Belanda menjajah seluruh Nusantara,kemungkinan besar dengan kita-kita sekali akan menjadi 'Indonesian'.Yang mana antara dua nama ini begitu dekat dengan orang Nusantara,dan dibuktikan dalam sejarah Nusantara sebelum kedatangan imperialis Eropah?Tepuk dada tanya akal sendiri.

Lihat,para penjajah tidak membunuh orang-orang Melayu dengan pembunuhan beramai-ramai (khasnya di Tanah Melayu).Tetapi membunuh orang Melayu perlahan-lahan dengan sejarah manipulasi mereka.Ini adalah racun yang mematikan jatidiri dan semangat Melayu perlahan-lahan.Ia seperti kanser yang kronik.Atau santau yang menyakitkan.Atau kita boleh katakan,orang Melayu telah disantau sejarahnya perlahan-lahan.
Untuk menjejak dan menyelesaikan misteri mengapa para rishi menyebut-nyebut nama 'Malaya-dvipa' merujuk kepada pulau-pulau Melayu,kita mesti menjejak kembali asal-usul bangsa yang berbahasa Malayo-Polinesian atau kini dikelaskan sebagai Austronesian.Dan ingat,ini bukan bermakna para rishi pula dikatakan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu,tetapi para rishi itu mengambil nama terahsia ini dari orang-orang 'Malaya-dvipa' sendiri.Ini kerana di akhir cerita nanti,kita akan tahu bahawa rahsia 'Malaya-dvipa' ini rupa-rupanya boleh dijejak 3500 tahun yang lalu,ketika para tukang-tukang batu di Mesir Purba sedang membina piramid,ketika rahib-rahib Mesir mengarang koleksi The Egyptian Book of The Dead.





Petunjuk di Angkor Wat



Untuk menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara di Indochina,Kemboja (Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 14 juta orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu berharga,Angkor Wat.Angkor dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada abad ke 12,memiliki binaan dan kesenian yang tinggi dan UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia berukuran kira-kira 850 m kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).Puncak-puncak menara kuil ini melambangkan Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang dikatakan 'rumah kediaman' bagi dewa-dewa Hindu.Angkor Wat asalnya adalah sebuah kuil Hindu yang didedikasikan kepada Vishnu (Ingat,Rama adalah jelmaan ke 7 Vishnu).Ia adalah kuil diraja dan negarakota bagi kerajaan Angkor.

Tidak dapat dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi dan setanding dengan kaderal-kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan candi-candi yang menakjubkan di Indonesia.Henry Mouhot,seorang pengembara Perancis membayangkan kuil ini sebagai,'pesaing kepada Kuil Solomon' (Temple of Solomon di Palestin) dan setanding dengan hasilkarya Michelangelo (seorang karyawan terkenal,mahakaryanya dapat dilihat di Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of Adam, Creation of Eve).

Pada dinding-dindingnya terukir ukiran-ukiran yang menakjubkan,kebanyakannya diambil dari Ramayana dan Mahabharata (Ingat,dua rishi Vyasa dan Valmiki dan Malayadvipa).Relief-relief yang juga menceritakan kebudayaan Khmer adalah setanding dengan relief yang terukir di candi Borobudur dan menariknya kedua-dua ukiran ini menunjukkan persamaan yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM "Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas kerajaan Angkor,Jayavarman II.




Rahsia Jayavarman II,siapakah beliau ini sebenarnya?



Tidak banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di dalam sejarah adalah terlalu misteri dan menjadi tandatanya.Namun satu-satunya rekod yang dapat dipercayai dan masih terpelihara yang mana mengandungi cerita tentang Jayavarman II ini ialah catatan kuno yang dijumpai di sebuah kuil Khmer Sdok Kak Thom yang terletak di Thailand.Kuil ini dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui catatan pada inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak diketahui apa tujuannya) dan memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.Di satu inkripsi lain pula mencatatkan bahawa Jayavarman II menjemput seorang Brahmin (pendeta Hindu) supaya mengadakan upacara khas untuk meminta pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan naungan Jawa ke atas wilayahnya.Ini tercatat sebagai berikut:

"Apabila Tuanku Parameswara tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja Indrapura...Sivakaivalya,golongan yang terpelajar,telah berkhidmat sebagai gurunya dan memegang peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku"

Pada inskripsi lain,

"Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam sains dan sihir,telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu upacara yang akan membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada Jawa dan mempunyai kedaulatannya sendiri"




Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan 'Java' (terjemahan ke bahasa Inggeris dari 'Chaeva') itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain di Indochina.Namun pendapat yang popular ialah satu kerajaan yang amat berkuasa di Tanah Jawa.Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari dinasti Sailendra dan Empayar Melayu Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa Jayavarman II sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan memerintah di ibukotanya ketika itu,Indrapura.Namun tidak dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmer ini,sama ada memang orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di Jawa.Ini memang jelas di dalam inskripsi itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya 'Champa','Cham','Chenla' atau sebagainya.

Sejarah juga membuktikan ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah mencapai masa-masa kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia Tenggara.Ketika itu Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti Sailendra telah mengikat tali perkahwinan dengan Dewi Tara,puteri kepada Emperor Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan Empayar Srivijaya semakin besar dan berpengaruh hasil gabungan kepakaran dan kebijaksanaan Melayu-Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini menguasai pelabuhan-pelabuhan penting di Kepulauan Melayu dan Indochina.Di Indochina sendiri,kerajaan-kerajaan purba seperti Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini.Malah Kemboja juga adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan bahawa inskripsi di kuil Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah Jawa,dimana Dinasti Sailendra berkuasa.

Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan bahawa kostum,headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini sama seperti ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang tiru siapa?Berita baik,Borobudur telah dibina jauh lebih awal dari Angkor Wat iaitu pada abad ke 9,tepatnya pada era pemerintahan Emperor Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825 Masehi.Angkor Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman II,raja Empayar Khmer (1113 - 1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa kesimpulan pengkaji Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs,tentang budaya dan ilmu yang dibawa oleh Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Melayu Srivijaya ke Kemboja.Kesimpulannya di sini,budaya kita dicedok oleh orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang datang kemudiannya.Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya ini termasuk budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-kaum ini meningkat naik dan mampu membina kerajaan,mereka pun mengubahsuai mana-mana yang perlu dan berbangga dengan warisan mereka itu.Ketika era imperialisme,orang Melayu Nusantara kehilangan empayar mereka dan beransur-ansur menjalani proses 'inferiority complex' oleh orang Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil dan dimusnahkan (di Tanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu mengalami perasaan rendah diri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah bangsanya!!

Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat petunjuk seterusnya?Buntu?Ya,itu perkara biasa sejak sejarah kita telah digelapkan di sana sini ibarat satu set gambar 'jigsaw puzzle' yang berlubang di sana-sini.Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan mengganggu 'Tok Aki' Penjaga Gua Rahsia supaya membukakan peti-peti seterusnya.Nanti dulu.Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain.

Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai Tambralingga di atas?Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung Tanah Melayu sehingga mencapai Ligor (Thailand sekarang).Tambralingga adalah sebuah negarakota Melayu dan menariknya adalah antara kerajaan-kerajaan awal yang disebut dalam Sejarah Thailand.Maksudnya,jika ingin menyentuh sejarah Thailand,tidak lengkap jika tidak menyebut nama kerajaan ini,sebagaimana kerajaan Ayutthaya.





Petunjuk Kedua di Tambralingga

*Gaya senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina Ayutthaya Purba.Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu,raja Melayu Kuno Tambralingga.


Tambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan pada era Dinasti Tang (618-907).Kerajaan ini juga pernah menduduki Sri Lanka.Sekitar tahun 1255-1262 Masehi,seorang raja Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja telah menduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di Sri Lanka.Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae Boromadhatu,satu stupa Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha.Melihatkan bentuk stupa ini,yang kemudiannya menjadi 'gaya' popular dan khas dalam senibina Thai,memberikan kita satu petunjuk...bahawa gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota Melayu terawal ini.Gaya senibina ini telah mempengaruhi senibina kerajaan Ayutthaya,yang kemudiannya menguasai Tambralingga,seterusnya menjadi 'trademark' kepada senibina Thai pada hari ini.

Kerajaan Tambralingga adalah negarakota Melayu (Malay city-state) yang menjadi naungan Empayar Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan Emperor dari dinasti Sailendra,Samaratungga yang berasal dari Tanah Jawa.Kerajaan ini sesungguhnya bukan kerajaan orang Tai,kerana ketika itu orang Tai masih belum berkerajaan.Ini dibuktikan dengan rekod dari China,Sri Lanka dan India (sebab itu walaupun rekod di Nusantara 'ghaib' tidak bersisa sehingga orang Melayu menyangka mereka berasal dari Yunnan atau orang gua,rekod-rekod dari seluruh dunia masih tersimpan rapi).

Rekod dari pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar selama 20 hari dan kemudiannya sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar Srivijaya).Beliau mencatatkan:

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

Daripada rekodnya yang ditafsirkan oleh para pengkaji,ia menyebutkan tentang Holing (merujuk kepada Tambralingga) dan Fo-shih yang terletak pada latitud yang sama namun Holing terletak ke timur Fo-Shih.Moloyu pula terletak di garisan Khatulistiwa.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.Bukannya Inggeris yang memberi nama Tanah Melayu ini sebagai 'Malay Land',malah telah direkodkan oleh pengembara China seawal abad ke-5 lagi.

Ketika itu juga wilayah-wilayah Srivijaya dikenali pada rekod-rekod Sri Lanka dan India sebagai Javaka.Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja Tambralingga,Chandrabhanu adalah seorang ketua Javaka.Bayangkan rupa-rupanya seorang raja Melayu pernah memerintah utara Sri Lanka pada masa dahulu.

Pemerintahan raja Melayu Tambralingga itu tidak lama kerana kemudiannya telah diserang oleh kerajaan Pandyan,satu kerajaan Tamil Brahmin dari selatan India,yang juga bercita-cita mahu merebut relik Buddha iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yang dikatakan disimpan di Yapahuwa,ibukota kerajaan orang Sinhala.Sebab itu raja Melayu Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si Thammarat sekarang) kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu.Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam serangan itu.Namun akhirnya,orang-orang Tamil Brahmin itu bersetuju membuat pakatan dengan sisa-sisa tentera Tambralingga; orang-orang Melayu dan Jawa yang tinggal di Sri Lanka ketika itu,untuk menewaskan kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke hari ini perseteruan antara dua kaum ini;Tamil dan Sinhala masih berlaku dengan pengganas LTTE berperang dengan kerajaan Sinhala di Sri Lanka).Rekod-rekod Sri Lanka pada tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan raja Pandyan melantik salah seorang menteri Tambralingga yang menjajah Sri Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kota Yapahuwa,kota kaum Sinhala untuk merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan Sinhala.Sehingga ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri Lanka seperti Chavakacheri yang bermaksud 'penempatan orang Jawa' dan Chavahakottai iaitu 'kubu orang Jawa'.Di dalam bahasa Tamil tempatan ketika itu,semua negeri-negeri di Nusantara digelar Javar atau Javaka.Inilah cedokan dari kata 'Chava' itu.Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini menyelesaikan misteri Jayavarman II yang tiba dari Chaeva.Jadi kesimpulannya kata 'Chaeva atau 'Chava' itu bermaksud orang Jawa,melambangkan kemasukan dinasti Sailendra Jawa yang memasuki pemerintahan Empayar Melayu Srivijaya.

Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks berbahasa Pali) ini berubah kepada Zabaj dalam sebutan Arab,merujuk kepada Srivijaya itu.Ahli sejarah Arab,Masoudi dalam kitabnya,""Muruj al-Dhahab wa Ma'adin al-Jawhar" (Meadows of Gold and Mines of Gems,karya beliau keluaran tahun 947 Masehi) telah mencatatkan pengalaman seorang pedagang Arab yang bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun 851 Masehi menyebutkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar 'Maharaja' (Emperor) mempunyai beribu kapal perang dan kekuasaan yang menggerunkan.Armada laut Maharaja pernah mengepung ibukota kerajaan Khmer dan memancung kepala rajanya kerana bercita-cita mahukan kepala Maharaja Zabaj diletakkan di atas pinggan.

Semua petunjuk ini memberitahu kita beberapa perkara.Orang Tai bukan sahaja mencedok budaya Khmer malah mencedok budaya orang Melayu Kuno.Senibina Thai itu dengan gaya candi dan bumbung Thai itu rupanya diambil dari gaya Tambralingga dan mungkin negarakota Melayu yang lain.Budaya Khmer yang dicedok oleh Tai itu pula berasal dari budaya Srivijaya dan Sailendra.Pi mai pi mai tang tu.

Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer.Ini dijelaskan lagi dalam inskripsi Raja Ram Khamhaeng.Namun inskripsi yang dibangga-banggakan oleh orang Thai itu pula telah diketahui secara meluas merupakan 'pembohongan',dan sarjana sejarah mensyaki ia dibuat pada zaman Raja Mongkut (Rama IV) dan kemungkinan besar Raja Mongkut itu sendiri mengarahkan ia dibuat.Ini berdasarkan kajian yang mendalam tentang gaya tulisan di inskripsi itu yang 'terkantoi' dibayangi tulisan Eropah dan meniru sistem bahasa Eropah.Kronologi sejarah yang disebutkan di dalam inskripsi itu juga menyeleweng dari fakta sejarah sebenar dan lebih merupakan propaganda sahaja.Ini kerana inskripsi itu telah menyebutkan pada tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dharmaraja (Tambralingga) telah tersenarai antara kerajaan yang membayar ufti kepada Kerajaan Sukhotai.Padahal ahli sejarah sudah maklum wilayah itu adalah wilayah istimewa dan merupakan kota yang amat kaya. Ini tersebut dalam undang-undang wilayah pentadbiran Raja Ayutthaya, Boromma Trailokanat bertarikh 1468 menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja tersenarai sebagai salah satu dari 8 kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan Ayutthaya dan merupakan wilayah istimewa.


Percanggahan dan kepalsuan inskripsi ini menyebab para sarjana semakin kurang percaya kepada inskripsi ini malah meleret-leret kepada seluruh sejarah Raja Thai dan orang Thai sendiri.Ini ditambah pula dengan tiadanya penulisan atau rekod-rekod kontemporari dari lain-lain tempat yang merujuk kepada nama raja Ramkhamhaeng.Dengan lain kata,sejarah raja itu hanya ada di Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di dunia tidak tahu-menahu pun pasal raja 'khayalan' ini.Ini jauh berbeza dengan kisah 'Maharaja Zabaj' tadi yang disebut-sebut oleh pedagang Arab,rekod pendeta China,Tamil,Sri Lanka,malahan nama 'Melayu' itu disebut-sebut oleh pendeta Buddha dan rishi-rishi legenda Hindu.Malah dewa-dewa juga!

Sesetengah sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke-19,ada juga yang mengatakan sekrang-kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja yang asli.Inskripsi ini dan segala utopia berkenaan kerajaan Sukhotai telah menjadi kepercayaan yang amat kuat dikalangan rakyat Thai sehingga menjadi isu nasionalis,sehingga ramai yang telah diancam melalui undang-undang 'lese majeste' termasuk para sejarahwan dan ilmuan.Satu kes yang terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu sahaja.

Dari sini kita dapat pengajaran penting,betapa kaum lain yang tidak punya sejarah,terpaksa 'mengadakan' sejarah.Orang Melayu yang punya sejarah,mula perlahan-lahan melupakan sejarah manis bangsanya.Mula memiliki rasa rendah diri,'inferior' yang teramat sangat sehingga mencapai tahap kurang siuman merendah-rendahkan diri sendiri ditahap pencacai pemungut sampah sejarah orang lain,padahal asalnya emas dan mutiara sejarah itu miliknya dahulu.

Mungkin hanya sejarah Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh orang Thai.Itu pun kini sejarahnya direbut oleh golongan kerabat Ayutthaya sendiri yang mengaku bukan orang Thai tetapi Siam Islam.Dalam hal ini tidak penting siapa orang Thai atau Melayu,pengajarannya di sini,jika kita tidak mengambil berat akan sejarah dan budaya kita,orang lain akan 'mengambilalih' sejarah dan budaya kita.

Terlanjur menyebut tentang tulisan,Tai mencedok tulisan Khmer dimana tulisan Khmer ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah nenek moyang kepada majoriti skrip di India dan Asia Tenggara.Tulisan Tamil,Sinhala,Devanagari,Burma,Thai dan Khmer adalah termasuk tulisan Brahmi.Tulisan Jawa,Batak,Kawi dan Bali termasuk dalam keluarga Brahmi.Tulisan purba milik khas orang Melayu,Rencong dimasukkan dalam keluarga Brahmi.Namun kini para sarjana berbelah bagi tentang asal-usul tulisan Rencong ini.Kerana semakin dikaji tulisan ini,semakin jauh ia dari keluarga Brahmi,malah ia menyimpan rahsia yang agung dan terpendam!




Misteri Tulisan Rencong:Petunjuk ke-7 ke Tabut Rahsia Mala-YU




Tulisan Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara seperti Tamil,Burma,Thai dan Khmer.Rencong pula adalah tulisan milik orang Melayu,lama digunakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis Brahmi yang diubahsuai oleh kaum Nusantara),Jawi dan Rumi.Tulisan Rencong ini diiktiraf tulisan asli ciptaan Melayu Nusantara dan sebenarnya bukan berasal dari Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan nenek moyang kepada Brahmi!

Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh-contoh tulisan dari keluarga Brahmi:



Tamil







Devanagari








Thai





Khmer





Burma




Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini:




Greek/Yunani






Phoenicia





Aramaik






Brahmi







Untuk pengetahuan anda,semua tulisan seperti Tamil,Tibetan,Telegu,Devanagari,Thai,Burma dan Khmer adalah dibawah Brahmi atau subBrahmi,manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan Proto-Canaanite (ingat Tanah Kanaan?Abraham dan Keturah?) yang di dalamnya termasuk Phoenicia dan Aramaik (asal-usul bahasa Yahudi;Ibrani atau Hebrew)

Sekarang tuan-tuan dan puan-puan!Kita lihat tulisan asli bangsa Melayu Nusantara,Rencong:






Sekarang mari kita lihat rahsia ini bersama-sama.Jika kita perhatikan corak tulisan Rencong ini,ia nampaknya tidak cenderung kepada tulisan Tamil atau Devanagari jauh sekali jika dibandingkan dengan skrip Thai dan Khmer.Jadi ia cenderung kepada yang mana?Fikirkan...


Tidak nampak?Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti berlabel 'Laut dan Bahtera'.


Sekarang dengar baik-baik.Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat diletakkan dibawah kelas Brahmi dan ia tidak sepadan atau 'sedarjat' dengan sub Brahmi pun.Perhatikan baik-baik perbezaannya dengan Tamil atau Devanagari.Perbezaannya dengan Thai dan Khmer yang merupakan sub Brahmi.Ia tidak dekat dengan semua ini.

Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA.Ia lebih dekat dengan skrip Aramaik,asal-usul tulisan Hebrew pada hari ini.Ia tidak sekelas dengan Brahmi atau skrip-skrip Keindiaan.Ia memotong kelas Brahmi ke kelas lebih tinggi;di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam kelas ini.Rencong setaraf dengan tulisan Phoenicia dan Aramaik dalam kelas utama Proto-Canaanite.Proto-Canaanite pula dibawah kelas Egyptian Hieroglyphs!!Sudah dapat pencerahan?

(Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan dunia sejak sekian lama)

Dan rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan Para Firaun ke Tanah Nenek Moyang mereka,Punt.Seterusnya akan menyelesaikan 'puzzle' yang mula-mula diperkenalkan dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu dan Diari Lodgekeeper;dua pasangan paling misteri;Abraham dan Keturah.Siapakah anak-anak mereka dan mengapa mereka mencari The Land of The East.Kemudian kita akan menjelajah kisah dewa-dewa di The Land of Gods.Kemudian kita mengembara ke Promised Land,menonton suka-duka Lehi dan Lemani...


DI TANAH YANG DIJANJIKAN!...










--------------------------------


cOMING SOON...



Alter Terahsia Bangsa Melayu XI






-Petunjuk terahsia dari tulisan Rencong
-Dewa-dewi Mesir di Tanah Para Dewa
-Ekspedisi Ratu Hatshepsut ke Punt
-Apa kaitan orang Phoenicia (Kanaan Purba) dengan Melayu?
-Majlis Perkahwinan 'raja' Phoenicia dan Gadis Mala Bunga-bungaan
-Hubungan terahsia orang Ibrani dengan orang Rencong
-Rahsia perkataan Melayu dalam tradisi Mesir Purba
-Ukiran di kuil Firaun dan rahsia XXXX
-Rahsia dalam XXXX dan XXXXX XXXX
-XXXX Inca XXXXXXX XXX Maya
-XXXX XXX Apache XXXX Benua Amerika dan kedatangan kapal Firaun




Petunjuk-petunjuk semakin kabur dan samar-samar.Terdapat helaian yang terkoyak dari Diari Lodgekeeper.Beberapa kod-kod rahsia di dinding Angkor Wat,Borobudur,Kuil Hatshepsut dan Amon tidak dapat didekodkan setakat ini!Rasakan debarannya...ia semakin hampir kepada Alter Terahsia itu!




Peti-peti rahsia semakin bergegar-gegar menebarkan haruman misteri yang aneh!.........



















Saturday, January 23, 2010


Alter Terahsia Bangsa Melayu IX




Kembali bertemu di Gua Rahsia kita!Tuan-tuan dan Puan-puan,apakah gerangan hajat kalian kali ini?Tidak puaskah dengan Rahsia Dari Wangi-wangian yang hamba bukakan untuk kalian?Rahsia Keris Bersepuh Emas dan Tanah Para Dewa?Bukankah kalian sudah mencium haruman dari kamar diraja Firaun?

Hahaha!Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Tahukah Tuan-tuan dan Puan-puan,gaharu dan cendana ialah barangan eksport bangsa Mala di pasar-pasar kota Ur,Kish dan Uruk?Dan ini tercatat di dalam kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba setaraf Epik Gilgamesh?Masakan kalian tidak mengetahuinya,bukankah kalian anak cucu keturunan Sang Naga Buana dan Puteri Kaca Bertuang?

Hamba hanya menjaga rahsia saja.Sampai masa,rahsia dari raja hamba akan hamba bukakan untuk anak cucunya seperti yang diwasiatkan kepada hamba.

Mari mendekat ke sini wahai anak cucu raja-raja,hamba mahu beritahu sesuatu.(Penjaga Gua Rahsia melakarkan beberapa perkataan di atas pasir gua):


Bunga

Mala

Abraham

Tanah Kanaan

Zulkarnain

Gunung

Emas

The Land of The East

Keturah

Kemenyan

Haruman

Laut

Keris

Songkok dan Tanjak

Avesta

Kapur Barus

Rempah



Hamba bukakan kunci-kunci rahsia untuk anak cucu.Semua katakunci ini mengandungi rahsia-rahsia tertentu.Setiap kata akan membuka seribu kata yang lain.Setiap seribu kata akan membuka seribu makna yang lain.Dan setiap seribu makna,menyimpan seribu kuasa yang terpendam.Tetapi anak cucu ke sini bukanlah untuk memilih yang mana dahulu perlu dibuka.Anak cucu ke sini adalah untuk memahami mengapa katakunci ini dibuka untuk kalian.

Sebabnya hamba sudah pilihkan untuk kalian.Lihat peti-peti rahsia di sana.Salah satunya akan dibuka hari ini.Jadi,yang mana satu?Pandang tulisan-tulisan di atas pasir,di sana ada katakunci yang akan kalian gunakan untuk membuka salah satu peti itu.

Ini kuncinya,pergi buka peti yang bertanda,'Laut dan Bahtera'














'THE VIKING OF THE ORIENT'








"They were Africa's Vikings. Tough, daring voyagers who sailed thousands of miles...."

(Rory Carroll -The Guardian)



Laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama dan lagu.Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique (manuskrip Inggeris menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia?

Selain Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut.SEjak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini.Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.

Selain tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaum-kaum Malayo-Polinesian di Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin memanfaatkan satu bakat turun-temurun yang diwarisi oleh Hitam.Sebab itu setelah Magellan mati dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh kru kapal lain sebagai nakhoda atau kapten kapal salah satu kapal Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam bukan calang-calang anak kapal di dalam kapal Magellan.

Kemahiran Hitam mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia.Selepas kematian Magellan dalam peperangan Humabon dengan Lapulapu (keduanya adalah ketua puak di Filipina),saki-baki anak kapal meneruskan pelayaran kembali ke Eropah,namun mereka seakan hilang punca ketika di laut.Ketika itu Hitam diangkat sebagai nakhoda kepada salah satu kapal (menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte Barbossa,salah seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapal yang lain (3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapal Magellan sendiri,Trinidad ) menuju Eropah.Apabila sampai di Sepanyol,mereka disambut meriah walaupun sedih dengan kematian Magellan.Nama El Cano (salah satu nakhoda kapal,Juan Sebastián del Cano) disebut-sebut sebagai wira yang berjaya melengkapkan pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana beliau bukan berbangsa Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam atau dalam versi lain Awang,catatan Sepanyol dan Portugis menggelarnya sebagai Enrique dan Inggeris mengetahuinya sebagai Henry The Black.

Orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil “psycho-navigation.” Ia boleh dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di dunia.Psycho-navigation bermaksud orang Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran.Namun mereka boleh berbuat sebegitu seperti halnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal laut,perahu dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh diistilahkan sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah pelayar,pelaut,pengembara,lanun,pedagang dan tukang kapal yang dikenali umum oleh masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah 'seafarers' yang tinggi pengalaman mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini lahir dari atas lautan dan bayu ombak.



Kapal-kapal Bani Jawi


*Ukiran kapal Nusantara di sebuah candi di Indonesia


Inovasi tukang perahu Melayu boleh dilihat pada silih bergantinya rekabentuk perahu yang mereka bina, termasuk jenis kemudi, abah-abah dan layar.Kini, bentuk perahu yang disebut dalam sastera Melayu lama, seperti jong, keci dan katar telah tidak kedengaran lagi. Bentuk-bentuk perahu itu sudah diganti dengan yang baru yang lebih kecil dan efisyen untuk pelayaran di laut kepulauan Melayu yang mulai sibuk setelah kedatangan kapal dari Eropah, selain lebih
senang untuk mengelak dari ditahan kapal peronda yang menguatkuasakan monopoli perdagangan Inggeris dan Belanda. Perubahan bentuk perahu itu disusuli perubahan jenis kemudi: dari kemudi birai kepada kemudi tetap dilinggi belakang.Untuk mendapat kuasa maksimum, layar empat segi yang biasa digunakan perahu Melayu itu telah juga diganti dengan layar empat segi yang lebih luwes dan yang boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan puli.Layar cucur juga adalah perkembangan baru kerana ia tidak terdapat pada perahu Melayu sebelum abad ke-18 (Gibson Hill 1954). Perubahan-perubahan itu adalah sebahagian daripada proses peniruan dan penyesuaian dengan berpandukan model kapal-kapal India, Cina, Arab dan terakhir sekali Eropah yang sampai ke Alam Melayu seiring dengan perkembangan perdagangan. Penyesuaian ini bukanlah secara ikut-ikutan; sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan sumber yang sedia ada.



Perahu bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 adalah satu lagi inovasi hasil penggabungan pelbagai pengaruh. Badannya yang meruncing di keduadua hujung itu berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun linggi dipasang di atas lunas dan bukan disambung seperti yang terdapat pada kebanyakan perahu yang lebih awal, termasuk kolek. Bentuknya dipanggil belakang katup, manakala deknya dipanggil dandang dipasang di atas birai belakang untuk meletakkan kub atau rumah perahu. Kemudi di belakangnya itu adalah sama dengan kemudi pada perahu Cina dan Barat kerana dipasang dengan halkah kepada linggi belakang dan dikendali dengan uling-uling di atas dandang. Perahu bedar mempunyai tiang sprit untuk mengikat layar cucur seperti kapal Eropah, manakala layarnya sama seperti wangkang Cina kerana menggunakan satu atau dua layar apit yang dibuat dari tikar kercut dan rotan.

Kemampuan tukang dan artisan perahu Melayu yang lain membuat inovasi telah diperhatikan pegawai tadbir Inggeris ketika mereka berkhidmat di negerinegeri Melayu masa dahulu. Mereka itu termasuk Hugh Clifford yang pernah melawat Terengganu pada tahun 1895. Dalam lawatan itu, beliau telah menyatakan bahawa tukang perahu di Terengganu boleh membuat perahu bentuk barat yang cantik setelah meniru sebuah model yang diperolehi dari Singapura. Hasil kerja tangan tukang Terengganu itu lebih kemas dan cantik berbanding dengan hasil
kerja tukang perahu lain di pantai barat Semenanjung. Tetapi, dengan nada yang sinis Clifford menganggap kepandaian ini lebih berupa peniruan dan bukan hasil kreativiti, memandangkan orang Melayu terlalu terikat kepada tradisi .

Kreativiti tukang timbal lebih terserlah pada ukiran yang ditunjukkan pada beberapa bahagian perahu mereka. Yang komited pada agama akan mengelak dari mengukir imej yang menyerupai manusia dan binatang, selain menekankan ukiran yang berbentuk ayat al-Quran, seperti yang dilakukan tukang rumah. Bahagian perahu yang tidak sesuai diukirkan ayat al-Quran seperti pada kayu penyangga layar yang biasa dikenali sebagai bangau yang mungkin akan
dilangkah berulangkali oleh awak-awak ketika bekerja, ayat al-Quran akan diganti dengan ukiran awan larat yang mempunyai motif umbi, sulur, daun dan bunga yang membawa nilai keindahan dan simbolisme yang sama, iaitu kemakmuran dan infiniti Tuhan. Di kalangan orang yang masih kuat berpegang kepada anamisme, peralatan perahu seperti ‘Bangau’ dan ‘Okok’ akan memaparkan figur tokoh-tokoh wayang kulit, seperti Raja Bota.

Sementara itu, penampilan awan larat adalah alternatif dan juga inovasi menggantikan penampilan lembaga manusia atau haiwan seperti yang berlaku di Thailand, Kemboja dan Bali.
Selain evolusi bentuk perahu, terdapat beberapa peralatan tambahan telah
dipasang pada perahu Melayu, khususnya yang digunakan nelayan sekarang. Peralatan yang dimaksudkan itu adalah lunas bilga, yang dalam istilah tempatan dipanggil pisang yang berfungsi untuk menggurangkan olengan kapal. Pisang ini adalah pengubahsuaian dari katir (outriger) yang terdapat pada kebanyakan perahu di Alam Melayu dan Polinesia. Walaupun belum dapat dipastikan dari mana dan bila bermulanya inovasi ini, tetapi dalam industri pembinaan perahu
Melayu, pisang mungkin telah digunapakai sekitar tahun 70-an dan mungkin diambil dari perahu Siam.

Kini warisan seni pembuatan dan pertukangan kapal-kapal Nusantara di Malaysia diwarisi oleh tukang-tukang dari Terengganu.Contohnya Haji Yusuf yang banyak memenangi anugerah inovasi dalam pembuatan kapal dari kerajaan.Pengetahuannya mereka pelan dan membuat perahu layar membolehkannya mendapat tempahan dari pengemar-pengemar perahu
layar dari Eropah yang tertarik dengan kaedah pembuatan perahu Melayu.Sejak tahun 1965 dia telah membuat perahu untuk orang Eropah.Perahu buatannya telah sampai ke seluruh dunia sehingga ke Alaska.Beliau juga menerima tempahan membuat bot nelayan dan kapal persiaran. Sehingga kini, beliau telah membuat lebih seratus buah perahu yang panjangnya antara 20 hingga 30 meter untuk pelanggan dalam dan luar negara.

Kapal Pinisi (sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel Terengganu) adalah kapal yang dibuat terutamanya dari kalangan orang Bugis,satu kaum Nusantara yang terkenal sebagai pelaut,pedagang dan lanun yang berkemahiran tinggi.Perbezaan yang ketara dari pembuatan perahu pinisi dengan teknologi pembuatan kapal Barat adalah,jika orang Barat membina perahu dari rangkanya dulu barulah dibina dindingnya,tapi pembuatan pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah itu dibina rangkanya.Segala teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dulu pernah dibukukan di dalam satu manuskrip atau kitab pembuatan kapal kuno yang dinamakan "Jaya Langkara" menurut orang-orang tua di Ara,Indonesia malah kitab itu pernah dipinjam oleh Belanda,malangnya hingga kini belum dikembalikan (disimpan di dalam muzium Belanda).Sedangkan prinsip perletakan papan papan teras dan aturan aturan dasar lainnya dalam pembuatan pinisi ini disusun oleh Ruling (orang Bugis yang menjadi tukang timbal atau tukang kapal).Sampai sekarang dalam pembuatan perahu pinisi aturan Ruling inilah yang menjadi panduannya.Disamping itu orang Bugis memiliki undang undang pelayaran dan perdagangan yang disusun oleh "Ammana Gappa" yang namanya sempat diabadikan pada pelayaran expedisi pinisi ke Madagaskar.




*Orang Melayu Champa sedang berlayar dengan kapal perang mereka.Dari relief di Angkor.


Orang-orang Jawa adalah satu lagi keturunan Bani Jawi yang terkenal sebagai para pembina kapal yang hebat.Salah satu kapal mereka yang terhebat ialah Jong Jawa yang disebut oleh para pengembara China sebagai 'Chuan'.

Malahan pelaut Portugis yang menjelajahi lautan pada pertengahan abad ke-16 itu menyebutkan, orang Jawa lebih dulu berlayar sampai ke Tanjung Harapan, Afrika, dan Madagaskar. Ia mendapati penduduk Tanjung Harapan awal abad ke-16 berkulit coklat seperti orang Jawa. "Mereka mengaku keturunan Jawa," kata Couto, sebagaimana disalin oleh Anthony Reid dalam buku Sejarah Moden Awal Asia Tenggara.Tatkala pelaut Portugis mencapai perairan Asia Tenggara pada awal tahun 1500-an mereka menemui kawasan ini didominasi kapal-kapal Jong Jawa. Kapal dagang milik orang Jawa ini menguasai jalur rempah rempah yang sangat strategik, antara Maluku, Jawa, dan Melaka. Kota pelabuhan Melaka pada waktu itu berfungsi menjadi kota perniagaan orang Jawa dengan jong-jong mereka bersimpang-siur dari Tanah Jawa ke seluruh dunia dan singgah ke pelabuhan Melaka,Venice of The East.
Di sana banyak saudagar dan nakhoda kapal Jawa yang menetap dan sekaligus mengendalikan perdagangan antarabangsa. Tukang-tukang kayu Jawa yang berketerampilan membangun limbungan kapal di kota pelabuhan terbesar di Asia Tenggara itu. Bukti kepiawaian orang Jawa dalam bidang perkapalan juga ditemui pada relief Candi Borobudur yang menggambarkan perahu bercadik - kebelakangan ini disebut sebagai "Kapal Borobudur".

Pembinaan perahu bercadik sangat unik. Lambung perahu dibentuk sebagai menyambungkan papan-papan pada lunas kapal. Kemudian disambungkan pada pasak kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau paku besi.Hujung haluan dan buritan kapal berbentuk lancip. Kapal ini dilengkapi dengan dua batang kemudi menyerupai dayung, serta layar berbentuk segi empat. Kapal Jawa jelas berbeza dengan kapal China yang lambungnya dikencangkan dengan bilah-bilah kayu dan paku besi. Selain itu kapal China memiliki kemudi tunggal yang dipasang pada palang rusuk buritan.



Kapal Borobudur telah memainkan peranan besar dalam segenap urusan orang Jawa di bidang pelayaran, selama beratus ratus tahun sebelum abad ke-13. Memasuki awal abad ke-8, peranan kapal Borobudur digeser oleh kapal kapal Jawa yang berukuran lebih besar,dengan tiga atau empat layar,dikenali sebagai Jong.Pelaut Portugis menyebut juncos,pelaut Itali menyebutnya sebagai zonchi.Istilah jong dipakai pertama kali dalam catatan perjalanan Rahib Odrico, Jonhan de Marignolli, dan Ibn Battuta yang berlayar ke Nusantara, awal abad ke-14 mereka memuji kehebatan kapal Jawa berukuran raksasa sebagai penguasa laut Asia Tenggara.Teknologi pembuatan Jong tak jauh berbeza dengan warisan kapal Borobudur; seluruh badan kapal dibangun tanpa menggunakan paku.Gambaran tentang jung Jawa secara spesifik dilaporkan Alfonso de Albuquerque,komander armada Portugis yang menduduki Melaka pada 1511. Orang Portugis mengenali Jawa sebagai asal usul jong-jong terbesar.Kapal jenis ini digunakan angkatan laut kerajaan Jawa (Demak) untuk menyerang armada Portugis.

Disebutkan,jong Jawa memiliki empat tiang layar, terbuat dari papan berlapis empat serta mampu menahan tembakan meriam kapal kapal Portugis.Muatan jong rata-rata sekitar 600 ton, melebihi kapal perang Portugis.Jong terbesar dari Kerajaan Demak muatannya mencapai 1000 ton yang digunakan sebagai pengangkut pasukan Jawa untuk menyerang armada Portugis di Melaka pada 1513.Boleh juga dikatakan,kapal jong jawa ini dibandingkan dengan kapal induk di era moden sekarang ini.

"Anunciada (kapal Portugis yang terbesar yang berada di Melaka pada tahun 1511) sama sekali tidak menyerupai sebuah kapal bila digandingkan dengan Jong Jawa." catat pelaut Portugis Tom Pires dalam Suma Oriental (1515). Hanya kerana jong Jawa raksasa ini, menurut Tome Pires, lambat bergerak ketika bertempur dengan kapal-kapal Portugis yang lebih ringan dan lincah.Dengan begitu, armada Portugis mampu menghalau jong Jawa dari perairan Melaka.

Ada pendapat istilah jung berasal dari kata 'chuan' dari bahasa Mandarin yang bererti perahu.Namun perubahan pengucapan dari 'chuan' menjadi jung nampaknya terlalu jauh. Yang lebih mendekati adalah "jong' dalam bahasa Jawa yang ertinya kapal. Ini dikuatkan dalam bukti bertulis,kata jong dapat ditemui dalam sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke 9. Undang-undang laut Melayu yang disusun pada abad ke-15 (lihat,orang Melayu bukan sahaja membina kapal malah menggubal undang-undang laut juga-Seafarers Codex!) juga menggunakan kata jong untuk menyebut kapal pengangkut barang.

Jong pada abad ke-15 hingga ke-16 tidak hanya digunakan pada pelaut Jawa. Para pelaut Melayu Semenanjung dan China juga menggunakan kapal layar jenis ini (sehingga menjadi popular di kalangan orang China dengan identiti jong mereka padahal jong berasal dari orang Melayu/Jawa).Jong memegang peranan penting dalam perdagangan Asia Tenggara masa lampau. Ia menyatukan jalur perdagangan Asia Tengara yang meliputi Champa (hujung selatan Vietnam),Ayutthaya (Thailand),Aceh,Melaka dan Makassar.
Selepas dijajah Belanda,orang Jawa sudah tidak lagi punya limbungan kapal dan pembuatan jong pun merosot setelah perdagangan pulau Jawa dikawal oleh penjajah Belanda.Pegawai Maskapai bagi Syarikat Hindia-Belanda (VOC) di Batavia melaporkan pada 1677, bahawa orang-orang Mataram di Jawa Tengah tidak lagi memiliki kapal-kapal besar.




Dari The Land of The East Hingga ke Tanah Kanaan:Misteri 'Prau' Melayu




Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah berlayar hingga ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda kapal-kapal Bani Jawi yang membawa emas,gaharu,cendana,rempah,kapur barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun di dunia sebelah sini mencapai klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The Land of The Gods II) sebagaimana ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah oleh dua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah kuasa dunia,sepertimana Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun kerajaan yang sehebat kerajaan Nabi Sulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi juga mengadap 'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat dan perlindungan ketika itu.

Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian (Bani Jawi) adalah diketahui merupakan pelayar yang berkemahiran dan mampu menyeberangi lautan luas dalam jarak yang jauh.Orang Malagasy (berasal dari keturunan Melayu) telah berlayar dari Kepulauan Melayu hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan Benua Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau' mereka (sebutan Inggeris untuk 'perahu') dan membuat penempatan di utara pantai Australia yang digelar mereka sebagai 'Merege'.Di dalam kebanyakan bahasa kelompok Malayo-Polinesian,perkataan untuk perahu,kapal dengan penempatan atau kampung sering bertukar makna dari kaum ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yang bermakna 'kapal' atau 'kampung'.

Perahu Melayu atau 'prau'/'parao' (pharaoh?) kemungkinan besar telah sampai ke bumi para Firaun di Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba.Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang disebut sebagai Dilmun,Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasasti-prasasti sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah,adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun' dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada masa silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekod-rekod terawal India dan China menunjukkan penduduk Pengasinan telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad ke-10 Masehi dan catatan ini merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-orang Pengasinan.Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah melawat China.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk mencari jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King Solomon's Mines' pada zaman purba.Ini dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas.Sila rujuk artikel 'The King Solomon's Mines'.

Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno era Srivijaya dengan bahasa Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan satu hubungan yang aneh,contohnya:


Ancient Malay

Abah (father,be dense)
Datu,Datuk (a royal edict)
Lahat (Tower)
Mura (fear)
Saka (to roam)


Ancient Hebrew

Abba
Dath (ingat Darth Vader?)
Lahat
Moora
Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya)

......
.....

......
.....

.....



(*Dan senarai ini amat panjang dalam kajian dari dokumen rahsia ini,dan kami telah menjumpai satu hakikat yang amat mengejutkan berkaitan asal-usul Melayu dan Mala dan ini amat kena dengan petunjuk di dalam Diari Lodgekeeper...kami akan sentuh dalam artikel The Land of The Gods II)

Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa dahulu antara kerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diwarisi Srivijaya) dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan Mesir.


Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara menyaksikan peningkatan teknologi kapal dan perdagangan maritim.Ini disambut dengan Langkasuka sebagai kerajaan yang mengawal perdagangan di Indochina ketika itu.Kedua-dua empayar ini telah mempengaruhi banyak aspek kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian kebudayaan dan bahasa (penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan tarian,Kepulauan Melayu dipengaruhi bahasa,pakaian dan budaya harian).Kemerosotan kedua empayar ini sehingga melenyapkannya menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut mengalami kesannya yang ketara di seluruh Asia Tenggara.




Viking Timur Jauh:Catatan-catatan conquistador,pengembara Eropah dan rekod Maharaja China



Bangsa Mala adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah 'Viking Timur Jauh' yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod Emperium China yang berhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan India tidak boleh tidak mesti menyebutkan sedikit tentang peranan Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana Kepulauan Melayu ini adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN PELABUHAN-PELABUHAN CHINA.SEbelum sampai ke China,mereka mesti singgah di salah satu pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan angin,memperbaharui bekalan makanan dan air,berdagang serta berehat.Kepulauan Melayu merupakan transit untuk ke Jepun,China dan Kepulauan Pasifik.

Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu Sriwijaya) berminat pada bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasa Kunlun(hampir sama dengan panggilan Yunani, Kolan/Colan), kerana mereka mendapati banyaknya karya ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam rekod purba China tercatat perkataan 'po' satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang.

“Further information is to be found in the I-ch’ieh-ching yin-i,a dictionary compiled by Huei-lin which according to Pelliot was completed in A.D. 817. Huei-lin gives a number of instances of po and includes the following passage:

“Ssu-ma Piao, in his commentary on Chuang Tzü, says: “large ocean-going ships are called po”. According to the Kuang ya: ‘po is an ocean-going ship”. It has a draught of 60 feet (!). It is fast and carries 1000 men as well as merchandise. It is also called k’un-lun-po’.

-Christie (1957), pp. 347-348.

Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun' sebagaimana kajian sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini:

“By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas, which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers”. . . . The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92)

Di dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak belajar dari tukang-tukang kapal dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di mana diterangkan sebagai "as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade".Dan pada pada era Dinasti Han (206 hingga 221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah menggunakan 'satu teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai "a sail, made from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan beratus tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu.

Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang kapal China belajar dari orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan jong.Maka lahirlah jong China yang terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini:



Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah:

"Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan Melayu),sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis.Perkataan Inggeris,junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu.Orang China juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China" (Manguin, 1980: 266-67, 274)

Manguin mencatatkan lagi:

"Secara purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus metrik ton,namun sekurang-kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa 1000 ton.Lapisan badan kapal dihubungkan dengan menggunakan tanggam:tiada bahan logam seperti paku digunakan dalam pembinaan kapal hebat mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapal digabungkan dengan menggunakan serat tumbuhan,tetapi ini bukan amalan pembuatan kapal besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2 hingga 4 tiang kapal termasuk tiang cucur (bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang di kedua belah.Gandung kapal (outrigger),direka untuk menyeimbangkan kapal,di mana digunakan pada banyak kapal namun bukanlah karakteristik kapal yang berlayar di lautan kasar" (Manguin, 1980: 268-74)


Dan orang-orang Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan teknologi layar 'balance-lug sail' dan ini diakui oleh para sarjana sejarah perkapalan dunia:

"The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an invention of global significance. Balance-lugs are square sails set fore and aft and tilted down at the end. They can be pivoted sideways, which makes it possible to sail into the oncoming wind at an angle of to tack against the wind – to sail at an angle first one way and then the other, in a zigzag pattern, so as to go in the direction from which the wind is blowing. Because of the way the sides of the sail were tilted, from a distance it looked somewhat triangular. . . . It is thus quite likely that the Malay balance-lug was the inspiration for the triangular lateen sail, which was developed by sailors living on either side of the Malays, the Polynesians to their east and the Arabs to their west.
Precisely when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail remains unknown, but it would seem to have been in the last centuries B.C.E. It is known that the Arabs in the vicinity of the Indian Ocean were accomplished sailors by the first century C.E. and both they and the Polynesians apparently had the lateen sail by then" (Hourani, 1951: 102).

Di bahagian laut selatan India,orang-orang dari India telah mengambil peranan aktif di dalam perdagangan dan penjelajahan.Dan ini diketahui umum antara sebab agama dan kebudayaan dari India mempengaruhi budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggara sendiri,jika kita ingin bercakap tentang perdagangan maritim,orang-orang Melayu adalah peneraju aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang peranan orang-orang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh Periplus,seorang sarjana:

“[There] are the marts of Camara and Poduce and Sopatma [on the Coromandel Coast of south-east India], where are local ships which sail along the coast as far as Limyrice, and others which are very large vessels made of single logs bound together and called sangara; those that cross over to Chryse and the Ganges are called colandiophonta and are the largest.”

Kedua-dua istilah sangara (yang bermaksud gandang kapal) dan colandiphonta (ingat Kunlun atau Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu) adalah diyakini para sarjana lebih merujuk kepada orang-orang Melayu atau Indonesia berbanding orang India.Ini dibuktikan oleh rekod China (nasib baik Maharaja China menyimpan rekod tentang Melayu Kuno) di mana kata 'colondiophonta' diterangkan dengan lebih terperinci,di bawah nama 'Kunlun Po',dan mengesahkan kapal ini benar-benar besar.Ciri-ciri ini dijelaskan oleh Sitwell,seorang cendekiawan Eropah:

"...Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven hundred men and some nine hundred tons of cargo – which makes them perhaps a shade larger than those other leviathans of the Ancient World, the grain-ships that plied between Alexandria and Rome. They were also probably faster: even the largest Roman ships usually managed with a single enormous square sail, whereas a K’un-lu p’o had four sails and may even have arranged them in the fore-and-aft rig, like a schooner.” Sitwell (1984), pp. 146-147.


Jika orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika berada di Laut Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar sebaliknya apabila berhadapan dengan kapal-kapal pedagang Melayu ini (Kunlun Po) ketika perjalanan mereka ke Afrika atau ke Teluk Parsi.Kapal-kapal yang besar ini dengan teknologi perkapalan yang canggih tanpa menggunakan paku (ini ciri khas seni pertukangan dan arkitek Melayu Purba,sepertimana pembinaan istana dan rumah),teknologi imbangan kapal dan sistem layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba yang hilang di Kepulauan Melayu,yang amat maju dan makmur,sejak kita tahu tentang penemuan penyelidik USM tentang puing-puing kilang-kilang melebur besi di Lembah Bujang dan tapak kota lama di Manjung dan Beruas.Jadi tidak hairanlah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada diceritakan tentang putera Rom yang berlayar untuk majlis perkahwinannya dengan puteri China,kemungkinan besar putera Rom ini menyewa kapal 'Kunlun Po' ini,kapal besar Melayu dahulukala untuk menemui puteri China.

Orang-orang Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan takal bulat berbanding ketika itu pelaut Arab dan China menggunakan takal segitiga.Ini kerana Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal bulat.

Kapal-kapal orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke India,namun majoriti perdagangan di antara India dan China dijalankan oleh kapal-kapal Melayu dan India.Ketika itu orang-orang China agak gerun dengan keadaan laut di selatan dan kurang berpengalaman dengan keganasan ombak dan perubahan angin di sekitar Kepulauan Melayu (Ini antara sebab kegagalan misi Monggol menawan Pulau Jawa dan menghalang armada China menawan Kepulauan Melayu).Holmgren,seorang sejarahwan Inggeris menulis:

"Alasan kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah selatan sebenarnya hanya dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-orang China berasa takut dan tidak yakin untuk berlayar merapati pantai-pantai laut selatan yang berbahaya dan berisiko tinggi dengan perubahan angin monsun yang aneh,walhal orang Melayu,India dan Arab telah lama belajar secukupnya tentang angin bermusim dan pemanduan pelayaran untuk menghadapi lautan terbuka.Para pegawai di pelabuhan China Selatan,tidak menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu polisi yang menggambarkan ciri pelabuhan di kerajaan tengah India.Hanya selepas kemungkinan tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan menjadi ketara di abad kedua,perdagangan di laut selatan mula diterima secara rasmi namun dibataskan kepada setakat pelabuhan Vietnam,Chiou-Chi.Pelabuhan Canton pula hanya digunakan pada abad ke-6 Masehi.Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk mengawal kelompok-kelompok pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara bermusim dari usaha untuk menggalakkan perkembangan perkapalan orang China.Komuniti pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-pelabuhan China yang dirujuk oleh rekod China pada awal abad Masehi adalah pedagang Sumatera atau Semenanjung Tanah Melayu yang berdagang wangi-wangian Parsi,kayu gaharu,kemenyan serta mutiara yang dibuat atau dikumpulkan dari hutan-hutan tropika dan pantai-pantai dari seluruh Asia Tenggara.Dalam banyak kes,inisiatif di dalam perdagangan antara China di utara dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di selatan adalah hampir semuanya digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika pedagang China cuba mendekati laut selatan,mereka berbuat demikian mungkin hanya sebagai penumpang dalam kapal 'Po-ssu' yang dikendalikan oleh orang Melayu atau Indonesia"
(Holmgren (1980), p. 76)

Ini menunjukkan pengiktirafan yang tinggi para sarjana sejarah perkapalan Barat terhadap kemampuan,kemahiran dan bakat yang ada pada orang di Nusantara (China menyebutnya sebagai Kunlun) sebagai 'The King of Sea'.

Beberapa catatan Barat seterusnya mengenai kemahiran terahsia bangsa Melayu yang tidak diketahui oleh anak-anak Melayu era siber dan rempit ini:

Dari Jones,sejarahwan Eropah:

"Ketika musim sejuk,kesejukan di Asia Tengah menyebabkan ketumpatan udara menjadi berat,ketika udara di laut lebih hangat dan ringan.Perbezaan dalam ketumpatan ini menyebabkan udara berat dari Asia Tengah menghembus menentang udara laut yang ringan,oleh itu dari Disember ke Mac angin kering dari Asia Tengah menghembus ke seluruh benua menuju ke lautan.Ketika bulan-bulan tertentu,angin ini adalah amat sukar diramal (ini yang digeruni oleh pelaut China).Walaupun ketika musim luruh,perubahan arah angin secara kasarnya lebih cepat,di dalam bulan April,pertukaran angin musim bunga dari dalam ke luar adalah lembab menyebabkan kesempatanvterjadinya jenis angin yang pelbagai dari September ke November.Mengambil kesempatan dari corak angin bermusim ini,para pelaut Melayu mula mengawal angin monsun dan 'menunggangnya'.Mereka berlayar dengan angin di belakang mereka,dengan ini mereka telah berlayar beribu batu ke destinasi yang jauh-jauh.Kemudian mereka menunggu sehingga angin bertukar arah,di mana ini membenarkan mereka berlayar pulang ke rumah,dengan angin tetap di belakang mereka,menolak mereka ke kampung halaman dengan mudah.

Jones menambah:

"Setakat ini,cuma sedikit persamaan pendapat melihat kepada bilakah pelaut Melayu pertama mencapai pantai timur Afrika dan Madagaskar,lebih dari 3000 batu ke barat,namun sesetengah percaya ia terjadi pada awal abad pertama Masehi.Dengan tarikh yang masih misteri bilakah mereka tiba di Afrika,dalam proses pelayaran merentasi beribu batu lautan selatan,para pelaut Melayu ini ini menyaksikan bahawa mereka membawa sejumlah tumbuh-tumbuhan dari Asia ke Afrika,termasuk pisang,kelapa dan cocoyam (sejenis ubi di Afrika Barat di mana terma cocoyam ini diceduk dari perkataan Melayu).Irama dari xylofon juga diceduk dari orang Melayu ke Afrika walaupun diketahui bagaimana alat muzik ini datang dari Afrika Timur ke Afrika Barat,di mana ia masih kedengaran hari ini,tetap meninggalkan sebab yang kontroversi" (Jones, 1971: 115–19).

Perhatikan catatan yang dikutip dari pengembara Eropah oleh pengkaji:

"The Malay sailors may also have been riding the monsoons of the Indian Ocean to supply the Mediterranean market with cinnamon – a product of southern China – even before the development of an overland or overseas silk route. The Greek word for cinnamon was derived from a Malayo-Polynesian word, through Phoenician and Hebrew. Even though cinnamon was never grown commercially in Africa, Egyptian and Hebrew texts dated to the first millennium B.C.E. speak of cinnamon coming from Africa, leading several scholars to suggest that Malay sailors were responsible for bringing this cinnamon from the coasts of the South China Sea to East Africa. Pliny, writing in the first century C.E., describes an already well-developed trade in cinnamon. The men who brought the cinnamon “put out to sea . . . when the east winds are blowing their hardest; these winds drive them on a straight course . . . from gulf to gulf.” Pliny calls their vessels “rafts,” a plausible but mistaken description of the Malays’ double outrigger canoe (Taylor, 1976: 45). The cinnamon they provided could then have been traded north by the East Africans until it reached Ethiopia, where Mediterranean merchants purchased it.
There is also a thirteenth-century Arab text that refers to a Malay settlement in the vicinity of Aden sometime around the Roman conquest of Egypt in 31 B.C.E. Vast fleets of Malay outrigger canoes came and went from this place, it tells us, but eventually the settlers “grew weak, lost their seafaring skills, and were overrun by neighbouring peoples.” (Taylor, 1976: 25, 39). According to the text, this happened after Egypt’s decline, and scholars have tentatively dated the settlement to the first century CE.
At roughly the same time Malay communities were established on the island of Madagascar, some 250 miles off the East African coast, where their descendants still constitute the majority of the island’s population and Malayo-Polynesian languages are still spoken today by almost all. Given the many clusters of islands in the Indian Ocean and the Malay use of islands for navigating, their likely route to East Africa would have been by way of such island clusters, namely, the Maldives, the Chagos, the Seychelles, and the Comores (Taylor, 1976: 30, 45–46).” Shaffer (1996), pp. 15-16.



Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para pedagang Melayu sehingga mencapai Yunani (Greece),Phoenicia (Kanaan Kuno) dan Yahudi Kuno (Hebrew) sehinggakan kata 'cinnamon' dalam bahasa Yunani dikatakan oleh pengkaji ini diceduk dari perkataan Melayu Kuno selepas diubahsuai dari perkataan Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba Aden (Di Yaman kini) terdapat penempatan para pedagang Melayu menurut teks Arab kurun ke 13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan harum-haruman boleh tiba di istana Firaun dan benih-benih bunga-bungaan dan pokok-pokok tropika boleh tiba di kota Babilon.

Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan:

"Penduduk Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari sana,membekalkannya ke seluruh India.Tiada besi yang mampu dibandingkan dengan mutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk Zabaj kerap dipanggil di Zanj di dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan berdagang barangan dengan mereka,sebagaimana mereka memahami behasa masing-masing"


Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya,empayar maritim Melayu terbesar di Asia Tenggara.Di sini kita tahu sejak zaman Srivijaya,orang Melayu sudah pandai mengeksport besi pula ke India!

Situasi Empayar Srivijaya yang memiliki kapal-kapal yang menakjubkan (contohnya Lancang Kuning yang dinaiki Emperor-emperor Srivijaya) disentuh oleh seorang pakar perkapalan Jerman,Horts H.Liebner ketika ditemuramah oleh The Jakarta Post:

"Five hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal began their journey to look for new territories, ships from the islands now known as Indonesia were traveling around Asian waterswith very advanced technology.
The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from the Java Sea found that the ship had better technology than those from Europe,China or Japan.The ship,believed to have sunk between 930 AD and 990 AD in a storm, was also bigger and better constructed.Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships thatcould sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"



Renungkan bahtera besar yang diukir di candi Borobudur.Kemudian renungkan kata-kata PAKAR PERKAPALAN JERMAN ini.Adakah beliau berkata untuk menyedapkan hati orang Nusantara?Adakah sengaja mahu mengembangkuncupkan hidung orang-orang Melayu?Menaikkan punggung orang-orang Melayu ke paras maksima?Kemudian berjalan mendada tidak ingat dunia?TIDAK SAMA SEKALI.

Beliau bercakap melalui fakta sejarah dan pengalamannya dalam bidang maritim.Sudah tentu catatan tentang Kepulauan Melayu telah ada di dalam simpanan Empayar Austria-Hungary (Jerman sebelum Perang Dunia Pertama) dan Kerajaan Perancis.Perhatikan semula kata-katanya yang penuh makna tersirat ini:

"Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships that could sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"

Dan ini bertepatan dengan catatan para pengembara Eropah dan sarjana Inggeris seperti yang kita baca tadi.Semua ini menunjukkan Tamadun China banyak mendapat faedah dari pembelajaran mereka tentang pembuatan kapal dari orang-orang Nusantara khasnya para pelaut Melayu.Sebab itu kerajaan-kerajaan Melayu dahulu sukar dikalahkan melalui peperangan laut.Dan ini caranya Srivijaya,Majapahit dan Melaka menguasai Selat Melaka,selat tersibuk di dunia.Siam mampu mengalahkan Kedah dan Patani,namun bukan Melaka,kerana Melaka adalah warisan Emperor terakhir Srivijaya,'The Lord of Sea'.JIka Funan menggelar raja-raja mereka,'The Lord of Mountain' (gunung adalah katakunci terahsia Melayu yang lain),Emperor-emperor Srivijaya adalah 'Dewa-dewa laut' yang menggerunkan.Dalam Sulalatus Salatin,dikisahkan Melaka mampu mematahkan dua kali serangan Siam (era Ayutthaya).

Selain itu,Orang Sulu juga digeruni oleh penjajah Sepanyol,dan kemahiran ilmu laut Orang Sulu setanding dengan Orang Bugis.JIka Inggeris menganggap Orang Bugis sebagai lanun,Sepanyol juga menganggap Orang Sulu ini sebagai lanun yang kasar dan kejam (padahal merekalah bangsa yang kejam dan ganas)


*Dari relief di Bayon,menunjukkan tentera laut Champa sedang berperang.Perhatikan kapal perang mereka.


Di dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang kesukaran tentera Thai untuk mengalahkan tentera Kedah ketika peperangan di laut.Ini menyebabkan Thai menggunakan taktik pengecut yang sekian lama digunakan apabila berasa terancam dengan kekuatan musuh;meminta bantuan kuasa Eropah,dalam kes ini meminta bantuan Inggeris.Angkatan Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris sebagai 'lanun' Melayu paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota Kuala Kedah oleh kira-kira 80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari Sungai Perai,namun tiba-tiba dibedil Inggeris yang campurtangan setelah berpakat dengan Thai.Wan Muhammad Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)yang begitu berjaya dalam kempen menentang tentera Thai di laut sebelum itu telah diserang dan dikejar oleh kapal perang Inggeris.Ilmu pelayaran dan teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang Melayu nyata berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya menghindari kapal perang Inggeris.Dengan jong yang lebih ringan dan laju angkatan tersebut berjaya menjarakkan diri dari angkatan Inggeris dan belayar bersembunyi di selat-selat kecil di Langkawi.Namun Inggeris yang tidak berpuas hati telah maju ke Pulau Langkawi dan menyerang kubu dan merampas meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera pengecut Thai menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan tentera laut Kedah yang sukar ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali terpaksa berundur ke Sumatra dan menetap di sana.

Kedah akhirnya berjaya menghalau tentera Thai setelah menyaksikan kelicikan Paduka Raja Jambangan atau Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah dan tipu muslihatnya,Kedah dapat dibebaskan dari taklukan Thai.Beliau telah dianugerahkan wilayah Kubang Pasu sebagai negeri yang bebas dari Kedah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Dalam kempen yang diketuainya,Tunku Anum membiarkan dirinya menjadi tawanan raja Ligor untuk mengkaji kekuatan Angkatan Ligor yang merupakan penghasut utama kepada raja Thai supaya menyerang Kedah.


Berbalik kepada rekod tentang kapal-kapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga pandangannya yang jujur),dalam bukunya,"A History of Johor' mencatatkan laporan dua askar Belanda tentang geliung-geliung Johor ketika perdagangan di Betawi dan Melaka:

Rekod dari Dargh Register pada tahun 1968 hanya mencatatkan satu lawatan oleh geliung Johor membawa barangan dari Gujerat.Pada April 1661,catatan Belanda:'Gonqua' dari Johor dengan sebuah kapal geliung,26 anak kapal...."

Pada abad ke 17 di Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara tertentu termasuk Kesultanan Johor diketahui mahir dalam membuat kapal geliung.Negara-negara Asia yang lain seperti India dan China ketika itu memiliki kapal-kapal besar namun ketidaksesuaian rekabentuk tradisional mereka tidak mampu menghadapi kapal-kapal pedagang Eropah yang dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukang-tukang kapal Melayu yang membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan pandai menggabungkannya dengan rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar misalnya adalah revolusi kapal Melayu yang digabungkan dengan senibina kapal-kapal Eropah,dengan penambahan tiang cucur (bowsprit) gaya Eropah.




Perlu diingat sehingga awal abad ke-20,Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang tidak dinaungi Inggeris,dimana tidak menerima residen Inggeris.Johor menerima residen Inggeris secara rasminya pada tahun 1914,menunjukkan Tanah Melayu secara rasminya terjajah keseluruhannya bermula tarikh ini.Johor moden adalah warisan dari Empayar Johor-Riau,yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah Empayar Kesultanan Melaka.Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang Candu dan kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer Inggeris yang menggunakan kapal jenis frigate yang pantas dan berkuasa tinggi (The Black Pearl dalam filem Pirates of Caribbean adalah contoh kapal jenis frigate),geliung-geliung Johor mundar-mandir di Selat Melaka tanpa diganggu oleh Belanda dan Inggeris.Kepantasan geliung Johor bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam mortar agak menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima residen Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di hadapan kapal (seperti kapal The Flying Dutchman dengan triple cannonnya).Kecerdikan para tukang timbal kapal Melayu ketika itu membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong hinggalah ke geliung menunjukkan mereka sekali lagi adalah 'The Lord of Sea' walaupun dihimpit penjajahan kuasa Eropah.Mereka mewarisi kemahiran para pembikin kapal Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan Mediteranean,berdagang dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba Phoenicia dan Sumeria yang sudah pupus pada hari ini.Yang tinggal cuma bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telah menubuhkan 'Israel Baru'.Menariknya,keturunan 'pelaut Melayu' yang gigih ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Yahudi Moden pada hari ini,tidak seperti di zaman Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara.
Kerajaan Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama ketika menghadapi serangan Portugis.Catatan dari conquistador Portugis:

"Dalam pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh geliung-geliung Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah"

Kejayaan Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan pada tahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang pernah menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam pertempuran laut .

Dalam perjalanan pulang mereka telah “singgah” di Melaka untuk membedil dan menenggelamkan kapal-kapal musuh yang sedang berlabuh.



*Perbandingan antara kapal Laksamana Cheng Ho (besar) dengan kapal Columbus.Mungkin beginilah kapal Lancang Kuning kenaikan Emperor Srivijaya dan Mendam Berahi.


Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia:

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"


Perhatikan kata-kata ini:

""Her sides were so high...."

Menunjukkan geladak kapal yang lebih tinggi dari kapal-kapal Portugis ketika itu.Ini terbukti dengan kegagalan Portugis mahu menawan Aceh.Hanya Belanda yang mampu menekan Aceh kemudiannya setelah muncul sebagai kuasa laut Eropah yang baru ketika Sepanyol dan Portugis meniti zaman kemerosotan penjajahan maritim.

Begitulah kisah silam orang Melayu Nusantara yang gemilang.Bagaimana Tamadun Mesir dan Sumeria mengenal Dunia Melayu dengan rempah,kapur barus dan wangi-wangian kemenyan,dunia juga mengenal bangsa ini sebagai pelaut,pelayar dan pengembara maritim yang gagah.Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan sejarah bangsanya,namun dunia tidak pernah lupa kepada kegigihan para pelayar Melayu ini meredah ombak,merenung bintang-bintang di langit dan merasa pergerakan angin,berlayar beribu-ribu batu,sehingga sampai ke pantai-pantai Afrika,Teluk Parsi dan Mediteranean.

Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan kemampuan nenek moyang mereka,namun dunia masih menyimpan kenangan bagaimana pelaut-pelaut Melayu tekun bertukang membina kapal-kapal,memasang layar dan menyorong kapal ke laut.Ombak dan pantai masih mengingati para pelaut ini menyeka peluh dan membanting tulang melaraskan layar-layar dan kemudi kapal.Angin laut masih rindukan wajah-wajah pengembara Melayu menyongsong ganas ombak dan azab di lautan,kerana angin dan bayu laut inilah teman mereka gembira dan menangis ketika kesepian di tengah-tengah lautan luas.Tidak mengapa anak-anak Melayu mengetawakan para pelaut ini,namun dakwat para pengkaji Barat dan Timur masih hitam lagi membela para pelaut Melayu ini dari kejahilan dan kedunguan anak-anak Melayu yang terjajah mindanya oleh penjajah.

Anda boleh menghayati kenangan kehidupan dari sisi kapal-kapal Melayu dan kehidupan pelaut dengan membaca dua karya tentang perkara ini,iaitu Novel Sukma Angin hasil karya Sasterawan Negara Arena Wati.Novel ini mengisahkan kehebatan kapal layar dagang Melayu terakhir.Satu lagi adalah karya penulis tersohor tanahair,Faisal Tehrani dengan karyanya,Bedar Sukma Bisu.

Jika sekiranya orang Melayu duduk di hutan dan gua-gua sambil bermain dengan monyet dan tupai,sekurang-kurangnya fikirkanlah,bagaimana keturunan Merina di Madagaskar mengaku berasal dari Kepulauan Melayu dan bahasa Malagasy adalah sekelompok dengan bahasa Melayu bukan bahasa Afrika.Para pelaut Melayu telah berlayar sehingga ke Madagaskar dan Afrika menghasilkan raja-raja Dinasti Merina yang telah memerintah Madagaskar sekian lama sehinggalah penjajah Perancis tiba.Kehebatan ilmu pelayaran Melayu yang sanggup belayar hingga ke Afrika ini diabadikan oleh seorang pengkaji sejarah orang Melayu dari Eropah,John Tiffany sebagai “The Viking of the Orient”





Sepatutnya kerajaan Melaka membina kembali kapal Mendam Berahi,bukannya kapal Flor de La Mar malahan kapal Mendam Berahi lebih besar dan hebat dari Flor de La Mar.Flor de La Mar hanya sebagai bukti jiwa Melayu yang terjajah,namun jika anak Melayu hari ini dapat melihat replika Mendam Berahi,betapa mereka nanti akan menyelami kehebatan nenek moyang mereka membina kapal yang sehebat itu.Menyelami sehingga ke sejarah pelayaran Melayu ke Madagaskar,menjadi raja-raja Merina,memerintah suku-suku kaum Afrika di pulau itu.

Satu perkara yang menyentuh jiwa berkenaan raja-raja Merina ini,apabila mereka meninggal dunia,mereka mewasiatkan mayat mereka ditanam di dalam makam berbentuk rumah tradisional Melayu,walaupun kehidupan harian mereka tidak berbeza dengan suku-suku kaum Afrika yang lain.

Artikel ini diakhiri dengan gambar makam diraja Merina di Madagaskar,Afrika..dan hayatilah misteri makam sepi ini,sesepi hati perantau Melayu di bumi asing.







Caption:

The tombs of 19th-century Merina dynasty rulers Queen Rasoherina and King Radama I stand side by side on burial grounds in central Madagascar. The Merina culture descended from that of the original Malay settlers of Madagascar and rose to prominence during the early 19th century. Many Merina rulers, including King Radama I, resisted the initial European presence on Madagascar. Merina rulers fought against colonial expansion until the French takeover of Madagascar in 1896.(Microsoft Encarta 2009)






----------------------


Next...




Alter Terahsia Bangsa Melayu 'X' Edition




The Land of The Gods II









-Siapa penduduk asli Indochina?
-Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian
-Perak Man dan Jawa Man
-Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu?
-Siapakah Funan?Orang Mon,Khmer atau Melayu?
-Rahsia Borobudur dan Angkor Wat
-Kota Khmer di dasar Tasik Chini
-Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Melayu Kuno
-Tulisan Purba orang Melayu
-Mengapa Tamadun Purba Melayu jatuh?
-Teori Peradaban
-Teori Kemerosotan
-Rahsia tersembunyi di The Land of The East
-Dewa-dewi di Golden Chersonese
-Nenek Moyang Para Firaun





Semakin dikuak rahsia,semakin tercerna pelbagai misteri!SEmakin diteguk segala ilmu,semakin haus dengan kebenaran!

Bersama MistisFiles,melayari segala kejaiban dan misteri....

Akan datang di MistisFiles...





Tuesday, January 19, 2010


Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah





Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?







'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu





Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:




Pemuras


Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.




Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.





Terakol








Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.





Istinggar




Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.





Lela Rentaka


Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.





Meriam/Lela


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.




Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.

Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.





Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?








Bibliografi:

Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain.





---------------------------------------



Coming Soon....




Alter Terahsia Bangsa Melayu IX















-Rahsia Laut
-Laut dan Melayu
-Hubungan mistik antara Melayu dan lautan
-Kapal-kapal Melayu
-Pengembaraan sehingga ke Jepun dan Taiwan
-Dari Tanah Kanaan sehingga ke Sungai Musi
-Misteri ukiran bahtera pada Borobudur
-Misteri ukiran kapal Melayu pada Angkor Wat
-Utusan Firaun di Nusantara
-Flor De La Mar dan Mendam Berahi
-Pengembara Melayu di Afrika
-Dinasti Melayu Merina di Madagaskar
-Pelaut-pelaut Melayu yang gigih
-Tun Abbas dan legenda 'The Malay Pirates'
-Kerajaan Maritim dan Empayar Melayu Purba
-Ke manakah menghilangnya armada tentera Laut Melaka pada subuh serangan Portugis?








nantikan pengembaraan mendebarkan,meredah ombak dan tujuh lautan!Sehingga ke hujung dunia!

Hanya di MistisFiles!


Sunday, January 17, 2010


The Tombs of Ayutthayan Kings



Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah dikejutkan dengan kewujudan blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan menariknya,penulis blog yang dikenali sebagai Anai-anai telah mendakwa berasal dari keturunan pemerintah Kerajaan Ayutthaya,sebuah kerajaan Siam Purba yang pernah mendominasi Indochina pada masa lampau.Dakwaan beliau lebih menarik apabila selepas itu muncul pula beberapa orang yang mendakwa menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masing memiliki nama 'kerabat diraja' dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan keturunan dari 'Nai' ini pernah membuat majlis perhimpunan keluarga dan sumber utamanya merangkap waris maharaja,Nai Long Kassim Nai Long Ahmad pernah menyertai satu forum bersama persatuan sejarah.

Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara kritis dan seimbang.Saya akan menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan cuba untuk mengaitkan semua dakwaan ini dengan sejarah realiti tidak kira sejarah yang cuba digelapkan ataupun secara kronologi logik.Saya juga akan mengambilkira kemusykilan semua pihak terutama pihak yang menentang usaha Anai-anai.

Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah membentangkan satu kajian yang agak luarbiasa dari sejarah yang kita baca di buku-buku teks sekolah.Beliau mendakwa Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islam dan raja-raja mereka berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum yang berbeza.Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah disebabkan pakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah Ayutthaya telah ditutup dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya juga diburu dan dibunuh.










The Tombs of Ayutthayan Kings






Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."

(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)





Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan kewujudannya sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini,U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-raja'.

Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan Kerajaan Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman keemasannya,ia menjadi kota paling makmur dengan urusan perdagangan dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti China,Parsi,Belanda sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombongan perdagangan ke kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan.Hubungan diplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya dalam pemerintahan Raja Narai yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah kerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan menakluk sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing dengan Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.

Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi dengan panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan panah semasa mahu menyerang Melaka.

Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang Burma dibawah pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya juga,kerajaan ini berdepan dengan konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telah menjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.

Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum Tai dan berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran Buddha.Ini adalah sejarah umum yang dibaca dibuku-buku sejarah.

Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah tapak masjid yang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya.Para pengkaji juga menemukan bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau dibuang dari dinding-dinding runtuhan kota.Seorang pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukar semula ke nama 'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan kajian yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani mengemukakan hasil kajian.

Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari kunci yang hilang di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah wilayah-wilayah orang Melayu di Indochina.

Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah mendedahkan secara terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu dahulu apa yang menyebabkan kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan beliau mengenai Ayutthaya ialah:


-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan Tai.Siam berasal dari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari selatan China.Raja-raja Ayutthaya adalah dari keturunan Siam dan beragama Islam.

-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.

-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada zaman dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.

-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.

-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.

-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul) Islam berpusat di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan Moghul itu kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali perkahwinan dengan raja-raja Siam Ayutthaya.

-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu dan diburu oleh kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu.Mereka memakai gelaran 'Nai'.

-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini mengenali antara satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga didakwa ada namanya yang lain berpangkal dengan gelaran 'Nai'.

-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga dikatakan semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah' kepada Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal Selat Melaka.

-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui sistem giliran.

-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu (menariknya ini ada bukti yang jelas,bukan sahaja dari sumber Thai sendiri,malah sumber Perancis).





-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.

-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang dijaga turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang bersembunyi dari buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang digelar 'Tahun Musuh Bisik'.


Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog sejarahnagarakedah.Penulis blog ini mempunyai satu sumber bertulis yang amat dipercayai,iaitu kitab Undang-undang Kedah yang manuskrip aslinya berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan Kerajaan Britain sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain seperti Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat selari dengan Undang-undang Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk kepada kitab Hikayat Merong Mahawangsa.

Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya.Raja-raja Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai umum raja-raja Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah umum:



Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)

Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)

Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)
Thong Lan (1388)

Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)

Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)

Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak
Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuri Si Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai (d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)

Sukhothai Dynasty (1569-1629)

Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)

Prasat Thong Dynasty (1630-1688)

Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)

Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)

Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)
Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)


Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja Ayutthaya versi pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad,yang mendakwa waris dari raja-raja Siam Islam Ayutthaya.


Kerajaan Ayutthaya Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma


-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)

-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN 1369 – 1395)

-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 - 1388)

-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)

-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)

-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 – 1424)
RAJA TOUNG OO

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)

-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)

-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)






-RATSADA (1533 - 1547)

-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang Che Yam, Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran Siam:YOT FA)

-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)

-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)

-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu Burma:BA YIN NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498 -1530)

-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)

-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)

-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)

-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)

-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)

-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 – 1655)

-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)




-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)

-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)


-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA PETRARAJA 1656 - 1688)

-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)


-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)

-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)

-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL
(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II dan gelaran istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku Undang-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) -Raja Ayutthaya terakhir memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja Kemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)


Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber rujukan Anai-anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai ini?

Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan Anai-anai ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan.Namun saya cuba untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti tin kosong,tetapi Anai-anai mempunyai sumber bertulis yang sah,iaitu manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU BAHAWA INGGERIS TELAH BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA,PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.

Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar menyebutkan beberapa nama) juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan ramai lagi...ya terlalu ramai,adalah penulis-penulis sejarah moden kita sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita tiada sehingga terpaksa bangsa asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya Undang-undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana Melaka yang hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?

SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan terpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau menghilangkan sebahagian besar sumber-sumber ini.Sebab itu peranan raja-raja Melayu amat penting,UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU TURUN-TEMURUN.

Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris seperti R.O Winsted dan Shellabear.Nasib baik kerajaan berjaya membawa balik kitab Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN BANGSA ASING.

Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum kemunculan blog sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina (Benua Siam),cuma butiran terperincinya belum habis dijejaki.Saya menunggu-nunggu pasti ada pendedahan dari seseorang kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua Siam.Untuk mengetahui sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita perlu dengar dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine Benua Siam.Orang Tai adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin atau sistem sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari Selatan Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol.Jika orang Melayu Cham dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai Vietnam pada zaman dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah menguasai wilayah Thailand pada hari ini?

Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan orang Dai-Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam,sama seperti orang Mon,Pyu dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di Benua Siam lama sebelum orang Khmer naik memerintah Angkor selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu Kuno) dan orang Mon itu sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada raja-raja Khmer.Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang Burma,satu lagi kaum pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan mereka,lihat sahaja apa yang terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada bernegara dan menjadi minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe Dagon yang menakjubkan itu.Jika mampu membina pagoda besar dari emas,bayangkan bagaimana hebatnya kerajaan orang Mon pada zaman purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-raya,hari ini menjadi mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak bernegara,itulah yang terjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.

Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil iktibar dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN SESUATU BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa musuh-musuh menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.

Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting Kera.Kra bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu 'KERA',ya...haiwan yang bernama kera.Dinamakan Segenting Kera kerana memiliki tanah yang sempit,ia adalah perumpamaan Melayu lama yang sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan sebagai perumpamaan sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai mana sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara.Ia terletak berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama tempat yang asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

(dipetik dari Ibnu Rusydi)



Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki orang Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang hanya wujud di semenanjung?Atau di pulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa atau Pataninya) pernah menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana orang-orang Khmer belajar menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA SAILENDRA!

Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah Melayu Patani yang pernah mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu Patani kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga atau meminta derma untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat orang Melayu Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal amat pemurah.

Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga merendah-rendahkan sejarah Kesultanan Melaka.Beliau kerap mempersoalkan mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma pelabuhan Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau kerap berkata,

"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah seluruh semenanjung dahulu"

Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal beliau juga berkata,raja-raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi Maharaja Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan berasal dari Borneo (ya,saya setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai makamnya),jadi taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) adalah sama sahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak perlu mendabik dada kehebatan keturunan anda,walau dari 'bangsa harimau' atau 'berdarah naga' sekalipun.

Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long Kassim menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara Anai-anai melenting sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang Melayu semua sekali dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu ibarat orang hutan yang merampas takhta orang Siam Islam.Emosi berlebih-lebihan ini mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu' rapat Anai-anai,iaitu The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu posting dimana sengaja diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan 'Melayu' pada masa dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana teknologi kamera secara moden bermula pada tahun 1884 selepas penemuan sistem filem yang baru menggunakan lapisan kertas dan gelatin.Kemudian diletakkan ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang Melayu yang nampak seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam' ketika itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun dan nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam dan Thai yang berebut warisan kemelayuan ini boleh bertahan mempertahankan negara dan masih wujud bernegara sehingga semua Siam Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka ini.Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai pun tidak boleh,menjeling pun sudah ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan disumbat dalam trak seperti ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah dapat bersaudara dengan orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan menghiris perasaan mereka seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam bersaudara dengan Melayu semenanjung dan dikuatkan ikatan dengan agama yang sama.

Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja Perlis merpersoalkan versi Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah keturunan Ayutthaya juga!

Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah begitu obses dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia didakwa berasal dari perkataan Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan 'Beruas' (nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam bahasa Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.

'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah pokok mengkuang?),malah Australia dan Albania juga didakwa berasal dari perkataan Siam Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.

Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan berasal dari perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau bermaksud 'berpuasa' dalam bahasa Arab pun didakwa menunjukkan bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses bahasa sendiri.

Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca dengan perkara remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya sentuh keturunan raja-raja Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan mitos seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN TAHU CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya membuat andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang Thai juga akan ketawakan anda.

Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga melalut merendah-rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang Melayu hanya berasal dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku Melayu) dan ini saya perhatikan sama seperti 'bebelan' pengkritiknya,seorang warga Malaysia keturunan Thai yang membuka satu blog lain (sejarahnagarakedag) yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan yang sama.Selepas itu bila ditegur,beliau menukar nada dengan mengatakan orang Melayu yang dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan mengikut sahaja penipuan Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesama sendiri,yang menjadi mangsa tidak semena-mena orang Melayu.Padahal masing-masing duduk dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-ubah.Sekejap mengaku orang Siam,sekejap mengaku Melayu Siam,sekejap mengaku orang Yunnan,malah didakwa dahulu orang Melayu adalah orang 'Fei',baru sekarang bergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara begini tidak seharusnya berlaku kerana beliau seorang pensyarah dan terpelajar.Namun saya faham bahawa pengkhususan beliau bukan dalam bidang sejarah,namun ini tidak bermakna boleh menulis fakta sejarah seolah-olah mengarang komik anime.

Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang tidak harus dipandang sepi.Mengapa saya kata begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis blog itu,kerana sebenarnya apa yang diceritakan tentang hubungan kerajaan Ayutthaya atau Sharul Nuwi itu dengan orang Melayu amat rapat kerana ia tercatat dalam UNDANG-UNDANG KEDAH!Keturunan dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah Fansuri juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi (Ayutthaya),jadi fikirkan misteri ini.Baca buku Undang-undang Kedah terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di dalamnya.



Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama Islam,dan bukan orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang Tai,Khmer,Melayu (Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan sebagainya.Para penasihat atau panglima tentera diambil dari pelbagai kaum.Ini samalah seperti di Malaysia.Apabila kedudukan orang Tai sudah kuat dalam kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit dengan Burma,yang mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila Burma datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu kota Ayutthaya untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya lari,orang-orang Thai menabalkan diri mereka menjadi raja.Cerita selepas itu adalah kisah bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan pengaruh Burma dari 'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.

Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.

Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah satu keturunan Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau Sulu.Ini kerana jika anda mahu bercakap dengan orang Sulu misalnya,amat sukar memahami bahasa mereka,namun kita tahu mereka sama akar budaya dengan kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan saya faham dengan keadaan orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan orang Cham dan Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh Thailand.Adakah Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.

Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh belajar perkara ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar penghapusan etnik,akibat sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand diam.senyap terkebil-kebil tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan Hindraf belajar dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang amat berterimakasih kepada orang Melayu dalam keadaan orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak orang-orang Tamil.Orang Tamil di sini bebas dengan nama dan identiti mereka malah jumlah kuil pun melebihi jumlah masjid,itu pun dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini perangai Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam orang-orang India sendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang derma simpatisan Hindraf.Malah Hindraf menyaman balik ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.

Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa menghiraukan kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya terpaksa mengemis dengan kerajaan orang-orang Melayu tadi yang dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindraf yang meniru lagak samseng India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh melucukan dan bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil mereka sendiri.

Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari dari kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang oleh Majapahit?Siapa yang membuka pintu kota?Orang yang kecewa kerana anak perempuannya dibunuh oleh raja Singapura.Pintu kota kerajaan Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa sehingga memudahkan kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet membumihanguskan Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang Inggeris menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris Di Perak.

Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang berulang-ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan termasuk lubang biawak dua kali.

Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung kuburan 'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu berjumpa dengan Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk mengetahui kisah sebenar,apa yang terjadi ketika serangan orang-orang Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di Indochina.





Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang direbutkan oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang raja bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan ini membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai telah meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga telah mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di binaan-binaan lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long Kassim,asalnya ada tulisan jawi di situ pada masa dahulu.



Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan warisan Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip Melayu.Istana Melayu direbutkan oleh orang Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka yang berjaya merebut binaan-binaan ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-patung mengikut citarasa mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua warisan nenek moyang mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan orang-orang Melayu yang masih ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil dengan meriam dan diratakan.Bukti sejarah dirampas.Binaan Melayu di Indochina terjaga rapi sebab sudah jadi milik orang lain.Kaji Cham Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji peradaban Funan yang membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan,dengan kedudukan pintu dan tembok serta dikelilingi terusan air.Ia menjadi bercitarasa kuil setelah ditinggalkan orang Melayu Funan dan diduduki oleh orang Khmer kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik orang lain sehingga apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan Stamford Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka percaya bangsa mereka adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang hebat.Nenek moyang mereka dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan selekeh.

Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu sebenarnya adalah pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang berpakat menyerang 'Langkasuka' adalah tentera Thai.Lihat,produser filem Thai amat menyanjungi warisan sejarah walaupun bekas musuh mereka.Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju dengan kota yang kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistol disamping tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan tidak kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat dari puteri-puteri Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan penjajah Eropah telah menghancurkan sejarah manis Patani ini.Lihat filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan pegawai Ayutthaya yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa dahulu,dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-orang yang setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu dikaji,bukan setakat terpesona dengan aksi siku terbang Tony Jaa.Pada masa depan dijangka ramai pembuat filem Thailand makin berani menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik nama-nama pembuat filem Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang 'bersembunyi' di sebalik nama-nama Thai mereka?

Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung berdinding buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini kerja orang malas.



Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long Kassim sebagai moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan perasaan misteri dan sayu.Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar dan bersatu,musuh-musuh mereka akan cuba sedaya upaya merampas 'The Golden Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai kini,tanah tumpah darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga Tuhan memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana sejarah hitam kerajaan Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi kepada Malaysia ini jika semua pemimpin Melayu masih bermimpi,bergaduh dan berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang jadi talibarut Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa menghiraukan nasib anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi yang menceritakan sejarah getir mereka lari dari buruan musuh mereka.Kita tidak boleh membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari kubur-kubur mereka,namun kita boleh bertanyakan waris-waris mereka yang masih hidup.Tanyakan mereka dengan jujur dan minta mereka menjawab dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada raja-raja Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.


Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3 makam mereka sahaja yang dikenalpasti berada di Thailand,mungkin setelah merenung batu-batu nisan misteri ini,kita boleh bertanya kepada orang Thai,khususnya para penyelidik Thai,ataupun Raja Thai sendiri....

Di manakah makam raja-raja Ayutthaya yang lain?










__________________________________________________


Credit:


Pro:





Kontra:




Saturday, January 16, 2010


Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa






Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum artikel utama Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-awalnya minggu hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di sebalik nama 'Melayu' dan misteri di sebalik nama itu.Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau bahasa?

Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri menyebabkan ada di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh kaum lain tentang maksud Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan memberitahu anak-anak Melayu ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan memandai-mandai membuat kenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba mengupas masalah ini dari pelbagai sudut.

Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih belum difahaminya.



-M.O






hiaskan kendiri berani bak saktimuni
hiduplah jalinan susastera dan mahakarya



Srikandi menyusun berapat jari-jemari
membuka pencak ilmu dan warha bicara




Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan Empayar Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa Inggeris berasal dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris) dari Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadi adakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari planet Zargus??Fikirkan.

Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi oleh orang Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan mereka dan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu menjadi seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh dan mereka dipaksa menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.

Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?

Beliau mengaku sebagai anak Melayu!

Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556 hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa menjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.

Wahai saudara saudariku Bani Jawi,

Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum yang menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu sama lain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum ini yang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke timur mencapai pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau Papua,Solomon,New Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah Inggeris tiba di sini,Australia diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah terasimilasi dengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham bahawa Bani Jawi yang menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjaga warisan moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu rahsia.

Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan 'Brunei' adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah penjajah Inggeris dan Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan' orang Filipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia aborigine ini boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalam ilmu pelayaran?

Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari ini.

SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-ORANG BANI JAWI DI INDONESIA,MALAYSIA DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN TERUS IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA ,tidak kira di'Inggeriskan' atau di 'belandakan'.Namun ini tidak terjadi semudah itu dan hakikatnya telah gagal.Para penjajah ini tidak mampu melakukan begitu kerana masih ada warisan Bani Jawi yang gagah perkasa berdegil mempertahankan warisan mereka.Kita boleh faham mengapa bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh 'kemelayuannya' terutama orang-orang Tausug yang masih diluar pengaruh 'kristianisasi dan pensepanyolan'.Sebab itu mereka masih berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran sehingga mereka menjadi amat lemah dan pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh penduduk di selatan atau lebih tepat di pulau Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang 'saudara' mereka yang telah hilang identiti dan menjadi 'makhluk' lain.


Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila dan Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang kepada moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama 'Macapagal' itu tidak ada.Bolehlah digantikan dengan 'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria Fernando Arroyo sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau conquistador yang menjajah Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu sendiri menimbulkan misteri yang tidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di Filipina.

Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum penjajah Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman yang membantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan kota Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah" bermaksud "di bawah keamanan Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan Filipina pada zaman dahulu.

Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu memberi pengajaran yang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran bangsawan Melayu di kepulauan Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan kita gambaran sejarah Melayu yang digelapkan di pulau-pulau utara Sabah itu.

Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk dalam bahasa Tagalog.

*Pahlawan Tausug/Sulu yang gagah berani


Mengapa penduduk ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman conquistador Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauh ke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit getir mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah melupakan keris Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika menentang conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.

*Keris panjang atau Keris Sundang Sulu

Adakah Inggeris lebih bermurah hati dan 'kasihan' dengan Bani Jawi di Tanah Melayu?Adakah Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera dan Jawa?TIDAK SAMA SEKALI.Cuba baca kisah kaum Red Indian Cherokee yang dihalau dari tanah tumpah darah mereka di benua Amerika.Mereka dihalau beramai-ramai oleh penjajah Inggeris yang mahu menubuhkan Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam pelarian termasuk kanak-kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian pada hari ini?Hanya logo 'Apache' sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak rempit Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah hilang tanah dan identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang mereka.Pelajarilah semua ini.

Namun,pelajaran paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika pemimpin Umno masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh 'lesap' tanpa dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh),50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan.

Moralnya ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan tanahair telah memotivasikan Bani Jawi di 'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya kekal mendaulatkan budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda dan saya tidak lagi bergelar Melayu.Dan tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR SABAR DAN KUAT SAHAJA MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH BERATUS TAHUN.

Polinesia adalah istilah dari Greek yang bermaksud 'banyak pulau'.Ini menerangkan Kepulauan Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi terminologinya ia bermaksud Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan Pasifik Selatan.Ia adalah satu daripada tiga bahagian;yang lainnya ialah Melanesia dan Micronesia.Austronesian ialah kelompok keluarga bahasa paling terbesar di dunia,dahulunya dikenali sebagai Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa memasukkan bahasa Formosan (juga berasal dari bahasa para pelayar Melayu yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun yang lampau) ke dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian,kini ia digelar keluarga bahasa Austronesian.Ini adalah salah satu daripada keluarga bahasa terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahasa melebihi 700 bahasa dan keluasan geografinya.Bahasa Cham di Vietnam dan Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar dan bahasa Tagalog di Filipina adalah dari keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar bahasa ini yang mengesan rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.'Malayo' adalah ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-Polynesian' seperti bahasa Melayu,Sunda dan Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang standard,maju dan dinamik.'Polynesian' pula adalah lebih kepada bahasa-bahasa kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat persamaan dari segi struktur bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa Melayu/Indonesia dengan bahasa-bahasa Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang sama seperti perkataan 'mata','batu' dan sebutan angka-angka.'Lima' adalah perkataan yang dominan.Orang Samoa juga menyebut angka 'Sepuluh' sama seperti kita di sini.Sebutan angka dalam Tagalog mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-ciri Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia dan 'Polynesia' merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum aborigine Pasifik.

Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di Malaysia seperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine Pasifik seperti Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE INI DENGAN ORANG JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan mendapat kunci rahsia ini dalam artikel utama ATBM "Austronesian dan Polinesia".


Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu adalah satu sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang bagaimana?Pakaian orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian etnik-etnik di Indonesia terutamanya di Pulau Sumatera.Orang Melayu juga berkeris seperti orang Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal loghat (slang) bahasa Melayu di negeri-negeri Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa orang Jawa bercakap dengan orang Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini antara sebab Manohara tidak serasi dengan orang Kelantan,pendapat saya sahaja).Cuba teliti dialek pekat Kedah,Perak dan Terengganu.Orang luar mungkin merasakan orang Perak,Kelantan dan Kedah yang bercakap dialek pekat masing-masing dari tiga kaum berbeza.Samalah jika kita paksa orang Sunda bercakap dengan orang Aceh.Perbezaan loghat/dialek adalah sama,tidak kira di Indonesia atau di Malaysia.Jadi,di manakah 'sukukaum' Melayu itu secara jelas?Apa yang Melayunya pemuda yang bernama Fahrin Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa Melayunya Siti Nurhaliza jika Kris Dayanti malu menjadi 'Melayu' dan suka disebut 'bangsa Indonesia'?

Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan Zainal Abidin ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan lebih 'Melayu' dari Sosilo Bambang?Jadi dimanakah 'Melayu' itu?Adakah Sultan Mizan memerlukan penterjemah untuk memahami bahasa Presiden Indonesia itu?Jadi dimanakah 'Melayu'nya Sultan Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa yang dituturkan oleh Kris Dayanti sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang cepat popular di kalangan anak-anak remaja 'Melayu' Malaysia berbanding lagu-lagu pop HongKong?Jadi dimana 'Melayu'nya itu?



SEBENARNYA TIADA APA YANG DINAMAKAN SUKUKAUM MELAYU.MELAYU ADALAH NAMA LAIN BAGI BANI JAWI.

Bani Jawi adalah nama yang diberikan bermula dari era Nabi Ibrahim menyunting seorang gadis misteri dari Timur Jauh.'Melayu' adalah perubahan pada nama kaum di mana gadis misteri itu berasal.Dalam manuskrip purba,ada tercatat perkataan dasar 'Mala'.Nama Mala inilah yang dibawa oleh kaum misteri dari Timur jauh itu.Ketika khabar tentang Mala sampai ke Tanah Kanaan,Madyan dan Parsi Kuno,nama 'Mala' ini berubah-rubah mengikut bangsa yang memanggil mereka.Orang-orang Assyria dan Media memanggil mereka sebagai 'Mala-Yu'.'Yu' adalah suffix dalam bahasa Avesta Purba (bahasa Avesta adalah asal-usul bahasa Sanskrit dan bahasa Jerman Kuno yang menjadi asas bahasa Inggeris/English itu berasal dari saduran yang 'agak teruk' dari Sanskrit sebab itu dari segi linguistiknya bahasa Inggeris terkelompok dalam keluarga bahasa Indo-European atau Indo-Iranian)


Telah diterangkan sebelum ini dalam siri ATBM yang lepas bahawa bangsa Madyan (Media) yang mengasaskan bangsa Parsi (Iran pada hari ini) adalah berasal dari kaum Mada.Dalam istilah Assyrian dan Avesta,kaum ini dipanggil 'Mada-YU'.Dalam Sanskrit (ingat,bahawa Sanskrit dan Avesta ibarat bahasa/dialek Kedah dengan bahasa/dialek Kelantan),'Malayu' ini dipanggil 'Malaiyu' atau 'Malai'.'Malai' bermaksud 'gunung'.Manuskrip purba China menyebutnya sebagai 'Malai' atau Mo-lo-yue'.

Dan orang Inggeris menyebutnya sebagai 'Malay'.Ini lidah mat saleh.

Orang Perancis menyebut Malaysia sebagai 'Malaise',jadi jika hilang 's' itu atau hanya 'Malay' sahaja,mungkin pendekatan yang logik ialah 'Malai',sama seperti sebutan dalam Sanskrit.

'Mala' adalah nama asal kaum gadis misteri ini.Ia adalah nama kuno yang terahsia.



Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis misteri tersebut ketika baginda berdakwah di Timur Jauh inilah digelar sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini saya mendapat petunjuk dari 'channeling' saya,seolah-olah mengatakan bahawa dari enam anak hasil perkahwinan baginda dengan Siti Keturah,tiga orang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s ke Tanah Kanaan,manakala tiga yang lain ditinggalkan di 'Promised Land' bersama ibu mereka.Perlu dingat,ketika itu tiada kapal terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim berdakwah ke Timur Jauh,sudah tentu memakan masa bertahun-tahun,dan perkahwinan dengan orang tempatan adalah perkara biasa bagi lelaki yang merantau;tidak kira apa tujuan mereka,tambahan lagi nabi Ibrahim adalah lelaki terhormat,bijaksana dan punya pekerti mulia.

Inilah asal-usul perkataan 'Melayu' dari segi saintifik,sejarah dan akademik.Bukan 'melayu' seperti bunga layu,atau 'lari'.Malah 'Mala' itu adalah sekuntum bunga yang mekar harum dari gambaran 'channeling' saya pada Khamis malam Jumaat Kliwon (siapa saya dan asal-usul saya ada di dalam temuramah selepas raya puasa yang lalu,cuba periksa...jadi adakah saya ini lebih 'Melayu' dari saudara saya di Yogyakarta?).


Tiada siapa yang lebih Melayunya.Semua kekeliruan adalah berpunca dari kebingungan para penjajah gelojoh berebut-rebut mahu melabel sesukahati tanah jajahan mereka.Apakah itu 'Indonesia'?Suku kata 'Indo' itu sendiri menunjukkan kebingungan penjajah Belanda yang menganggap pulau-pulau Indonesia adalah orang-orang Keindiaan.Sama seperti kebingungan penjajah Eropah yang memanggil kaum-kaum aborigine Amerika sebagai 'Red Indian' kerana kekeliruan Columbus yang menganggap telah sampai ke India dan kekeliruan melihat warna kulit mereka disangkakan orang-orang India.Cuba kaji mengapa nama 'Nusantara' yang dicadangkan oleh seorang cendekiawan Indonesia ketika mahu menamakan nama negara itu hampir berjaya namun tertolak saat-saat akhir.Alangkah beruntungnya jika jiran kita itu adalah sebuah negara bernama 'Nusantara'.Mungkin mereka lebih mesra dengan saudara mereka di sini dan tidak terlalu bermegah dengan nama yang diberikan oleh Belanda itu sehingga ada yang mahu menikam saudara mereka sendiri dengan buluh runcing.

Dalam hal ini seolah-olah Inggeris lebih berpengetahuan luas dengan nama orang-orang Melayu.Mengapa Belanda tidak mengenal kaum-kaum di tanah jajahannya sebagai 'Melayu'?Padahal sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda yang menyaksikan pembahagian wilayah 'Indonesia' dan 'Malaysia',orang-orang dari pulau-pulau Sumatera,Jawa dan lain-lain bebas keluar masuk ke Tanah Melayu dan Benua Siam,begitu juga orang dari Tanah Melayu bebas membina keturunan di pulau-pulau Indonesia pada hari ini.Dari mana asal orang Aceh,Bugis dan Brunei?Ini rahsianya.

Bani Jawi di Indonesia menamakan bahasa mereka 'Bahasa Indonesia'.Ini cuma istilah politik sahaja dimana pernah negara kita menamakan bahasa ini sebagai Bahasa Malaysia.Selepas itu kementerian menamakan semuala sebagai Bahasa Melayu.Di Indonesia,jika ingin membicarakan asal-usul bahasa Indonesia,mereka akan merujuk kepada istilah 'Bahasa Melayu' akhirnya.

Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana satu sukukaum boleh menakluk seluruh Malaysia dan Indonesia dengan bahasa mereka?Bukan sahaja itu,seluruh Kepulauan Melayu dan Pasifik mematuhi 'pattern' bahasa mereka?Mengapa bukan bahasa Aceh atau Jawa menjadi lingua franca seluruh Nusantara?Ada yang mengatakan asal-usul Melayu adalah satu kerajaan bernama Kerajaan Malayu di Sumatera,namun kerajaan yang dilabel 'Melayu' itu hanya satu pemerintahan kecil sahaja.Bagaimana kerajaan kecil seperti itu boleh memaksa seluruh Nusantara supaya berbahasa dengan bahasa mereka?Fikirkan misteri ini,sebab itu saya katakan Melayu itu adalah nama lain bagi Bani Jawi,tercatat di dalam manuskrip purba Avesta dan Sanskrit...juga tulisan pepaku (cuneiform) Sumeria.Ini adalah warisan dari satu bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir Besar atau bencana lain.

SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh kebodohan dan kebingungan penjajah sendiri disamping kebodohan kita sendiri yang ikut sahaja macam lembu dicucuk hidung segala kekeliruan penjajah.Kemudian bergaduh sama sendiri semata-mata pakaian,bahasa dan budaya yang sah-sah memang sama!Ini ibarat dua orang bodoh yang bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing menuduh sesama sendiri meniru jumlah tangan,mata dan telinga yang ada dua pasang.Padahal mereka berdua ialah MANUSIA!

A berkata:Namaku Indonesia,Belanda yang bagi nama...aku ada dua tangan,kenapa kamu tiru aku?

B berkata pula:Aku Malaysia,Inggeris bagi nama...orang Malaysia memang ada dua tangan,kamu yang tiru aku.

A membalas:Ah!Sudah!Goblok!Aku mahu patahkan tangan kamu,biar jadi satu...baru terlihat beda.

B mempertahankan diri:Aku sejak lahir memang sudah ada dua tangan,kenapa mahu dipatahkan...?

A menjawab:Aku juga lahir dengan dua tangan...Ah!Kecapetan aku dengan masalah ruwet begini dong...sialan kamu!

Akhirnya A dan B berebutkan songkok,keris dan bahasa Melayu sesama sendiri.Ini adalah senario yang menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi sudah nampak kepentingan mempelajari asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,SAMPAI SATU TAHAP,JADI KRITIKAL SEPENTING NYAWA DIHUJUNG TANDUK!

Masalah ini jelas jika negeri Kelantan berpisah dari Malaysia dan menubuhkan negara sendiri yang pekat dengan gagasan 'Bangsa Kelantan' (baca:bangsa Indonesia).Bila bergaduh di Internet,tidak mustahil orang-orang Kelantan yang dungu (contoh sahaja) akan memanggil Malaysia sebagai Malingsial dan memijak bendera Malaysia.Orang Kedah pula memijak bendera Kelantan dan mencerca orang Kelantan.Bila terlihat di Youtube,video orang Terengganu memakai keris dan bertanjak,maka orang Kelantan mengancam mahu menyerang Terengganu kerana 'mencuri' budaya mereka.Nasi Dagang juga didakwa berasal-usul dari Kelantan.Akhirnya orang Kelantan dan Terengganu berebut-rebutkan Nasi Dagang dan Budu sesama sendiri,dan pada masa yang sama orang Selangor dan Kuala Lumpur menyedut minyak dari bumi mereka sambil ketawa berdekah-dekah (ini tambahan dari saya,jangan marah saya ye!).

Fikirkan,kita selesa memanggil orang Brunei sebagai Melayu Brunei,namun jika melihat orang-orang dari Indonesia,kita cenderung melabel mereka sebagai 'Indon' seolah-olah makhluk dari planet lain padahal Wak Seman yang berniaga tempe dibelakang rumah kita boleh kita labelkan sebagai Melayu Jawa.Begitu juga orang Indonesia yang keliru.Saya teringat satu rancangan muzikal artis-artis Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas habis persembahan M.Nasir dengan lagu bernuansa Nusantara 'Mentera Semerah Padi',pengacara bersama dari Indonesia melahirkan rasa kagum dengan lagu tersebut dan menyebut-nyebut rasa bangga beliau dengan rumpun yang sama antara Malaysia dan Indonesia.Saya begitu terkesan dengan kata-kata 'satu rumpun' dan 'nusantara' yang disebut-sebut beberapa kali oleh pengacara wanita Indonesia itu kepada temannya dari Malaysia (saya lupa siapa pengacara Malaysia itu,maklumlah baru dibangku sekolah rendah,sudah lama berlalu)


Pandangan kedua yang mengatakan Melayu itu bahasa bukan bangsa juga adalah satu kekeliruan yang pelik.Padahal kebiasaan satu bahasa dinamakan bersempena bangsa yang menggunakannya.Adakah orang Amerika atau Americans menggunakan American Language?No!It's absolutely not!You know,man...

Orang Amerika tetap memanggil bahasa mereka sebagai English,setidaknya American English.Apa itu English?Englishman,dude...you know what I mean?Who the hell of this Englishman?

Orang-orang Inggeris.

Jadi siapa yang memandai buat teori mengatakan Melayu itu nama bahasa?Jadi siapa yang menggunakan bahasa Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?Orang Perak?Orang Minang?

Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya dan betara-betara Majapahit menuliskan prasasti-prasasti yang melambangkan kewujudan empayar mereka dalam bahasa Melayu?Adakah kerana takut dengan Melaka yang kecil itu?TIDAK SAMA SEKALI.

Bahasa Melayu adalah bahasa nenek moyang Sultan Mansur Syah,Hayam Wuruk dan Samaratungga.Ia adalah bahasa leluhur Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Ia adalah bahasa kebanggaan Raja-raja Funan "King of The Mountain" dan raja-raja Champa.

Orang-orang Eropah yang akhirnya menjadi 'bangsa Amerika' tidak menamakan semula bahasa mereka menjadi 'Uncle Sam Language' sebagai contoh.English tetap English,walaupun imigran Ukraine,Perancis,Jerman dan Itali mahupun Yahudi Ashkenazi yang berhijrah ke Amerika.

JIka mahu berhujah dengan bahasa Sanskrit,perlu diingat Sanskrit bukanlah bahasa percakapan sehari-hari terutama Dravidian (Tamil,Telegu dll).Ia bahasa sastera,agama dan istana.Malah penggunaannya terhad mengikut kasta tertentu pada zaman dahulu.Ia bahasa 'suci' yang dipandang tinggi (sebab itu tidak keterlaluan ada pengkaji bahasa menyifatkan asas bahasa Inggeris adalah Sanskrit).Jadi tiadalah kaum Sanskrit atau bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes bahasa Melayu,kita berurusan DENGAN BAHASA YANG MENJADI BAHASA PERSATUAN SELURUH BANI JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu tidak dikasta-kastakan.Ia bahasa persuratan dan bahasa perdagangan.Ia ADALAH BAHASA KUNO YANG DIGUNAKAN SEAWAL URUSAN MEREKA DENGAN PARA UTUSAN KING SOLOMON DAN FIRAUN-FIRAUN DI THE LAND OF THE GODS.'The Mala Ancient Language in The Land of Promise'.Dari manakah asal 'Mala' ini?

Selebihnya biar saya simpan dalam siri ATBM akan datang.

Bagi mengakhiri artikel ini,saya petik Sumpah Pemuda yang dibacakan pada 28 Oktober 1928 di Indonesia dan hayati betapa mereka sedar akan kepentingan 'bahasa persatuan' ini,bahasa yang saya,anda dan saudara-saudara kita di Indonesia,Selatan Thailand,Singapura,Brunei dan seluruh Bani Jawi...gunakan dan punya semangat untuk menggunakannya.


"Pertama
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air Indonesia.

Kedua
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.

Ketiga
Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung tinggi bahasa persatuan, bahasa Indonesia"









Srikandi


"sirna bherahi samar gentahi sukksasentosa seri"

-lohor jeavi-



Wednesday, January 13, 2010


Kata Alu-aluan Dari Srikandi









Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain

Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.

Angkut-angkut membuat sarang
Jatuh berderai diatas peti
Apa ditakut harimau yang garang
Sebelum ajal berpantang mati






Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Kepada semua pembaca dan pemikir,kepada peminat sejarah dan warisan bangsa,kepada penjejak misteri bangsa yang hilang,kepada pencantum teka-teki akhir zaman,kepada anak-anak Melayu,kepada warisan Bani Jawi di Timur Jauh,

Saya,Srikandi.. membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di Tanah Arab,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.

Dari Diari Lodgekeeper m/s 171:

"warisan Bani Jawi itu ibarat sutera putih yang dipercik dengan narawastu dan air melati.Kemudian dibaluti dengan badar sila dan ditaruh ke dalam batil emas merah murni"

Pada halaman yang lain,

"....'Keturah' bukanlah namanya yang sebenar...namun adalah gelaran atau panggilan Tamadun Sumeria Kuno kepada sang gadis misteri...hadir dari rimba dari gunung yang diselaputi kabus aneh...bibirnya merah mulus,dia menjinjing sebakul bunga-bungaan dan kemenyan...di telinganya terselit sekuntum bunga yang indah"

Warisan sejarah bangsa adalah entiti yang amat bernilai.Ia bukan sahaja menceritakan asal-usul kita,ia juga adalah identiti kita dan jika kita bercakap mengenai identiti,ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya.Selama mana sesuatu bangsa itu berpegang pada identitinya,selama itulah ia dihargai dan diingati.Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain...tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.Lihatlah apa yang terjadi kepada penduduk Filipina.Mereka bukanlah orang Sepanyol yang berpindah beramai-ramai dari Amerika Latin ke Kepulauan Melayu itu namun mereka adalah mangsa penjajahan beratus tahun sehingga kehilangan jejak warisan bangsa sendiri.Misteri asal-usul mereka mampu dikesan melalui sebutan nombor-nombor dalam bahasa Tagalog yang masih berbekas bahasa Melayu Nusantara yang digunakan oleh empayar-empayar purba bangsa Mala sehingga ke Empayar Srivijaya dan Majapahit.Bagaimana seorang dari Filipina mengaku 'berbangsa' Filipino namun menyebut angka-angka yang dari segi linguistiknya sama dengan bahasa-bahasa Malayo-Polinesia?

Mengapa Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu memiliki persamaan?Mengapakah maharaja-maharaja Srivijaya dan Majapahit menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca,bahasa kesusasteraan dan perdagangan?Kita akan sentuh misteri ini dalam artikel pengiring 'Melayu:Bahasa atau Bangsa?"

Dalam artikel itu,kita akan menyedari bahawa mengapa orang Samoa mempunyai angka dalam sebutan 'lima' dan 'sepuluh' sama seperti Bahasa Melayu dan anehnya sebutan nombor-nombor kaum-kaum Polinesia dan Pasifik ini mirip bahasa Melayu-Jawa.Nampaknya ada satu bangsa yang menggunakan Bahasa Melayu telah memimpin semua kaum-kaum Austronesia dan Polinesia dalam ketamadunan,sistem angka,sukatan dan ilmu-ilmu sains,atau adakah semua kaum-kaum seperti Samoa,Maori dan Hawaii serta kaum-kaum misteri sejauh di Pulau Easter melangkaui pulau-pulau Pasifik dan mencapai Tamadun Inca dan Maya adalah berasal dari satu induk yang sama?Ini akan disentuh dalam artikel ATBM V3.0 'Austronesia dan Polinesia'

Kita akan memahami betapa sesuatu bangsa itu pada suatu ketika telah mencapai ketamadunan yang tinggi atau klimaks ketamadunan,kemudian mereka akan mengalami masa-masa kejatuhan dan ada yang pupus atau lenyap atau sekurang-kurangnya terserap ke budaya dan tamadun lain sehingga hilang identiti dan jatidiri mereka.Ini yang terjadi kepada bangsa Maya,Aztek dan Inca yang diketahui mempunyai pengetahuan astronomi dan arkitek yang tinggi,walaupun berimej seperti kaum aborigine di dalam hutan rimba di Amerika Tengah,namun mereka telah mencapai kemuncak ketamadunan,mampu mencerap pergerakan bintang dan galaksi dan menghasilkan sistem kalendar sendiri yang berkali ganda lebih hebat dari bangsa-bangsa Eropah yang ketika itu membersihkan diri dengan air kencing sendiri!

Ini juga telah menimpa bangsa Assyria,Mesir Purba,Babilon Kuno,Chaldea dan Akkadia.Mereka telah mencapai tahap ketamadunan yang menggerunkan pada masa-masa keemasan mereka,namun dimanakah bangsa-bangsa ini pada hari ini?Mengapa bangsa Yahudi masih wujud walaupun pernah sezaman dengan mereka?

Ini adalah sama dengan apa yang terjadi kepada bangsa Melayu Funan dan Champa,di mana seorang profesor tanahair telah melakukan kajian intensif perihal sistem metrik Tamadun Champa,angka dan teknologi dan betapa beliau terkejut dengan penemuan beliau dari manuskrip-manuskrip purba Champa yang sebahagian besarnya kini disimpan oleh bangsa Vietnam yang menakluk mereka kemudiannya.Kemuncak tamadun Funan-Champa adalah selari dengan lingkungan garis masa antara klimaks ketamadunan Aztek,Maya dan Inca.Apakah sebenarnya di sebalik misteri ini?Benarkah terdapat pertukaran atau komunikasi teknologi di antara kedua bangsa misteri ini melalui Lautan Pasifik yang luas itu?Mungkin,jika kita memahami sifat dan kelebihan bangsa misteri sebagai pelayar yang gigih,pelaut yang berani bermain dengan lautan dan ombak sehingga kaum-kaum di Kepulauan Pasifik mengenang legenda nenek moyang mereka yang belayar dari Kepulauan Melayu hingga ke pulau-pulau sepi di tengah-tengah Lautan Pasifik.Mungkinkah mereka mencapai Benua Amerika?



Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Melayu Merina.Bahtera-bahtera mereka menggerunkan para pengembara Sepanyol dan Portugis yang mencari laluan rahsia harta karun 'King Solomon's Mines' yang dikatakan terletak di Timur Jauh.Hanya satu cara sahaja untuk menundukkan kerajaan-kerajaan Melayu Purba;merasuah Laksamana dan para armada tentera laut mereka dan mengapikan-apikan perasaan hasad dengki sesama mereka,dan inilah ramuan yang digunakan untuk menjatuhkan kuasa laut Empayar Melaka,di mana armada tentera laut Siam turut gagal mengalahkan Tun Perak dan Laksamana untuk menguasai Selat Melaka.

Hasad dengki dan tamakkan kekuasaan adalah kelemahan bangsa Melayu tipikal yang pernah memimpin seluruh Bani Jawi dalam empayar mereka.Seperti kaum Benjamin,Reuben,Gad dan Manasseh yang menjadi pemimpin bagi seluruh kaum Bani Israel (The House of Israel),membina kerajaan dan meluaskan wilayah jajahan,begitu juga raja-raja Melayu yang dipandang oleh Bani Jawi sebagai layak dan lebih bijak dari mereka untuk membina tamadun.Sepertimana Bani Quraisy dan Bani Hasyim yang dipandang lebih 'moden',bijak dan berkelayakan dari seluruh Bani Ismail (The House of Ishmael),begitulah kaum-kaum Melayu-Jawa yang membina empayar dan menakluk Nusantara dan Bani Jawi (The Hidden House of Jeavi).Bani Quraisy adalah kaum 'urban' elit yang tinggal di kawasan bandar.Terdapat juga kaum-kaum Bani Ismail (bangsa Arab) yang lain bersifat seperti aborigine sebagai contoh Arab Badwi dan suku Jurhum.Ini sama lah seperti karakter Orang Asli,Jakun dan Dayak.Mereka tinggal di pedalaman dan kepada merekalah bayi-bayi dari penduduk kota diserahkan untuk disusui dan ini adalah budaya biasa pada masa itu dimana Nabi Muhammad s.a.w juga turut diserahkan kepada penduduk Arab pedalaman ini.

Dari Diari Lodgekeeper pada m/s 230 di bawah tajuk 'The Tabernacle of Melati & Maya':

"...keris adalah satu lambang dari tamadun kuno yang terahsia...ia dijaga oleh para leluhur bangsa misteri sejak zaman berzaman.Bentuknya yang berkeluk-keluk adalah warisan dari satu dinasti atau keturunan diraja yang pernah memerintah satu tanah yang ditinggalkan..."

pada m/s 188:

"...terdapat penentangan di antara raja-raja berdarah naga ini...konflik sesama mereka akibat berebutkan kekuasaan dan teknologi....penyembah pagan mengenang mereka sebagai Dragon Lords of The Rings.Freemason yang mendakwa berasal dari warisan pengetahuan bangsa-bangsa yang hilang ini acapkali mendakwa mereka mempunyai darah naga ini.Di dalam ritual sulit peringkat Rahsia Dalam Rahsia,para Mason memakai warisan pakaian The Lords of Dragon ini.Ini adalah warisan kostum dari sejarah bangsa misteri yang hilang dan bersembunyi di tempat lain.Orang yang memberitahu para Mason ini tentang rahsia bangsa-bangsa misteri adalah seorang yang pakar dalam sejarah bangsa-bangsa sebelum atau ketika terjadinya Banjir Besar..."




Catatan pengembara,tentera dan panglima 'warlords' Tamadun China telah menjumpai kota-kota yang berbumbungkan emas dan bertembokkan batu tebal ketika meninjau keadaan di Benua Siam (Indochina).Penulis mereka telah mencatatkan bahawa kaum lelaki mereka tidak berpakaian dan berperawakan kasar namun mereka makan di atas pinggan-pingan emas.Kaum wanita mereka memakai perhiasan dari emas dan seluruh kehidupan mereka kaya dengan emas dan perhiasan-perhiasan.Ini adalah catatan beberapa ratus tahun sebelum Masehi...lama sebelum kemunculan Empayar Melayu Srivijaya dan jauh sebelum masa kelahiran Patih Gajah Mada,negarawan alam Melayu dari Empayar Majapahit-Nusantara.Ini adalah kerajaan Funan Purba dan mungkin satu empayar sebelum Funan dan ia bukanlah kaum Khmer ataupun kerajaan orang-orang Mon.Di dalam Sejarah Melayu ada diceritakan Raja Cempa (Champa) seperti Pau Gelang dan anak cucunya seperti Pau Bania,Pau Tari dan Pau Gama.Pau Gama inilah yang mahu menyerang Majapahit tetapi kelicikan Betara Majapahit menawarkan puterinya kepada Raja Champa Pau Gama dan hasil dari perkahwinan mereka lahirlah Raja Jakanak yang kemudian ditemukan jodoh dengan seorang puteri (dari mana?Puteri Mon atau Khmer?) bernama Pau Ji Yan Bi.Perhatikan gelaran yang mempunyai nama kemelayuan dan kecinaan.Disebutkan juga tentang raja Kuci (mungkin salah seorang raja Dai-Viet) yang membuat helah untuk menembusi kota Champa yang ketika itu diperintah oleh Pau Kubah keturunan dari Pau Gama itu.




Raja Kuci menjanjikan harta yang banyak kepada Bendahari Champa dan akibat termakan umpan itu,maka pintu kota Champa yang amat teguh dan terkenal dikalangan kaum-kaum Indochina seperti Mon,Khmer,Dai-Viet dan lain-lain telah dibuka untuk membenarkan kemasukan segala persembahan harta kekayaan dari Raja Kuci.Namun setelah dibuka pintu kota bukan harta persembahan yang masuk tetapi tentera Raja Kuci yang banyak telah merempuh masuk ke dalam kota Bal dan membumihanguskan kerajaan Champa.Ini adalah taktik kotor yang biasa dipraktikkan oleh pihak yang tidak mampu untuk menyerang sebuah kota yang amat kukuh,misalnya dalam peperangan Troy.Dua anak raja Champa itu telah berjaya lari;seorang bernama Syah Indera Berma dan beliau inilah yang singgah ke Melaka dan dijadikan menteri Melaka kerana kehalusan pekerti dan kebijaksanaannya.Seorang lagi bernama Syah Pau Ling,telah belayar ke Aceh dan menjadi raja di sana,dan yang menariknya ini adalah tepat dari kajian sejarah dan linguistik pakar-pakar budaya pada hari ini yang berusaha bertahun-tahun menyelesaikan misteri mengapa bahasa Aceh memiliki persamaan dengan bahasa Melayu Champa.


Kita juga mesti mengkaji warisan raja-raja Melayu di Timor sebelum di 'portugiskan' dan raja-raja Sulu sebelum di'sepanyolkan'.Kita juga kita akan mengkaji apakah pendirian dalam Sumpah Pemuda ketika Indonesia masih dalam bahang kemerdekaan,mempertahankan Bahasa Melayu bersama-sama keturunan House of Bni Jawi di Tanah Melayu, tetap sebagai bahasa penyatuan seluruh Bani Jawi.

Seperti satu kota purba yang berjaya digali di Jordan,penduduk Arab memanggil tempat itu sebagai Jawa dan kaum kuno yang pernah tinggal di situ sebagai kaum Jawa.Adakah ini ada kaitan dengan perjalanan kaum-kaum Bani Jawi untuk menjejak tanah kelahiran ibu mereka di Timur Jauh?

Agak banyak rasanya saya berceloteh,nanti akan mengurangkan kejutan dalam artikel sebenar pula nanti.Apa boleh buat...bidang sejarah adalah 'nirvana' saya.

Perlu diingat,pencarian rahsia bangsa misteri bukanlah semudah yang disangka.Ia bukan dicatat di dalam buku-buku akademik yang sudah tersusun rapi di rak-rak perpustakaan.Tetapi ia adalah seperti menjelajah seluruh dunia,mencantumkan seluruh 'puzzles' yang berselerakan.Sebahagiannya adalah dari kajian saya bertahun-tahun sejak dibangku sekolah lagi dan apabila dewasa saya mampu melakukan 'channeling' secara sendirian setelah mempelajarinya sekian lama di universiti.

Jika anda setia bersama saya menjejak rahsia bangsa misteri,saya akan bawa anda kepada rahsia tertinggi para Mason bertahap 'over 33rd Degree'.Siapa yang pernah melihat majlis ritual mereka,pasti akan terkesan,mengapa para Elit mereka terpaksa 'bersampin' dan 'bersongkok' untuk menjalankan upacara-upacara sulit mereka.

Pengetahuan rahsia itu,hanya untuk orang yang mahu memahaminya sahaja.Tidak lebih dari itu.



Sebagai mengakhiri kata alu-aluan ini saya,Srikandi

...dengan penuh takzim,tulus dan ikhlas membawakan kepada anda...



ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME 3 "THE RESURRECTION OF BANI JAWI"








srikandi











Tuesday, January 12, 2010


Inbox>Pengumuman Penangguhan Stargate dan Keluaran Ke-3 ATBM!







Kepada pembaca MistisFiles yang dihormati,


Adalah dimaklumkan siri Stargate terpaksa ditangguhkan selepas siri Alter Terahsia Bangsa Melayu V3.0.Kami telah keputusan hubungan dengan beberapa informer kami dan tugasan Stargate tidak dapat diteruskan buat masa ini.Namun nampaknya Srikandi telah hampir menyiapkan siri ATBM V3.0.

Artikel ATBM akan dibuka dengan beberapa artikel 'satelit' selepas kata alu-aluan dari Srikandi.

Seperkara lagi,kemungkinan komen-komen pembaca akan di 'moderate' atas desakan jiggers terdahulu dan yang penting atas permintaan Srikandi sendiri.

Namun anda boleh mengomen seperti biasa.






regards

M.O


"The Trafficker"










Monday, January 11, 2010


No comments: