Pages

Sunday, February 21, 2010

Isteri mangsa ISA : Terima kasih kepada Kerajaan Perak dan Selangor.

Sunday, 08 June 2008

(cinaislam) Rombongan keluarga mangsa ISA telah diberikan kemudahan pengangkutan bas untuk datang ke Taiping oleh Kerajaan Selangor dan telah di sediakan tempat penginapan oleh Kerajaan Negeri Perak. "Saya mewakili semua mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor dan Perak", Kata Puan Norlaila dalam ucapannya di hadapan Kem Tahanan Kamunting disini malam tadi.
Selain itu Puan Sharmila Uthiakumar, isteri mangsa ISA Sanjeev Kumar Krishnan yang didakwa oleh keluaganya dibelasah dalam tempoh siasatan ISA selama 55 hari sejak ditangkap 28 Julai tahun lepas.

Sharmila mengatakan dengan nada sedih kini suaminya menggunakan kerusi roda di kem Kamunting," dia dalam keadaan hampir lumpuh sekarang ini".

Sementara GMI dalam memorandumnya kepada pesuruhanjaya Dr Chiam Heng Keng , mendakwa tahanan itu telah memaklumkan kepada keluarganya pada 1 Jun bahawa beliau "kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan".

"Berita terbaru ini telah mengejutkan isteri beliau (sewaktu lawatan keluarga) dan juga GMI. "Mengapakah beliau dihantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua?" kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam juga telah melawat Sanjeev Kumar dan hospital Taiping pada 7 Mei lalu.

No comments: