Pages

Saturday, January 23, 2010

2 nyawa sehari

Oleh Aniza Zainudin

2010/01/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Secara purata dalam sehari terdapat dua kematian pesakit kanser pangkal rahim (serviks) di negara ini berikutan tahap kesedaran yang rendah di kalangan wanita.


Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram, berkata segelintir wanita tidak akan berkongsi masalah kesihatan termasuk dengan keluarga sendiri tanpa menyedari bahaya yang bakal berlaku.

"Di Malaysia terdapat hampir 150,000 pesakit kanser serviks dan 50 peratus daripada jumlah itu meninggal dunia, malah merupakan pembunuh kedua tertinggi di kalangan wanita negara ini," katanya dalam sidang media majlis penghargaan Kempen Power Over Cervical Cancer (POCC) di sini, semalam.


Justeru, dengan kerjasama GlaxoSmithKline (GSK), NCSM melancarkan kempen POCC pada Julai 2009 bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kanser itu yang semakin menular di samping menggesa wanita melindungi diri daripada menghidapinya.

"Kempen berkenaan berjaya menarik 14,526 orang untuk menyertai soal selidik risiko kanser serviks sedangkan sasaran awal cuma 10,000 saja.

"Bagi setiap ujian risiko itu dijawab, GSK akan menyumbangkan RM1 kepada NCSM, sehubungan itu kita berjaya menerima sumbangan sebanyak RM14,526 yang akan digunakan dalam usaha memberi kesedaran mengenai kanser serviks," katanya.

Sementara itu, NCSM turut menerima sumbangan daripada Loreal sebanyak RM5,000.

Pada majlis yang sama, lima penulis blog turut menyertai kempen berkenaan antaranya, Serena Choong, Niki Cheong, Joyce Kristen Wong dan Joe Lee, manakala Yvonne Foong tidak dapat hadir.

Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka boleh melayari di www.cancer.org.my atau www.pocc.com.my.

No comments: