Pages

Saturday, January 23, 2010

Bekas Perisik Russia Yang Memeluk Islam



January 15th, 2010 · 1 Comment · Politik dan Konspirasi

alexander_zakayev

Pada tahun lewat 2006 dahulu, dunia konspirasi digemparkan dengan kes agen KGB yang bernama Alexander Valterovich Litvinenko atau Sacha. Agen ini didapati sakit tenat dipercayai akibat diracun oleh agen-agen KGB sendiri dari Russia.

Ramai yang sangsi tentang pembunuhan ini dan mempercayai ianya arahan daripada Presiden Russia, Vladimir Putin sendiri. Keraguan kebanyakan penganalisis adalah berdasarkan tuduhan keras Litvinenko di dalam bukunya yang mengatakan Putin adalah punca kepada pembunuhan seorang wartawan bernama Anna Politkovskaya.

Bapa beliau, Walter Litvinenko hanya mengetahui ketenatan anaknya itu setelah diberitahu oleh menantunyay iaitu Marina. Semasa menziarahi anaknya yang sedang tenat, Sacha memberitahu bahawa dia telah pun memeluk Islam. Bapanya tidak terkejut akan berita tersebut kerana sebelum ini menantu lelakinya juga beragama Islam. (lihat video di bawah).

Semasa mendengar pengakuan Sacha itu, Walter memberitahu;

“As long as you’re not communist or a satanist, it’s fine by me.”

Sesetengah pihak berpendapat, keIslaman Alexander Litvenanko ada kaitan dengan persahabatannya yang erat dengan Akhmed Zakayev, Menteri Luar Chechen.

zakayev_funeral

Akhmed Zakayev (kiri) memimpin tangan bapa Litvinenko (kanan) mengiringi beliau ke majlis pengkebumian anaknya.

(Video) temuramah bersama Walter Litvinenko dan Akhmed Zakayev

No comments: