Pages

Sunday, January 24, 2010

Gadis berusia sedia kahwin tapi belum temui jodoh

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA berusia 30-an dan ingin tahu mengenai jodoh. Dari pandangan Islam, bagaimana kita ingin mengetahui mengenai jodoh selepas berusaha memohon petunjuk daripada Allah? Saya sudah bersedia berumah tangga, tetapi belum bertemu jodoh.

SITI NORA, Selangor. BAGI mengenal dengan pasti jodoh, kita hendaklah berusaha mengenalinya dengan lebih lanjut. Cara terbaik di samping solat hajat ialah dengan mendapat maklumat daripada sahabat dan keluarganya.

Antaranya ialah namanya yang sebenar, asal, keturunan dan keluarganya serta akhlak dan agamanya. Anda juga boleh mendapat maklumat lain yang diperlukan.

Jodoh sebenarnya ditentukan Allah . Kita hanya berusaha untuk mendapatnya. Apabila sudah bertemu jodoh yang sesuai, hendaklah segera merancang perkahwinan.

Ia bermula dengan pertunangan dan seterusnya mengenali satu sama lain secara lebih dekat dalam batas syariah. Kemudian tarikh pernikahan ditetapkan.

Bagaimanapun, sekiranya seorang lelaki berdolak-dalik untuk meneruskan hubungan sehingga majlis pernikahan, keikhlasannya dalam mengambil saudari sebagai isteri boleh diragui.

No comments: