Pages

Wednesday, January 20, 2016

Ikan keli rezeki harimau bintang

Johannesberg: Seekor harimau bintang mandi lumpur selepas cuba menangkap ikan keli sehingga menyebabkan bintik pada bulunya langsung tidak kelihatan.
Gambar dirakam renjer, Hugo Breed, di taman haiwan persendirian di Afrika Selatan dikenali sebagai Leopard Hills. Ia menunjukkan harimau yang kelaparan itu sabar menunggu sebelum terjun masuk ke dalam tasik untuk menangkap ikan.
“Kami melihat harimau itu menunggu peluang sejak sehari sebelum itu. Kami menanti untuk melihat sama ada dia bernasib baik.
“Memang kami semua bernasib baik kerana berpeluang melihat haiwan itu terjun ke dalam lumpur dan keluar sambil menggonggong ikan keli sebelum memakannya.
“Nyata dia agak rimas dengan lumpur yang menyalutnya.
KEADAAN haiwan itu selepas keluar dari tasik dengan menggonggong mangsanya. 
“Lagipun semua spesies kucing memang haiwan pembersih,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 8:56 AM

HARIMAU bintang itu menerkam ikan di dalam tasik.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108714#sthash.uP781FBu.dpuf

Lelaki lumpuh cipta tangan robotik

Bali: Seorang lelaki yang cacat akibat lumpuh sebelah tangan kini menjadi inspirasi apabila berjaya mencipta satu tangan robotik dari komponen terpakai untuk membantunya bekerja dan mencari rezeki semula.
Wayan Sumardana, 31, berkata, tangan kirinya lumpuh selepas diserang strok enam bulan lalu hingga menyebabkan dia tidak dapat bekerja.
Dia yang bekerja sebagai tukang kimpal di sebuah bengkel besi di Banjar Tauman di sini hilang punca pendapatan untuk menyara isteri dan tiga anaknya yang masih kecil.
“Sejak itu saya merancang membina tangan robotik dan dengan pengetahuan elektronik serta carian di Internet saya memulakan projek ini.
“Robot ini saya bina menggunakan beberapa komponen terpakai dari motosikal hinggalah peralatan elektronik dalam komputer,” katanya.
Menurutnya, dia membina lima tangan robotik dan yang terakhir barulah dia berjaya mencipta alatan yang berfungsi dengan baik.
Lebih menarik lagi tangan robotik yang dicipta Wayan itu digerakkan dengan menggunakan isyarat otak.
“Alat ini belum sempurna lagi, tetapi ia mampu membantu saya bekerja semula.
“Tangan robotik ini bukan sahaja mampu menggerakkan tangan kiri saya, tetapi ia boleh mengangkat beban yang sangat berat,” jelasnya.
Menurutnya, dia perlu fokus dan menumpukan perhatian untuk mengerahkan tangan robotik itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 8:45 AM


WAYAN memakai tangan robotik yang diciptanya sendiri dari komponen terpakai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108707#sthash.BUOjXZIq.dpuf

Dua beradik kebulur sanggup makan bata

Bogota: Seorang wanita merantai dua anak perempuannya yang sudah dewasa di bilik bawah tanah rumahnya sejak beberapa tahun.
Dia juga tidak memberi mereka makan secukupnya sehingga mereka makan bata kerana terlalu lapar.
Pihak berkuasa mendapat panggilan daripada orang tidak dikenali memaklumkan kedua-dua mangsa ditahan di sebuah rumah di Pacora, Caldas, barat laut Colombia.
Ketika polis tiba, mereka mendapati pintu rumah berkunci dan ibu mangsa tiada kerana bercuti.
Hanya datuk mangsa berusia 90 tahun ditinggalkan untuk menjaga mereka.
Polis menemui dua beradik berusia 32 dan 34 tahun itu dalam keadaan comot dan kotor.
Kedua-duanya mempunyai masalah mental serta kognitif selain tidak tahu bercakap.
Pihak berkuasa berkata, seseorang menelefon memberitahu dia sering mendengar orang mengerang dan meraung di bilik bawah tanah rumah itu.
Gambar disiarkan menunjukkan kedua-dua beradik itu dibebaskan pekerja kebajikan dari bilik tempat mereka dikurung dalam keadaan dirantai dan dimangga.
Jurucakap pihak berkuasa Caldas, Jazmin Gomez Agudelo berkata: “Keadaan rumah terlalu buruk, malah hampir roboh.
“Seluruh kehidupan mereka hanya di bilik itu. Mereka tidak ubah seperti haiwan dalam kurungan.
“Paling mengejutkan, apabila memasuki bilik itu, kami melihat seorang daripada mereka dengan bata di dalam mulutnya. Malah mereka kerap makan serpihan bata dan kayu, selain najis sendiri.”
Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Doktor dan pendakwa kini menimbang untuk mendakwa ibu mereka yang masih bercuti atas tuduhan membahayakan nyawa anaknya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 8:49 AM


SEORANG daripada mangsa yang diselamatkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108711#sthash.GQhovKJ4.dpuf

Lelaki tertua dunia mati

Tokyo: Lelaki tertua di dunia, Yasutaro Koide meninggal dunia semalam pada usia 112 tahun di tengah Jepun, kata pegawai tempatan.
Koide yang dilahirkan beberapa bulan sebelum adik-beradik Wright berjaya membuat penerbangan pertama mereka, meninggal dunia di Nagoya yang menjadi tempat tinggalnya sejak bertahun lalu.
Lelaki yang diiktiraf lelaki tertua dunia itu meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan radang paru-paru, kata pegawai berkenaan.
Koide, bekas tukang jahit yang dilahirkan di Fukui pada 13 Mac 1903 menerima sijil daripada Rekod Dunia Guinness mengesahkan pengiktirafan hayatnya yang panjang selepas seorang lagi lelaki Jepun yang hanya sebulan lebih tua daripadanya meninggal dunia Julai tahun lalu.
Ditanya mengenai rahsia umurnya yang panjang,
Koide berkata: “Apa yang terbaik adalah elak bekerja berlebihan dan hidup bergembira.”
Jepun terkenal dengan jangka hayat penduduknya yang panjang, dengan suku daripada 127 juta penduduknya kini berusia lebih 65 tahun.
Masih belum jelas siapa yang akan menggantikannya sebagai lelaki tertua dunia.
Menurut laman web Rekod Dunia Guinness, manusia paling tua di dunia ketika ini ialah wanita Amerika Syarikat Susannah Mushatt Jones yang berusia 116 tahun dan dilahirkan pada 6 Julai 1899. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 8:58 AM


KOIDE
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108716#sthash.0EshlPnL.dpuf

Ikan dari planet asing?


Hidupan marin aneh dijumpai di perairan New Zealand

Imej seekor ikan katak atau frogfish berwarna hitam dengan rupa
Imej seekor ikan katak atau frogfish berwarna hitam dengan rupa yang aneh, dikongsi di akaun Facebook Muzium Te Papa di New Zealand, baru-baru ini. ­ Agensi
WELLINGTON 19 Jan. - Seekor ikan aneh berwarna hitam yang kelihatan seperti makhluk asing dari sebuah planet lain, ditangkap di perairan New Zealand, baru-baru ini.
Portal berita Mail Online me­laporkan, beberapa gambar yang memaparkan rupa pelik ikan laut dalam itu dimuat naik di halaman Facebook Muzium Te Papa pada Jumaat lalu selepas ditangkap oleh dua nelayan bernama Claudia dan Glenys Howse di Bay of Islands.
“Makhluk aneh itu kelihatan se­perti seekor ikan katak atau ‘frogfish’, tetapi kami masih tidak pasti spesies sebenarnya sehingga kajian mendalam dilakukan.
“Ikan katak merupakan verterbrata yang mampu mengigit dengan pantas,” jelas Muzium Te Papa dalam kenyataannya.
Menurut muzium itu, ikan katak adalah ikan pemangsa yang men­yerang dan mampu makan hampir apa sahaja yang dapat dimuatkan ke dalam mulutnya yang besar terma­suk ikan, ketam, dan udang.
Gambar itu turut mendapat ratusan komen daripada orang ramai antaranya pengguna Facebook bernama Robyn Wendt yang bertanya adakah ikan itu boleh dimakan kerana kelihatan seperti makhluk asing.
“Ikan katak ini juga kelihatan seperti burung,” katanya.
Seorang pemancing profesional dari Barmera, Garry Warrick berkata, dia tidak pernah melihat sesuatu seperti itu dalam 30 tahun bekerja di kawasan tersebut.
“Penemuan spesies ini sangat luar biasa. Saya telah memancing di sini sejak 30 tahun dan saya pernah mendapat ikan cacat, tetapi tidak seperti ikan ini,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ikan-dari-planet-asing-1.181436#sthash.J1dVIPXg.dpuf

Tuesday, January 19, 2016

Kunci cawat besi hilang

Padua (Itali): Seorang wanita terpaksa menempuh saat memalukan apabila terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk membuka cawat besi yang dipakainya.
Wanita pertengahan umur itu terpaksa meminta pertolongan selepas kunci cawat besi itu hilang.
Pada mulanya, pegawai bomba menyangka dia kehilangan kunci rumah dan bertanya alamat kediamannya.
Mereka hanya mengetahui dan memahami insiden memalukan itu selepas wanita berkenaan mengangkat baju pinafo untuk menunjukkan cawat berkenaan.
Wanita yang tidak boleh didedahkan namanya itu kerana undang-undang privasi Itali memberitahu bomba: “Saya kehilangan kunci dan tidak boleh membukanya.”
Apabila ditanya sama ada dia dipaksa memakai cawat itu atau dia menjadi mangsa keganasan domestik, wanita berkenaan memberitahu, dia memakainya untuk menghalang dirinya daripada terbabit dalam hubungan seks.
Cawat besi popular ketika era Renaissance dan sejarah menunjukkan ia digunakan untuk menahan si pemakai melakukan seks atau melindungi diri daripada diperkosa.
Cawat besi dipercayai pertama kali digunakan ketika Perang Salib apabila suami yang keluar berperang mengarahkan isteri mereka memakainya untuk menghalang mereka curang.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 9:25 AM


GAMBAR hiasan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108445#sthash.oQMZTyP9.dpuf

Kejamnya kamu wahai suami

Kabul: Gambar seorang wanita yang dipotong hidung oleh suaminya selepas mereka bergaduh mencetuskan kemarahan banyak pihak di negara itu dengan aktivis menuntut hukuman berat dikenakan untuk perbuatan yang dianggap tidak bertamadun itu.
Menurut NBCNEWS, hidung wanita itu, Reza Gul, 20, dipotong suaminya di rumah mereka di utara wilayah Faryab semalam, dan dia dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.
Menurut Ketua Polis Afghanistan, Jeneral Sayed Aqa, suami wanita itu melarikan diri dan polis sedang memburunya.
Suruhanjaya Hak Asasi Afghanistan yang menyebarkan gambar Reza Gul melalui Twitter (https://twitter.com/afghanistanihrc) mengutuk perbuatan itu sebagai kejam dan mendesak kerajaan menangkap suami wanita berkenaan.
Di beberapa wilayah di Afghanistan, memotong hidung bermaksud mahu memalukan mangsa serta menunjukkan mangsa kononnya membawa malu besar kepada keluarga atau suku kaum.
AFP melaporkan, menurut Ahmad Javed Bedar iaitu jurucakap Gabenor Faryab, suami wanita itu, Mohammad Khan, memotong hidung isterinya menggunakan pisau lipat dan dia kini melarikan ke kawasan dikuasai Taliban.
Ahmad Javed berkata, Reza Gul memerlukan pembedahan mencantum atau membentuk semula hidungnya yang tidak mungkin dapat dilakukan di Afghanistan.
Pasangan itu sudah lima tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Pada 2010, seorang wanita, Bibi Aisha, 18, juga dipotong hidungnya oleh suaminya kerana melarikan diri dari rumah selepas tidak tahan didera lelaki berkenaan.
Majalah Time menyiarkan gambarnya di muka depan yang menarik perhatian serta simpati seluruh dunia. Bibi Aisha kemudian dibawa ke Amerika Syarikat dan dipasang hidung palsu sebelum menjalani pembedahan pembentukan semua hidungnya. - Agensi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 7:09 PM

Bibi Aisha yang juga dipotong hidungnya oleh suaminya ketika dia berusia 18 tahun pada 2010. Gambar tengah Aisha memakai hidung palsu ketika menghadiri satu majlis manakala gambar kiri, Aisha selepas pembedahan pembentukan semua hidung pada 2013.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108537#sthash.zdrt1TJo.dpuf

‘Doktor jalanan’ cabut gigi cuma guna playar



AGENSI - SEORANG lelaki menggunakan playar mencabut gigi Greg.


ADELAIDE, Australia – Satu rakaman video menunjukkan seorang ‘doktor gigi’ jalanan di sini dilihat hanya menggunakan satu playar untuk mencabut dua batang gigi bawah seorang lelaki.
Aksi berani itu dirakam oleh seorang jurugambar, Thomas Bell dari Republik Czech semasa melawat seorang rakan bapanya yang merupakan bekas pelombong batu permata pada Januari tahun lalu.
Bell kebetulan menemui seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Greg selepas dia mengadu sakit gigi kepada rakan bapanya.
“Rakan bapa saya menawarkan kepadanya untuk mencabut giginya dengan menggunakan playar. Malah, dia turut bersetuju memandangkan tidak mampu untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Rakan bapa saya itu menjadi seorang doktor gigi apabila dia mencabut gigi lelaki itu hanya dengan menggunakan playar, kadbod dan sebatang kayu,” katanya.
Klip video yang dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube pada Sabtu lalu itu dirakam di daerah Coober Pedi di selatan Australia.
Bagaimanapun, Greg dilihat tidak berasa sakit walaupun tidak menggunakan ubat bius untuk mencabut giginya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3xgtaHEMF 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 18, 2016

Kekayaan 62 individu bersamaan harta 3.5 bilion penduduk dunia

DUNIA ISNIN, 18 JANUARI 2016 @ 10:26 AM



LONDON: Enam puluh dua individu terkaya dunia kini memiliki kekayaan sebanyak yang dimiliki separuh daripada penduduk dunia iaitu kira-kira 3.5 bilion orang, ketika individu terkaya semakin mewah manakala orang miskin bertambah sengsara. Harta 62 orang terkaya itu bertambah 44 peratus sejak 2010, manakala kekayaan 3.5 bilion manusia paling miskin jatuh 41 peratus, lapor pertubuhan kebajikan Oxfam, dalam laporan yang disiarkan menjelang mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Sedunia di Davos. Hampir separuh daripada individu paling kaya itu berasal dari Amerika Syarikat, 17 dari Eropah dan selebihnya dari pelbagai negara lain termasuk China, Brazil, Mexico, Jepun dan Arab Saudi. "Kebimbangan pemimpin dunia mengenai krisis ketidaksamaan yang semakin memuncak setakat ini tidak diiringi tindakan kukuh, dunia menjadi semakin tidak adil dan aliran itu semakin pantas. "Kita tidak boleh terus membenarkan ratusan juta penduduk dunia kelaparan ketika sumber yang boleh digunakan untuk membantu mereka diambil orang kaya," kata Pengarah Eksekutif Oxfam International, Winnie Byanima. Kira-kira AS$7.6 trilion (RM33 trilion) kekayaan individu berkenaan berada dalam akaun pesisir pantai yang bermakna terlepas daripada membayar cukai. Jika cukai dibayar berdasarkan kekayaan yang dijana jumlah itu, pendapatan tambahan AS$190 bilion (RM840 bilion) boleh diberikan kepada kerajaan setiap tahun, kata pembantu profesor Universiti California, Gabriel Zucman. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115535

400 individu terkaya dunia rugi AS$305b bulan ini

DUNIA ISNIN, 18 JANUARI 2016 @ 2:53 PM


SAN FRANCISCO: Seramai 400 individu terkaya dunia berdepan kerugian AS$305 bilion (1.34 trilion) bulan ini akibat kejatuhan ekuiti global pada awal tahun berikutan pertumbuhan global yang kurang memberangsangkan.


Hartawan berkenaan rugi lebih daripada AS$115 bilion (506.93 bilion) minggu ini, dengan 76 daripadanya rugi sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.40 bilion) pada Januari tahun ini, menurut Indeks Hartawan Bloomberg.


 Sementara itu, tujuh daripada mereka kerugian lebih AS$1 bilion (RM4.40 bilion) hanya pada Jumaat lalu, berikutan pasaran Dow Jones Industrial Average susut 391 mata.

Saham Eropah juga berdepan kejatuhan dalam pasaran lembab dan Indeks Komposit Shanghai memadam keuntungan yang dicatat menerusi kempen menyelamat kerajaan yang dicatat sebelumnya.

Pengasas Amazon.Com, Jeff Bezos, mendahului senarai indeks penurunan kekayaan Bloomberg dengan mengalami kerugian AS$8.9 bilion (RM39.23 bilion) sejak 1 Januari dan AS$1.9 bilion (RM8.37 bilion) pada Jumaat lalu apabila peruncit internet menurun sebanyak 3.85 peratus.

 Individu terkaya dunia, Bill Gates, kerugian AS$6.8 bilion (RM29.97 bilion) daripada aset bersihnya tahun ini dan individu terkaya China, Wang Jianlin kerugian AS$6.4 bilion (RM28.21 bilion).

 Hanya sembilan daripada 400 hartawan terbabit berupaya meningkatkan kekayaan bersih mereka pada tahun 2016, didahului hartawan minyak dari India, Mukesh Ambani yang juga Pengerusi Reliance Industries Ltd yang berpangkalan di Mumbai, dengan memperoleh AS$620 juta (RM2.73 bilion).


Hasil gabungan nilai kekayaan 400 hartawan itu adalah sebanyak AS$3.6 trilion (RM15.87 trilion), penurunan 16 peratus daripada nilai kemuncak kekayaan mereka iaitu AS$4.3 bilion (RM 18.95 bilion) pada 18 Mei 2015. - Bloomberg

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115618

Kanak-kanak tiga tahun hilang ingatan


Effie masih mampu tersenyum ketika bersama keluarganya meskipun
Effie masih mampu tersenyum ketika bersama keluarganya meskipun bergelut dengan penyakit dementia. ­ AGENSI
LONDON 17 Jan. – Seorang kanak-kanak perempuan Britain berusia lima tahun disahkan menderita penyakit dementia, yang menjadikannya antara kanak-kanak termuda di negara ini yang mengalami penyakit hilang ingatan.
Penyakit ‘Batten’ yang juga sejenis penyakit dementia yang dialami Effie membuatkannya tidak boleh makan sendiri, berjalan tanpa dibantu, dan tidak boleh mengingati perkara yang dipelajarinya beberapa tahun lalu.
Menurut ibu Effie, Carly, anak­nya yang dilahirkan pada 2010 itu mula dikesan mempunyai tanda awal penyakit berkenaan ketika usianya baru memasuki tiga tahun.
“Sedikit demi sedikit, kami ‘kehilangan’ Effie setiap hari. Melihat keadaannya dengan penyakit itu seperti kita sedang mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan amat menyedihkan,” kata Carly sebagaimana dilaporkan oleh portal Mirror.co.uk.
Effie anak kepada pasangan Carly, 34, dan Paul 38, disahkan oleh doktor saraf mengalami penyakit Batten yang merosakkan otaknya, setiap sel demi sel.
Keadaan itu membuatkannya sukar mengenal pasti bentuk, haiwan, warna, dan nombor yang pernah dipelajarinya.
“Pernah ada ketika suami saya menunjukkan pisang yang merupakan makanan kegemarannya, dia sudah tidak lagi ingat akan buah itu,’’ kata Carly yang berasal dari Peterborough.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-tiga-tahun-hilang-ingatan-1.180608#sthash.gvn7Xptt.dpuf

Sunday, January 17, 2016

7 Wasiat Rasulullah Kepada Abu Dzar Al-Ghifari




dakwatuna.com – Puji syukur kehadirat Allah yang telah menurunkan utusan-Nya Nabi Muhammad SAW yang telah memberikan petunjuk dan jalan paling terang kepada umat manusia di bumi ini, yaitu agama Islam. Pada diri Nabi Muhammad SAW dapat kita temukan suri tauladan terbaik bagi seluruh manusia. Tutur katanya, perilakunya, kebijaksanaannya, semua tingkah lakunya di dunia ini membawa kebaikan dan contoh yang baik bagi setiap manusia di bumi ini.

Berkat kesabaran dan kasih sayang beliaulah kita sampai saat ini dapat menjadi seorang muslim seutuhnya yang bebas memeluk agama Islam secara merdeka. Perjuangan beliau dalam menyebarkan ajaran Islam yang suci dan indah ini sudah tidak dapat diragukan lagi. Caci maki, kekerasan fisik dan psikis sering dialami beliau karena keikhlasan beliau dalam menyampaikan kebaikan. Cinta beliau kepada Allah dan para umat Islam membuat beliau lupa akan semua rasa perih dan sakit yang beliau terima dan rasakan.

Sebelum kepergiannya, beliau telah meninggalkan begitu banyak suri tauladan yang baik yang dapat kita jadikan pedoman hidup agar dapat menjadi seorang muslim yang kaffah dan seutuhnya. Salah satunya adalah ketujuh pesan beliau kepada salah seorang sahabat, Abu Dzar Al-Ghifari. Ketujuh wasiat tersebut adalah:

1. Mencintai orang miskin

Beliau memerintahkan kita seluruh umat Islam agar senantiasa untuk mencintai orang miskin. Orang-orang miskin yang beliau maksudkan adalah orang-orang yang hidupnya tidak berkecukupan dan tidak mempunyai harta untuk mencukupi kehidupannya, dan mereka tidak mau meminta-minta untuk mencukupi kebutuhan mereka.

Wasiat ini berlaku umum untuk seluruh umat Islam. Yang dimaksud dengan mencintai adalah lebih kepada sikap dan perlakuan kita terhadap orang-orang miskin. Kita dituntut untuk berlaku tawadhu, duduk bersama mereka, menolong mereka, serta turut bersabar bersama mereka. Menolong dan berbagi dengan mereka, adalah salah satu bukti paling nyata dan kongkret dari rasa cinta kita terhadap orang miskin. Berbagi dan menolong terhadap sesama tentu saja akan mendatangkan Ridha-Nya dan kasih sayang-Nya, seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

“Barangsiapa menghilangkan kesusahan dunia dari seorang mukmin, Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan kesulitan orang-orang yang dililit utang, Allah akan memudahkan atasnya di dunia dan di akhirat.”

Ingin ditolong Allah pada hari akhir nanti? Maka bergiatlah untuk menolong sesama, terutama menolong orang-orang miskin, agar senantiasa mendapatkan pertolongan dan kasih sayang-Nya. Sesama hidupnya, Rasulullah SAW pun selalu mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka. Rasulullah pun selalu menghimbau dan mengajak para sahabatnya agar selalu mencintai mereka yang mengalami kekurangan dari segi ekonomi.

Dalam suatu riwayat Ibnu ‘Umar disebutkan pada satu hari bahwa salah seorang dari kaum Muhajirin yang miskin menceritakan kepada Rasulullah, betapa beruntungnya mereka yang memiliki kekayaan harta, karena dapat beribadah dan beramal lebih banyak melalui harta mereka. Mendengar hal itu, Rasulullah pun bersabda: “Wahai orang-orang yang miskin, aku akan memberikan kabar gembira kepada kalian, bahwa orang mukmin yang miskin akan lebih dahulu masuk surga daripada orang mukmin yang kaya, dengan tenggang waktu setengah hari, itu sama dengan lima ratus tahun. Bukankah Allah berfirman: Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu”.

Lalu, bagaimana bisa seorang yang miskin akan lebih dahulu masuk surga? Padahal bisa dibilang orang yang memiliki hartalah yang lebih banyak beramal dan bersedekah. Rasulullah pun menjawab, orang-orang yang memiliki harta akan menyusul orang-orang miskin untuk memasuki surga, karena mereka harus melalui proses pertanggungjawaban dan perhitungan dari harta-harta yang mereka miliki dan mereka pakai selama mereka hidup di dunia ini. Maka, sungguh begitu banyak ladang amal yang telah Allah sediakan di muka bumi ini, salah satunya yaitu mengasihi dan menyayangi orang-orang miskin.

2. Melihat pada orang yang lebih rendah dalam hal materi dan penghidupan

Jauh dari syukur, itulah sifat dasar dari manusia, oleh karena itu Rasulullah memerintahkan umat Islam untuk melihat kepada orang yang lebih rendah dalam hal materi dan penghidupan, agar kita senantiasa berterimakasih dan bersyukur atas segala sesuatu yang telah Allah berikan kepada kita. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Lihatlah kepada orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, karena yang demikian lebih patut, agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu” (HR. Bukhari)

Melalui hadits ini Rasulullah mengingatkan kita agar tidak melihat kepada orang-orang yang hidupnya berada di atas kita, orang-orang yang hidupnya bergelimang harta dan memiliki kekayaan yang melimpah, karena demi Allah, keindahan dan kenikmatan benar-benar menyilaukan dan memukau bagi siapa saja yang lupa untuk berterima kasih dan beriman kepada Allah SWT. Dengan melihat kepada orang yang berada di bawah kita, kita akan merasa berterima kasih dan menyadari begitu banyak nikmat yang telah diberikan-Nya sampai saat ini. Nikmat dan karunia sekecil apapun, jika disyukuri maka akan terasa begitu indah.

Namun, dalam hal beribadah justru sebaliknya, kita dianjurkan untuk melihat kepada mereka yang berada di atas kita, mereka yang ibadah dan akhlaknya lebih baik dari kita. Mengapa demikian? Hal ini akan memotivasi kita dan membuat kita senantiasa untuk berlomba-lomba dalam hal kebaikan dan meraih Ridha-Nya. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Dan untuk yang demikian itu, hendaknya orang berlomba-lomba” (QS. Al-Muthaffifin [83]: 26)

3. Menyambung silaturahim

Silaturahim adalah ibadah yang mulia dan memberikan banyak berkah bagi siapa pun yang melakukannya. Silaturahim merupakan fitrah dan kebutuhan manusia, karena seperti apa yang telah kita dapat dari pelajaran IPS semasa di sekolah, manusia adalah makhluk sosial yang tidak bisa hidup sendiri, dan senantiasa berinteraksi dan bersosialisasi dengan sesama manusia. Maka, silaturahim merupakan salah satu ibadah yang paling dianjurkan dan diwajibkan dalam Islam. Seperti peringatan dan ancaman-Nya dalam firman “Maka, apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka, dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.” (QS. Muhammad [47]: 22-23)

Maka, di zaman modern yang semakin memudahkan kita untuk berkomunikasi, rasanya tidak ada lagi alasan untuk tidak menyambung silaturahim kepada sesama saudara. Karena, menyambung tali silaturahim memiliki banyak manfaat, rahmat dan kebaikan dari Allah senantiasa tercurah kepada mereka yang senantiasa menyambung tali silaturahim, silaturahim juga merupakan sebab pentingnya seseorang masuk surga dan dijauhkan dari api neraka. Selain itu, silaturahim juga merupakan tanda ketaatan dan amalan yang mendekatkan seorang hamba kepada Tuhannya, Allah SWT.

4. Memperbanyak ucapan “La Haula Walaa Quwwata Illa Billah”


La haula walaa quwwata illa billah (tidak ada daya dan upaya kecuali dari pertolongan Allah), sebuah kalimat yang mengingatkan kita bahwa sudah semestinya sebagai hamba yang lemah kita senantiasa dan meyakini bahwa segala sesuatu yang kita lakukan terjadi karena kehendak dan kuasa-Nya. Segala sesuatu yang terjadi di muka bumi ini, baik yang besar maupun kecil, semuanya terjadi karena kehendak-Nya, maka tidaklah pantas kita sebagai manusia merasa sombong dan takabur. Kalimat ini juga mengingatkan kita bahwa hanya Allah lah satu-satunya tempat kembali dan meminta, tiada daya dan kekuatan yang dapat menandingi atau menyamai kekuatan serta kehendak-Nya.

Ketika seorang hamba mengucapkan kalimat La haula walaa quwwata illa billah dengan sepenuh hati, berarti bahwa hamba tersebut telah mengakui ketidakberdayaan dan kelemahannya di hadapan Allah SWT, tiada kesombongan sedikit pun terbesit bagi mereka yang telah mengucapkan kalimat ini dengan sepenuh hati dan jiwa.

5. Berani berkata benar meskipun pahit

Berkata benar, terkadang memang terasa sulit, terlebih jika kebenaran tersebut adalah kebenaran yang terasa pahit untuk diucapkan dan disampaikan. Berbagai alasan pun melatarbelakangi hal ini, mulai dari rasa sungkan, atau rasa segan karena yang sedang kita hadapi adalah orang yang memiliki derajat atau kedudukan lebih tinggi. Hal ini, tentu saja bertentangan dengan apa yang Rasulullah sabdakan: “Jihad yang paling utama ialah mengatakan kalimat yang haq (benar) kepada penguasa yang zhalim”.

Berbagai cara dapat dilakukan untuk menyampaikan kebenaran kepada atasan, pemimpin atau penguasa yang bathil. Cara yang dilakukan secara perlahan dan baik-baik tentu akan lebih “ampuh” dibandingkan dengan cara kekerasan dan “kengototan” kita dalam menyampaikan kebenaran. Penyampaian secara persuasif akan jauh lebih efektif, karena Islam memberikan petunjuk tentang bagaimana cara menyampaikan nasihat. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa, janganlah ia menampakkan dengan terang-terangan. Hendaklah ia pegang tangannya lalu menyendiri dengannya. Kalau penguasa itu mau mendengar nasihat itu, maka itu yang terbaik. Dan bila si penguasa itu enggan (tidak mau menerima), maka sungguh ia telah menjalankan kewajiban amanah yang dibebankan kepadanya”.

6. Tidak takut celaan ketika berdakwah di jalan Allah

Berbagai cobaan dan siksaan yang menimpa Rasulullah ketika berdakwah tentu tidak diragukan lagi kebenarannya. Cobaan dan siksaan yang begitu perih dan pedih dialami oleh Rasulullah dan para sahabat-Nya dalam menyampaikan ajaran-ajaran Islam, namun hal itu tidak sedikit pun membuat mereka gentar dan takut, karena mereka percaya dengan janji Allah yang begitu manis dan indah.

Dakwah, sedari dulu, memang bukan hal yang mudah dan pasti akan mengalami banyak hambatan dan cobaan. Hambatan, rintangan, dan perlawanan tentu akan datang dari mereka yang tidak menyukai melihat Islam berjaya. Hambatan dan rintangan yang berat ini bukan tidak mungkin akan menyurutkan langkah kita dalam berdakwah, namun Rasulullah mengajarkan kepada kita untuk tetap bersikap berani dan pantang menyerah dalam menyampaikan kebaikan (QS. Al-Ahzaab [33]: 39).

Allah begitu mencintai siapa pun yang mengutarakan kebenaran dari ajaran-Nya, seperti yang Allah sampaikan dalam surat Al-Maidah [5]: 54. Jaminan mendapatkan surga pun telah dijanjikan-Nya bagi siapa pun yang berdakwah di jalan-Nya. Dakwah memanglah tidak mudah, maka dakwah harus dilakukan semata untuk mendapatkan Ridha-Nya agar kita tidak dengan mudah berhenti dan keluar dari barisan dakwah yang begitu mulia ini.

7. Tidak meminta-minta

Meminta-minta adalah perbuatan yang sama sekali tidak mencerminkan sikap dan jiwa dari seorang muslim yang baik. Meminta-minta adalah haram hukumnya dalam Islam, karena Islam mengajarkan setiap umatnya untuk senantiasa berusaha dan berjuang untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Hidup memanglah tidak mudah dan membutuhkan perjuangan yang besar untuk dapat tetap bertahan, oleh karena itu Islam mengharamkan hal ini dan mendidik setiap umatnya agar dapat menjadi manusia yang tangguh dan tidak bermental “peminta-minta”.

Meminta-minta diperbolehkan jika untuk keperluan yang berkenaan dengan keperluan dan kepentingan umum umat Islam, seperti untuk pembangunan sarana peribadatan, pendidikan bantuan untuk fakir-miskin dan anak-anak yatim. Namun, semua hal tersebut pun harus dilakukan sesuai dengan prosedural yang berlaku, tidak dapat dilakukan secara sembarangan dan tanpa aturan.

Mental seorang muslim adalah mental seorang muslim yang tangguh dan tidak mudah menyerah serta rela berjuang keras untuk mendapatkan dan mencapai impiannya, bukan dari meminta-minta dan sekedar berpangku tangan.

Demikian lah ke tujuh wasiat Rasulullah yang disampaikan kepada Abu Dzar Al-Ghifari, semoga apa yang disampaikan dapat bermanfaat. Semoga apa yang kita lakukan di dunia ini semuanya berdasar pada akhlak-akhlak Rasulullah SAW, agar di hari akhir dan di akhirat kelak, kita termasuk hamba-Nya yang mendapatkan syafaat dari Rasulullah SAW. Amin ya Rabbal Alamin.

Allahualam bisshawab.



* Diadaptasi dari buku karya Abdullah Gymnastiar dengan beberapa perubahan (penambahan dan pengurangan) oleh penulis.
http://www.dakwatuna.com/2012/05/21/20570/7-wasiat-rasulullah-kepada-abu-dzar-al-ghifari/

Gadis sentiasa kenyang

London: Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun dianggap gadis ‘bionik’ kerana memiliki kebolehan luar biasa yang menyebabkan dia jarang makan, tidur dan tidak berasa lapar, sakit, letih serta takut.
Olivia Farnsworth yang berasal dari Huddersfield dilahirkan seperti kanak-kanak normal yang lain, tetapi keistimewaannya mula dikesan selepas dia dilanggar sebuah kereta beberapa tahun lalu.
Ibu Olivia, Niki Trepak, 32, berkata, dia menjerit ketakutan selepas anaknya berlari ke jalan raya sebelum dilanggar sebuah kereta dan diseret sejauh beberapa meter.
“Bagaimanapun, Olivia langsung tidak menangis dan dia terus bangun sebelum berlari ke arah saya lalu bertanya mengapa saya menjerit.
“Saya terus membawa Olivia ke hospital kerana bimbang kemalangan seperti itu pasti menyebabkannya mengalami kecederaan parah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:18 AM


OLIVIA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107960#sthash.UVY0YfC6.dpuf

Saturday, January 16, 2016

Kahwin dengan mayat kekasih

15 JANUARI 2016
Kahwin dengan mayat kekasih

Nan Thippharat bersama 'suaminya'.


 BANGKOK - THAILAND. Pelik. Itu apa yang dapat digambarkan apabila seorang wanita tetap mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang meninggal dunia pada hari pengembumian lelaki itu.
Nan Thippharat, dari wilayah Changhoengsao, tengah Thailand tetap meneruskan rancangannya untuk berkahwin walaupun kekasih yang dikenali sebagai Fiat  telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.
Menurut laporan Mirror.uk, wanita itu memuatnaik gambar serta video perkahwinan uniknya itu ke laman sosial miliknya.
Dalam rakaman video tersebut, Nan dilihat berpakaian pengantin, berada di sebelah mayat lelaki itu sambil memengang tangan 'suaminya' itu dan di kelilingi orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada si mati.
Nan berkata, ini adalah cara untuk saya memberi penghormatan kepadanya dan saya percaya kami pasti akan bersama pada kehidupan seterusnya.
"Saya sangat sayangkanya sepenuh hati dan sukar menerima kenyataan dia telah meninggal dunia. Dia kelihatan indah pada hari perkahwinannya dan saya yakin dia pasti sukakannya," katanya.
Bagaimanapun, perkahwinan yang di jalankan di Phanom Sarakham itu tidak diiktiraf undang-undang
.

Bawa selori duit beli van

Zhanjiang (China): Seorang lelaki yang dikenali sebagai Cai mengejutkan penjual kereta di daerah di wilayah Guangdong ini apabila tiba dengan sebuah trak berisi wang tunai berjumlah 100,00 yuan (RM66,954).
Tujuannya ialah untuk membeli van yang berharga 90,000 yuan (RM60,260).
Pengurus jualan Gu Liyuan berkata: “Saya tidak pernah melihat begitu banyak wang kertas dalam hidup saya!”
Pekerja di kedai menjual kereta itu bertungkus lumus memindahkan lebih 12 kotak mengandungi wang kertas seberat 1,361 kilogram ke dalam kedai.
Di dalam kotak berkenaan berisi wang kertas yang dibungkus rapi dan diikat dengan tali, mengikut nilai mata wang, sebahagiannya not 1 yuan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 6:59 AM


PEKERJA kedai kereta mengira wang yang diserahkan oleh Cai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107749#sthash.C1i9ai40.dpuf

Berbasikal ke Makkah

Ipoh: Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri yang berkongsi minat sama nekad mencabar keupayaan mereka melakukan ekspedisi berbasikal ‘Kembara Memburu Hikmah’ dari Malaysia ke Makkah bagi memenuhi hasrat mengerjakan umrah serta menunaikan haji jika berkesempatan.
Sudah biasa berbasikal ke tempat kerja sejauh 22 kilometer setiap hari, Ahmad Mohd Isa, 27, dan isterinya, Noradilah Mohd Sapie, 28, melaksanakan misi kayuhan 17,000 kilometer itu dengan melalui 13 negara dalam tempoh sembilan sehingga 12 bulan perjalanan.
“Kami bukan pengayuh basikal profesional, tetapi kami memang ‘kaki basikal’ dan membesar dengan berbasikal daripada zaman sekolah hingga ke universiti, kerana itu kami nekad mencapai impian ini.
“Persediaan mental dan fizikal sudah kami lakukan dan setakat ini rekod kami berkayuh dari Perlis ke Kuala Terengganu dengan mengambil masa lapan hari,” katanya yang bertugas sebagai pelukis pelan.
Menurut Ahmad, rancangan ekspedisi kayuhan ini bermula daripada dirinya sendiri. Dia dan isteri sepakat ke Makkah menunaikan kewajipan umat Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 7:27 AM

PASANGAN suami isteri berbasikal menuju Makkah.

Burung murai hisap rokok


BURUNG murai dirakam turut bersedia dengan rokoknya ketika ia cuba dinyalakan dengan pemetik api.- AGENSI


MANCHESTER, Britain – Seekor burung murai di sini dirakamkan sedang menghisap sebatang rokok ketika bertenggek di atas pagar baru-baru ini.
Gambar itu dimuat naik ke Twitter oleh seorang pengguna menggunakan nama @WillMcHoebag dengan kapsyen 'Sementara itu di Manchester.'
Gambar itu menunjukkan sebatang rokok pada muncung burung tersebut sambil haiwan itu memandang kawasan sekitarnya.
Gambar tersebut kini menjadi perbualan hangat di laman sosial dan telah dikongsi semula sebanyak 2,500 kali.
“Burung murai ini kelihatan seperti bakal mengeluarkan album indie terhangat pada tahun 2016,” tulis seorang pengguna. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3xNUdkcZ2 
Hakcipta terpelihara