Pages

Tuesday, January 19, 2016

‘Doktor jalanan’ cabut gigi cuma guna playar



AGENSI - SEORANG lelaki menggunakan playar mencabut gigi Greg.


ADELAIDE, Australia – Satu rakaman video menunjukkan seorang ‘doktor gigi’ jalanan di sini dilihat hanya menggunakan satu playar untuk mencabut dua batang gigi bawah seorang lelaki.
Aksi berani itu dirakam oleh seorang jurugambar, Thomas Bell dari Republik Czech semasa melawat seorang rakan bapanya yang merupakan bekas pelombong batu permata pada Januari tahun lalu.
Bell kebetulan menemui seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Greg selepas dia mengadu sakit gigi kepada rakan bapanya.
“Rakan bapa saya menawarkan kepadanya untuk mencabut giginya dengan menggunakan playar. Malah, dia turut bersetuju memandangkan tidak mampu untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Rakan bapa saya itu menjadi seorang doktor gigi apabila dia mencabut gigi lelaki itu hanya dengan menggunakan playar, kadbod dan sebatang kayu,” katanya.
Klip video yang dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube pada Sabtu lalu itu dirakam di daerah Coober Pedi di selatan Australia.
Bagaimanapun, Greg dilihat tidak berasa sakit walaupun tidak menggunakan ubat bius untuk mencabut giginya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3xgtaHEMF 
Hakcipta terpelihara 

No comments: