Pages

Tuesday, August 4, 2015

Not RM50 hujani Singapura

Singapura: Pengguna Bukit Timah Expressway (BKE) semalam, terkejut apabila mendapati wang kertas bertaburan di laluan berkenaan dan ramai pengguna berhenti untuk mengutipnya.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang berhampiran laluan menghubungkan Lebuhraya Seletar (SLE) dengan BKE.
Video yang dimuat naik oleh Reckless Drivers Community di YouTube hari ini, menunjukkan laluan di lebuh raya itu dipenuhi not RM50 (S$17.90) dan ramai pemandu memperlahankan kenderaan berikutan ramai berhenti mengutip wang berkenaan.
Menurut seorang pembantu tadbir, Annie, 50,kepada media Singapura, Lianhe Wanbao, dia berada di atas bas dua tingkat apabila ternampak not berterbangan.
Menurutnya, beberapa penumpang meminta pemandu supaya memberhentikan bas kerana mereka mahu turun untuk mengambil wang itu tetapi dia menolak.
Annie menganggarkan ada sekurang-kurangnya RM10,000.
Ahli perniagaan dikenali sebagai Liu, 60, memberitahu Shin Min Daily News, dia menyangka not berkenaan hanya kertas biasa.
“Tetapi apabila saya memperlahankan kereta untuk melihat lebih dekat, saya dapati ia adalah not RM50," katannya.
Tidak dapat dipastikan bagaimana wang kertas Malaysia itu boleh berterbangan di lebuh raya berkenaan. - The Straits Times
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 8:13 PM


Orang ramai mengutip not RM50 yang bertaburan di Bukit Timah Expressway (BKE), Singapura, semalam. - Foto The Straits Times/ Reckless Drivers Community
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68253#sthash.nHNeKXWX.dpuf

Rahang rosak bahana tabiat kunyah gula-gula getah Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72221

SELASA, 4 OGOS 2015 @ 11:03 AM

 Rahang rosak bahana tabiat kunyah gula-gula getah TABIAT Claire Embleton yang suka mengunyah itu memusnahkan sendi sebahagian rahangnya, menyebabkan beliau tidak boleh membuka mulut lebih daripada satu sentimeter.

LONDON: Seorang ibu kepada empat anak yang gemar mengunyah gula-gula getah hingga tujuh jam sehari kini terpaksa melalui pembedahan bagi membaiki rahangnya yang tidak lagi berfungsi. Tabiat Claire Embleton yang suka mengunyah itu memusnahkan sendi sebahagian rahangnya, menyebabkan beliau tidak boleh membuka mulut lebih daripada satu sentimeter. Difahamkan, wanita berusia 38 tahun itu mungkin mempunyai parut selepas pembedahan. Doktor akan memotong sebelah mukanya untuk menggantikan sendi salah satu bahagian rahangnya dengan kepingan besi. Claire, seorang pengurus teknologi maklumat berkata: "Ketika doktor memaklumkan mengunyah mengakibatkan rahang saya rosak, saya terkejut. Saya selalu mempercayai mengunyah gula-gula getah adalah perbuatan sihat." "Saya akan mengunyah selepas makan atau minum dan hanya memastikan gula-gula getah pilihan saya tiada gula. Saya tidak dapat membayangkan sesuatu yang langsung tidak berbahaya dan tabiat sihat menyebabkan kerosakan." Claire yang berkahwin dengan Daniel, 40, mengunyah gula-gula getah sejak lima tahun lalu dan sejak dua tahun kebelakangan ini dia terasa bunyi letupan pada sendi rahang apabila mengunyah. Katanya, sebelum ini dia tidak ketagih tetapi ia sudah menjadi tabiat kerana lama melakukannya. Dia mengunyah selama lima jam pada hari biasa dan ada kala sehingga tujuh jam setiap hujung minggu. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72221

Nelayan pancing ikan gergasi 181 kilogram


Ben Chancey menunjukkan ikan kerapu seberat 181 kilogram yang
Ben Chancey menunjukkan ikan kerapu seberat 181 kilogram yang ditangkap di pantai Florida, baru-baru ini. AGENSI
FLORIDA 3 Ogos – Dengan hanya menggunakan sebuah papan luncur, seorang nelayan berjaya mendaratkan seekor ikan kerapu seberat 181 kilogram ketika memancing di pantai Florida, minggu lalu.
Menurut laman web upi.com, Ben Chancey menggunakan sebuah papan luncur yang ditambat pada sebuah bot besar ketika memancing ikan gergasi sepanjang 2.1 meter itu bersama rakannya, baru-baru ini.
“Saya sebenarnya tidak pernah duduk di atas papan luncur ketika memancing sebelum ini,” ujarnya sambil memberitahu kawan-kawannya yang lain berada di dalam bot itu.
Ketika cuba mendaratkan ikan gergasi itu, dia terpaksa bertarung beberapa minit selepas ikan itu ‘mengamuk’ sehingga menyebabkan papan luncur itu hampir terbalik.
“Saya hampir tewas selepas melihat ikan tersebut mengamuk, tetapi tetap berusaha untuk mendaratkan ikan tersebut,” ujarnya.
Chancey berkata, dia memancing hampir sejam sebelum umpannya dimakan ikan tersebut dan mengambil masa hampir 20 minit untuk ‘mendaratkannya’.
Dia dan kawan-kawan kemudian melepaskan kembali tangkapan tersebut ke laut.
FLORIDA 3 Ogos – Dengan hanya menggunakan sebuah papan luncur, seorang nelayan berjaya mendaratkan seekor ikan kerapu seberat 181 kilogram ketika memancing di pantai Florida, minggu lalu.
Menurut laman web upi.com, nelayan tersebut yang dikenali Ben Chancey memberitahu, dia menggunakan sebuah papan luncur yang ditambat di sebuah bot besar ketika memancing ikan gergasi sepanjang 2.1 meter itu, baru-baru ini.
“Saya sebenarnya tidak pernah duduk di atas papan luncur ketika memancing sebelum ini,” ujarnya sambil memberitahu kawan-kawannya yang lain berada di sebuah bot di belakangnya.
Ketika cuba mendaratkan ikan gergasi itu, dia terpaksa bertarung beberapa minit selepas ikan itu ‘mengamuk’ sehingga menyebabkan papan luncur itu hampir terbalik.
“Saya hampir tewas selepas melihat ikan tersebut mengamuk, tetapi tetap berusaha untuk mendaratkan ikan tersebut,” ujarnya yang sering memancing di kawasan berkenaan.
Chancey memberitahu, dia dan rakan-rakannya telah memancing di kawasan itu hampir sejam sebelum umpannya dimakan ikan tersebut dan mengambil masa hampir 20 minit untuk ‘mendaratkannya’.
Dia dan kawan-kawan kemudian melepaskan kembali tangkapan tersebut ke laut.
Video Chancey bergelut dengan ikan sepanjang 2.1 meter itu kemudian dimuat naik ke laman perkongsian YouTube untuk tatapan umum.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nelayan-pancing-ikan-gergasi-181-kilogram-1.120105#sthash.k7dPuwmj.dpuf

Monday, August 3, 2015

CEO 'potong gaji sendiri' kini rasa susah



Dan Price, 31, memberitahu New York Times bahawa beliau terpaksa menyewakan rumahnya untuk menambah pendapatannya kini.

"Saya bekerja keras untuk memastikan yang keputusan saya adalah betul," kata Price sambil merujuk kepada keputusan yang dibuat beliau April lepas.

Tindakan Price memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 pekerjanya sehingga USD70,000 (RM267,750) setahun menyebabkan syarikatnya Gravity Payments kehilangan pelanggan dan dua pekerja berkebolehan.

[ARTIKEL BERKAITAN: CEO potong gaji sendiri, naikkan gaji pekerja]

Salah seorang pekerja tersebut, Maisey McMaster, 26 memberitahu bahawa Price menaikkan gaji pekerja-pekerja baru setaraf dengan pekerja-pekerja lama.

"Price memberi kenaikan gaji yang banyak kepada pekerja yang kurang berkebolehan untuk membuat kerja, dan mereka yang berkeupayaan tidak menerima kenaikan yang setimpal," kata McMaster.

McMaster mendakwa bahawa Price menuduhnya mementingkan diri sendiri ketika mereka membincangkan perkara tersebut.

McMaster meletakkan jawatan tidak lama kemudian.

Seorang lagi pekerja, Grant Moran, 29, juga meletakkan jawatan selepas mendakwa kenaikan gaji tersebut 'membingungkan'.

"Pekerja biasa juga mendapat gaji yang sama seperti saya. Ia menyebabkan pekerja berkeupayaan tinggi 'terikat' dengan pekerja yang biasa," katanya ketika ditemuramah.

Gravity Payments yang merupakan sebuah syarikat pemprosesan kad kredit juga kehilangan pelanggan kerana menjangkakan syarikat tersebut akan menaikkan caj untuk menampung kenaikan gaji tersebut.

Memburukkan lagi keadaan, Price akan berhadapan dengan tuntutan mahkamah selepas abangnya, Lucas yang memiliki 30 peratus saham syarikat menuduh Price mengeluarkan berjuta-juta dolar wang syarikat untuk menjayakan kenaikan gaji tersebut.

Jambatan gantung terlebar di dunia


Hubungkan Asia-Eropah di Turki

Pembinaan Jambatan Sultan Yavuz Sultan Selim bermula sejak 2013
Pembinaan Jambatan Sultan Yavuz Sultan Selim bermula sejak 2013 dijangka siap pada hujung tahun ini untuk menjadi jambatan gantung paling lebar di dunia, sekali gus menghubungkan benua Asia dan Eropah. AGENSI
ISTANBUL 2 Ogos - Benua Eropah dan Asia bakal dihubungkan dengan jambatan gantung paling lebar di dunia apabila Jambatan Yavuz Sultan Selim siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
Menurut laporan portal Voice of America, beribu-ribu pekerja dan jurutera bertungkus-lumus be­kerja 24 jam sehari bagi memastikan jambatan sepanjang 2,164 meter itu disiapkan mengikut jadual.
Jelas laporan tersebut, jambatan berkenaan berukuran 60 meter lebar dan dilengkapi lapan laluan trafik selain dua landasan kereta api, sekali gus menjadi jambatan paling gantung paling panjang mempunyai sistem landasan kereta api.
Projek berkenaan bermula sejak 2013 dengan menelan kos sebanyak AS$3 bilion (RM11.4 bi­lion).
Jambatan Yavuz Sultanan Selim merupakan jambatan gantung ketiga yang dimiliki Turki dan dilengkapi laluan pejalan kaki yang telah siap pada 26 Julai lalu.
Jambatan itu juga mempunyai dua menara untuk menyokong kabel yang digunakan menampung berat struktur terbabit.
Ketinggian menara di Kampung Garipce yang terletak di benua Eropah adalah 322 meter, manakala menara di daerah Poyrazkyo di bahagian Asia berketinggian 318 meter.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jambatan-gantung-terlebar-di-dunia-1.119814#sthash.LX8qS4YV.dpuf

Saturday, August 1, 2015

Pengguna pelekat ‘zombi’ diancam tindakan

Shanghai: Pemandu yang menggunakan pelekat ‘zombi’ pada cermin belakang kenderaan untuk mengejutkan mereka yang menyuluhkan lampu tinggi boleh dikenakan tindakan jika pelekat 3D yang menyeramkan itu mengakibatkan kemalangan.
Menurut polis, penggunaan pelekat berkenaan boleh menyebabkan pemilik kenderaan dikenakan tindakan undang-undang jika menyebabkan kemalangan.
Pelekat memaparkan gambar zombi dan hantu lain termasuk puntianak serta tangan berlumuran darah kini popular dan boleh diperoleh di laman web taobao.com.
Malah, pelekat menunjukkan wajah wanita berlumuran darah saja dibeli 33 orang manakala satu lagi, iaitu wanita memegang stereng yang mampu mengelirukan pemandu di belakang dijual sebanyak 244 keping.
Ia tidak boleh dilihat dalam keadaan biasa, tetapi gambar itu menjelma bila terkena cahaya lampu tinggi.
Undang-undang jalan raya China melarang penggunaan lampu tinggi di belakang kereta lain atau apabila ada kenderaan dari arah bertentangan. Ia bagaimanapun sukar dilaksanakan.
“Pelekat 3D itu sepatutnya diharamkan kerana boleh membawa kesan negatif, terterutama kepada kanak-kanak,” kata seorang pemandu Qiu Zheng. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 5:08 AM


SEBUAH kereta yang dipasang dengan pelekat menyeramkan itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67496#sthash.RO0i3VF9.dpuf

Datuk Britain catat rekod lari pecut


Usia bukan penghalang buat Charles Eugster untuk mencatat rekod
Usia bukan penghalang buat Charles Eugster untuk mencatat rekod baharu acara 100 meter dan 200 meter kategori M-5 pada British Masters di Birmingham 25 Julai lalu. AGENSI
LONDON 31 Julai – Seorang lelaki Britain berusia 96 tahun, menca­tat rekod baharu dalam acara lari pecut 100 meter dan 200 meter, sekali gus memecahkan rekodnya sendiri yang dicatatkan pada tahun lalu.
Menurut laporan portal Mirror, Dr. Charles Eugster mencatat masa 23.78 saat dalam acara 100 meter bagi kategori M-95 yang dikhaskan untuk peserta lelaki berusia 95 tahun ke atas pada pertandingan British Masters di Stadium Alexander, Birmingham pada 25 Julai lalu.
Tambah laporan itu, Charles kemudiannya sekali lagi melakar kejutan apabila memecah rekod acara 200 meter selepas mencatat masa 57.27 saat sehari kemudian, catatan 0.8 saat lebih pantas berbanding rekod sebelum ini.
Charles yang merupakan bekas doktor gigi mendedahkan, Ratu Elizabeth II, 89, merupakan inspirasi baginya untuk mengekalkan stamina dan fizikal, bukan daripada dalam kalangan atlet.
“Ratu Elizabeth masih tidak bersara walaupun usianya hampir mencecah 90 tahun dan tetap menjalankan tugas dengan baik.
“Saya merasakan beliau merupakan contoh yang baik untuk diikuti,” katanya.
Selain itu, Charles me­ngakui beliau sering bersaing dengan pelari yang lebih muda daripadanya sebagai inisiatif dan menyifatkan pelari wanita merupakan satu gangguan.
“Kini saya mensasarkan untuk mencatat kemenangan pada kejohanan yang lebih besar iaitu Kejohanan Dunia di Lyon pada bulan depan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/datuk-britain-catat-rekod-lari-pecut-1.119212#sthash.JEdbQGYo.dpuf

Kedai buku tanpa pekerja di China


Pelanggan beli buku masukkan wang dalam kotak

Seorang kanak-kanak membayar buku yang dibeli dengan memasukkan
Seorang kanak-kanak membayar buku yang dibeli dengan memasukkan wang ke dalam kotak yang disediakan di sebuah kedai buku di Nanjing, China. Agensi
NANJING 31 Julai - Sebuah kedai buku tanpa juruwang dan pekerja untuk memerhatikan buku-buku yang dijual di kedai itu, telah dibuka di wilayah ini dalam usaha memupuk semangat kejujuran dan integriti.
Sebaliknya, pelanggan di kedai buku yang diberi nama Honesty Bookstore itu hanya perlu melihat buku-buku yang dijual di kedai itu dan membayar mengikut kemampuan mereka dengan memasukkan wang tersebut ke dalam satu kotak berkunci yang ditempatkan di rak-rak buku di kedai berkenaan.
Laman web Oddity Central melaporkan, Honesty Bookshop yang terletak di Xinjiekou Street itu me­mpunyai empat rak buku yang menempatkan kira-kira 1,500 buku termasuk novel, buku kanak-kanak, dan bahan bacaan sains sosial.
Pemilik kedai berkenaan berkata, pembukaan kedai buku tersebut merupakan satu eksperimen untuk meningkatkan kesedaran tentang kejujuran dan integriti.
“Setakat ini, tiada lagi penipuan atau kecurian berlaku di kedai ini.
“Tanpa pekerja, tiada apa yang akan menghalang sesiapa sahaja untuk mengambil buku berkenaan kecuali nilai kejujuran,’’ kata pemilik kedai itu.
Laporan tentang kedai buku berkenaan disambut baik di China terutama selepas eksperimen itu mencapai hasil yang positif.
Dua tahun lalu, sebuah restoran di Fujian membenarkan pelanggan membayar harga makanan seikhlas hati dan tidak berdasarkan harga di dalam menu seperti yang dikenakan kedai makan biasa.
Bagaimanapun, kira-kira 20 pe­ratus pelanggan restoran itu tidak membayar dan pemiliknya dilaporkan mengalami kerugian sebanyak 250,000 yuan (RM153,755).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kedai-buku-tanpa-pekerja-di-china-1.119214#sthash.FqA6l2iu.dpuf

Friday, July 31, 2015

Panda tipu hamil nak layanan istimewa

Taipei: Seekor panda di sebuah zoo di sini, berpura-pura hamil kerana mahu dipindahkan ke tempat kurungan lebih baik pada musim panas ini.
Yuan Yuan, satu daripada dua panda yang dihadiahkan kepada Taiwan oleh kerajaan China pada 2008 sebelum ini menunjukkan tanda hamil, termasuk hilang selera makan dan rahimnya yang semakin menebal sejak 11 Jun.
Bagaimanapun, pakar panda dari China yang melakukan pemeriksaan ultrabunyi terhadap panda itu mendapati Yuan Yuan tidak hamil, menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.
Panda berusia 11 tahun itu menjalani permanian berhadas pada 26 dan 27 Mac lalu, menurut jurucakap zoo.
Tanda-tanda kehamilan mula hilang dengan tahap selera makan dan tingkah laku Yuan Yuan kembali normal selepas dia ditempatkan di dalam kurungan lebih baik.
Panda yang hamil di zoo itu dipindahkan ke tempat kurungan khas yang dilengkapi pendingin udara, menerima bantuan tambahan ketika makan dan diberi tumpuan sepanjang masa.
Penyelidik percaya Yuan Yuan, selepas meneliti perubahan dalam layanan yang diterimanya ketika hamil pada Julai 2013, menunjukkan tingkah laku serupa ketika hamil supaya dia boleh ditempatkan dalam kurungan berhawa dingin ketika musim panas.
Penyelidik bagaimanapun, tidak dapat menjelaskan bagaimana rahim Yuan Yuan boleh menebal.
Bagaimanapun, ini bukan kes pertama.
Beberapa bulan lalu, panda bernama Ai Hin memperdaya pegawai di Pusat Kajian Pembiakan Chendu dengan berpura-pura hamil untuk mendapatkan layanan istimewa.
Pegawai sebelum itu merancang mengadakan siaran secara langsung menerusi televisyen untuk menyiarkan saat Ai Hin melahirkan anak. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 6:48 AM


YUAN YUAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67201#sthash.s3di4z0N.dpuf

India bakal jadi negara paling ramai penduduk di dunia


NEW YORK 30 Julai – India bakal mengenepikan China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia menjelang 2022 dan populasi dunia dijangka mencapai jumlah 9.7 bilion menjelang 2050, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Infografik Populasi Dunia
Menurut bancian pada 2013, India mempunyai 1.225 bilion penduduk berbanding China yang mempunyai 1.357 bilion penduduk.
Laporan tersebut menyebut, jumlah keseluruhan manusia di bumi dijangka meningkat sebanyak 2.4 bilion daripada 7.3 bilion penduduk pada masa kini.
Malah PBB menjangkakan, jumlah berkenaan akan meningkat sehingga 11.2 bilion menjelang 2100 dan menyaksikan Nigeria mempunyai lebih ramai penduduk berbanding Amerika Syarikat (AS) pada 2050.
Tambah laporan tersebut, separuh daripada peningkatan itu tertumpu di India, Nigeria, Pakistan, Republik Demokratik Congo, Ethiopia, Republik Tanzania, AS, Indonesia dan Uganda.
Menurut Pengarah Bahagian Populasi Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial PBB, John Wilmoth, peningkatan mendadak jumlah penduduk dunia, kebanyakannya berlaku di negara-negara miskin disebabkan kadar kelahiran yang tinggi.
“Peningkatan penduduk di negara miskin memberi cabaran besar untuk menghapuskan isu kemiskinan, ketidaksamaan, kelaparan dan masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan penduduk.
“Selain itu, sistem pendidikan dan kesihatan perlu ditingkatkan dan diperluaskan bagi memastikan agenda pembangunan di negara terbabit berjalan lancar,” katanya seperti dilaporkan portal Mail Online.
Keputusan kajian itu disiarkan oleh PBB menerusi laporan bertajuk, Time for Global Action for People and Planet, yang dijalankan sejak 2010 menerusi bancian penduduk di seluruh dunia, selain tinjauan demografi dan kesihatan, baru-baru ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/india-bakal-jadi-negara-paling-ramai-penduduk-di-dunia-1.118824#sthash.jRgb2Q8Z.dpuf

Penyelam temui harta karun RM3.5 juta


Beberapa keping duit syiling antara harta karun yang ditemukan
Beberapa keping duit syiling antara harta karun yang ditemukan di dasar laut Sepanyol oleh penyelam , baru-baru ini. AGENSI
PARIS 30 Julai – Sebuah keluarga penyelam terkejut selepas mereka menemui harta karun bernilai lebih 600,000 pound (lebih RM3.5 juta) di dalam rangka sebuah kapal yang tenggelam kira-kira 300 tahun lalu di dasar laut Sepanyol, baru-baru ini.
Menurut laman web Mirror.co.uk, keluarga Schmitt dari Florida melaporkan mereka menemui 51 keping duit syiling emas, seutas kalung berkerawang emas dan sekeping duit syiling yang disebut Royal, dipercayai dibuat khas untuk Raja Phillip V di Sepanyol.
Kesemua harta karun tersebut dianggarkan bernilai 638,000 pound (RM3.7 juta) dengan duit syiling khas untuk keluarga diraja sahaja bernilai separuh daripada jumlah itu.
Lebih menarik, harta karun itu ditemui kira-kira 4.5 meter dari dasar laut.
Harta karun itu dipercayai milik sebuah kapal Queen Jewels LLC yang karam, pada 30 Julai 1715, ketika berlaku taufan besar dan mengorbankan kesemua anak kapalnya.
Ketika kejadian, kapal berkenaan dalam pelayaran dari Havana, Cuba menuju Sepanyol dan ia merupakan sebuah daripada 11 buah kapal yang karam ekoran cuaca buruk.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penyelam-temui-harta-karun-rm3-5-juta-1.118845#sthash.wBSGdG3v.dpuf

Thursday, July 30, 2015

97 Rangka Manusia Berusia 5,000 Tahun Ditemui di Timur Laut China


Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 4:08 PM
Kawasan tapak 97 rangka manusia ditemui yang dipercayai berusia lebih 5,000 tahun di Timur Laut China.

BEIJING: Para pengkaji sejarah telah menemui 97 rangka manusia yang disumbatkan ke dalam sebuah tapak bekas rumah kediaman kecil yang berusia 5,000 tahun di Timur Laut China.
Ia adalah tapak perkampungan pra-sejarah - era di mana tulisan masih belum dicipta lagi.
Rangka-rangka manusia yang ditemui itu termasuklah rangka kanak-kanak, remaja, pertengahan umur - kesemuanya disumbatkan ke dalam sebuah rumah kecil yang berkeluasan  20 kaki persegi.
Kesemua rangka manusia yang ditemui itu tidak ditanam sebaliknya hanya dibiarkan bertimbun di dalam rumah berkenaan.
Para pakar berkata, berdasarkan pemerhatian, mayat-mayat yang diletakkan di tapak rumah berkenaan adalah mangsa kepada satu malapetaka atau wabak yang membunuh.
Kawasan berkenaan yang kini dikenali dengan nama 'Hamin Mangha,' berusia sekurang-kurangnya 5,000 tahun iaitu era tulisan masih belum digunakan sebagai satu bentuk komunikasi.
Ia adalah kawasan petempatan yang kecil dan mereka yang mendiaminya bercucuk tanam dan memburu untuk kehidupan seharian.
Turut ditemui di kawasan perkampungan itu ialah tembikar, alat mengisar, panah dan anak panah - sekaligus menjelaskan tentang aktiviti seharian para penghuninya.
"Hamin Mangha adalah kawasan pra-sejarah yang paling besar dan masih elok terpelihara di kawasan Timur Laut China," jelas pasukan arkeologi di dalam terbitan terbaru makalah Chinese Archaeology.
Mereka melaporkan, rangka-rangka yang ditemui di kawasan itu masih dalam keadaan baik dan lengkap sekaligus memudahkan kajian.
Selepas 5,000 tahun ia dibiarkan begitu dan kini ditemui dalam keadaan yang sama, para ahli antropologi dari Universiti Jilin cuba menentukan apakah sebenarnya yang terjadi kepada manusia purba ini.
Dan mereka membuat rumusan, manusia yang ditemui dalam rumah itu adalah mangsa satu malapetaka yang berlaku 5,000 tahun yang lalu dan mereka kemudiannya disumbatkan ke dalam rumah kecil itu tanpa ditanam.
Jumlah kematian yang berlaku terlalu pantas sehingga penduduk kampung berkenaan tidak sempat untuk menanam lalu hanya melonggokkan mayat-mayat tersebut di dalam rumah berkenaan.
Oleh kerana ia adalah satu ancaman wabak maka mayat-mayat itu dibiarkan begitu sahaja tanpa disentuh oleh mereka yang masih hidup selepas itu.

Tukang kasut boleh ingat beratus nombor telefon

Tukang kasut boleh ingat beratus nombor telefon
Ramzi sedang membaiki kasut seorang pelanggan di gerai miliknya di Pekan Penanti
PENANTI - Seorang tukang kasut di sini, tidak menyangka tragedi kemalangan yang menimpanya pada 25 Januari 2013 mengubah hidupnya yang dapat mengingati beratus nombor telefon tanpa melihat senarainya.

Ramzi Ramli, 52, berkata, dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal itu, kepalanya serta beberapa anggota badan lain cedera.

"Selepas menerima rawatan di hospital, kepala saya terpaksa dijahit. Pada awalnya, saya mengalami kesukaran untuk berkata-kata dan dengan bantuan daripada isteri saya dapat pulih.

“Namun apa yang memeranjatkan, selang beberapa minggu selepas itu saya dapat mengingati beberapa nombor telefon tanpa melihat senarai kenalan yang ada di telefon bimbit saya. Mulanya saya agak pelik dengan perubahan ini, namun selepas berjumpa doktor, saya
disahkan normal,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, akibat keistimewaan yang dimilikinya itu ada juga pihak yang beranggapan dia menuntut ilmu yang menyalahi tuntutan agama.

"Di sini saya mahu tegaskan bahawa saya tidak tuntut apa-apa ilmu, memang kalau orang tengok kali pertama orang akan pelik, namun bagi sahabat yang mengenali saya, sememangnya ini diri saya yang sebenar.

“Bayangkan, beratus nombor telefon yang ada dalam telefon bimbit saya, saya dapat mengingatinya dengan mudah, kadang-kadang ada juga yang pelik jika mereka tanya nombor telefon seseorang itu, saya jawab begitu sahaja tanpa melihat di telefon,” katanya yang berkahwin dengan Juaida Hasin, 40, dan dikurniakan enam anak.

Menurutnya, kini mereka sekeluarga selesa mendiami rumah hasil sumbangan pihak Jabatan Zakat.

“Dulu hidup kami agak daif, tinggal pun di sebuah rumah papan kecil. sekarang rumah tersebut masih ada dan saya jadikan sebagai stor untuk menyimpan barangan,” katanya sambil menunjukkan rumah asalnya yang terletak bersebelahan rumahnya.

Katanya, prinsip hidupnya adalah tidak meminta-minta kepada mana-mana pihak.

“Bagi saya mudah, kalau ada pihak yang sudi hendak sumbangkan apa-apa kepada saya, saya akan berlapang dada untuk terima.

“Tapi untuk saya minta sesuatu, itu jauh sekali dari prinsip hidup saya. Saya lebih selesa dalam keadaan begini, biar pendapatan tidak seberapa namun rezeki halal untuk menampung hidup anak dan isteri,” katanya.