Menurut laporan portal Voice of America, beribu-ribu pekerja dan jurutera bertungkus-lumus be­kerja 24 jam sehari bagi memastikan jambatan sepanjang 2,164 meter itu disiapkan mengikut jadual.
Jelas laporan tersebut, jambatan berkenaan berukuran 60 meter lebar dan dilengkapi lapan laluan trafik selain dua landasan kereta api, sekali gus menjadi jambatan paling gantung paling panjang mempunyai sistem landasan kereta api.
Projek berkenaan bermula sejak 2013 dengan menelan kos sebanyak AS$3 bilion (RM11.4 bi­lion).
Jambatan Yavuz Sultanan Selim merupakan jambatan gantung ketiga yang dimiliki Turki dan dilengkapi laluan pejalan kaki yang telah siap pada 26 Julai lalu.
Jambatan itu juga mempunyai dua menara untuk menyokong kabel yang digunakan menampung berat struktur terbabit.
Ketinggian menara di Kampung Garipce yang terletak di benua Eropah adalah 322 meter, manakala menara di daerah Poyrazkyo di bahagian Asia berketinggian 318 meter.