Pages

Wednesday, April 1, 2015

40 anak masih tak cukup

London: Seorang lelaki di sini dianggap sebagai bapa paling banyak zuriat di Britain apabila dia mempunyai seramai 40 anak hasil hubungannya dengan 20 wanita.
Mike Holpin, 56, berkata, dia masih mahu menambah zuriatnya walaupun sukar untuk dia mengingati nama semua anaknya.
Katanya, seramai 22 anaknya dinamakan dengan nama keluarganya manakala 18 lagi tidak berbuat demikian.
“Sebenarnya saya tidak dapat mengingati jumlah sebenar anak saya dan kemungkinan masih ramai lagi yang tidak saya ketahui,” katanya.
Menurutnya, anaknya berusia antara tiga hingga 37 tahun.
Holpin kini berusaha mencari semua anaknya dan mencacah tatu nama mereka di belakangnya sebagai cara untuk mengingati mereka.
Menurutnya, dia mempunyai ramai anak kerana sikapnya suka berfoya-foya dengan wanita dan tidak suka dengan kaedah mencegah kehamilan.
“Saya sebelum ini mengalami ketagihan alkohol yang teruk menyebabkan ramai anak saya dijaga ibu mereka atau jabatan kebajikan.
“Kini saya sudah berjaya mengatasi masalah ketagihan berkenaan dan saya berazam untuk bertemu dengan semua anak-anak saya,” jelasnya.
Kata Holpin, dia kesal kerana hubungannya dengan wanita sering berakhir dengan kegagalan kerana sikapnya yang kaki botol dan kaki perempuan.
“Akibat ketagihan dan kaki perempuan, ramai anak-anak saya terabai dan terpaksa dijaga oleh jabatan kebajikan.
“Ia membuatkan saya berasa amat teruk kerana yang menderita adalah anak-anak saya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 9:22 AM


HOLPIN bersama dua anaknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40665#sthash.ASOxmFS0.dpuf

Bayi lahir dengan jantung separuh kini sihat


Jack Stevens
Jack Stevens
DUNHAM - ENGLAND. Seorang bayi yang lahir dengan hanya separuh jantung sempurna kini sihat selepas menjalani lebih sembilan pembedahan.

Jack Stevens, 15 bulan, juga pernah diserang strok.

Menurut Dailymail.uk, Stevens mengalami sindrom Hypoplastic Left Heart (HLHS) yakni hanya separuh jantungnya berjaya terbentuk ketika dalam kandungan.

Stevens kini tidak dibantu dengan alat bantuan pernafasan dan dibenarkan balik ke rumah selepas keadaannya bertambah baik.

Gambar kanak-kanak kena ‘tembak’ jadi viral

Gambar kanak-kanak kena ‘tembak’ jadi viral
Gambar yang diambil jurufoto Osman Sagirli. - Foto Osman Sağırlı
GAMBAR seorang kanak-kanak yang mengangkat tangan menyerah kerana menyangka dirinya akan ditembak mengundang simpati pengguna media sosial baru-baru ini. Apa cerita di sebalik gambar kanak-kanak ini?

Memetik laporan BBC, gambar yang di ambil pada tahun 2014 tersebut, menjadi perhatian pengguna-pengguna laman sosial selepas dikongsi dilaman mikro Twitter oleh Nadia Abu Shaban, jurufoto yang berpangkalan di Gaza.

Gambar tersebut diambil oleh seorang jurufoto Turki, Osman Sagırlı yang kini bekerja di Tanzania.

Menurut Osman, kanak-kanak tersebut menyangka kameranya adalah senjata yang mahu menembaknya.

"Saya tahu, dia takut selepas saya mengambil gambarnya dan jika dilihat gambar tersebut dia mengetap bibirnya sambil mengangkat tangannya jelas menunjukkan dia ketakutan.

"Kebiasaannya kanak-kanak akan lari, menyembunyikan muka mereka atau senyum apabila mereka melihat kamera," katanya.

Kanak-kanak itu bukanlah seorang budak lelaki, tetapi seorang kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun, Hudea.

Hudea mengembara ke kem-kem pelarian kira-kira 10km dari sempadan Turki dengan ibunya dan dua adik-beradik iaitu kira-kira 150 km dari rumah mereka di Hama.

Gambar tersebut diambil di kem pelarian Atmeh di Syria, pada Disember tahun lepas.

Tambah Osman lagi, gambar tersebut menunjukkan ketakutan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak pelarian.

"Ia mencerminkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya.

Gambar mula-mula diterbitkan dalam akhbar Türkiye pada Januari lalu, di mana Osman telah bekerja selama 25 tahun sebagai  jurufoto yang melaporkan mengenai peperangan dan bencana alam di luar negara.

Ia kini mula  menjadi viral di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Barat sejak minggu lepas.

Kelilingi dunia cari ibu


Poppy Royal
Poppy bersama ibu kandungnya.
SEORANG gadis, Poppy Royal dari Oxfordshire, England menyedari dia adalah anak angkat kerana dia berdarah Tamil sedangkan ibu bapa yang membesarkannya adalah pasangan Inggeris.

Didorong keinginan yang tinggi, Poppy, 21, mengambil keputusan untuk mencari ibu kandungnya.

"Saya diambil sebagai anak angkat sejak berusia lima minggu. Ibu dan ayah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan saya.

"Tapi selepas beberapa tahun, keinginan untuk berjumpa dengan ibu kandung semakin tinggi.

"Nasib baik mereka faham dan akhirnya membuka rahsia yang selama ini disimpan rapi," katanya.

Poppy menjelaskan, ibu bapa angkatnya iaitu Cliff (68) dan Jenny (58) memberitahu dia sebenarnya diambil ketika masih bayi dari sebuah keluarga miskin di Sri Lanka.

Bertindak atas maklumat itu, Poppy bersama seorang rakan terbang ke Sri Lanka pada 2013 untuk mencari ibunya.

"Maklumat yang ada tidak banyak. Saya hanya diberitahu nama ladang teh di mana ibu kandung saya bekerja dan namanya Kalinga. Itu sahaja," katanya.

Tuah bagaimanapun menyebelahi Poppy apabila seorang pekerja hotel di Colombo mengetahui lokasi ladang teh tersebut dan ibu kandungnya masih bekerja di situ. - Mirror

Tuesday, March 31, 2015

Jumpa semula anjing selepas dimasak


Jumpa semula anjing selepas dimasak
Foto yang menjadi viral di laman media sosial.
VIETNAM - MYANMAR. Bagai sebuah mimpi ngeri, seorang kanak-kanak menjumpai anjing peliharaannya yang hilang dalam keadaan siap dimasak.

Menurut People's Daily Online, kanak-kanak berkenaan telah memelihara anjing terbabit yang dinamakan Flower selama tiga tahun sebelum ia hilang.

Difahamkan, setelah beberapa hari mencari Flower, kanak-kanak tersebut menjumpai Flower di sebuah kedai menjual daging dan telah dimasak.

Kisah kanak-kanak terbabit diketahui umum selepas fotonya di samping anjing berkenaan tersebar di internet.

Menurut Dailymail.uk, daging anjing dianggap sebagai makanan di Vietnam.

Petani didenda kerana lembu


Petani didenda kerana lembu
Seorang petani dari Mogilno, Poland, sanggup mengubah suai kereta Fiat Puntonya untuk membawa lembunya ke klinik haiwan.
SIAPA sangka, seorang petani dari Mogilno, Poland, sanggup mengubah suai kereta Fiat Puntonya menjadi seakan-akan sebuah kandang lembu lengkap dengan lantai jerami dan kayu penghadang hanya untuk membawa haiwannya itu ke klinik haiwan.

Zbigniew Grabowski, 53, bagaimanapun ditahan anggota polis dan lebih malang lagi, dia diarahkan pulang ke ladang dengan berjalan kaki bersama lembunya itu.

“Pemandu itu memberitahu dia ingin membawa lembunya pulang ke ladang selepas berjumpa doktor haiwan. Kami beritahunya, dia perlu mendapatkan trak yang betul dan tindakannya meletakkan haiwan do belakang kereta adalah berbahaya,” menurut polis.

Akibatnya, Grabowski didenda 100 pound (RM137) selain lesen memandunya dirampas. - Mail Online

Xinjian penyimpan mimpi


Xinjian penyimpan mimpi
Xinjian telah menghasilkan 30 buku besar yang menampilkan pelbagai cerita antaranya dikejar katak, peperangan, berkaitan keluarga, rakan dan selebriti.
LAZIMNYA, manusia seringkali melupai mimpi yang dialami ketika di dalam tidur, dan ia kadang kala mengecewakan.

Namun, berbeza dengan Peng Xinjian, 74, dari Chagsa, China, dia memilih untuk mengabadikan segala mimpi yang dilalui di dalam buku selepas bangun dari tidur dan telah melakukannya sejak 14 tahun lalu.

Menurut laporan People’s Daily Online, nota pertama dibuat berikutan kematian bapanya pada 2001 dan sejak itu dia telah mendokumentasikan sehingga 13,000 mimpi.

Xinjian telah menghasilkan 30 buku besar yang menampilkan pelbagai cerita antaranya dikejar katak, peperangan, berkaitan keluarga, rakan dan selebriti.

“Biasanya saya akan bermimpi ayah dan isteri saya yang meninggal dunia tahun lalu beberapa kali sebulan. Setiap tahun, saya akan melihat mereka dalam mimpi lebih 100 kali,” katanya. - Daily Mail

Bayi cacat didakwa jelmaan dewa

Lucknow (India): Seorang bayi perempuan yang mempunyai ketumbuhan di muka seperti belalai gajah kini dipuja masyarakat setempat yang percaya kanak-kanak itu jelmaan dewa Hindu Ganesha.
Bayi yang belum dinamakan dilahirkan Khamis lalu di kampung Aligarh yang terletak di negeri Uttar Pradesh.
Berita kelahiran bayi ‘suci’ itu tersebar meluas dalam tempoh beberapa hari dan ramai pelawat yang datang menggelar bayi itu dengan nama jolokkan Dewi Ganpatni yang bermaksud isteri Ganesha.
Dewa Ganesha tuhan dalam agama Hindu yang mempunyai wajah seperti gajah.
“Kakak ipar saya melahirkan bayi perempuan ini jam 7 pagi (waktu tempatan) dan wajah bayi ini menyerupai Dewa Ganesha.
“Semua orang memberitahu bahawa anak saudara saya ini jelmaan dewa,” kata ibu saudara bayi itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 10:12 AM


BAYI yang dianggap jelmaan dewa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40478#sthash.icHkAfAE.dpuf

Kembar lahir pada jarak 24 hari




ALEXANDRE (kiri) dilahirkan lebih awal berbanding adiknya, Ronaldo. - AGENSI


BOSTON, Britain – Sepasang kembar di sini mencipta rekod jarak kelahiran paling lama di Britain apabila dilahirkan selang 24 hari di Pusat Rawatan Tufts pada Mac tahun lalu.
Alexandre Antunes yang dilahirkan secara pramatang pada 2 Mac 2014 diikuti adiknya, Ronaldo pada 26 Mac menyambut ulang tahun kelahiran pertama mereka di pusat rawatan tersebut.
Bayi kembar seiras ini diraikan oleh doktor dan jururawat yang mengendalikan prosedur bersalin tahun lepas yang turut disertai oleh kedua ibu bapa mereka.
“Ia seperti baru semalam berlaku. Kami rasa amat gembira,” ujar ibu kepada pasangan kembar tersebut, Lindalva Pinheiro da Silva.
Jarak kelahiran yang lama ini berpunca apabila da Dilva terpaksa bersalin lebih awal pada usia kandungannya baru mencecah 24 minggu.
Bagaimanapun, doktor berjaya melakukan prosedur unik bagi menyelamatkan salah seorang kembar dengan meninggalkan seorang bayi bertahan di dalam rahim ibu mereka.
“Ini kali pertama saya melalui pengalaman sebegini sepanjang kerjaya dan ia berjaya,” kata Dr. Jonathan Davis yang menjalankan prosedur tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3VurhGmYH 
Hakcipta terpelihara 

Lukisan muncul 
hanya bila kena air


Peregrine Church menunjukkan keunikan lukisan Seni Hujan di Seattle
Peregrine Church menunjukkan keunikan lukisan Seni Hujan di Seattle yang hanya muncul jika dibasahi air. AGENSI
NEW YORK 30 Mac - Seorang penggiat seni dari Amerika Syarikat (AS) mempamerkan kemahirannya dalam dunia magis apabila menghasilkan lukisan yang hanya akan muncul apabila dibasahi air dan tidak boleh dilihat jika kering.
Penggiat seni, Peregrine Church dari Seattle, menggelar seni jalanan itu sebagai ‘Seni Hujan’ di tempat asalnya yang sering dilanda hujan.
Bagi menghasilkan karya mengagumkan itu, Church menggunakan kertas stensil dan teknik lapisan kalis air untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat, termasuk melarang orang awam membuang air kecil merata-rata.
Church telah menghasilkan kira-kira 30 lukisan Seni Hujan di seluruh Seattle, antaranya mempunyai mesej seperti ‘Pastikan Anda Kering’ (Stay Dry Out There), ‘Kesilapan 404: Matahari Tidak Dijumpai’ (Error 404: Sun Not Found) dan ‘Bangga kerana Hujan’ (Proud to be Rainy).
Menurut Church, dia menggunakan produk kalis air dari syarikat Nanex, Always Dry Wood & Stone yang tidak mengandungi bahan toksik dan selamat, selain mampu bertahan selama empat bulan sebelum hilang serta tidak memberi kesan berkekalan kepada harta benda awam.
“Saya berasa sangat bersemangat untuk menghasilkan karya yang boleh menjadikan dunia ini lebih menarik.
“Lukisan Seni Hujan merupakan seni jalanan yang hanya muncul apabila dalam keadaan basah.
“Mesej yang disampaikan bertujuan menjadikan orang ramai lebih gembira meskipun dalam keadaan hujan,” katanya seperti yang dilaporkan portal Oddity Central.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lukisan-muncul-8232-hanya-bila-kena-air-1.75515#sthash.5rCEzaJA.dpuf

Monday, March 30, 2015

Cendawan Umpama Patung Manusia Kerdil


Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 4:31 PM
Cendawan yang kelihatan seolah-olah membentuk kepala dan memiliki tangan umpama patung manusia.

SEKALI pandang umpama patung manusia, tetapi apabila diamati barulah ia kelihatan seperti cendawan. Itulah spesis terbaharu tumbuhan itu yang ditemui di Norfolk, United Kingdom (UK).
Jonathan Revett dari Cockley Cley bertanggungjawab menemui kulat yang dinamakangeastrum britannicum itu bagi melambangkan keunikan tumbuhan berkenaan di negara berkenaan.
Revett, 49 berkata: "Ia kelihatan umpama cendawan berbentuk orang kerdil. Memang kelihatan pelik bagaimana ia boleh membentuk sedemikian, seolah-olah memiliki kepala dan tangan.
"Bentuknya yang unik menarik perhatian saya."
Walaupun dikesan pada 2000, ia tidak diterima sebagai salah satu spesis kulat yang tumbuh dengan banyaknya di Norfolk.
Bagaimanapun, 15 tahun kemudian, ahli mikologi dari Sepanyol menjalankan ujian DNA terhadap tumbuhan itu dan mengesahkan ia sebahagian spesis cendawan.
Revett yang meminati bidang mikologi telah menjalankan kajian berkaitan kulat sejak lebih 40 tahun dan membangunkan laman web, fenfungi.com.
"Adalah menakjubkan apabila mengetahui saya menemui sesuatu yang baharu berkaitan kulat.
"Kebiasaannya saya tidak akan mempersoalkan pihak pakar tetapi saya dapat rasakan ada suatu keistimewaan pada penemuan ini.
"Malahan, saya akan lokasi penemuan kulat itu setiap tahun dan mendapati ia sentiasa tumbuh di situ.
"Sesuatu yang tidak masuk akal apabila memikirkan saya akan ke tempat sama hanya untuk melihat kawasan yang dipenuhi cendawan pelbagai saiz yang pernah saya temui suatu masa dulu," katanya.
Sejak penemuan itu, tiga lagi spesimen dikumpul sekitar Norfold, malahan ia turut dikesan di Hampshire dan Welsh Borders.
Menurut Pemandu Pelancong dan Hidupan Liar berpangkalan di Norfolk, Carl Champman, ia bukannya sesuatu yang baharu untuk Norfolk, malah dunia.

Kambing biri-biri tersangkut di tebing gunung diselamatkan



GAMBAR dalam bulatan menunjukkan seorang penyelamat menangkap kambing tersebut untuk dibawa turun. - AGENSI


SNOWDONIA, Britain – Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seekor kambing biri-biri yang tersangkut di tebing gunung pada ketinggian 45 meter di Llanberis di sini baru-baru ini.
Dua orang penyelamat dari Persatuan Diraja bagi Perlindungan Haiwan (RSPCA) menuruni permukaan berbatu itu menggunakan tali keselamatan dan memasukkan kambing tersebut di dalam sebuah beg.
Ketua pasukan bertali RSPCA, Chris Dunbar berkata, mereka terpaksa berhati-hati ketika proses menyelamat kerana permukaan gunung yang curam berisiko membawa kecelakaan.
“Kedua-dua anggota penyelamat terpaksa menuruni gunung tersebut dengan tali keselamatan sebelum berjaya menangkap kambing itu untuk dibawa turun,” ujar salah seorang wakil RSPCA, Mark Roberts.
Dia menambah, kambing biri-biri itu yang kelihatan penat dan haus terus makan dengan laju apabila diberi makanan dan minuman selepas diselamatkan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3VoklhB5t 
Hakcipta terpelihara 

Taman permainan manusia purba ditemui di China



SEORANG saintis menunjukkan tapak penemuan artifak permainan purba di Wilayah Hebei, China baru-baru ini. - AGENSI


WILAYAH HEBEI, China – Sekumpulan saintis di sini percaya mereka telah menemui bukti kewujudan taman permainan berusia dua juta tahun.
Ia berikutan penemuan lebih 700 artifak batu di kawasan dalam lingkungan enam meter persegi di Nihewan Basin di sini.
Pakar yang bekerja di tapak arkeologi Heitugou itu memberitahu, artifak yang ditemui itu diperbuat oleh orang primat awal antara 1.77 hingga 1.95 juta tahun yang lalu.
Ketua projek tersebut, Wei Qi menyifatkan penemuan itu sesuatu yang hebat dan luar biasa.
“Salah satu item artifak yang ditemui berkemungkinan hadiah yang dibuat oleh seorang ibu buat anaknya. Anda boleh merasai kasih sayang apabila melihatnya,” kata Qi yang merupakan seorang ahli paleontropologi.
Tambah penyelidik, kekurangan bukti tinggalan haiwan dan alat-alat batu besar menunjukkan kawasan berkenaan lebih digunakan oleh kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Tapak berkenaan mula ditemui pada tahun 2002 menggunakan peralatan khas geokronologikal. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3VokSFi32 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, March 29, 2015

Sukar buang hajat kecil


China: Pelanggan lelaki di sebuah restoran mengadu mereka sukar kencing kerana patung model yang diletakkan dalam tandas restoran itu begitu realistik dan terlampau seksi.

Tiga patung model itu diletakkan di depan tempat kencing lelaki, menyebabkan beberapa pelanggan berkata, mereka sukar buang hajat kecil.

Restoran itu terletak di bandar Taiyuan, Shanxi, wilayah di utara China.

Untuk membolehkan mereka menggunakan tandas, pelanggan lelaki perlu berdiri di sebelah panel kaca yang menempatkan tiga patung model itu.

Seorang pelanggan, Sun Kao, 24, memberitahu stesen televisyen tempatan: “Saya keluar dari tandas itu apabila melihat wanita di dalamnya kerana menyangka saya silap masuk. Tetapi apabila saya mengesahkan ia memang tandas lelaki, saya masuk balik. Tetapi saya tidak boleh melepaskan hajat kecil saya.

“Walaupun patung, ia kelihatan macam betul, menyebabkan saya tak selesa.”

Gambar tandas berkenaan menjadi viral dalam sekelip mata di media sosial China dengan ramai pengguna menyuarakan simpati terhadap tetamu yang merasakan privasi mereka terganggu.

Seorang pengguna menulis: “Saya dapat bayangkan pelanggan yang merasa malu apabila hendak membuang hajat kecil mereka.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:14 AM

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki cuba membuang air kecil di tandas restoran di Shanxi itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39849#sthash.9EbMpagN.dpuf

100 ulat berenga hidup dalam hidung lelaki tua



Rakaman gambar ulat berenga dalam salur pernafasan warga emas tersebut.


SAO PAULO, Brazil – Pemeriksaan rapi ke atas seorang lelaki berusia 65 tahun di sebuah hospital di sini menemui lebih 100 ekor ulat berenga di dalam saluran pernafasan pesakit berkenaan.
Penemuan ganjil itu dibuat tidak lama selepas dia menjalani satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan.
Seorang doktor dari Hospital Clinics di sini terkejut melihat ulat-ulat itu ketika menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas lelaki tersebut.
Lelaki itu datang ke hospital berkenaan selepas seminggu hidungnya berdarah tanpa henti. Dia turut mengadu rasa kebas di sebelah kiri saluran pernafasan, susah bernafas dan hidung berbau busuk.
“Lelaki itu didapati menghidap penyakit myiasis salur pernafasan iaitu jangkitan kulit oleh ulat. Rawatannya melibatkan menyapu air garam dan membuang larva ulat pada setiap hari dengan alat endoskop,” jelas kenyataan yang dikeluarkan hospital tersebut.
Jangkitan itu mula surut selepas empat hari dan warga emas itu dilaporkan telah pulih daripada pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan seumur hidupnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3VmdOfehP 
Hakcipta terpelihara 

Aksi gajah selamatkan anak dirakam


Seekor Ibu gajah cuba mengeluarkan anaknya selama 11 jam selepas terperangkap di dalam perigi berham
Seekor Ibu gajah cuba mengeluarkan anaknya selama 11 jam selepas terperangkap di dalam perigi berhampiran Chatra, di India, baru-baru ini. – AGENSI
MUMBAI 28 Mac – Kasih ibu gajah kepada anaknya membuatkan haiwan itu tidak sanggup untuk meninggalkannya meskipun telah lebih 11 jam cuba menyelamatkan anaknya daripada maut akibat terperangkap di dalam sebuah perigi.
Dalam kejadian menyayat hati berhampiran daerah Chatra di India baru-baru ini, ibu gajah itu dilihat cuba menyelamatkan anaknya dengan menggunakan belalai dan kaki bermula pukul 9 malam sehingga 8 pagi keesokan harinya.
Agak malang, usaha ibu gajah itu menjadikan keadaan lebih buruk selepas dia secara tidak sengaja menolak lebih banyak lumpur ke dalam perigi sehingga hampir membunuh anaknya.
Bagaimanapun, anak gajah itu akhirnya berjaya diselamatkan dengan bantuan penduduk kampung yang bergegas ke lokasi kejadian selepas mengetahui kejadian terbabit.
Menurut Jitendra Tiwari yang merakam kejadian itu dan membantu operasi menyelamat, mereka menggunakan beberapa buah lori pisang dan meletakkannya berhampiran perigi itu bagi mengalih perhatian ibu gajah daripada berada dekat dengan anaknya untuk beberapa ketika.
“Rancangan itu berjaya dan kami menggunakan masa yang ada untuk membuang longgokan lumpur yang memerangkap anak gajah tersebut,’’ katanya sebagaimana lapor Mail Online.
Selepas timbunan lumpur itu dipindahkan, ibu gajah kemudian menghampiri anaknya dan menggunakan belalai bagi mengeluarkan anaknya dari perigi itu sebelum kedua-dua haiwan tersebut beredar dari lokasi kejadian.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aksi-gajah-selamatkan-anak-dirakam-1.74668#sthash.H0mO306k.dpuf

Tanda angka 12 pada dahi bayi


Hanru van Niekerk dari Afrika Selatan mempunyai tanda lahir nombor
Hanru van Niekerk dari Afrika Selatan mempunyai tanda lahir nombor 12 pada dahinya. AGENSI
CAPE TOWN 27 Mac - Doktor di Afrika Selatan dilapor bingung dengan penemuan tanda lahir yang tertera nombor 12 pada dahi seorang bayi lelaki berumur empat bulan di Johannesburg.
Tanda lahir nombor 12 itu tertera dengan jelas pada dahi Hanru van Niekerk, meskipun dia dilahirkan pada 11 November tahun lalu, sekali gus mengandaikan bayi itu merancang untuk keluar dari rahim ibunya 24 jam kemudian.
Keluarga Van Niekerk, bagaima­napun gagal untuk mengesan tanda lahir itu sebelum perkara itu di­sedari kakak kepada bayi itu, tidak lama selepas bayi itu dilahirkan, sebagaimana lapor portal Mirror.co.uk
“Anak perempuan bongsu saya, merupakan individu pertama yang melihat tanda lahir itu dan memaklumkan kepada kami terdapat nombor satu dan dua pada dahi bayi saya.
“Kami bagaimanapun tidak risaukan tentang tanda lahir itu kerana doktor yang merawatnya menyakinkan tanda itu akan hilang apabila bayi itu meningkat dewasa,’’ kata nenek bayi itu, Catherine Jooste, 70 tahun.
Sementara itu, pakar Dermatologi, Patrice Hyde memberitahu pemberita bahawa bayi boleh mempunyai tanda lahir sebelum atau sejurus kelahirannya.
“Hemangioma adalah sekumpulan saluran darah kecil yang tumbuh di beberapa kawasan tertentu pada kulit yang mengakibatkan kulit kelihatan berwarna merah atau ungu, manakala saluran darah adalah saluran kecil yang membawa darah ke seluruh badan.
“Tidak ada siapa yang tahu apa yang mengakibatkan saluran darah membentuk, namun adalah baik untuk mengetahui bahawa ke­ba­nyakan tanda lahir bukanlah petanda sakit dan biasanya tidak menyakitkan,’’ katanya, sambil menambah kata, kebanyakan tanda lahir akan hilang sendiri atau melalui rawatan tertentu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tanda-angka-12-pada-dahi-bayi-1.74357#sthash.N1lJ4Xe0.dpuf

Friday, March 27, 2015

Polis kacak cetus kegilaan


27 Mac 2015 12:51 AM
Stopped in their tracks: Female runners take a break from the race to have a snap taken with the officer, who many said looked like the film star Wallace Chung
Dua peserta acara maraton, sempat bergambar bersama Long Keyi di Chongqing, baru-baru ini. AGENSI


No escape: Long Keyi is surrounded in his car by admirers - forcing him to call for (presumably less handsome) back-up


Film star? Long Tao drew comparisons to popular actor Wallace Chung with some even suggesting he was there on a secret shoot

BEIJING 26 Mac – Tugas sebagai anggota polis sememangnya diakui sukar dan mencabar apatah lagi jika memiliki wajah yang kacak menyerupai pelakon terkenal.
Itulah yang berlaku di bandar Chongqing, China apabila seorang polis lelaki menarik perhatian ramai pelari wanita ketiga ditugaskan mengawal acara maraton di bandar tersebut.
Menurut laporan portal Mail Online, polis berkenaan, Long Keyi dikerumuni beratus-ratus wanita yang mahu mengambil gambar bersama disebabkan paras rupanya yang seiras bintang filem Hong Kong, Wallace Chung.
Malah kegilaan ratusan wanita itu terhadap kekacakan Keyi, menyebabkan acara maraton terbabit terganggu kerana mereka tidak lagi mahu meneruskan larian selain menyebabkan kesesakan trafik.
Jumlah wanita yang semakin ramai mengelilingi kereta yang dipandu anggota polis berusia 29 tahun itu juga menyebabkan dia sukar meninggalkan kawasan maraton.
Seorang peserta, Chyou Teng, 26, berkata, orang ramai terutamanya wanita tidak lagi tertarik untuk mengetahui pemenang larian maraton itu, sebaliknya lebih berminat untuk bergambar dengan Keyi.
Bagaimanapun, rakan setugas Keyi, Dewei Fu berkata, kegembiraan semua wanita terbabit mungkin tidak lama apabila mengetahui status rakannya yang telah berkahwin baru-baru ini.
“Dia baru bertugas semula selepas melangsungkan perkahwinan, jadi isterinya mungkin tidak terkejut dengan tarikan yang dimiliki oleh suaminya.
“Tetapi, disebabkan kejadian tersebut, Keyi mengambil cuti dan tugasnya digantikan dengan anggota polis lain yang kurang kacak,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/polis-kacak-cetus-kegilaan-1.73981#sthash.wLId6B8L.dpuf

Thursday, March 26, 2015

Ketagih keju, sumpah seranah


24 Mac 2015

 Ketagih keju, sumpah seranah
Ketagih keju, sumpah seranah Kai diletakkan dalam keadaan koma selama sembilan hari supaya proses pemulihannya berjalan lancar.

SEORANG ibu di Chesterfield, England kebingungan selepas anak lelakinya ketagih keju dan gemar mengeluarkan kata-kata kesat sebaik terjaga daripada koma.

Pada Julai tahun lalu, Kai Thomas, 15, mengalami pendarahan otak yang mengancam nyawanya dan terpaksa menjalani pembedahan di hospital Sheffield.

Selepas dibedah, Kai diletakkan dalam keadaan koma selama sembilan hari supaya proses pemulihannya berjalan lancar.

"Selepas menjalani psikoterapi, Kai sudah boleh bercakap. Tapi ada kesan sampingan selepas dia sedar daripada koma.

"Kai mula ketagih makan keju. Dia boleh habiskan beberapa blok keju dalam sehari," kata ibunya, Tracey Thomas.

Tapi, apa yang memeranjatkan Tracey adalah Kai kini kerap mengeluarkan kata-kata kesat.

"Sebelum koma, dia anak yang baik. Tapi sekarang dia tidak boleh berhenti memaki hamun.

"Apa pun, kami sekeluarga bersyukur dia selamat," katanya. - Daily Mail

Penggali kubur pengsan keranda tiba-tiba terbuka


25 Mac 2015
 Keranda
Keranda Gambar Hiasan

GELSENKIRCHEN - JERMAN. Seorang penggali kubur pengsan selepas terkejut apabila penutup keranda tiba-tiba terbuka dan kemudiannya mendengar 'mayat' bertanyakan di manakah dia berada.

'Mayat' wanita warga emas yang berusia 92 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh doktor di rumah orang-orang tua dan kemudiannya dibawa ke tempat pengebumian untuk disemadikan.

Anehnya, dia 'hidup semula' sebelum dikebumikan dan membuatkan penggali kuburnya pengsan.

Pengurus rumah pengebumian kemudiannya menemui wanita tua tersebut berbaring dalam keranda dengan kedua-dua mata terbuka sebelum membawanya ke hospital.

Dia turut memeriksa nadi wanita berkenaan dan mendapati dia masih hidup.

Memetik laporan Mirror.uk, polis sedang menjalankan siasatan ke atas jururawat dan doktor yang mengesahkan kematian wanita tersebut.

Menurut laporan, wanita itu ditemui di tempat tidur di rumah orang-orang tua oleh penjaga, dan dia menyangka wanita tersebut sudah tidak bernafas.

Seorang doktor telah dipanggil dan kemudiannya mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia sebelum dia dibawa pergi oleh seorang pengurus mayat.

Sementara itu, pengurus rumah orang-orang tua tersebut, Lother Burger berkata ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan sukar untuk diterangkan