Xinjian penyimpan mimpi
Xinjian telah menghasilkan 30 buku besar yang menampilkan pelbagai cerita antaranya dikejar katak, peperangan, berkaitan keluarga, rakan dan selebriti.
LAZIMNYA, manusia seringkali melupai mimpi yang dialami ketika di dalam tidur, dan ia kadang kala mengecewakan.

Namun, berbeza dengan Peng Xinjian, 74, dari Chagsa, China, dia memilih untuk mengabadikan segala mimpi yang dilalui di dalam buku selepas bangun dari tidur dan telah melakukannya sejak 14 tahun lalu.

Menurut laporan People’s Daily Online, nota pertama dibuat berikutan kematian bapanya pada 2001 dan sejak itu dia telah mendokumentasikan sehingga 13,000 mimpi.

Xinjian telah menghasilkan 30 buku besar yang menampilkan pelbagai cerita antaranya dikejar katak, peperangan, berkaitan keluarga, rakan dan selebriti.

“Biasanya saya akan bermimpi ayah dan isteri saya yang meninggal dunia tahun lalu beberapa kali sebulan. Setiap tahun, saya akan melihat mereka dalam mimpi lebih 100 kali,” katanya. - Daily Mail