Petani didenda kerana lembu
Seorang petani dari Mogilno, Poland, sanggup mengubah suai kereta Fiat Puntonya untuk membawa lembunya ke klinik haiwan.
SIAPA sangka, seorang petani dari Mogilno, Poland, sanggup mengubah suai kereta Fiat Puntonya menjadi seakan-akan sebuah kandang lembu lengkap dengan lantai jerami dan kayu penghadang hanya untuk membawa haiwannya itu ke klinik haiwan.

Zbigniew Grabowski, 53, bagaimanapun ditahan anggota polis dan lebih malang lagi, dia diarahkan pulang ke ladang dengan berjalan kaki bersama lembunya itu.

“Pemandu itu memberitahu dia ingin membawa lembunya pulang ke ladang selepas berjumpa doktor haiwan. Kami beritahunya, dia perlu mendapatkan trak yang betul dan tindakannya meletakkan haiwan do belakang kereta adalah berbahaya,” menurut polis.

Akibatnya, Grabowski didenda 100 pound (RM137) selain lesen memandunya dirampas. - Mail Online