Pages

Wednesday, May 21, 2014

Selamat tinggal Spider-Man


Ketika keranda berisi mayat Brayden Denton dibawa ke tanah perkuburan, enam pengusung memakai kostum seperti Spider-Man, Thor, Hulk, Superman, Iron Man dan Batman bagi mengenang minat mendalam ditunjuk kanak-kanak terbabit ketika hayatnya.

Menurut ibu Denton, Staci, melihat mereka membawa keranda Denton, dia berpendapat pasti anaknya sangat teruja kerana memang itulah dunia yang diimpikannya.
“Sejak April tahun lalu Denton menghidapi kanser otak dikenali Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DPIG).

“Sejak itu dia berjuang untuk sembuh dan menjalani 30 sesi rawatan radiasi,” katanya.

Sepanjang waktu itu, kata Staci, Denton, 5, mengekalkan minatnya terhadap watak adiwira terutama Spider-Man.
Foto
KERANDA Denton dibawa dari rumahnya ke tanah perkuburan.
Menghargai minat ditunjuk Denton, mereka turut menghadiahkan kek hari lahir dengan tema Spider-Man kepada budak terbabit.

“Walaupun Denton teramat lemah, dia tidak pernah melepaskan peluang menonton Spider-Man,” katanya.
Idea menggunakan watak adiwira untuk majlis pengebumian Denton diilhami ayahnya selepas budak terbabit meninggal dunia pada 8 Mei lalu.

Staci yang memakai baju Spider-Man ketika ditemui berkata, di mata Denton, seseorang yang berpakaian kemas bukanlah individu memakai sut dan tali leher. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/21

Tuesday, May 20, 2014

Obor-obor gergasi

Obor-obor gergasi

PESISIR pantai Portland di Oregon, Amerika Syarikat gempar apabila bangkai puluhan obor-obor bersaiz gergasi muncul di daratan perairan itu.

Persatuan Pemuliharaan Marin Richard Harrington berkata, perkara ini berlaku kerana perubahan cuaca panas menjangkau suhu melebihi 20 darjah Celsius sepanjang bulan ini.

“Obor-obor yang biasa di temui di  Atlantik atau Mediterranean ini tidak merbahaya tetapi kami menasihati orang awam supaya tidak menyentuhnya,” katanya kepada Daily Mail.

Difahamkan, obor-obor ini mempunyai purata diameter tiga dan dua meter dari spesies Barrel atau Rhizostoma pulmo.

Spesies obor-obor ini banyak ditemui di timur Atlantik Utara, Antartik dan laut Mediterranean dengan menjadikan penyu belimbing sebagai mangsa.

Pengemis profesional dikehendaki


Chengdu: Seorang lelaki dilihat berkeliaran bandar Dazhou dan menimbulkan kehairanan apabila dia dilaporkan mencari sesiapa yang berminat untuk belajar mengemis.

Untuk menarik perhatian perantis, lelaki terbabit turut menawarkan kemudahan bilik penginapan dan bonus tahunan.


Beberapa gambar dimuat naik di Internet menunjukkan lelaki terbabit berbaring di jalan bersama papan tanda bertulis: “Merekrut pengemis profesional.” Dia juga menceritakan pengalamannya di papan tanda berkenaan.



“Saya menamatkan pengajian di pusat latihan profesional di Shanghai pada 2011. Sejak itu saya mengemis secara solo dan kini saya mencari rakan sekerja untuk mengemis di seluruh negara,” tulisnya.


Beberapa lagi jurulatih pengemis turut dilihat mencari “pelajar baru” di sekitar wilayah Sichuan dengan menawarkan makanan dan tempat tinggal serta bonus akhir tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Frozen jadi fenomena di seluruh dunia


Gaun biru yang dipakai oleh karakter Elsa dalam filem animasi, Frozen mendapat permintaan tinggi di United Kingdom. - AGENSI
LONDON 19 Mei - Kegilaan orang ramai terhadap filem animasi, Frozen menyebabkan syarikat Walt Disney terpaksa mengeksport lebih banyak barangan permainan filem itu ke negara ini, menurut laporan laman web, Mail Online.
Ini berikutan kejayaan filem animasi tersebut yang amat terkenal dalam kalangan kanak-kanak serta ibu bapa yang turut menggemari barangan keluaran Disney termasuklah gaun biru milik karakter Elsa, serta pakaian Anna.
Dilaporkan, barangan permainan berkenaan mendapat permintaan tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sehingga menyebabkan stok barangan semakin berkurangan.
Disney dikatakan terpaksa menetapkan kuota bagi beberapa barangan popular untuk mengurangkan pengeluaran, manakala pembeli melalui laman web Disney hanya boleh mendapatkan satu gaun Elsa berharga 15 pound (RM81) serta patung Anna dalam setiap pembelian.
Menurut jurucakap Disney UK, filem Frozen mendapat sambutan hangat di negara ini.
“Kami amat teruja apabila penonton menyukai karakter serta jalan cerita filem itu dan kami berusaha keras untuk memenuhi permintaan pelanggan secepat mungkin," katanya.
Dalam laman web Mumsnet, ramai ahlinya berkongsi maklumat di mana mereka boleh mendapatkan gaun Elsa, manakala di laman web, eBay, penjual barangan Frozen mampu mendapat keuntungan mencecah 600 pound (RM3,249.50).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140520/lu_13/Frozen-jadi-fenomena-di-seluruh-dunia#ixzz32Ck53okQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aksi penunggang motosikal Vietnam jadi bidikan lensa kamera


Aksi seorang penunggang motosikal yang membawa tong plastik kosong sempat dirakam Hans Kemp di Vietnam. - AGENSI
HO CHI MINH 19 Mei - Seorang jurugambar Jerman, Hans Kemp merakamkan budaya unik masyarakat Vietnam yang menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama untuk mengangkut barangan di negara ini.
Bagi Kemp yang mula melawat Vietnam pada 1991 dan kemudian menetap di bandar ini sejak 2005, aksi itu menarik minatnya untuk diabadikan sebagai koleksi peribadi.
“Saya sungguh tidak mempercayai apa yang saya lihat pada mulanya. Hampir keseluruhan keluarga seisi rumah di sini menggunakan sebuah motosikal, dari lelaki bersut sehingga ke gadis yang siap bersolek," katanya seperti yang dilaporkan Mail Online.
Antara gambar yang sempat dirakamkannya adalah aksi penduduk Vietnam menunggang motosikal yang sarat dengan muatan tong air plastik, ayam dan itik hidup, ikan gergasi, bunga segar, telur serta cermin besar.
Bermula daripada minat merakamkan gambar, Kemp kemudian mengambil keputusan menetap di Ho Chi Minh dari Hong Kong pada 1995 dan pada tahun 2000 seorang pelanggan telah mengupahnya mengambil gambar beberapa motosikal tempatan.
Akhirnya, tugasan yang diberikan pada awalnya itu kemudian mula menjadi satu projek kegemaran dan selama dua tahun Kemp meluangkan masa terluangnya dengan mengambil gambar motosikal merentasi seluruh negara di Vietnam.
Bagi merakamkan aksi motosikal yang sedang bergerak, Kemp akan membonceng di tempat duduk belakang sebuh motosikal Honda Super Cub.
Pada tahun 2005, Kemp menerbitkan sebuah buku bertajuk Bikes Of Burden yang kemudian menjadi buku bergambar yang popular.
Dia baru-baru ini telah melawat Vietnam sekali lagi bagi merakam lebih banyak gambar untuk penerbitan semula bukunya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140520/lu_11/Aksi-penunggang-motosikal-Vietnam-jadi-bidikan-lensa-kamera#ixzz32CjWoQvH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penemuan piramid Sudan bakal jadi tarikan dunia


Sebuah daripada piramid yang terletak di Sudan dan dibina oleh penduduk Nubia di Afrika. - AGENSI
PIRAMID Mesir merupakan antara tujuh keajaiban dunia. Namun jika menyebut mengenai piramid, ramai yang menyangka hanya Mesir sahaja memiliki monumen unik itu, yang diperbuat daripada batu padu dan dibina sebagai makam firaun.
Piramid juga dipercayai adalah tangga yang digunakan oleh roh-roh firaun untuk menuju ke langit.
Namun, tidak ramai yang mengetahui sebelum piramid di Mesir dibina, terdapat piramid yang lebih awal dibina iaitu di kawasan gurun di utara Sudan yang dipercayai dibina oleh penduduk Nubia di Afrika Utara.
Sudan merupakan tapak awal peradaban manusia.
Jika dilihat daripada kronologi sejarah peradaban awal manusia, terdapat beberapa tamadun kecil pra-Firaun dibina di negara pertemuan dua Nil itu.
Piramid tertua yang dikenali sebagai Mereo, ditemukan berhampiran Sungai Nil yang dikatakan dibina kira-kira 300 tahun sebelum piramid di Mesir dibina.
Sama seperti piramid-piramid di Mesir, piramid di Nubia juga dibangunkan sebagai makam diraja dan ratu. Monumen itu dipercayai menyimpan banyak warisan arkeologi yang tersembunyi.
Penduduk Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang Mesir, tetapi saiznya jauh lebih kecil dan lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu dan makam untuk raja yang meninggal dunia.
Kerajaan Nubia merupakan sebuah empayar yang makmur berdasarkan penemuan awal kawasan perkuburan yang tersusun berbentuk bulatan yang menempatkan sekitar 3,000 kubur yang ‘penghuninya’ kelihatan dikebumikan mengikut istiadat tersendiri.
Setiap mayat dikebumikan bersama-sama binatang peliharaan dan dilapik dengan kulit lembu yang telah diawetkan.
Mayat-mayat itu kemudian diletakkan dalam keadaan seperti di dalam rahim ibu dengan tangan mereka diletakkan menutup muka.
Penemuan itu menunjukkan penduduk Nubia memiliki tamadun yang tinggi.
Ahli arkeologi beranggapan, pembangunan piramid Mereo dibuat dengan cara yang sistematik berdasarkan cara pembuatannya.
Sehingga kini ahli arkeologi masih meneruskan kajian ke atas Piramid Mereo di Sudan dan bersedia untuk memperluaskan penyelidikan di kawasan tersebut.
Kerajaan Qatar telah bersetuju membiayai projek itu dengan menyalurkan bantuan berjumlah AS$135 juta (RM435 juta) bagi meneroka sepenuhnya monumen tersebut yang dipercayai menyimpan banyak warisan tersebunyi.
Projek menaik taraf piramid itu, sekali gus dijangka merubah landskap Sudan sebagai tarikan pelancong baharu.
Banyak lagi sejarah yang belum diterokai mengenai piramid di negara itu yang dipercayai menyimpan banyak cerita tersendiri.
Sebelum ini, usaha-usaha penggalian hanya menggunakan cara tradisional oleh penduduk tempatan, termasuk menggunakan kereta sorong dan penyodok, sekali gus melambatkan proses-proses menaik taraf kawasan tersebut serta usaha menemui sisa monumen termasuk piramid dan kuil.
Kini, dengan pembiayaan tersebut, usaha untuk membongkar satu lagi sejarah dan tamadun yang lama tersimpan akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Penemuan itu kelak bakal memberi pengetahuan baharu kepada generasi akan datang tentang penduduk Nubia dan juga ‘cerita’ tentang peninggalan empayar silam yang pernah bertapak di bumi Sudan.
Tahun lalu, hampir 600,000 pelancong asing melawat Sudan dan menjadikan kawasan perkuburan purba itu sebagai tarikan utama mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140520/lu_05/Penemuan-piramid-Sudan-bakal-jadi-tarikan-dunia#ixzz32ChiqVpc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemuzik main biola guna rambut manusia


SEORANG pemain biola, Eimantas Belickas sedang menggesek rambut Maksimovas.- Agensi


VILNIUS, Lithuania - Seorang lelaki, Tadas Maksimovas menjadi popular di internet selepas rakamannya bermain biola menggunakan rambutnya yang panjang disiarkan di laman perkongsian video YouTube.
Maksimovas menjadikan helaian rambutnya sebagai tali biola.
Dia menggunakan idea tersebut untuk mempromosikan Hari Pemuzik Jalanan yang disambut di Lithuania pada Sabtu pertama bulan ini.
Maksimovas menghubungi seorang pemuzik jalanan lain, Eimantas Belickas supaya menggesek rambutnya seperti biola.
Biola rambut itu dapat menghasilkan bunyi dan melodi yang merdu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz32CeQ2BLs 
Hakcipta terpelihara 

Kerbau jadi kanvas lukisan



SEORANG wanita menarik kerbaunya naik ke pentas untuk diadili panel juri semasa pertandingan melukis pada kerbau di daerah Jiancheng, dalam wilayah Yunnan baru-baru ini.- AFP


JIANGCHENG - Satu pertandingan menghasilkan lukisan pada kerbau diadakan di China baru-baru ini.
Pertandingan unik itu berlangsung di daerah ini, dalam wilayah Yunnan, barat daya China.
Sejumlah artis seni dari lapan buah negara mengambil bahagian dalam acara tersebut bagi merebut hadiah pertama berjumlah 100,000 yuan (RM51,500).
Pelbagai lukisan telah dihasilkan manakala panel juri memilih karya yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki nilai-nilai murni sebagai pemenang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz32Ce8Gudg 
Hakcipta terpelihara 

Monday, May 19, 2014

Objek disangka UFO rupanya milik Russia


Beijing: Tanda tanya mengenai objek aneh yang terjatuh di kawasan pertanian Heilongjiang Jumaat lalu terjawab dengan kenyataan rasmi kerajaan semalam.

Walaupun disangka objek makhluk asing, pihak berkuasa China mengesahkan ia adalah serpihan roket milik Russia yang rosak dan meletup ketika dalam misi membawa satelit ke angkasa lepas. Pakar di wilayah itu menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti asal usul objek berkenaan.


Kenyataan Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China berkata, mereka turut berhubung dengan pelbagai agensi berkaitan untuk mendapatkan pengesahan. “Akhirnya kami mengesahkan objek itu bukanlah milik makhluk asing, sebaliknya serpihan roket atau satelit Russia yang meletup di ruang udara,” kata agensi berkenaan. Terdahulu, roket Proton-M milik Russia dilancarkan dari Kazakhstan untuk membawa satelit komunikasi Express-AM4R.



Bagaimanapun ia mengalami kerosakan dan meletup beberapa minit sesudah berlepas dari stesen berkenaan. Agensi angkasa lepas Russia mendakwa semua cebisan roket serta satelit itu terbakar di atmosfera. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

London pusat ‘selfie’ dunia


Menurut analisis daripada pakar media sosial London menjadi bandar raya paling banyak menjadi latar untuk seseorang melakukan “selfie”.

Suggestme.com berkata, sebanyak 14 peratus “selfie” mencatatkan kawasan seperti London Eye, bangunan parlimen dan Istana Buckingham sebagai antara kawasan paling popular untuk aksi berkenaan.
Mengikuti London ialah bandar raya New York apabila Time Square dan patung Statue of Liberty menjadi pilihan utama pengamal “selfie.” Suggestme.com menganalisis 6.3 juta jumlah mesej dalam Twitter, Facebook , Instagram dan laman sosial lain sebelum membuat kesimpulan itu.

Tempat ketiga diduduki Amsterdam manakala Barcelona, Paris, Berlin, Rome, Sydney, Istanbul, dan Athens berada dalam kedudukan sepuluh tangga teratas. - Agensi
Foto
ORANG ramai mengambil gambar ‘selfie’ bersama Perdana Menteri Britain David Cameron di London.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

Lelaki kurang upaya main ping pong dengan mulut


Ibrahim Hamato bermain ping pong dengan hanya menggunakan mulutnya. - AGENSI
KAHERAH 18 Mei - Kehilangan kedua-dua belah tangan akibat kemalangan yang dialami ketika berusia 10 tahun, tidak pernah menjadi penghalang kepada seorang lelaki kurang upaya untuk bermain pingpong dengan baik.
Laman web oddity central melaporkan, warganegara Mesir, Ibrahim Hamato bermain ping pong dengan hanya menggunakan mulutnya, serta mampu mengalahkan mana-mana pemain amatur sukan tersebut dengan mudah.
"Saya amat gemar bermain pingpong, namun selepas mengalami kecelakaan jalan raya pada usia 10 tahun, saya tidak lagi aktif bersukan.
"Hanya selepas tiga tahun kemalangan itu berlaku, saya mula bermain pingpong tetapi dengan menggunakan mulut. Walaupun agak sukar pada awalnya, lama-kelamaan perkara tersebut menjadi mudah," jelasnya.
Ibrahim menyifatkan, menjadi tetamu kehormat dalam Kejohanan Pingpong Berpasukan Dunia yang berlangsung di Tokyo bulan lalu, merupakan pencapaian terbaiknya sejak menceburi sukan tersebut.
Katanya, ketika berada di Tokyo, dia diberi kesempatan untuk bermain bersama beberapa orang pemain handalan dunia dan pengalaman itu merupakan satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.
"Jemputan itu merupakan hadiah kepada kecekalan saya untuk terus berjuang dalam sukan ini. Saya mahu tunjukkan kepada masyarakat bahawa tiada yang mustahil asalkan ada kemahuan yang tinggi," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140519/lu_07/Lelaki-kurang-upaya-main-ping-pong-dengan-mulut#ixzz327SQtqWn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keluarkan wang tanpa kad


Teknologi imbasan saluran darah, Finger Veins yang diperkenalkan oleh Hitachi dan ITCARD S.A akan dipasang pada ATM di seluruh Poland bagi memudahkan orang awam mengeluarkan duit tanpa perlu membawa kad bank. - AGENSI
TOKYO 18 Mei - Anda mungkin perlu melupakan penggunaan kad bank dan nombor pin tidak lama lagi selepas syarikat teknologi Jepun, Hitachi memperkenalkan teknologi biometrik ‘Finger Vein’ yang membolehkan pengguna mengeluarkan duit daripada mesin juruwang automatik (ATM) hanya dengan mengimbas saluran darah pada jari.
Mail Online melaporkan, Hitachi dengan kerjasama perkhidmatan bank Poland, ITCARD. S.A telah menjalankan projek yang dikenali sebagai Planet Cash dan memasang teknologi itu di beberapa buah bank di Poland.
Jelas laporan itu, kedua-dua firma terbabit akan mengembangkan kemudahan terbaharu tersebut kepada masyarakat umum dengan memasang teknologi berkenaan di kira-kira 1,750 ATM menjelang hujung tahun ini sebagai usaha memudahkan orang ramai mengeluarkan wang tanpa membawa kad bank.
Bagaimanapun, Hitachi masih belum mengumumkan rancangan untuk mengembangkan teknologi itu ke negara lain.
Ketua Pegawai Eksekutif ITCARD S.A, Jaroslaw Chrzanowski dalam kenyataannya berkata, teknologi biometrik tersebut berfungsi dengan gabungan penggunaan kamera khas dan cahaya inframerah untuk mengimbas bentuk saluran darah pengguna.
Jelasnya, sebaik-baik padanan pengguna dan saluran darah disahkan, proses pendaftaran profil perlu dilengkapkan bagi mengenal pasti identiti pengguna.
"Teknologi ini telah digunakan pada ATM di beberapa sektor perbankan.
"Syarikat ITCARD mencetuskan revolusi baharu dalam pasaran dengan melancarkan rangkaian biometrik pertama di Eropah yang disediakan khas untuk kemudahan pengguna bank," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140519/lu_06/Keluarkan-wang-tanpa-kad#ixzz327RL957t
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keluarkan wang tanpa kad


Teknologi imbasan saluran darah, Finger Veins yang diperkenalkan oleh Hitachi dan ITCARD S.A akan dipasang pada ATM di seluruh Poland bagi memudahkan orang awam mengeluarkan duit tanpa perlu membawa kad bank. - AGENSI
TOKYO 18 Mei - Anda mungkin perlu melupakan penggunaan kad bank dan nombor pin tidak lama lagi selepas syarikat teknologi Jepun, Hitachi memperkenalkan teknologi biometrik ‘Finger Vein’ yang membolehkan pengguna mengeluarkan duit daripada mesin juruwang automatik (ATM) hanya dengan mengimbas saluran darah pada jari.
Mail Online melaporkan, Hitachi dengan kerjasama perkhidmatan bank Poland, ITCARD. S.A telah menjalankan projek yang dikenali sebagai Planet Cash dan memasang teknologi itu di beberapa buah bank di Poland.
Jelas laporan itu, kedua-dua firma terbabit akan mengembangkan kemudahan terbaharu tersebut kepada masyarakat umum dengan memasang teknologi berkenaan di kira-kira 1,750 ATM menjelang hujung tahun ini sebagai usaha memudahkan orang ramai mengeluarkan wang tanpa membawa kad bank.
Bagaimanapun, Hitachi masih belum mengumumkan rancangan untuk mengembangkan teknologi itu ke negara lain.
Ketua Pegawai Eksekutif ITCARD S.A, Jaroslaw Chrzanowski dalam kenyataannya berkata, teknologi biometrik tersebut berfungsi dengan gabungan penggunaan kamera khas dan cahaya inframerah untuk mengimbas bentuk saluran darah pengguna.
Jelasnya, sebaik-baik padanan pengguna dan saluran darah disahkan, proses pendaftaran profil perlu dilengkapkan bagi mengenal pasti identiti pengguna.
"Teknologi ini telah digunakan pada ATM di beberapa sektor perbankan.
"Syarikat ITCARD mencetuskan revolusi baharu dalam pasaran dengan melancarkan rangkaian biometrik pertama di Eropah yang disediakan khas untuk kemudahan pengguna bank," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140519/lu_06/Keluarkan-wang-tanpa-kad#ixzz327RL957t
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perang ke atas Boko Haram dilancarkan


PARIS 18 Mei - Kerajaan Nigeria dan negara-negara jirannya berikrar untuk membentuk pakatan bagi memerangi kumpulan militan Boko Haram yang menculik lebih 200 pelajar perempuan, baru-baru ini.
Dalam pertemuan di Paris, semalam, Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan (gambar) dan rakan sejawatnya dari Benin, Chad, Cameroon dan Niger meluluskan pelan tindakan bagi memerangi kumpulan berkenaan yang bertanggungjawab ke atas kira-kira 2,000 kematian pada tahun ini.
Berdasarkan persetujuan, pelan tindakan itu melibatkan usaha penyelarasan pemantauan bagi mengesan kumpulan pelajar yang diculik dan berkongsi maklumat risikan serta bekerjasama melindungi kawasan sempadan di rantau berkenaan.
Bagi kerjasama tempoh panjang, negara-negara terlibat bersetuju melaksanakan strategi antipengganas serantau dengan sokongan teknikal dan latihan daripada Britain, Perancis, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).
Kesemua pemimpin negara Afrika Barat itu turut sebulat suara mahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ke atas semua pemimpin Boko Haram dan satu lagi kumpulan militan Nigeria, Ansaru.
Dalam pada itu, Jonathan yang dikritik atas kelewatan beliau menangani isu penculikan kumpulan pelajar terbabit berkata, kerajaan sedang melakukan segala usaha yang terbaik bagi mengesan mangsa.
"Kami menggunakan aset seperti pesawat tentera untuk meninjau lokasi mangsa disembunyikan dan sebanyak 20,000 askar juga dikerah dalam misi berkenaan.
"Boko Haram bukan lagi kumpulan pengganas tempatan, tetapi kini dilabel sebagai pengganas al-Qaeda versi Afrika Barat dan Afrika Tengah," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140519/lu_03/Perang-ke-atas-Boko-Haram-dilancarkan#ixzz327QhwSzc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, May 18, 2014

Fosil dinasour paling besar ditemui

Fosil dinasour paling besar ditemui
ARGENTINA – Sebuah fosil dinasour dipercayai milik dinasour terbesar pernah hidup di muka bumi ditemui  oleh sekumpulan paleontologist yang melakukan proses cari gali di kawasan tersebut.

Menurut pakar paleontologi, fosil tersebut merupakan spesies dinasour herbivor terbaru yang dinamakan sebagai Titanosaur.

Dinasour tersebut seberat 77 tan bersamaan dengan 14 ekor gajah dewasa dan tujuh tan lebih berat daripada pemegang rekod sebelum ini iaitu Argentinosaurus.

Kisah si kembar, kahwin dan mati bersama

WARTAWAN SINAR HARIAN
Kisah si kembar, kahwin dan mati bersama
Kenangan...Ismail dan Fatima (kiri) bersama Suleyman dan Murside merakamkan gambar pada hari perkahwinan mereka, empat tahun lalu. Foto Daily Mirror 
18 Mei 2014
SOMA - TURKI. Pasangan kembar di Turki ini bukan sahaja berkahwin dengan wanita pilihan masing-masing bersama, malah mereka juga ditemui meninggal dunia bersama, Selasa lalu.

Mayat Ismail dan Suleyman Cata, 32 ditemui pasukan penyelamat berpegangan tangan tertimbus akibat letupan lombong arang batu yang dilaporkan telah meragut 301 nyawa.

Isteri Suleyman, Murside berkata, suaminya seorang yang mementingkan keluarga juga cinta sejatinya.

“Dia bekerja keras untuk upah yang sedikit dan dalam keadaan sukar. Impian dia adalah untuk bersara awal dan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.

“Sekarang dia dah tak ada dan tak akan pernah kembali,” katanya yang dipetik portal berita Daily Mirror.

Pasangan ini mempunyai seorang anak berusia empat tahun, Ahmet manakala Ismail dan isterinya, Fatima dikurniakan anak kembar, Sude dan Buse yang sudah berusia dua tahun.

Kedua pasangan ini berkahwin pada 2010.

Mimpi ngeri 'Suneung'


SUNEUNG menyebabkan remaja-remaja Korea Selatan mengalami masalah kemurungan
KEBIASAANNYA hari Khamis minggu kedua November pada setiap tahun, sebahagian besar masyarakat di Korea Selatan sudah merasai kedinginan kerana musim luruh yang akan berakhir dan bakal tibanya musim sejuk.
Namun, lain pula cerita yang perlu dilalui setiap remaja negara yang terkenal dengan budaya K-Pop itu. Apa tidaknya, pada tarikh ini, mereka perlu menempuh sebuah peperiksaan awam yang dikenali sebagai ‘Suneung’ atau lebih dikenali sebagai 'Ujian Kemampuan Skolastik ke Perguruan Tinggi'.
Suneung merupakan sebuah ujian yang dianggap paling sukar di Korea Selatan. Malah, untuk menempuh ujian tersebut, pelajar perlu membuat persediaan peperiksaan sejak di bangku sekolah rendah.
Hal ini menyebabkan berlakunya tekanan melampau kepada setiap pelajar sehingga mencetuskan masalah sosial seperti kemurungan. Sisi lain, ibu bapa turut menghantar anak-anak ke kelas tuisyen dan kursus-kursus motivasi supaya mereka memperolehi keputusan cemerlang.
Pada saat ini, kehidupan sosial dan komunikasi dalam kalangan remaja-remaja di Korea Selatan dilihat terputus dari dunia luar. Selain itu, tiada lagi istilah untuk bermain di taman permainan atau rekreasi, keluar berjalan-jalan bersama teman, bersukan, beriadah mahupun melancong atau meluangkan masa bersama keluarga.
Yang wujud dalam fikiran setiap calon peperiksaan hanyalah harapan untuk melalui Suneung dengan mendapat keputusan cemerlang. Malah, jika gagal, tiada lagi istilah ‘masa depan yang cerah’ dijanjikan kerajaan kepada mereka dalam menikmati kehidupan sosial lebih baik ketika usia dewasa.
Bayangkan, mereka perlu bangun pada pukul 6 pagi setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran selama dua jam sebelum memulakan sesi pembelajaran di sekolah yang bermula dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang dan kemudian sambung ke kelas tuisyen sehingga 10 malam pula. Tiba sahaja di rumah pada pukul 11 atau 12 tengah malam, mereka perlu melakukan ulang kaji sebelum tidur. Kebanyakan daripada mereka hanya dapat tidur maksimum lima jam sehari.
Difahamkan, usaha keras itu perlu dilakukan kerana Suneung mengkehendaki pelajar menghafal untuk mendapatkan angka atau huruf yang sempurna tanpa sebarang kesalahan. Ujian yang berlangsung selama lapan jam itu juga turut menguji sejauh mana pengetahuan mereka dalam subjek bahasa Korea, Inggeris, Sains, Pengajian Sosial dan Matematik.
Getirnya Suneung ini jelas tergambar pada hari berlangsungnya peperiksaan awam tersebut melalui beberapa dasar pengangkutan jalan dan pelbagai inisiatif yang diwujudkan kerajaan.
Antaranya, keutamaan sistem pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT), bas dan teksi kepada calon peperiksaan, mengharamkan kenderaan membunyikan hon atau berhenti di perkarangan sekolah, selain mewajibkan pekerja-pekerja hadir ke pejabat secepat mungkin bagi memberikan lebih keselesaan penggunaan pengangkutan awam kepada pelajar.
Bukan itu sahaja, usaha kerajaan juga turut disokong oleh ibu bapa apabila mereka bersama-sama meluangkan masa serta mengambil cuti untuk berdoa di tempat-tempat ibadat seperti kuil dan gereja di seluruh negara. Manakala, pihak sekolah juga mengarahkan pasukan sorak untuk membuat persembahan serta memberikan kata-kata semangat kepada setiap calon yang merupakan senior mereka di pintu masuk sekolah seperti perkataan ‘fighting’ dan ‘you can do it’.
Sekiranya lulus, peluang pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian di tiga universiti utama negara iaitu Universiti Kebangsaan Seoul, Universiti Korea dan Universiti Yonsei adalah cerah.
- DHIYA’ZULHILMI DAUD


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140517/lu_14/Mimpi-ngeri-Suneung#ixzz320r8uSNW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Cara baharu bersedekah di Arab Saudi


Meletakkan makanan berlebihan pada peti sejuk yang diletakkan di bahu jalan di bandar Hail Arab Saudi memberi nafas baharu dalam amalan bersedekah di negara itu. - AGENSI
JEDDAH 17 Mei - Seorang lelaki di Arab Saudi memperkenalkan cara baharu untuk orang ramai bersedekah apabila menempatkan sebuah peti sejuk khas untuk golongan yang kurang bernasib baik di sebuah jalan raya di bandar Hail.
Malah, gambar peti sejuk tersebut yang diletakkan di bahu jalan itu tersebar dengan pantas di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook selain turut dilaporkan media antarabangsa termasuk stesen televisyen BBC.
Lelaki itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, peti ais itu berfungsi apabila penduduk di sana meletakkan makanan berlebihan di dalam peti ais itu yang boleh diambil oleh golongan kurang bernasib baik.
Seorang pengguna Twitter, Sheikh Mohammad Al-Araifi menerusi akaunnya melahirkan penghormatannya terhadap lelaki dari Hail itu kerana secara tidak langsung melakukan kerja amal.
“Lelaki ini telah mengajar kita pengajaran berguna supaya tidak membazirkan makanan. Ia merupakan cara mudah yang boleh dimulakan mana-mana pihak daripada membuang makanan itu ke dalam tong sampah," kata Abdulaziz Ahmed, sebagaimana lapor Arab News.
Sementara itu, beberapa penduduk Arab Saudi sejak berita itu disiarkan berikrar mengambil langkah sama dengan meletakkan peti sejuk mereka di lorong-lorong dan di hadapan masjid tempatan.
“Pembuangan makanan berlebihan sering berlaku di sini terutamanya ketika Ramadan," kata seorang peniaga, Saleh Shamawi.
Penduduk Arab Saudi sebelum ini pada Ramadan akan menyumbangkan makanan ke masjid dalam usaha mengurangkan fenomena meminta sedekah.
Malah menurut media antarabangsa, idea itu telah mendapat populariti di kalangan penduduk di negara-negara asing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140518/lu_08/Cara-baharu-bersedekah-di-Arab-Saudi#ixzz320pRspR1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Lelaki Gajah' enggan jalani pembedahan


MANNAN Mondal tidak mahu wajahnya dibedah bagi membolehkannya terus meminta sedekah di Delhi. - AGENSI
MUMBAI 17 Mei - Seorang lelaki India yang mempunyai kecacatan di mukanya dan digelar sebagai ‘Lelaki Gajah’ menolak tawaran untuk menjalani pembedahan yang membolehkannya mendapat wajah yang baru dengan alasan dia mahu mengutip wang di jalan-jalan raya untuk digunakan untuk mengahwinkan anak perempuannya.
Mannan Mondal yang turut mendapat jolokan sebagai ‘lelaki cair Delhi’ menyatakan, dia enggan menjalani pembedahan itu kerana dia ingin terus meminta sedekah di jalanan ekoran dia mampu mengumpul sebanyak 5 pound (RM27) sehari menerusi caranya.
Portal berita Mail Online melaporkan lelaki berusia 50 tahun mengalami pe-nyakit dikenali sebagai neurofibromatosis yang menyebabkan ketumbuhan di mukanya itu, selama ini bergantung kepada penampilannya tersebut untuk menampung kehidupannya.
Oleh itu, Mannan menolak tawaran daripada pakar-pakar bedah kerana dia perlu membiayai perkahwinan anaknya yang berusia 20 tahun, Rasheeda.
“Saya perlu membeli banyak benda termasuk katil, kabinet, jam dan motosikal untuk pengantin lelaki.
“Duit yang saya peroleh semasa meminta sedekah cukup-cukup untuk menyara keluarga saya. Namun saya tidak mempunyai cara lain untuk menolong anak saya. Saya perlu terus begini. Apa yang penting saya perlu memikirkan cara untuk memberi makan keluarga saya dahulu," kata Mannan yang tiada sebelah mata, telinga dan hampir semua giginya.
Mannan dibesarkan di dalam sebuah keluarga miskin di Kolkata, Bengal Barat dan dia dilarang ke sekolah kerana kea-daan wajahnya itu menyebabkannya dia terpaksa meminta sedekah untuk me-nyara kehidupannya.
Bagaimanapun, di sebalik wajahnya itu, lelaki itu berkahwin pada usia 18 tahun dan mempunyai empat orang anak termasuk dua perempuan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140518/lu_09/Lelaki-Gajah-enggan-jalani-pembedahan#ixzz320oupoUk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, May 17, 2014

Artifak di Pulau Nangka azimat purba

harta karun
 Dua syiling yang ditemui syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd semasa melakukan kerja-kerja mengorek batu di Pulau Nangka. 
16 Mei 2014MELAKA - Dua keping artifak berbentuk pingat yang ditemui di Pulau Nangka pada 31 April lepas merupakan azimat purba dipercayai berasal daripada kerajaan Majapahit, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, berdasarkan kajian oleh pihak yang bertanggungjawab, antara ciri yang menunjukkan artifak itu adalah azimat purba bukan syiling perdagangan seperti andaian banyak pihak sebelum ini, ialah terdapat jampi serapah jawa kuno tertulis di atas azimat itu.

Katanya ada kemungkinan azimat itu mempunyai kaitan dengan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Pulau Nangka itu sendiri bagaimanapun buat masa ini kaitan itu masih belum mempunyai bukti yang nyata.

"Azimat seperti ini juga didapati di kawasan sejarah lain seperti kota lama dan tebing sungai Melaka, maka sukar untuk kaitkan secara spesifik dengan Pulau Nangka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Seminar Speaker Nasional 2014 yang dihadiri Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan speaker Dewan Undangan Negeri seluruh negara.

Dua keping artifak tembaga berbentuk medal dipercayai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang mencari harta peninggalan zaman itu di Pulau Nangka dekat sini.

Idris berkata buat masa ini syarikat itu, yang telah tamat perjanjian untuk mencari harta itu pada 31 April lepas, dibenarkan meneruskan kerja-kerja pencarian itu buat sementara waktu. - Bernama