Pages

Monday, May 19, 2014

Objek disangka UFO rupanya milik Russia


Beijing: Tanda tanya mengenai objek aneh yang terjatuh di kawasan pertanian Heilongjiang Jumaat lalu terjawab dengan kenyataan rasmi kerajaan semalam.

Walaupun disangka objek makhluk asing, pihak berkuasa China mengesahkan ia adalah serpihan roket milik Russia yang rosak dan meletup ketika dalam misi membawa satelit ke angkasa lepas. Pakar di wilayah itu menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti asal usul objek berkenaan.


Kenyataan Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China berkata, mereka turut berhubung dengan pelbagai agensi berkaitan untuk mendapatkan pengesahan. “Akhirnya kami mengesahkan objek itu bukanlah milik makhluk asing, sebaliknya serpihan roket atau satelit Russia yang meletup di ruang udara,” kata agensi berkenaan. Terdahulu, roket Proton-M milik Russia dilancarkan dari Kazakhstan untuk membawa satelit komunikasi Express-AM4R.



Bagaimanapun ia mengalami kerosakan dan meletup beberapa minit sesudah berlepas dari stesen berkenaan. Agensi angkasa lepas Russia mendakwa semua cebisan roket serta satelit itu terbakar di atmosfera. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

No comments: