Pages

Sunday, January 27, 2013

Ujian nuklear ‘permintaan rakyat’

Ujian nuklear
Korea Selatan giat menyiapkan projek roket jarak jauh mereka.
SEOUL - Korea Utara menjelaskan ujian nuklear ketiga yang bakal dilancarkan dalam tahun ini bertujuan untuk memenuhi permintaan rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Pyongyang mengumumkan pelancaran roket jarak jauh yang bukan hanya mampu membawa satelit malah kepala peledak yang disasarkan ke arah Amerika Syariat (AS).

Akhbar rasmi Korea Utara, Rodong Sinmun melaporkan, ujian itu dilakukan atas permintaan rakyat selepas tindakan PBB meningkatkan sekatan.

Pesuruhjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara berkata, mereka tidak akan menyembunyikan kelengkapan satelit, roket jarak jauh dan ujian nuklear dalam fasa terbaru perjuangan menentang anti-Amerika kerana AS adalah musuh ketat rakyat Korea.

“Pertikaian dengan AS harus diselesaikan dengan kekerasan, bukan perbincangan,” katanya.

Ujian itu mendapat kecaman dari negara jiran hingga memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan. - AP

Ibu, kakak Presiden Syria larikan diri

Ibu, kakak Presiden Syria larikan diri
Seluruh bandar Homs musnah akibat
bedilan udara tentera Syria semalam. 
n
BEIRUT - Ahli keluarga Presiden Syria, Bashar Al Assad termasuk ibunya, Anisa Makhlouf, melarikan diri dari negara itu.

Media Britain, Telegraph melaporkan, Robert Ford yang berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat ke Syria memberitahu, ahli keluarga rejim itu meninggalkan negara terbabit secara senyap.

“Ibu Assad dilaporkan melarikan diri ke Emiriah Arab Bersatu, manakala kakaknya Bushra melarikan diri ke Dubai,” katanya.

Beliau berkata, lokasi persembunyian keluarga Al-Assad yang lain masih belum dikesan tetapi dipercayai sebahagian daripada mereka masih berada di ibu negara tersebut.

Sementara itu, angkatan tentera Syria melancarkan serangan roket berterusan ke arah kawasan yang di takluk pemberontak di tengah-tengah wilayah negara itu, Homs semalam.

Ketua kumpulan aktivis melaporkan, sekurang-kurangnya 140 terbunuh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak di seluruh negara.

Jurucakap Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) Melissa Fleming berkata, bilangan rekod pelarian Syria ke Jordan meningkat dua kali ganda dengan jumlah keseluruhannya mencecah 65,000.

“Pendatang kebanyakannya berkeluarga, wanita, kanak-kanak dan warga tua,” katanya.

Menurutnya, lebih 30,000 pendatang baru dari bandar selatan Daraa iaitu kawasan awal  pemberontakan tercetus sejak dua tahun lalu memasuki Zaatari. - Reuters

Apa hebat mata wang £1 juta, £100 juta Britain?



LONDON - "Apabila ia mengenai £ 1 juta (RM4.8 juta), semua orang berfikir!

"Apakah ia satu perkara yang hebat," kata Ketua Jabatan Wang Kertas, Barnaby Faull di tempat lelong di Spink.

"Apa yang kebanyakan orang tidak sedar ialah mereka benar-benar wujud," katanya dipeti BBC.

Tetapi mata wang  £1 juta - yang dikenali sebagai "gergasi" - tidak akan berada dalam edaran dan ia hanyalah dibayangkan untuk disediakan dari 'cashpoints'. Berapa ramai daripada kita akan mengambil risiko membawa mata wang itu dalam dompet kita.

Apatah lagi mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun untuk mendapatkan satu?

Tetapi walaupun nilai mata wang gergasi adalah agak kecil berbanding dengan "Titan" - wang kertas yang menjanjikan untuk pembawa  £100 juta (RM480 juta).

Adalah tidak praktikal walaupun ia adalah untuk kegunaan harian, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sistem mata wang British, dengan sokongan nilai nota harian yang dikeluarkan oleh bank-bank komersial di Scotland dan Ireland Utara.

Ramai tahu bagaimana wang kertas lima dolar Scotland (RM15) boleh menimbulkan syak-wasangka dalam perniagaan di England.

Sokongan ini bertujuan untuk mengekalkan keyakinan semua orang dalam nilai mata wang yang diwakili.

Untuk setiap paun Scotland atau Ireland Utara yang dibenarkan, pihak bank mahu terus mencetak dalam bentuk mata wang sendiri.

Ia mempunyai cara untuk mendepositkan jumlah yang setara mata wang Sterling dengan Bank of England.

Jika perlu, misalnya mata wang dari sebuah bank Scotland boleh digantikan dengan bank tempatan England tetapi dibayar tunai.

"Jika terdapat situasi malang seperti salah satu daripada bank gagal, pemegang mata wang akan mempunyai keyakinan bahawa mata wang mereka masih bernilai," kata Ketua Bahagian Mata Wang Bank of England, Victoria Cleland.

Jadi, Bank Scotland dan Ireland Utara telah membekalkan sokongan mereka dengan membayar untuk setiap penciptaan gergasi dan Titan. Bank of England telah mencetak mata wang itu secara dalaman, bukannya dengan pencetak komersial biasa.

Mereka kemudiannya disimpan jauh sebagai langkah berhati-hati.

Cleland berkata, langkah itu lebih berkesan daripada mempunyai beribu-ribu peti simpanan yang disimpan di Bank England di seluruh negara. Dalam era kewangan bergelora, sokongan ini perkara-perkara yang lebih baik daripada biasa.

Jual anak bayar denda


NEW DELHI - Seorang wanita di Rajasthan, India ditahan polis selepas didakwa menjual anak perempuannya berumur 11 tahun.

Menurut polis, wanita berkenaan menjual mangsa pada harga 650,000 rupee (RM36,787) bagi melangsaikan denda dikenakan oleh jawatankuasa kampung terhadapnya.

"Suspek berkata dia perlu membayar 450,000 rupee (RM25,468) kerana melanggar adat," kata polis.

Akhbar tempatan melaporkan, suspek ditahan selepas mangsa melarikan diri kerana didera.

"Ibu mangsa dan dua pembeli ditahan," kata Ketua Anti Pemerdagangan Manusia, Rakeh Verma. - MailOnline

30 maut protes mahkamah Mesir hukum mati 21 peminat bola


KAHERAH - Angka kematian ekoran kemarahan membantah keputusan mahkamah Mesir semalam, yang menghukum mati 21 orang berkaitan rusuhan di stadium bola sepak awal tahun lalu, meningkat kepada 30 orang.

Laporan media menyebut penyokong-penyokong defendan cuba menyerbu penjara yang menempatkan mereka yang dihukum mati, semalam.

Perkembangan itu memburukkan lagi keadaan di Mesir yang kelmarin berhadapan dengan pertempuran antara polis dan penyokong kumpulan yang menentang kepimpinan Presiden Mohammed Morsi, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan
hampir 500 cedera.

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 defendan, yang merupakan penyokong kelab al-Masry yang berpangkalan di Port Said.

Keputusan mahkamah itu disambut baik oleh saudara-mara mangsa.

Bagaimanapun penyokong defendan yang marah dengan keputusan bertempur dengan pihak berkuasa.

Dua anggota polis ditembak mati di luar penjara di Port Said manakala bangunan keselamatan kerajaan pula dibakar.

Selain dua anggota polis 28 lagi maut.

Antara yang turut terbunuh ialah dua pemain bola sepak iaitu bekas penjaga gol kelab al-Marsy, Tamir al-Fahlah dan pemain kelab Port Said, Muhammad al-Dadhawi.

Seramai 74 orang terbunuh dalam rusuhan susulan perlawanan antara kelab al-Masry dan al-Ahly pada 2 Februari lalu.

Penyokong-penyokong menyerbu padang lalu menyerang pemain al-Ahly sebaik perlawanan berakhir.

Bandar Port Said terletak di sebelah timur Kaherah.

Asteroid mendekati bumi pada Februari 2013

Asteroid
Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi.

Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini.

Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.

Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969.

Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.

Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga  tidak menyebabkan gunung berapi.

Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro.
Andainya asteroid  itu bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia mendarat.

Peristiwa itu pernah terjadi pada 1908 di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.

Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi juga mengharapkan asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap
ketika kejadian di Rusia.

Ahli astronomi di Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari.

Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat perhatian orang ramai. - Earthsky.org

Apa itu asteroid?

Asteroid ialah planet minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai 'ekor' sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu.

Gambar Diana dilelong RM54,800



Amherst (New Hampshire): Sekeping gambar Diana Spencer bertanda “bukan untuk disiarkan” dijual pada harga lebih AS$18,000 (RM54,800) dalam acara lelongan, semalam.

Gambar itu memaparkan Diana sebelum berkahwin dengan Putera Charles dan bergelar Princess of Wales berehat di katil bersama rakannya dalam satu percutian bermain ski.


Selain Diana, seorang lelaki dan sebotol wiski turut kelihatan dalam gambar berkenaan. Gambar itu diperoleh sebuah akhbar Britain sejurus selepas Diana bertunang dengan Charles.

Firma lelongan RR Auction berkata, gambar itu dijual kepada seorang pelabur hartanah dari San Diego pada harga $18,306 (RM55,731) - AP

Tentera Syria cuba rampas Homs


Beirut: Tentera Syria melancarkan roket dan artileri ke kawasan dikuasai pejuang antikerajaan di tengah Homs dalam usaha mereka meluaskan gerakan memerangi kumpulan yang cuba menyingkirkan Presiden Bashar al-Assad.

Aktivis antikerajaan juga mendakwa, rejim Bashar membeli kelengkapan tambahan untuk tentera kerajaan bagi mengukuhkan serangan di Homs serta cuba mengambil semula kawasan dikuasai pejuang. Satu rakaman video amatur dimuat naik di Internet menunjukkan deretan roket terkena banyak bangunan di bandar Rastan, tidak jauh dari Homs.


Bunyi tembakan sengit turut dapat didengar dalam rakaman itu.

Pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, tentera kerajaan turut menyerang pejuang antikerajaan di sekitar Damsyik.


“Tentera melancarkan serangan ke beberapa daerah, termasuk Zabadani dan Daraya,” kata pertubuhan berpangkalan di Britain itu.


Satu lagi kumpulan aktivis, Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan (LCC), berkata jet tentera kerajaan menyerang kawasan Douma yang menjadi kubu kuat pejuang berhampiran Damsyik. Kata LCC, sekurang-kurangnya 80 maut akibat keganasan di seluruh Syria kelmarin, termasuk 11 daripada mereka terkorban di Homs. Sementara itu, PBB berkata, jumlah penduduk Syria memasuki Jordan bulan ini meningkat ketara menyebabkan populasi di kem pelarian itu bertambah dua kali ganda.

Kata badan dunia itu, lebih 30,000 orang tiba di Zaatari pada Januari.


“Untuk tempoh dua hari lalu saja, 6,000 orang tiba di situ, menjadikan jumlah pelarian meningkat kepada 65,000 orang,” katanya. - AP

30 tahun terkurung



Rio de Janeiro: Sebuah keluarga yang kehilangan kura-kura kesayangan tidak menyangka dapat bertemu haiwan peliharaan mereka 30 tahun kemudian, lapor media semalam.

Kura-kura bernama Manuela itu gagal dikesan pemiliknya pada 1982 walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya. Keluarga Almeida kemudian menganggap Manuela melarikan diri ketika pekerja pembinaan mengubah suai rumah mereka. Awal bulan ini, ketua keluarga Almeida, Leonel, meninggal dunia dan anak-anaknya bekerjasama membersihkan bilik di tingkat dua rumah mereka yang sarat berisi barangan elektrik rosak.


Selama ini, bilik berkenaan dibiarkan berkunci.

Anak lelaki Leonel Leandro berkata, dia terkejut apabila mendapati Manuela berada dalam sebuah kotak di bilik berkenaan, tetapi ia hanya disedari sejurus sebelum kotak berkenaan dibuang.


“Saya meletakkan kotak itu di kaki lima supaya pemungut sampah mengambilnya, tetapi ada seorang jiran bertanya, mengapa saya mahu membuang kura-kura?” katanya. Hairan dengan kata-kata jirannya, Leandro melihat kotak berkenaan sekali lagi dan terkejut melihat apa yang ada di situ.


Adik Leandro, Lenita, berkata kura-kura itu hadiah untuknya ketika dia masih kecil. Pada masa sama, Leonel tidak suka membuang barangan elektrik yang dirasakan boleh dibaiki. “Jika bapa terjumpa televisyen rosak dan dia berasa boleh diperbaiki, bapa akan menyimpannya di dalam bilik.

Foto

“Lama-kelamaan, bilik itu penuh dengan barangan elektrik dan kami tidak berani masuk ke situ,” katanya.
Foto
KELUARGA Almeida menunjukkan Manuela yang ditemui selamat selepas terperangkap dalam bilik rumah mereka selama 30 tahun.

Mengenai penemuan Manuela itu, Lenita berkata, mereka sekeluarga sangat gembira apabila bertemu semula dengan kura-kura berkenaan.

Namun, kata Lenita, tiada siapa tahu bagaimana Manuela mampu bertahan dalam bilik berkenaan selama 30 tahun. Sementara itu, pegawai vaterinar Rio de Janeiro, Jeferson Pires berkata, kura-kura spesies berkaki merah mampu bertahan walaupun tanpa makanan untuk tempoh lama. “Kura-kura jenis itu boleh hidup tanpa makanan selama dua hingga tiga tahun.


“Jika di hutan, ia boleh makan buah-buahan, daun, bangkai haiwan atau najis,” katanya.


Mengenai Manuela, Pires berkata, ia mungkin terselamat kerana makan anai-anai di lantai kayu rumah berkenaan. -Daily Mail

UFO terhempas punca ikan mati

Berjuta-juta ikan ditemui mati secara misteri di perairan Okinawa minggu lalu, sementara itu, imej UFO (gambar kecil) yang dilaporkan terhempas di perairan Okinawa, dikeluarkan tentera laut Jepun.Berjuta-juta ikan ditemui mati secara misteri di perairan Okinawa minggu lalu, sementara itu, imej UFO (gambar kecil) yang dilaporkan terhempas di perairan Okinawa, dikeluarkan tentera laut Jepun. Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu.

Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran.
Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata.


Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu.


Kesan kemalangan UFO

“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit.

“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan.
Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut.

Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit.


Halang media siar

“Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih,” kata sumber itu.

Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda dilaporkan menandatangani perintah menghalang media di negara itu melaporkan mengenai nahas yang berlaku. - Agensi

Elak kahwin lelaki Mesir

Wanita Syria menunggu visa untuk masuk ke Lubnan.Wanita Syria menunggu visa untuk masuk ke Lubnan. Kaherah: Majlis Hak Asasi Wanita Mesir (NCWR) baru-baru ini mengecam fenomena lelaki Mesir berkahwin dengan pelarian Syria.

Ramai penduduk Syria menjadi pelarian ke Mesir berikutan konflik di tanah air mereka. Jumlah pelarian Syria berdaftar mencecah 8,858 orang menurut data paling terbaru Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
Majlis itu dalam satu kenyataan berkata, perkahwinan itu adalah “jenayah dilakukan ke atas wanita atas nama agama, apabila ulama menggalakkan lelaki muda Mesir berkahwin dengan pelarian Syria.”


Sesetengah lelaki mewajarkan perkahwinan itu sebagai langkah pemurah untuk menyelamatkan gadis Syria daripada status pelarian mereka walaupun hakikatnya mereka dipergunakan untuk mendapatkan wang manakala mas kahwin untuk perkahwinan itu biasanya tidak melebihi 500 pound Mesir (RM229.17).


Aktivis berkempen

Sebuah akhbar tempatan menerbitkan kisah dengan tajuk ‘Tragedi tersembunyi perkahwinan Syria di Mesir’ yang melaporkan fenomena itu menghasilkan broker untuk perkahwinan itu.

Menurut status undang-undang Syria, usia minimum untuk berkahwin bagi gadis ialah 16 tahun, manakala undang-undang tidak mengawal perkara itu mengikut perlembagaan baru Mesir.
Kempen dilancarkan dalam laman rangkaian sosial. Aktivis mewujudkan ruangan di Facebook menggunakan nama ‘Pelarian tidak ditawan’ dan satu hashtag di Twitter mengecam isu terbabit.

Majlis mendesak siasatan terhadap angka disebut media dengan pembabitan individu yang menjadi broker perkahwinan supaya tindakan wajar diambil. - Agensi

8 kanak-kanak antara 16 maut serangan udara di Syria

PEJUANG daripada Tentera Bebas Syria Tahrir al Sham membalas tembakan tentera Syria dalam pertempuran sengit di pinggir bandar Mleha, Damsyik. - Foto Reuters
PEJUANG daripada Tentera Bebas Syria Tahrir al Sham membalas tembakan tentera Syria dalam pertempuran sengit di pinggir bandar Mleha, Damsyik. - Foto Reuters BEIRUT: Sekurang-kurangnya 16 maut dengan separuh daripadanya kanak-kanak apabila pesawat tentera rejim kerajaan membedil Bandar Manbij di utara Wilayah Aleppo semalam.

Badan Pemerhati Hak Asasi Syria mendakwa, serangan sama menyebabkan tujuh terkorban di Al Ban di Aleppo dan Aazaz yang terletak kira-kira tujuh kilometer di sempadan Turki.
Klip video yang dimuat naik dalam YouTube menunjukkan kawasan serangan di Manbij dengan puluhan lelaki bergegas ke tingkat bawah sebuah bangunan yang dibom untuk menggali mengeluarkan mangsa.


Serangan udara di Wilayah Aleppo digandakan oleh rejim kerajaan yang mendakwa menjalankan operasi menghapuskan pemberontak yang turut berada di wilayah berjiran di Raqa.

Di sempadan utara Turki, NATO berkata satu darpada roket Patriot kawalan bateri dilancarkan untuk melindungi orang awam bagi mengakhiri konflik yang berlarutan 22 bulan itu.

"Bateri berkenaan dibekalkan oleh Belanda dan membantu untuk melindungi bandar selatan dan orang ramai di Adana," katanya. - AFP

Saturday, January 26, 2013

Warga Barat digesa tinggalkan Benghazi

SEBUAH kenderaan polis dilihat ditempatkan di luar Konsut Sweden di Benghazi disebabkan ancaman . Perancis menyertai Britain, selain negara-negara Eropah dan Australia dalam menarik rakyatnya keluar Benghazi berikut ancaman. - Foto AFP SEBUAH kenderaan polis dilihat ditempatkan di luar Konsut Sweden di Benghazi disebabkan ancaman . Perancis menyertai Britain, selain negara-negara Eropah dan Australia dalam menarik rakyatnya keluar Benghazi berikut ancaman. - Foto AFP 5 negara gusar ancaman ala Algeria terhadap rakyat di Libya

LONDON: Britain, Jerman, Kanada, Belanda dan Australia semalam menggesa warga negara masing-masing meninggalkan kota Benghazi di timur Libya dengan segera.
Lima negara itu bimbang pekerja mereka akan menerima nasib sama seperti yang berlaku di Algeria, baru-baru ini.Awal bulan ini, Konsul Itali yang berada dalam kereta ditembak tetapi tidak cedera. Pegawai Eropah berkata, sekolah adalah antara sasaran.

Kami sedar ada ancaman serius terhadap warga Barat di Benghazi. Ada risiko mereka menjadi sasaran di Libya selepas Perancis campur tangan di Mali bulan ini," Kenyataan Jabatan Hal Ehwal Luar Australia


Tutup kedutaan

Britain menutup kedutaannya di Benghazi dan mengeluarkan notis rasmi supaya warga negaranya tidak pergi ke kota kedua terbesar Libya selain tempat lain di negara berkenaan.

Langkah itu diambil beberapa jam selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron memberi amaran serangan terhadap sebuah loji gas di Algeria sebahagian kempen berpanjangan terhadap pengganas di seluruh dunia.
“Kami sedar ancaman terhadap warga Barat di Benghazi dan menggesa rakyat Britain supaya keluar dengan segera,” menurut kenyataan Pejabat Hal Ehwal Luar Britain, di sini.

Amaran sama disiarkan Jabatan Hal Ehwal Luar Australia. Jerman dan Belanda turut mengambil langkah sama.

Seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Luar Kanada mengesahkan e-mel menasihatkan warga negara itu keluar dari Benghazi sudah dihantar kepada mereka.

Kerajaan Libya memberi reaksi marah terhadap amaran berkenaan kerana tiada maklumat baru mewajarkan langkah itu.

Libya tuntut penjelasan

Timbalan Menteri Dalam Negeri Libya, Abdullah Massoud, terkejut dengan tindakan lima negara berkenaan dan menuntut penjelasan lanjut.

“Kami sedar ada masalah keselamatan di Benghazi tetapi tiada maklumat perisikan baru mewajarkan langkah itu, katanya. - AFP/AP

Wanita temui beg tangan selepas tujuh tahun dicuri

Parveen AshrafParveen Ashraf bersama beg tangannya yang hilang 7 tahun lalu.
PETERBOROUGH - Seorang wanita terkejut selepas menemui semula beg tangan yang hilang tujuh tahun lalu berserta wang tunai £250 (RM1,200) di dalamnya.

Parveen Ashraf, 47, berkata, beg tangan itu dicuri ketika rumahnya di Peterborough, Britain dipecah masuk pada 2006.

“Seorang individu menemui beg itu kira-kira 300 kilometer dari rumah saya,” katanya.

Menurutnya, pencuri itu dikatakan 'kurang cerdik' kerana gagal menemui wang dan beberapa cek tunai di dalamnya.

“Semua barangan peribadi dan wang tunai tidak diambil,” katanya. - Daily Mail

15,000 buaya terlepas di Afrika

Buaya Buaya yang terlepas selepas kejadian banjir yang melanda wilayah utara Afrika Selatan.
CAPE TOWN - Penduduk di sebuah kampung terpaksa berkurung di rumah gara-gara ribuan buaya dipercayai berkeliaran selepas kejadian banjir melanda di wilayah utara Afrika Selatan.

Sebanyak 15,000 buaya bersaiz hingga lima meter panjang dikatakan terlepas dari Taman Buaya Rakwena selepas air sungai Limpopo melimpah ke kampung berdekatan.

Pengurus taman buaya itu, Langman berkata, empangan air di taman itu terpaksa dibuka kerana paras air ketika banjir mencecah tiga meter.

“Kami menggesa penduduk berhati-hati dengan buaya liar ini kerana kebanyakannya berada dalam kelaparan,” katanya. - AFP

Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit.



"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata. 

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek al qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “
“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.
Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al qur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua."

Kemunculan kerajaan Khilafah semakin hampir

Jika Arab Spring berlangsung begitu cepat di Tunisia, Yaman, dan Mesir, tidak dengan Syria.Meski sudah hampir dua tahun, revolusi di Syria belum berhenti. Para pejuang Islam dan kaum Muslimin menginginkan hal yang berbeza dengan negara-negara jirannya. Mereka tak mau lagi demokrasi dan dipimpin rejim boneka. Bagaimana hujung perjuangan rakyat Syria ini, wartawan Tabloid Media Umat Joko Prasetyo menemubual Pengerusi Lajnah Tsaqafiyah DPP HTI Hafidz Abdurrahman. Ini petikannya.

Apa catatan penting anda berkaitan dunia Islam selama 2012?

Peristiwa yang paling menonjol pada tahun 2012 adalah Revolusi Syam di Syria. Ketika Arab Spring hampir berakhir setelah tumbangnya beberapa rejim despot di Mesir dan Yaman, serta permulaan mahkamah terhadap rejim-rejim tersebut, seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir, justeru Revolusi Syam ini membara.

Apa bezanya Arab Spring pada umumnya dengan Revolusi Syam?

Revolusi ini berbeza dengan revolusi-revolusi rakyat di Tunisia, Mesir, Bahrain, Libya, Yaman dan beberapa kawasan yang lain. Ciri yang membezakan Revolusi Syam dengan Revolusi di Dunia Arab yang lain adalah sifat keislamannya.

Jika Revolusi di dunia Arab yang lain menuntut ditumbangkannya rejim boneka, maka Revolusi Syria tidak hanya itu. Mereka juga menuntut dilaksanakan syariah dan tegaknya khilafah. Bahkan, majoriti pejuang Islam di sana telah menandatangi mitsaq al-'Amal li Iqamati al-Khilafah (Komunike Perjuangan untuk Menegakkan Khilafah).

Apa peranan Hizbut Tahrir di Syria?

Meski selama beberapa dekad sebelumnya telah dihapuskan oleh rejim Ba'ats, sejak dipimpin oleh Hafiz Assad, kini Hizbut Tahrir muncul kembali di tengah-tengah umat untuk membimbing dan memandu arah dan perjalanan Revolusi Syam ini.

Hizbut Tahrir, sebagai parti ideologi, benar-benar menyedari tanggung jawabnya, bukan hanya kepada rakyat Syam, tetapi juga kepada Allah, Rasul-Nya dan seluruh umat Islam. Kerana itu, siang dan malam, Hizbut Tahrir terus bekerja keras untuk mengawal Revolusi Islam ini hingga mencapai tujuannya, iaitu tumbangnya rejim kufur Bashar, kemudian menggantikannya dengan khilafah.

Hizbut Tahrir menyediakan para pejuang Islam di sana untuk menandatanganiMitsaq al-'Amal li Iqamati al-Khilafah. Hizbut Tahrir juga telah menyiapkan Ruud Negara Khilafah yang siap pada bila-bila saja diterapkan. Hizbut Tahrir juga telah mempersiapkan para aktivis terbaiknya untuk menjalankan roda pemerintahan.

Bagaimana dengan kesedaran umat akan kewajipan menegakkan kembali syariah dalam bingkai khilafah?

Dalam kes Syria, kesedaran itu jelas-jelas nyata. Ketika revolusi ini hendak dibajak oleh agen-agen Barat yang menyusup di tengah-tengah mereka, baik melalui gabungan nasional, pembangkang karbitan, hingga penyusupan di tengah-tengah aksi, seperti yang terjadi di Banash, semuanya berjaya digagalkan. Ini bukti, bahawa kesedaran politik umat jelas semakin menguat.

 Peluang penubuhan khilafah di dunia Arab?

Peluang penubuhan khilafah Islam di wilayah-wilayah tersebut tidak boleh dilepaskan dari kembalinya kesedaran politik dan keberislaman kaum Muslim di sana. Terlebih, ketika rejim boneka sokongan Barat dengan sistem monarki, republik dan demokrasinya jelas-jelas telah merampas hak-hak politik mereka, dan gagal menyejahterakan kehidupan mereka.

Kaum Muslim di kawasan tersebut juga masih meyakini Islam sebagai akidah dan sistem kehidupan mereka, hanya saja mereka tidak dapat melaksanakannya kerana hak-hak politik mereka dirampas oleh rejim zalim itu.

Sejarah khilafah dengan segala kejayaannya juga menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Mereka boleh membandingkan, terlebih ketika mereka mengalami nasib tragis seperti saat ini. Di zaman khilafah mereka dihormati oleh kawan dan lawan, tetapi di bawah rejim boneka, mereka dinistakan, dan bahkan dibunuh di sana sini.

Itu pula yang memotivasi rakyat Syria untuk melawan rejim zalim?

Inilah yang mendorong para pejuang di Syria di satu pihak, serta Barat dan Timur dengan seluruh boneka mereka di pihak lain. Kerana itu, Revolusi Syam ini lebih alot berbanding dengan Revolusi di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman.Meski kini telah memasuki babak akhir, setelah hampir semua wilayah jatuh ke tangan pejuang Islam. Tinggal Damaskus.

Dari aspek sebab-akibat, semuanya ini boleh membawa kepada wujudnya janji Allah, tegaknya kembali khilafah.

Dalilnya?

Allah menyatakan dengan tegas dalam Al-Quran Surah an-Nur: 55. Pertama, ayat ini bermula dengan, "wa'ada-Llahu (Allah berjanji) .." yang menunjukkan jaminan kepastian akan wujudnya apa yang dijanjikan.

Kedua, janji yang dijanjikan itu diungkapkan dengan menggunakan ayat yang jelas, "La yastakhlifannahum (Dia sunguh-sungguh akan memberikan Khilafah [kekuasaan] kepada mereka)." Frasa ini mempunyai makna yang mendalam, kerana disusun dari, Lam yang merupakan jawab dari sumpah Allah , diakhiri dengan nun yang digandakan (tasydid), atau disebut nun taukid tsaqilah, yang bermaksud "penegasan ganda".

Ditambah pilihan lafaz, yastakhlifa yang merupakan satu akar kata dengan lafaz khilafah. Semuanya ini tidak boleh diertikan lain, kecuali bahawa janji berdirinya khilafah ini merupakan janji yang pasti.

Mungkin ada yang mengatakan, bahawa janji ini sudah tamat, kerana sudah pernah terjadi sebelumnya. Namun, andaian ini jelas salah. Kerana konteks janji ini berlaku tanpa batas.

Selain itu, wujudnya kembali janji ini juga dikuatkan oleh hadis Ahmad dari Nu'man bin Basyir yang menyatakan kembalinya Khilafah 'ala Minhaj an-Nubuwwah merupakan fasa akhir selepas era Nubuwwah, Khilafah, Mulkan' Adhdhan dan Mulkan Jabariyyan.

Bila melihat pendedahan anda di atas, bererti sangat mungkin khilafah berdiri di Syria?

Sangat mungkin. Banyak dalil yang menguatkan ghalabat ad-dzann kita. Antara lain, sabda Nabi, "Inna-Llah takaffala bi ahl Syam (Sesungguhnya Allah menjamin penduduk Syam)."

Juga, "Syam uqru dar al-Islam (Syam pusat negeri Islam)" serta, "Idza fasada Ahlu Syam la khaira fikum (Jika penduduk Syam rosak, maka tidak ada kebaikan pada kamu)." Semuanya ini semakin menguatkan optimisme kita, bahawa khilafah akan tegak di sana.

Pada 2013?

Sangat mungkin. Meski, perlu dicatat, bahawa masalah timing ini adalah masalah ilmu Allah, yang tidak boleh dijangka oleh sesiapa pun. Memang benar, saat ini, para pejuang Islam telah menguasai hampir seluruh wilayah Syria, kecuali Damsyik.

Mereka juga mendapat sokongan penuh dari rakyat yang tidak hanya menginginkan tumbangnya rejim Kufur Bashar, tetapi juga menginginkan tegaknya syariah dan khilafah.

Bahkan, pelbagai rampasan revolusi yang hendak dilakukan oleh kaum kafir penjajah dan bonekanya juga berjaya digagalkan. Semuanya ini menguatkan optimisme kita, bahawa detik-detik penubuhan khilafah itu semakin dekat.

Namun, harus dicatat pula, bahawa Barat dengan seluruh rejim bonekanya tidak akan tinggal diam.

Rencana Turki, Iran, Qatar, Saudi termasuk Hizbullah-yang digelar para pejuang Islam dengan Hizbussyaithan-dan Mesir dengan Ikhwan-nya ini utusan khas PBB, Lakhdar Brahimi, hak asasi manusia dan NATO yang sudah menyiapkan pencerobohan ketenteraan ke Syria dengan kedok misi kemanusiaan adalah bukti, bahawa mereka tidak akan membiarkan khilafah ini berdiri di Syria menggantikan rejim Bashar. Semua faktor ini boleh menghalang dan melambatkan penubuhan khilafah.

Apa yang harus dilakukan agar faktor penghambat dan penunda ini boleh diatasi?

Faktor yang paling dominan adalah masih kuatnya sokongan ketenteraan kepada rejim Bashar. Mengapa di Mesir Husni Mubarak boleh dijatuhkan dengan cepat, kerana faktor sokongan tentera. Libya, Yaman dan Tunisia juga sama. Selain itu, revolusi di negara-negara tersebut tidak seperti di Syria, yang terang-terangan menuntut syariah dan khilafah.

Bashar, bukan hanya dilindungi oleh tentera, tetapi juga oleh AS, Rusia dan sekutunya. Kerana itu, jika boleh dilakukan segera, maka sokongan ketenteraan yang menjadi tulung punggung Bashar harus segera ditarik supaya menyokong perjuangan rakyat Syria. Ini sudah terjadi di beberapa tempat.

Langkah lain, tentu dengan melumpuhkan kuasa Bashar. Boleh dengan membunuh Bashar, seperti yang dilakukan terhadap Qadafi, atau pasukan yang menyokong kuasa Bashar.sumber

Hikmah disebalik perubahan warna langit ketika masuk waktu Solat

1. Waktu solat Subuh

Jika kita sering memperhatikan waktu selepas subuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.

Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah: "Ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku di pagi harinya," (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempengaruhi kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.

Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermulanya saat azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


2. Waktu solat Zohor

Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangi beban kerja organ pencernaan.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


3. Waktu solat Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu solat Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini dengan menunaikan solat Maghrib dulu.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini.

5. Waktu solat Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relaks atau berehat. Allahu alam bi shawwab.sumber

Negara manakah yang paling ramai dihuni Yahudi?

Selama ini tidak banyak data dan peta demografi orang-orang Yahudi di seluruh dunia.

Negara mana yang paling ramai dihuni oleh orang Yahudi?

Sudah tentu negara yang pertama paling ramai dihuni oleh bangsa Yahudi adalah Israel dengan jumlah penduduknya 5313800 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia).

Data-data ini dapat memberikan sebuah gambaran yang mendalam pada peringkat dasar setiap negara, yang berkaitan dengan politik, ekonomi, perdagangan, pertahanan-keselamatan, budaya, ilmu pengetahuan, teknologi-maklumat, dan bahkan bidang pertanian.

Semakin ramai jumlah orang Yahudi di sebuah negara, semakin kuat pengaruhnya terhadap aspek-aspek polisi pemerintahan di sebuah negara. Ini sudah menjadi fakta yang sifatnya umum. Negara-negara yang jumlahnya penduduk Yahudi, cukup banyak, maka negara itu, sudah betul-betul berada dalam 'genggaman' golongan Yahudi.

Ini kerana orang Yahudi selalu membina jaringan yang sangat kuat, berdasarkan hubungan darah (ras), ideologi (agama), dan kepercayaan atau mitos bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan 'tuhan'.

Di luar Israel, sepuluh negara yang jumlah Yahudinya paling banyak adalah: Amerika jumlah Yahudi 5.275.000 (40% dari jumlah keseluruhan populasi dunia), Perancis jumlah Yahudi 491.000 (3.8% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), kanada jumlah Yahudi 373.000 ( 2.9% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Britain jumlah Yahudi 297.000 (2.3% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Rusia 228.000 (1.7% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Argentina jumlah Yahudi 184.000 (1.4% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia ), German jumlah Yahudi 118.000 (0,9% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Australia jumlah Yahudi 103 (0.8% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), dan Brazil jumlah Yahudi 96,000 (0.7% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia).

Dari data ini golongan Yahudi yang paling ramai di luar Israel, iaitu di Amerika yang jumlahnya mencapai 5.275.000 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), maka Amerika sebagai negara 'super power' yang mempunyai pengaruh secara global, baik di bidang ekonomi, perdagangan, petahanan-keselamatan, dan memberi kesan sangat luas.

Di Amerika yang sangat terkenal adanya 'lobbi' Yahudi yang sangat berpengaruh seperti AIPAC dan JAC  yang semuanya mempengaruhi kehidupan nasional Amerika. Jadi dengan jumlah golongan Yahudi yang ramai, dan sudah masuk dalam semua institusi awam yang ada di Amerika, maka melihat keadaan seperti ini betapa Amerika sekarang ini para pemimpin Israel telah menganggap Amerika sebagai tanah air mereka. Israel dengan mudah mengawal dasar terhadap negara dan pemerintah Amerika.

Selain itu, beberapa negara Eropah yang sangat strategik iaitu 'Trioka' Perancis, Britain dan Jerman, terdapat populasi Yahudi yang besar (lihat jumlah daftar Yahudi). Disamping Rusia yang sejak zamannya Tzar, orang-orang Yahudi sudah mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam kehidupan politik Rusia. Bahkan, sebahagian pemimpin politik dan ideologi Parti Komunis Rusia adalah Yahudi. Seperti Karl Marx, Lenin, Stalin dan lainnya. Bahkan, sekarang orang terkaya kedua di Rusia, Roman Abromovich, yang memiliki kelab bolasepak Chelsea adalah Yahudi.

Semua negara Barat, bergabung dalam kumpulan G8 (Kumpulan Negara Industri), di negara mereka masing-masing terdapat jumlah Yahudi yang ramai dan umumnya mereka mempunyai pengaruh yang sangat penting. Namun, semuanya yang menjadi 'episentrum' (pusatnya) adalah di Tel Aviv. Sedangkan, negara-negara lain, seperti Amerika, Perancis, Kanada, Britain, Rusia, dan Jerman, mereka hanya menjadi 'proxi' (tangan) Israel.

Lihat dalam kes konflik di Timur Tengah, sejak wujudnya negara haram "Israel" di tahun 1948 sehingga perang 1956, 1967, 1973 dan serangan Israel di Lebanon 1982 serta perang di Lebanon Selatan 2006. Terakhir pencerobohan Israel ke Gaza, semua menggunakan 'proxy', negara yang sudah di bawah bayang-bayang Israel.