Pages

Saturday, July 21, 2012

150,000 kondom Olimpik

London: Temasya Olimpik London 2012 mungkin yang paling ‘panas’ dalam sejarah sukan itu selepas penganjur menyediakan 150,000 kondom Durex percuma, 15 untuk setiap atlit. 

Angka itu melebihi 50 peratus berbanding di kejohanan Beijing pada 2008 yang menyediakan 100,000 kondom. ‘Selera seks’ peserta dilaporkan meningkat sejak kejohanan di Seoul pada 1988 hanya menyediakan 8,500 kondom percuma, lapor akhbar The Mirror. 
Angka itu melonjak kepada 50,000 apabila pertandingan diadakan di Barcelona pada 1992 manakala penganjur Sydney 2000 terpaksa membeli tambahan 20,000 lagi kondom selepas 70,000 kondom yang ada kehabisan. 

Peraturan benar teman peserta masuk 

Ia mungkin ada kena mengena dengan peraturan membenarkan teman peserta masuk ke tempat penginapan atlit dengan 3,500 pelawat dijangka masuk setiap hari di 2,818 pangsapuri. 

Malah, ujian kehamilan juga dikatakan turut ditempah. 
Satu sumber memberitahu akhbar itu: “Semua orang tahu keadaan di tempat penginapan sukan. Cuma, bagi atlit tempatan, mereka tentu lebih memberi tumpuan kepada menang pingat.” 

Ketika ditanya bagaimana situasi ‘panas’ itu di perkampungan Olimpik, perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte berkata: “Saya rasa 70 hingga 75 peratus atlit terbabit.” 

Peserta negara itu dalam acara menembak, Josh Lakatos pula berkata: “Keadaannya seperti di rumah pelacuran. Begitu banyak aksi panas.” 

Lochte kemudian mengulas: “Ketika kejohanan Olimpik lalu, saya ada teman wanita. Sekarang, saya kembali solo jadi saya rasa teruja kali ini.” 

“Bertanding dalam kejohanan Olimpik adalah kemuncak kerjaya anda, jadi mungkin ada yang sedia melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tetapi, saya yakin, jika saya nampak orang melakukannya, saya akan ketawa,” kata pemain bola tampar Britain, Shauna Mullin. - Agensi

30,000 lari ke Lubnan

Rakyat Syria  membawa barangan  ketika cuba memasuki sempadan Lubnan, 40 kilometer dari Damsyik, Syria, semalam.Rakyat Syria membawa barangan ketika cuba memasuki sempadan Lubnan, 40 kilometer dari Damsyik, Syria, semalam.
Tentera Syria tingkat serangan pemberontak di Damsyik 

Geneva: Sekurang-kurangnya 30,000 warga Syria sudah lari ke Lubnan sejak 48 jam lalu selepas konflik bersenjata semakin sengit, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).
Warga Syria jadi pelarian 
“Beribu-ribu warga Syria masuk ke Lubnan semalam. 

“Laporan yang diterima menyatakan, antara 8,500 hingga 30,000 rakyat Syria jadi pelarian sejak 48 jam lalu,” kata jurucakap UNHCR, Melissa Fleming. 

“Ada juga yang lari ke Jordan, Turki selain Lubnan dan Iraq,” katanya ketika ditemu bual wartawan, semalam. 

Pertempuran yang berlaku kelmarin menyebabkan kira-kira 300 orang terbunuh, kebanyakan mangsa adalah orang awam, dakwa pertubuhan Pemantauan Hak Asasi Manusia Syria di London. 
Gempur pemberontak 

Sementara itu, laporan dari Beirut menyatakan, tentera Syria menggempur semua kawasan pemberontak yang terdapat di ibu negara. 

Serangan itu dilancarkan selepas empat anggota kanan pemerintah termasuk ketua keselamatan, terbunuh. 

“Tentera melancarkan serangan balas bagi menawan semula kawasan pemberontak bagi menjamin keselamatan penduduk dan membenarkan mereka mereka pulang ke kediaman,” kata sumber. 

Gesa tamat perang 

Di New York, Russia dan China sekali lagi menggunakan kuasa veto ke atas resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disokong negara Barat kelmarin bertujuan menekan kerajaan Presiden Bashar al-Assad supaya menamatkan perang saudara di Syria. 

Undian menunjukkan 11 negara menyokong sementara dua negara berkecuali untuk resolusi berkenaan iaitu Afrika Selatan dan Pakistan. 

Kuasa veto yang digunakan itu adalah kali ketiga ke atas resolusi mengenai krisis di Syria itu, yang sudah masuk bulan ke-17. 

Resolusi gagal 

Faktor utama kegagalan adalah kehendak Barat yang mahu resolusi itu memasukkan ancaman sekatan tidak berkaitan ketenteraan untuk meningkatkan tekanan ke atas Bashar. 

Tindakan mengenakan sekatan adalah menurut Fasal 7 Piagam PBB, yang membenarkan penggunaan kekerasan tetapi tindakan itu tidak dinyatakan dalam deraf Britain. 
Duta Russia ke PBB, Vitaly Churkin, berkata resolusi tidak sepatutnya diundi kerana penaja tahu ia tidak akan diterima. 

“Kita tidak boleh menerima begitu saja dokumen menurut Fasal 7. Ia dikhuatiri akan membuka laluan kepada tekanan sekatan dan seterusnya pembabitan tentera dalam hal ehwal dalaman Syria,” katanya. - AP/AFP

Tentera Syria lancar serangan besar-besaran

DAMSYIK: Tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran terhadap kawasan yang dikuasai pemberontak di Damsyik selepas mereka menguasai laluan ke sempadan Iraq dan Turki dalam konflik yang sudah berlanjutan selama 16 bulan itu. 

Pejuang pemberontak juga bertempur dengan pihak tentera di Aleppo semalam yang disifatkan Syrian Observatory for Human Rights sebagai pertempuran paling sengit di bandaraya kedua Syria itu. Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Majlis Keselamatan mengundi sebulat suara untuk memberi lanjutan 30 hari "terakhir" kepada misi pemantau yang diberi tanggungjawab memastikan pelan damai untuk Syria tetapi menggantung operasi sejak 16 Jun lalu berikutan peningkatan keganasan. - AFP 

Sepotong roti bakar tahun 1981 dibeli RM1,131

SEPOTONG roti bakar yang dilelong pada harga RM1,131.

LONDON - Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi beritaReuters kelmarin.
Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.
Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun.
Roti itu tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.
Menurut Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut.
Smith berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana.
Menurutnya, dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.
Smith berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada April tahun lalu.
Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.
Terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon. - Agensi

Aktivis Perancis tinggal dalam hutan Indonesia selama 15 tahun

BRULE

JAKARTA - Seorang aktivsi alam sekitar dari Perancis, Aurelien Brule yang popular dengan panggilan Chanee tinggal di dalam sebuah hutan di Indonesia sejak 15 tahun lalu.
Dia tinggal di dalam hutan tersebut dengan tujuan untuk menentang pembalakan, rasuah dan syarikat penanaman kelapa sawit.
Brule menetap di sebuah Pusat Pemuliharaan Kalaweit di Kampung Pararawen, Kalimantan.
Brule juga berusaha untuk menyelamatkan kehidupan haiwan ungka di hutan itu.
- AFP

Serangan dalam pawagam tayang filem Batman

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 50 lagi cedera semalam apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman di pusat beli-belah di Aurora, negeri Colorado, kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates.
Oates berkata, lelaki bersenjata itu, James Holmes, 24, kemudian ditangkap ekoran kejadian tersebut semasa para penonton menonton filem terbaharu Batman, The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.
Saluran berita CNN melaporkan, lelaki itu yang menggunakan empat senjata api termasuk sepucuk raifal dan pistol melepaskan tembakan semasa adegan tembak-menembak filem tersebut ditayangkan.
Dia berkata, pawagam tersebut juga dipenuhi dengan asap.
Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang turut terlibat dalam kejadian pembunuhan itu.
Menurut media Amerika Syarikat (AS), antara mangsa yang cedera termasuk enam kanak-kanak dengan mangsa paling muda berusia enam tahun.
Seorang saksi memberitahu saluran televisyen bahawa sebanyak 10 hingga 20 tembakan kedengaran dan terdapat letupan kecil.
"Sejurus kemudian, kami mendengar orang ramai menjerit.
"Selepas itu, pengumuman dibuat menerusi sistem audio yang meminta setiap orang keluar dari pawagam," katanya.
Saksi itu menyatakan, selepas keluar, sejumlah orang kelihatan berlari dan menjerit.
Laporan Radio KOA 850 menyatakan beberapa saksi menyatakan salah seorang penyerang itu yang memakai topeng turut membawa bom asap.
Motif serangan masih belum diketahui.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Barack Obama yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut oleh penasihat Keselamatan Dalam Negara, John Brennan, menggesa rakyat AS supaya bersatu bersama penduduk Aurora pada waktu sukar ini.
"Michelle (isteri Obama) dan saya terkejut dan sedih berhubung insiden tembakan yang dahsyat dan tragis di Colorado. Pihak berkuasa persekutuan dan tempatan masih menyiasat dan pentadbiran saya akan melakukan apa saja yang terdaya untuk membantu penduduk Aurora pada detik yang sukar ini," kata Obama. - Agensi

Penduduk AS gembira menang kes masjid baharu

GAMBAR fail pada 21 Jun lalu menunjukkan masjid di Murfreesboro, Tennessee.

MURFREESBORO, Tennessee - Penduduk Islam di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang menenangi kes mahkamah untuk menduduki sebuah masjid baharu kelmarin mendapati mereka tidak dapat beribadat di masjid berkenaan pada permulaan bulan Ramadan.
Ia berikutan masjid tersebut memerlukan masa dua minggu lagi untuk disiapkan.
Namun, penduduk Islam meraikan kemenangan mereka selepas dua tahun berdepan satu saman bagi menghalang pembinaannya.
"Bagi saya, keputusan kelmarin amat baik dan saya bersyukur kepada Tuhan," kata pengerusi jawatankuasa masjid berkenaan, Essam Fathy.
"Kami semua terkejut. Ia satu berita gembira tanpa disangka," tambahnya.
Penduduk yang menentang pembinaan masjid tersebut menyaman daerah Rutherford pada September 2010 untuk menghalang pembinaan tempat ibadat itu.
Kumpulan itu memberi alasan bahawa Islam bukan agama sebenar dan penduduk Islam AS mahu menumbangkan Perlembagaan AS dan menegakkan undang-undang Islam.
Namun, dalam satu perbicaraan baru-baru ini, Hakim Daerah AS, Todd Campbell mendapati tindakan menghalang pembinaan dan penggunaan masjid itu bercanggah dengan hak penduduk untuk mengamalkan ajaran agama mereka.
Beliau kemudian mengarahkan pihak pentadbiran daerah supaya melakukan pemeriksaan dan membenarkan masjid tersebut dibuka kepada orang ramai. - Agensi

Friday, July 20, 2012

Letupan bom kereta bunuh bekas Menteri Perdagangan Somalia -

MOGADISHU - Satu kejadian letupan bom kereta di ibu negara Somalia meragut nyawa bekas Menteri Perdagangan dan mencederakan enam orang yang lain, kelmarin.

Menurut polis, semasa serangan Mohamud Abdi Ibrahim sedang memandu keretanya yang kemudian meletup secara tiba-tiba dan menyebabkan enam orang awam berhampiran turut cedera.

Susulan kejadian, kumpulan bersenjata Al-Shabab dipersalahkan kerana menyasarkan serangan ke atas bekas menteri itu.

"Bom berkenaan dilekatkan pada kereta tanpa pengetahuannya.

Badannya hancur berkecai dan bertaburan di atas jalan raya," kata timbalan Datuk Bandar Mogadishu, Warsame Mohamed.

PRU Libya: Pakatan liberal atasi parti Islam

PRU Libya: Pakatan liberal atasi parti Islam
Keputusan akhir pilihan raya ditunjukkan menerusi skrin ketika
 pengumuman dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
Kebangsaan Libya. – Foto EPA
TRIPOLI - Pakatan moderat mengatasi pesaing terdekat daripada kalangan konservatif Islam dalam pilihan raya umum pertama Libya sejak Muammar Gaddafi digulingkan tahun lalu.

Pakatan itu diketuai oleh Mahmoud Jibril, Perdana Menteri sementara.

National Forces Alliance (NFA) memenangi 39 daripada 80 kerusi yang diperuntukkan kepada parti-parti politik sementara Justice and Construction Party, sayap politik Ikhwanul Muslim Libya, memperoleh 17 kerusi.

Sebanyak 200 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kali dengan 120 dikhususkan kepada calon-calon bebas.

Perkembangan itu mencetuskan keadaan sukar - pihak yang akan menguasai perhimpunan kebangsaan di Parlimen.

NSA dan Ikhwanul Muslim Libya masing-masing mendakwa sebahagian besar calon bebas akan menyokong blok mereka.

Laporan Reuters menyebut bahawa wakil rakyat bebas yang dipilih mewakili masyarakat yang memperlihatkan campuran dari segi hubungan dengan penduduk tempatan, reputasi dan keperluan sosial berbanding ideologi.

"Terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara (majoriti). Ia akan jelas dalam beberapa hari lagi, ke mana calon bebas akan memihak," kata Gumaa al-Gamaty, pengasas Taghyeer Party.

"Saya lihat NFA akan menarik beberapa wakil rakyat bebas dan parti-parti kecil," katanya.
a.

Rejim masih berdegil akui Al-Aqsa di tanah Israel

Logo Suara Palestin
Suara Palestin

BAITULMUQADDIS - Pihak berkuasa Israel sekali lagi menegakkan benang yang basah apabila peguam negaranya, Jeneral Yehuda Vainshtein mendakwa bahawa sebahagian masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya berada di tanah mereka.

Dakwa rejim, kawasan yang diiktiraf mereka itu akan mengguna pakai undang-undang Israel sedia ada terutama sekali dua hukum yang dikeluarkan Jawatankuasa Keselamatan Barang-barang Purba Kuil Gunung merangkumi Undang-undang Merancang dan Melaksana, 1965 dan Undang-undang Barang-barang Purba 1978.

Vainshtein memberitahu rejim dan rakan-rakan sejawatannya bahawa pihak berkuasa perlu melaksanakan undang-undang yang lebih terperinci untuk memastikan barangan purba di Al-Aqsa dipantau.

"Pihak berkuasa harus mengemukakan laporan keadaan semasa kawasan Al-Aqsa kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan dan setiausaha kerajaan," katanya.

Sehingga kini, rejim Israel masih mahu merobohkan masjid Al-Aqsa dengan alasan bangunan itu berada di kawasan suci mereka.

3 maut, enam parah serangan di kem tentera

3 maut, enam parah serangan di kem tentera
Petugas paramedik merawat mangsa tercedera dalam serangan bom.

BANGKOK - Tiga termasuk seorang anggota tentera, terbunuh manakala enam lagi parah selepas 30 lelaki bersenjata yang memakai pakaian seragam tentera dilengkapi jaket kalis peluru, menyerang sebuah kem tentera di Ruesor, Narathiwat, kelmarin.

Ketua Polis Reusor, Kol Dulyaman Yaena berkata, penyerang yang bersenjatakan M16, AK47 dan M79 melakukan serang hendap di Platun ke-3 Senjata Ringan dari Pasukan Petugas Kompeni Infantri ke-15123 kira-kira 6.50 petang.

“Kejadian berbalas tembakan berlaku kira-kira 10 minit antara penyerang dan pasukan tentera,” katanya.

Mangsa yang terkorban ialah Prebet Sarawut Minsayom dan dua orang awam iaitu seorang lelaki, Inheng Saekoo serta seorang wanita, Hew Royprawitrat.

“Kami percaya ada antara penyerang cedera berdasarkan kesan darah yang ditemui di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata penyerang turut menebang pokok dan membakar tayar di jalan raya menuju ke kem itu sebagai usaha melengahkan penghantaran bantuan ke kem.

Lebih 5,000 terkorban sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lalu.

Curi duit simpanan bank untuk jadi model

LONDON - Seorang bekas kerani sebuah bank di Cornwall, Britain berhadapan hukuman penjara selepas bertindak mencuri 46,000 pound (RM178,469) daripada simpanan bank tersebut bagi membayar bil pembedahan plastik untuk menjadi model.

Rachael Claire Martin, 24, menggunakan wang berkenaan dengan membesarkan buah dada, merawat gigi, menyedut lemak serta membayar proses penyambungan rambut.

Hakim Christopher Hardy menjatuhkan hukuman melakukan kerjakerja komuniti terhadap wanita beranak satu itu selama 12 bulan serta mengarahkannya bekerja selama 120 jam tanpa bayaran.

India desak siasatan tembakan bot UAE

India desak siasatan tembakan bot UAE
ASNS Rappahannock yang menembak bot nelayan India.

DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) didesak siasat serangan tembakan sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) menyebabkan seorang nelayan India terbunuh di perairan Dubai.

"Pihak berkuasa India sememangnya mendesak UAE agar mendakwa mereka yang bertanggungjawab dan ia adalah permulaan kepada masalah diplomatik antara India, UAE dan AS," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, kelmarin.

Seorang nelayan India terbunuh dan tiga yang lain cedera selepas bot mereka ditembak dari arah pantai Dubai di selatan Teluk, Isnin lalu.

Jurucakap tentera laut AS berpangkalan di Bahrain, Leftenan Greg Raelson mengeluarkan kenyataan berpihak kepada AS bahawa kelasi kapal ASNS Rappahannock, melepaskan tembakan selepas mangsa tidak menghiraukan amaran mereka."Pihak berkuasa India sememangnya mendesak UAE agar mendakwa mereka yang bertanggungjawab dan ia adalah permulaan kepada masalah diplomatik antara India, UAE dan AS," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, kelmarin.

Seorang nelayan India terbunuh dan tiga yang lain cedera selepas bot mereka ditembak dari arah pantai Dubai di selatan Teluk, Isnin lalu.

Jurucakap tentera laut AS berpangkalan di Bahrain, Leftenan Greg Raelson mengeluarkan kenyataan berpihak kepada AS bahawa kelasi kapal ASNS Rappahannock, melepaskan tembakan selepas mangsa tidak menghiraukan amaran mereka.

Pakistan berterusan dikecam

Pakistan berterusan dikecam
Rakyat berterusan mendesak menutup laluan sempadan.
ISLAMABAD - Ribuan penyokong kumpulan radikal agama berhimpun semalam, bagi membantah keputusan Pakistan membuka semula laluan penghantaran bekalan kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Afghanistan.

Tunjuk perasaan anjuran Majlis Pertahanan Pakistan dan sekutu parti politik agama itu semakin memuncak dan terbesar sejak minggu lalu.

Pakistan menutup laluan tersebut sejak November lalu, selepas serangan udara Nato, merentas sempadan mengakibatkan 24 tentera Pakistan terbunuh.

Namun, Pakistan membuka semula laluan tersebut pada minggu lalu, selepas Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton memohon maaf.

Jurucakap Ketua Parti Jamaat-e-Islami, Munawara Hasan berkata, rakyat terus mengkritik keputusan kerajaan membenarkan trak Nato berada di Pakistan.

“Mereka mendesak kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelakkan Pakistan terheret ke dalam perang di Afghanistan,” katanya.

Hubungan Islamabad-Washington sebelum itu telah pun tegang akibat insiden serangan di sempadan, pembunuhan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di negara itu dan kematian tentera Pakistan.

Iraq desak rakyatnya tinggalkan Syria

Iraq desak rakyatnya tinggalkan Syria
Penduduk Iran digesa berpindah dari Syria.
BAGHDAD - Kerajaan Iraq meminta semua rakyatnya yang tinggal di Syria supaya segera meninggalkan negara itu, kata seorang jurucakap kerajaan.

Ahli Majlis Menteri-menteri Iraq, Ali al-Dabbagh berkata, arahan itu dikuatkuasakan serta merta selepas serangan di Iraq kian memuncak.

“Kami berharap pihak bermusuhan dan bercanggah di Syria tidak menyerang rakyat Iraq di sana kerana mereka hanya tinggal sementara di negara itu,” katanya.

Pihak berkuasa Iraq melaporkan, 23 rakyat Iraq, termasuk dua wartawan, terbunuh di Syria semasa keganasan di negara itu.

Pergolakan protes antikerajaan di Syria tercetus sejak Mac tahun lalu, dan telah meragut ribuan nyawa terutama anggota keselamatan.

Bas bawa pelancong Israel diserang

Bas bawa pelancong Israel diserang:


Kepulan asap dilihat di Lapangan Terbang Burgas selepas satu letupan berani mati mengorbankan tujuh orang termasuk lima pelancong Israel di Burgas, Bulgaria, kelmarin. - Reuters
BURGAS, Bulgaria 19 Julai - Tujuh maut, sementara 33 lagi cedera apabila seorang pengebom nekad meletupkan diri di dalam sebuah bas dinaiki pelancong Israel di Lapangan Terbang Burgas, di sini, semalam.
Kumpulan pelancong terbabit tiba di Bulgaria dengan menaiki pesawat yang disewa khas dari Israel sebelum menaiki bas dua tingkat yang diletakkan di tempat letak kereta Lapangan Terbang Burgas, sebuah bandar di pesisiran pantai Laut Hitam.
Mereka yang maut ialah lima pelancong Israel, pemandu bas warga Bulgaria dan suspek yang masih belum dikenali.
Menteri Dalam Negeri Bulgaria, Tsvetan Tsvetanov ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti suspek tersebut yang mempunyai lesen memandu palsu dari Amerika Syarikat (AS).

'via Blog this'

Abang ipar Presiden Syria maut

Daoud Rajha, Assef ShawkaT


BEIRUT 18 Julai - Menteri Pertahanan Syria, Daoud Rajha dan timbalannya, Assef Shawkat yang merupakan abang ipar Presiden Bashar al-Assad, maut dalam satu serangan berani mati di ibu pejabat Keselamatan Nasional di Damsyik hari ini, lapor stesen televisyen rasmi.
Pegawai keselamatan berkata, Menteri Dalam Negeri, Mohammed al-Shaar dan ketua perisikan Syria, Hisham Bekhtyar pula cedera teruk dalam kejadian di daerah Rawda tersebut.
Kejadian berlaku ketika pertemuan antara menteri-menteri Kabinet dengan ketua-ketua dan pegawai agensi keselamatan serta tentera.
Sumber keselamatan Syria berkata, seorang pengawal peribadi kepada penyokong Assad dipercayai merupakan penyerang berani mati itu.
''Serangan pada waktu pagi menyasarkan pegawai kanan keselamatan Syria.
''Beberapa peserta pertemuan tersebut cedera teruk,'' lapor stesen televisyen itu.
Aktivis berkata, pengawal presiden menutup hospital di mana semua mangsa yang cedera menerima rawatan.
Dua kumpulan pemberontak Liwa al-Islam dan Tentera Pembebasan Syria mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut.
Sehubungan itu, pihak tentera dalam satu kenyataan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
Sementara itu, Bashar telah mengumumkan pelantikan bekas Ketua Staf Angkatan Tentera, Jeneral Fahad Jassim al-Freij sebagai Menteri Pertahanan yang baru berikutan dengan kematian Daoud. - AFP/Reuters/dpa/AP

Rohingya adalah rakyat Myanmar - Bangladesh

DHAKA 19 Julai - Menteri Luar Bangladesh, Dipu Moni berkata, etnik Rohingya adalah rakyat Myanmar dan Yangon perlu mengambil semula etnik itu dari negara ini.
Perkara itu disampaikan oleh Moni kepada Duta Myanmar ke Bangladesh, Myo Myint Than dalam satu pertemuan, di sini semalam.
Agensi berita nasional Bangladesh, BSS melaporkan Moni sebagai berkata, Myanmar mempunyai tanggungjawab untuk mengambil balik semua pelarian etnik Rohingya yang kini dipercayai berjumlah kira-kira 500,000 orang di negara ini, bagi mengukuhkan hubungan dua hala.
''Bangladesh akan menawarkan bantuan bagi memulakan proses penghantaran pulang (pelarian Rohingya) yang mengalami jalan buntu sejak beberapa dekad lalu,'' kata Moni.
Statistik rasmi menunjukkan hampir 30,000 pelarian Rohingya berdaftar dan 450,000 pelarian lagi tidak berdaftar, kebanyakannya meninggalkan Myanmar pada awal 1990-an bagi mengelak ditindas oleh Yangon.
Beliau memuji langkah kerajaan Myanmar bagi membendung konflik etnik dan agama di Rakhine sejak beberapa minggu lalu.
Bangladesh menerima tekanan antarabangsa untuk menerima pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar ekoran peningkatan keganasan di wilayah itu. - Agensi

Assad arah tindakan balas

Assad arah tindakan balas:


Anggota Tentera Bebaskan Syria berkawal di Azzaz, wilayah Aleppo, pada 17 Julai lalu. - REUTERS
AMMAN 19 Julai - Presiden Syria, Bashar al-Assad dilaporkan berada di bandar pelabuhan Latakia yang dihuni majoriti puak Alawite pimpinannya dan mengarahkan dilancarkan tindakan balas terhadap pembunuhan tiga orang kanannya, kata pemberontak dan diplomat Barat, semalam.
Pemberontak berkata, Assad yang tidak muncul di khalayak ramai sejak serangan berani mati yang mengakibatkan kematian abang iparnya dan dua pemimpin kanan tentera itu semalam, menguruskan operasi kerajaan dari bandar tersebut.
Tidak dapat dipastikan sama ada Assad berada di bandar peranginan di kawasan Laut Mediterranean itu sebelum atau selepas serangan berani itu.
‘‘Maklumat yang kami terima menyatakan Assad berada di Istana Presiden di Latakia dan beliau mungkin berada di sana selama beberapa hari,’’ kata seorang tokoh pembangkang yang enggan dikenali.

'via Blog this'

Bekas Timbalan Presiden Mesir meninggal dunia

KAHERAH 20 Julai - Bekas Timbalan Presiden Mesir yang juga merupakan bekas ketua perisikan, Jeneral Omar Suleiman meninggal dunia pada usia 77 tahun di Amerika Syarikat (AS) kerana serangan jantung.
Agensi berita MENA melaporkan, Omar meninggal dunia pada awal pagi semalam di sebuah hospital di Cleveland, AS.
Sementara itu, mayat beliau akan diterbangkan ke Mesir untuk pengebumian. - AFP