Pages

Friday, July 20, 2012

Rejim masih berdegil akui Al-Aqsa di tanah Israel

Logo Suara Palestin
Suara Palestin

BAITULMUQADDIS - Pihak berkuasa Israel sekali lagi menegakkan benang yang basah apabila peguam negaranya, Jeneral Yehuda Vainshtein mendakwa bahawa sebahagian masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya berada di tanah mereka.

Dakwa rejim, kawasan yang diiktiraf mereka itu akan mengguna pakai undang-undang Israel sedia ada terutama sekali dua hukum yang dikeluarkan Jawatankuasa Keselamatan Barang-barang Purba Kuil Gunung merangkumi Undang-undang Merancang dan Melaksana, 1965 dan Undang-undang Barang-barang Purba 1978.

Vainshtein memberitahu rejim dan rakan-rakan sejawatannya bahawa pihak berkuasa perlu melaksanakan undang-undang yang lebih terperinci untuk memastikan barangan purba di Al-Aqsa dipantau.

"Pihak berkuasa harus mengemukakan laporan keadaan semasa kawasan Al-Aqsa kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan dan setiausaha kerajaan," katanya.

Sehingga kini, rejim Israel masih mahu merobohkan masjid Al-Aqsa dengan alasan bangunan itu berada di kawasan suci mereka.

No comments: