Pages

Friday, May 18, 2012

Siapakah wanita yg berpakaian tetapi tanpa pakaian ?


Siapakah wanita yg berpakaian tetapi tanpa pakaian ? 
Menurut Imam al-Nawawi mereka ialah perempuan yang menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yg lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.Imam Malik pula menambah iaitu perempuan yg memakai pakaian yg ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.
Wanita yg berjalan dengan berlenggang lenggok sehingga orang yg melihatnya terpesona dan tergoda adalah sama seperti cara pelacur di zaman jahiliyah mencari pelanggan

Adi Putra fail perceraian dua hari selepas pulang umrah

Kosmo! Online - Negara:



IKATAN perkahwinan Adi (kiri) dan Aida sejak 2006 kini sudah di penghujung.


KUALA LUMPUR - Selepas enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon popular, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof pada 10 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Lebih mengejutkan, pelakon tersebut memfailkan perceraian ke atas isterinya yang dinikahi pada 14 April 2006 itu selepas dua hari pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah pada 8 Mei lepas.
Adi bagaimanapun menafikan kehadiran orang ketiga dan ketiadaan cahaya mata sebagai punca dia memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya.
Sehingga kini pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahaya mata kerana Aida mengalami keguguran sebanyak empat kali.
"Soal saya dapat petunjuk (mengenai kes perceraian) ketika mengerjakan umrah adalah antara saya dengan Allah.
"Apa yang boleh saya katakan, permohonan cerai ini kerana masalah dalaman saya dan isteri.
"Saya telah berfikir panjang sebelum menghantar permohonan cerai, malah isteri saya juga tahu mengenai perkara ini," ujar Adi ketika dihubungiKosmo! semalam.

'via Blog this'

'Hati saya sudah tiada untuk dia'


rita rudaini


KUALA LUMPUR - "Saya sudah tak ada hati untuk dia."Demikian tegas aktres Rita Rudaini Mokhtar, 36, berhubung pembatalan cerai yang dibuat oleh suaminya, Aidil Zafuan Abd. Razak.
Menurut Rita Rudaini, dia mempunyai sebab untuk berasa curiga dengan pembatalan cerai tersebut kerana ini bukan kali pertama dia mahu diceraikan, sebaliknya sudah berlaku sebanyak dua kali.
"Sebelum ini, saya hampir diceraikan sebanyak dua kali dalam tempoh setahun.
"Jadi saya bimbang, jika kami kembali menjadi suami isteri, akan terjadi perkara yang sama (cerai) buat kali ketiga pula," ceritanya

Mahkamah tolak tuntutan Sri Wani


Sri Wani yang didakwa suaminya merupakan seorang lelaki tidak hadir ke mahkamah semalam.


KUALA LUMPUR - Isteri ketiga bekas seorang dekan, Sri Wani Choo Abdullah terpaksa berputih mata apabila permohonan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang madu-madunya membuat gangguan ke atas dirinya ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan turut menolak bantahan awal pemohon (Sri Wani) terhadap kes faraq yang difailkan suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi di mahkamah yang sama dua tahun lalu.
Permohonan faraq atau membubarkan perkahwinan itu dibuat Bahrom setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 selepas mengesyaki isterinya seorang lelaki.
Abd. Walid sebelum itu menerima hujah peguam syarie Muhammad Hafiz Abd. Rashid yang mewakili Bahrom, 61, supaya membatalkan kedua-dua permohonan Sri Wani dengan alasan penyampaian kes oleh pemohon dibuat secara tidak teratur selain wanita itu gagal hadir ke mahkamah semalam.
Turut tidak hadir ialah peguam syarie Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani, 37.

Gerhana matahari cincin 20 Mei


GERHANA matahari cincin yang dirakamkan di China pada 15 Januari 2010.


KUALA LUMPUR - Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.
Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.
Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

'Bunga mayat' mekar di taman botani Honolulu


POKOK bunga mayat mengeluarkan bau yang busuk di Taman Botani Honolulu, Hawaii pada Selasa lalu.


HONOLULU, Hawaii - Pokok 'bunga mayat' mekar buat kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun di Taman Botani Honolulu di sini.
Seorang pekerja di taman itu, Scot Mitamura berkata, bau bunga itu cukup busuk.
"Baunya seperti bangkai tikus. Ia amat busuk," kata seorang penduduk, Isaiah Meheula-Lando. - Agensi

Restoran untuk pelanggan buta



DUA pelanggan buta keluar dari restoran untuk golongan itu di Kathmandu pada 12 Mei lalu.


KATHMANDU - Sebuah restoran yang pertama untuk pelanggan buta dibuka di sini pada awal minggu lalu.
Restoran itu yang mempunyai 16 kerusi turut mempunyai para pelayan yang buta.
Para pelayan buta itu memberikan panduan kepada para pelanggan untuk menuju ke meja makan.
Pelanggan juga diberitahu oleh pelayan yang buta tentang makanan yang disediakan di restoran itu.
Restoran itu dibuka dengan kerjasama Persatuan Buta Nepal, sebuah restoran dan Kedutaan Israel. Para pelayan restoran itu diberi gaji sebanyak AS$6 (RM18.67) sehari.
Namun, masakan di restoran itu dimasak oleh tukang masak yang tidak buta.
Seorang wanita dari Sepanyol, Milca Hanukoglu yang tidak buta turut mengunjungi restoran itu bersama suaminya bagi meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 12 Mei lalu.
"Pada mulanya, kami berasa bimbang tentang makanan dan sama ada pinggan yang dihidangkan itu besar," kata Hanukoglu selepas makan malam dengan suaminya.
Menurutnya, suasana makan malam itu romantik dan terdapat cahaya lilin.
Namun, katanya, persekitaran kelihatan gelap di restoran itu. - Agensi

Lopez paling berpengaruh



LOPEZ


NEW YORK - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez mengungguli senarai 100 selebriti paling berpengaruh yang dikeluarkan majalah Forbes.
Dia mengenepikan Lady Gaga yang juga penyanyi terkenal yang menduduki No.1 dalam senarai itu sebelum ini.
Lopez, 42, yang juga merupakan pelakon dan penari itu melonjak naik dari kedudukan ke-50 pada tahun lalu.
Pemilihan selebriti itu berdasarkan pendapatan, liputan media dan populariti mereka dalam media sosial.
Menurut Forbes, pendapatan Lopez dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan AS$52 juta (RM161.8 juta).
Kedudukannya meningkat disebabkan tugasnya sebagai juri rancangan realiti televisyen, American Idol, rekaan baharu Kohl's, jenama minyak wanginya dan jutaan pengikutnya di laman sosial Twitter serta Facebook.
Dia juga telah mengumumkan konsert jelajah dunia yang disertai penyanyi popular, Enrique Iglesias.
Pengacara terkenal, Oprah Winfrey yang memiliki saluran televisyen miliknya, OWN TV selepas menamatkan progam The Oprah Winfrey Show kekal berada di tangga kedua.
Penyanyi pop remaja Kanada, Justin Bieber, 18, kekal di kedudukan ketiga.
Penyanyi Rihanna yang tersenarai buat pertama kali menduduki tempat keempat.
Lady Gaga yang mengungguli senarai yang dikeluarkan Forbes pada tahun lalu kini berada di tangga kelima diikuti juri program televisyen X Factor yang baharu, Britney Spears.
Aktor Tom Cruise berada di tangga kesembilan ekoran kejayaannya dalam filem Mission: Impossible - Ghost Protocol.
Penyanyi Britain, Adele menduduki tempat ke-24. - Reuters

FBI buru suami bunuh isteri



GAMBAR yang disiarkan polis pada Selasa lalu menunjukkan sebuah kereta Maserati yang pernah dipandu Jimenez.


CHICAGO - Pihak polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memburu seorang lelaki, Arnoldo Jimenez yang didakwa membunuh isteri yang baru dikahwininya.
Jimenez meninggalkan mayat isterinya, Estrella Carrera dalam tab mandi di apartmen miliknya.
Wanita tersebut masih lagi memakai gaun perkahwinan.
Lebih 30 agensi penguat kuasa undang-undang menyertai misi untuk mengesan lelaki tersebut yang berkahwin secara rahsia dengan Carrera pada Jumaat lalu.
Pihak polis tidak mendedahkan negeri yang menjadi sasaran operasi memburu Jimenez.
"Kami akan mengikuti apa sahaja petunjuk yang kami dapat," kata seorang pegawai polis, Joseph Ford.
"Kami tidak akan berhenti mencarinya dan tidak akan membiarkan dia terlepas," katanya.
Pihak berkuasa mula mencari Jimenez sejurus selepas keluarga Carrera membuat laporan mengenai wanita tersebut selepas tidak mengambil semula dua orang anaknya pada hari Sabtu seperti yang dijanjikan.
Keluarga wanita itu juga gagal menghubungi Carrera dan Jimenez.
Polis kemudian dihubungi oleh keluarga Carrera menyebabkan apartmen wanita itu di Burbank diperiksa.
Menurut pihak polis, kes itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah keganasan rumah tangga. - Agensi

Shah Rukh bertengkar di stadium



SHAH RUKH (kanan) bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan di Stadium Wankhede, Mumbai kelmarin.



MUMBAI - Aktor terkenal, Shah Rukh Khan berdepan dengan siasatan polis dan larangan seumur hidup daripada memasuki sebuah stadium utama kriket di sini selepas dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai.
Shah Rukh bertengkar dengan seorang pengawal itu di atas padang Stadium Wankhede di sini kelmarin.
Kejadian itu berlaku apabila Shah Rukh, 46, membawa beberapa remaja termasuk anak perempuannya, Suhana ke atas padang di stadium tersebut selepas satu perlawanan kriket.
Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, seorang pengawal keselamatan menghalang kumpulan remaja tersebut daripada bermain di atas padang.
Tindakan pengawal itu mencetuskan kemarahan Shah Rukh.
Pelakon itu kemudian bertengkar dengan pengawal tersebut selama 10 hingga 15 minit.
Dua lelaki dilihat campur tangan dalam pertengkaran itu.
Namun, Shah Rukh kemudian mengalah dan meninggalkan stadium tersebut.
"Beberapa pengawal keselamatan memintanya supaya dia beredar tetapi Shah Rukh yang memulakan pertengkaran," kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai, Nitin Dalal.
Menurutnya, dia memasuki padang 30 minit selepas perlawanan berakhir.
"Beberapa pengawal memberitahunya bahawa dia memasuki padang pada masa yang tidak sesuai.
"Shah Rukh tidak berkelakuan baik dan menggunakan bahasa kesat," katanya.
Dalal berkata, pihaknya telah memfailkan aduan kepada polis.
Menurutnya, pelakon itu mungkin dilarang daripada memasuki stadium tersebut pada masa depan.
Sebelum ini, Shah Rukh diarah hadir ke sebuah mahkamah di Jaipur pada lewat bulan ini selepas dia merokok di sebuah stadium kriket.
Merokok tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang antimerokok di stadium.
Pada Januari lalu, dia turut berdepan dengan pergaduhan selepas seorang pengarah wanita mendakwa pelakon tersebut menyerang suaminya.
Shah Rukh merupakan pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders. - Agensi

Thursday, May 17, 2012

Dosa yang lebih besar dari berzina


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. 

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata, 
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." 

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, 
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. 

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, 
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. 

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. 

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" 

Nabi Musa terperanjat. 
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" 
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. 
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. 

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. 

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
http://www.facebook.com/pages/Islam-Iman-Ihsan/126964967412377

Rangka manusia ditemui dipercayai milik bekas ustazah



BACHOK 16 Mei - Misteri kehilangan seorang bekas ustazah yang menghidap penyakit skizofrenia, Norhayati Mat Ripin, sejak 18 April lalu terjawab dengan penemuan rangka dan tulang manusia yang dipercayai miliknya di kawasan sawah padi di Kampung Cherang Hangus, dekat sini tengah hari ini.
Rangka dan tulang manusia itu ditemui seorang pemandu jentera tuai padi yang baru hendak memulakan kerja kira-kira pukul 12 tengah hari.
Ibu mangsa, Ramlah Mohd. Nor, 61, berkata, pemandu jentera itu kemudian memaklumkan penemuan tersebut sebelum dia bergegas ke lokasi.
Ramlah berkata, dia yakin rangka itu milik Norhayati, 39, berdasarkan pakaian yang ditemui di sisinya.
Beliau berkata, kehilangan Norhayati sudah genap sebulan dan anggota keluarga sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mengesannya tetapi gagal.
"Kami hampir putus harap kerana telah mencarinya di merata tempat termasuk menggunakan khidmat bomoh. Rupa-rupanya arwah hanya beberapa meter dari rumah," katanya dengan linangan air mata ketika ditemui di rumahnya di sini.
Ramlah berkata, mereka reda dengan takdir bahawa Norhayati akan 'pergi' sedemikian rupa.
"Makcik reda dengan kejadian yang menimpanya dan tidak tahu kenapa Allahyarham boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik, dia tidak pernah ke sawah berkenaan sebelum ini," katanya.
Menurut Ramlah, anak lelakinya, Mohd. Ridhuan, 39, turut yakin setelah melihat pakaian serta selipar yang ditemui di sisi rangka itu.
"Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat kerana tidak nampak apa yang berlaku. Kita tidak boleh menuduh sebarangan tanpa bukti.
"Sudah takdir. Bagaimanapun, arwah sebenarnya tidak pernah menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes tersebut.

'Hari Malapetaka' diperingati



Seorang wanita Palestin menjerit apabila polis Israel menahan seorang budak lelaki yang disyaki melontar batu dalam satu protes sempena Hari Nakba di Issawiya, timur Baitulmaqdis, semalam. - REUTERS
BAITULMAQDIS 15 Mei - Penduduk Palestin dan Arab-Israel hari ini mengadakan protes besar-besaran sempena Hari Nakba atau Hari Malapetaka sebagai memperingati pengusiran beratus-ratus ribu rakyat negara ini selepas penubuhan Israel pada 1948.
Tunjuk perasaan diadakan di seluruh wilayah Palestin dan wakil agensi AFP melaporkan, berlakunya pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan yang bertindak melontarkan batu di Issawiya, timur Baitulmaqdis awal hari ini.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, sebuah roket turut dilancarkan dari Gaza ke kawasan selatan rejim Zionis, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berkaitan dengan perarakan Hari Nakba.
"Sebutir roket atau mortar dilancarkan dari Semenanjung Gaza, mengenai selatan Israel dan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan," katanya.
Pihak keselamatan Israel diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sempena ulang tahun Nakba, yang sebelum ini pernah diwarnai pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pihak keselamatan.
Rosenfeld berkata, pasukan tambahan juga dikerah untuk mengawal keadaan.
"Kami sedang memantau situasi terkini dengan meletakkan pihak polis dan tentera di kawasan sempadan. Kami berharap perarakan akan berjalan dengan aman.
"Kami juga mengerahkan beberapa unit di kawasan tertentu," katanya tanpa mengulas lanjut lokasi yang dimaksudkan.
Perarakan utama diadakan di bandar Ramallah dekat Tebing Barat, berdekatan penjara tentera Ofer dan pusat kawalan Qalandia.
Satu perarakan besar-besaran juga diadakan di Semenanjung Gaza bermula kira-kira 8 pagi (4 petang waktu Malaysia hari ini), dengan kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di sekitar Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.
Secara tradisinya penduduk Palestin memperingati tarikh 15 Mei sebagai Hari Nakba, sebagai memperingati kejadian lebih 760,000 orang diusir atau melarikan diri dari rumah mereka selepas Israel ditubuhkan.
Kira-kira 160,000 rakyat Palestin, yang dikenali sebagai Arab Israel, masih kekal tinggal di Israel dan jumlah itu meningkat kepada 1.3 juta orang, 20 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di wilayah rejim Zionis terbabit.
Tahun lalu, tentera rejim melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan dari Lebanon dan Syria yang cuba melepasi sekatan pihak keselamatan dan memasuki Israel, menyebabkan 14 orang terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera. - AFP

Konvoi PBB di Syria diserang



Pasukan pemantau PBB di Syria memeriksa rumah-rumah kediaman di Sermeen, utara bandar Idlib yang ranap akibat dibedil tentera kerajaan, kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK 16 Mei - Konvoi pemantau gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria diserang di sebuah pekan kecil di negara ini, semalam ketika satu majlis pengebumian diadakan di kawasan berhampiran.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.
Insiden berlaku ketika konvoi PBB itu melalui jalan Khan Sheikhun, sebuah pekan di wilayah Idlib, menurut aktivis, pemberontak dan pemerhati.
Jurucakap PBB, Martin Nesirky berkata, sebutir bom meletup di hadapan konvoi itu menyebabkan tiga kenderaan rosak.
Menurut jurucakap wakil Liga Arab-PBB Kofi Annan, Ahmad Fawzi, misi pemantau PBB telah menghantar satu pasukan peronda ke pekan itu untuk membantu anggota mereka yang terperangkap akibat pertempuran antara tentera rejim dan pemberontak.
Ini adalah letupan tepi jalan kedua melibatkan kenderaan anggota pemantau PBB dalam tempoh tidak sampai seminggu, selepas insiden di bandar Daraa.
Rakaman video yang dimuat naik di YouTube oleh aktivis menunjukkan, kenderaan konvoi PBB dikerumuni berpuluh-puluh orang sebelum satu letupan berlaku dan sebuah jip yang mengetuai konvoi itu mengeluarkan asap.
Melalui rakaman itu tidak dapat dipastikan sama ada, ada yang cedera atau tidak tetapi kereta itu terus bergerak walaupun mengalami kerosakan di bahagian hud.
Menurut aktivis, konvoi PBB itu segera meninggalkan kawasan itu selepas diserang dan sebuah kereta yang mereka naiki terkena bedilan.
Jurucakap pemberontak Tentera Pembebasan Syria, Mejar Sami al-Kurdi berkata, anggota pemantau PBB tiba di pekan itu ketika satu upacara pengkebumiani diadakan di situ. - AFP

Peguam: Niat Mladic mahu hapus Muslim Bosnia

Peguam: Niat Mladic mahu hapus Muslim Bosnia - Global - Sinar Harian:

Peguam: Niat Mladic mahu hapus Muslim Bosnia
Ratko Mladic mengikuti perbicaraan di Tribunal Jenayah Antarabangsa, The Hague.
THE HAGUE - Perbicaraan bekas komander tentera Bosnia, Ratko Mladic disambung buat hari kedua hari ini dengan dakwaan memfokus bahawa pemimpin tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai warga Srebrenica ketika Perang Bosnia dari 1992 hingga 1995.

Mladic dituduh mengetuai operasi membunuh lebih 7,000 kanak-kanak dan lelaki dewasa Islam Bosnia di Bandar Yugoslavia dan berhadapan hukuman bunuh.

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukannya ke atas warga Srebrenica merupakan kekejaman paling teruk di Eropah selepas Perang Dunia II.

Panglima tentera Serbia ini juga didakwa melakukan pengepungan selama 44 bulan di Sarajevo dan mengakibatkan 10,000 orang mati.

Pada hari pertama perbicaraan semalam, Tribunal Jenayah Antarabangsa diberitahu bahawa Mladic bertindak sedemikian untuk menghapuskan etnik Bosnia.

Pendakwa raya Dermot Groome berkata, beliau dapat membuktikan yang Mladic merupakan penjenayah penghapusan etnik.

“Mladic menjadi komander dan tentera utama Republik Srpska dua dekad lalu," katanya.

Beliau juga membawa video yang menunjukkan berpuluh mati dalam serangan di Sarajevo, Bosnia dan mengesahkan tiada keraguan yang Mladic mengawal serangan tersebut.

Tambah beliau, serangan tersebut merupakan sebahagian daripada pelan bagi membersihkan etnik Serb bukan dari sebahagian Bosnia.

Pendakwa juga menunjukkan serangan hendap di Sarajevo yang menunjukkan imej kanak-kanak yang ditembak mati di jalan raya.

Pihak kehakiman menolak sebarang panggilan untuk melambatkan prosiding walaupun Belanda menghantar satu petisyen atas alasan berat sebelah.

Selepas tujuh belas tahun perang berakhir di Yugoslavia, Ratko Mladic tetap memberikan gambaran beliau masih di medan perang dengan merenung ‘musuhnya’ yang berada di dalam mahkamah walaupun berhadapan dengan hukuman bunuh.

Laporan media CNN semalam menyebut bahawa bekas komander itu berharap dapat mempertahankan tindakannya, namun perjuangan tersebut dilihat tidak jelas ketika ini kerana satu-satunya keputusan yang dijangka dikenakan ke atas beliau adalah bersalah.

Bagaimanapun, dia kelihatan seolah-olah bersemangat untuk melawan semua pertuduhan itu habis-habisan.

Wanita-wanita Srebrenica termasuk janda dan ibu mangsa kini mulai berani tampil berdiri di hadapan beliau di The Hague.

Mereka yang pada asalnya kelihatan agak berputus asa dan ketandusan apabila mengenangkan orang yang dicintai dibunuh kejam mula merasakan petunjuk bahawa kebenaran dan keadilan pasti akan ditegakkan.

Ahli Parti Komunis Yugoslavia, yang berusia 70 tahun itu dikenakan 11 tuduhan, termasuk pembunuhan beramai-ramai terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II.

Sebagai jeneral tentera dan komando , Mladic dituduh oleh di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia kerana bertanggungjawab terhadap dan pembunuhan beramai-ramai bangsa Srebrenica.

Sementara itu, hampir 1,000 batu dari sini, kebanyakan rakyat Bosnia meneruskan kehidupan mereka dengan memulakan perniagaan dan tidak lagi memperkatakan mengenai apa yang berlaku pada peperangan lalu.

Jika timbul pun persoalan itu secara tidak sengaja jika ditanya oleh orang luar, mereka tetap berasa canggung untuk memperkatakannya dan lebih selesa jika perbualan mengenai perkara itu tidak dibangkitkan terutamanya di meja makan.

Berbalik kepada kisah di kamar mahkamah Belanda, seorang wanita Srebrenica yang kelihatan berat untuk menceritakan detik-detik bagaimana pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan, apa lagi ia melibatkan ahli keluarga mereka.

Bolehkah keputusan bersalah terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Mladic cukup dengan hanya dikenakan hukuman penjara atau dibicarakan dengan panjang lebar di mahkamah?

Jika tidak, hukuman penjara yang dikenakan tidak akan mengembalikan semula nyawa-nyawa yang sudah melayang ataupun membetulkan kesalahan yang telah berlaku.

Ketika ini, rakyat Bosnia berharap masa depan yang lebih baik dan mahu menebus kembali  sejarah mereka dan kepada orang-orang yang lebih berhak mendapat masa depan yang lebih baik iaitu ahli-ahli keluarga Srebrenica.

Sebelum ini, Mladic diburu hampir 16 tahun. Dia ditangkap oleh pasukan keselamatan Serbia pada 26 Mei 2011 di Lazarevo, Serbia

'via Blog this'

PELIK! Batang Pokok Yang Tumbang Lalu Membengkok




PELIK! Batang Pokok Yang Tumbang Lalu Membengkok Untuk Selamatkan Kereta Seorang Ustaz. Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan. Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan. Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat. Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

http://www.facebook.com/MaqbulSnipers

Ahli perniagaan maut rempuh tiang lampu isyarat

Ahli perniagaan maut rempuh tiang lampu isyarat - Perak - Sinar Harian:
kemalangan maut
Anggota polis menguruskan mayat mangsa sebelum dibawa ke Jabatan Forensik
untuk bedah siasat.

IPOH - Kegembiraan seorang ahli perniagaan yang dipercayai baru pulang dari jamuan makan malam bersama rakan niaga bertukar tragedi apabila maut dalam satu kemalangan di Jalan Tambun berdekatan susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran sebuah stesen minyak di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, La Choon San, 27, dari Garden Villa, Sunway City, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum maut dalam kemalangan itu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa sedang memandu kereta jenis Mercedez Benz hitam bersendirian.

Tambahnya, pada ketika itu, tiada kenderaan lain berada berhampiran dengan kereta mangsa.

“Siasatan awal, mangsa dipercayai memandu laju sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan yang terletak berhampiran.

“Selepas itu, kereta yang dipandu mangsa turut melanggar tiang lampu isyarat yang berada berdekatan menyebabkan ia tercabut dan jatuh ke jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Shahruddin berkata, kenderaan yang dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk impak daripada rempuhan kuat itu.

Katanya, polis turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan tersebut,” katanya.

'via Blog this'

Ibu lihat anak melambung

Ibu lihat anak melambung - Kelantan - Sinar Harian:

Ibu lihat anak melambung
Motosikal yang dibonceng arwah terlibat kemalangan dengan sebuah kereta.
RANTAU PANJANG – Seorang ibu kepada dua anak hanya mampu melihat badan anak sulungnya melambung ke udara sebelum terperosok ke bawah kereta dalam kemalangan awal pagi semalam.
Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Hambali Nasir, 14, dalam perjalanan dari rumahnya hanya beberapa meter dari tempat kejadian di hadapan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang sebelum motosikal yang diboncengnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta.
Faridah Sulaiman, 41, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan menghantar anak bongsunya ke Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang sempat melihat badan anaknya melambung tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.
Menurutnya, sebaik anaknya jatuh terperosok ke bawah kereta, dia terus mendapatkan anaknya serta berusaha menariknya keluar dari bawah kereta.
"Beberapa orang yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan saya yang agak panik ketika itu.
"Ketika kejadian saya benar-benar terkejut sehingga lupa nombor telefon suami," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah mertuanya di belakang Pasaraya Pantai Timur.
Faridah berkata, Muhammad Hambali tidak menunjukkan banyak perubahan sebelum kemalangan, cuma sejak sebulan lalu dia kerap mengadu badannya lemah serta lesu.
Menurutnya, pagi semalam juga arwah anaknya tidak mahu ke sekolah kerana penat dan letih.
"Dia kerap mengadu penat dan letih tanpa sebab, walau pun dia tidak mahu ke sekolah semalam saya tetap memujuk dan dia akhirnya akur ke sekolah.
"Selalunya sebelum keluar ke sekolah arwah bersalam serta mencium tangan saya, tetapi semalam dia tidak melakukan rutin hariannya itu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa anak sulungnya itu.
Faridah berkata, sebagai ibu dia cukup bangga dengan anaknya yang turut menunjukkan perkembangan membanggakan dalam pelajaran.
Menurutnya, anaknya baru menerima anugerah kecemerlangan di sekolah baru-baru ini, bagaimanapun pasrah dengan dugaan ini.
"Kebiasaannya arwah yang menunggang motosikal sementara rakannya yang cedera pada bahagian kaki membonceng tetapi hari ini sebaliknya apabila dia yang membonceng," katanya.
Sementara itu, nenek arwah, Azizah Ismail, 71, berkata, dia sempat membawa cucunya bercuti di Hadyai dan dia kelihatan begitu seronok memandangkan jarang dibawa melancong keluarganya.
Menurutnya, arwah tidak menunjukkan perubahan dan dia tidak menyangka itu merupakan percutian terakhir bersama arwah.
Jenazah arwah yang meninggal di Hospital Daerah Pasir Mas kira-kira jam 10 pagi semalam dituntut keluarga dan dikebumikan 2 petang di Tanah Perkuburan Islam rantau Panjang.

'via Blog this'

Kancil diseret 10 meter

Kancil diseret 10 meter - Selangor & KL - Sinar Harian:

Kancil diseret 10 meter
Keadaan kereta mangsa yang dikeluarkan bomba dari parit berkenaan.
SABAK BERNAM– Seorang pemuda maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung sebuah treler di Kilometer 62 Jalan Teluk Intan-Klang, dekat Parit Tujuh di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian itu sebuah treler muatan 400 unit TV LCD dari arah Sekinchan, masuk ke laluan bertentangan dan merempuh hadapan kereta mangsa.
Menurutnya, mangsa, Ng Chee Chang, 26, memandu berseorangan dari arah Sungai Besar menuju ke Sekinchan dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi berkenaan.
"Ketika tiba di tempat kejadian, dipercayai, sebuah treler dari arah bertentangan yang dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Utara tiba-tiba masuk ke laluan mangsa menyebabkan berlaku pertembungan.
"Kereta yang dipandu mangsa kemudiannya terseret sejauh 10 meter sebelum terjunam ke dalam parit berhampiran yang dipenuhi air dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Difahamkan, mangsa yang tersepit berjaya di keluarkan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan kira-kira jam 7 pagi.
Mayat mangsa yang berasal dari Jalan Empat, Bagan Sungai Besar itu, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarganya untuk disemadikan.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah mati lemas dan dipercayai mangsa turut mengalami kecederaan organ dalaman.
Manakala pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi kejadian diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242222.

'via Blog this'