Pages

Wednesday, October 20, 2010

Cabul doktor semasa dirawat

SINGAPURA




SEORANG bekas jurutera didenda $8,000 semalam setelah didapati bersalah mencabul kehormatan seorang doktor semasa dirawat.
Pham Thai Ha, 30 tahun, seorang penduduk tetap, didadapti bersalah memegang bahu dan cuba mencium doktor berusia 26 tahun itu semasa menerima rawatan bagi sakit ruam di jarinya.Kejadian itu berlaku di sebuah klinik di Clementi pada 8 Jun tahun lalu.Hakim Daerah Kamala Ponnampalam turut mendapatinya bersalah menggunakan kekerasan dengan mencengkam tangan doktor itu dan cuba menarik beliau ke arahnya.Pada perbicaraan minggu lalu itu, doktor itu memberitahu, setelah memberi preskripsi krim antibiotik untuk ruam di tangannya, Pham mengadu terdapat ruam pada punggungnya.Ketika diperiksa, Pham dikatakan menjadi ghairah dan cuba memegang tangan doktor itu.Selepas memakai bajunya di belakang doktor itu, Pham kemudian memegang bahu doktor tersebut dan cuba menciumnya.Ini menyebabkan doktor itu menjerit memanggil jururawatnya.

Korban Megi di Filipina meningkat kepada 10 orang

RUNTUH DIPUKUL MEGI: Penduduk di bandar Ilagan semalam mencari harta benda mereka sehari selepas taufan Megi, yang meruntuhkan bumbung dan merosakkan rumah dan harta benda, melanda wilayah Isabela di timur laut Filipina. -- Foto AP

Taufan tinggalkan Luzon dan menuju ke selatan China


ILAGAN (Filipina): Taufan Megi semalam meninggalkan pulau Luzon, di Filipina, lalu menuju ke arah China, selepas menurunkan hujan lebat di Manila, menyebabkan banjir yang mengorbankan 10 orang.
Ia dijangka melanda wilayah Guangdong, di selatan China, sama ada Jumaat atau Sabtu ini, lapor agensi Xinhua.Agensi bencana kebangsaan Filipina berkata angka korban akibat ribut itu kini meningkat kepada 10 orang.Mangsa termasuk tiga lelaki yang mati lemas di sebuah kolam ikan ketika ribut melanda dan seorang lelaki yang dihanyutkan air selepas menyelamatkan kerbaunya di sebatang sungai dekat wilayah Isabela.Seorang wanita mati apabila sebatang pokok asam tumbang menimpa rumahnya di wilayah Kalinga, manakala seorang pengawal keselamatan terkorban akibat dihempap pokok cemara di bandar Baguio, kata para pegawai.Di wilayah Pangasinan, seorang ibu, anak perempuannya yang berusia empat tahun dan anak lelakinya berusia dua tahun mati apabila sebatang pokok yang tumbang menimpa rumah mereka, tambah pegawai agensi bencana, Encik Eugene Cabrera.Seorang lelaki mati akibat dipanah petir di wilayah yang sama.Sembilan mangsa lain cedera akibat pokok tumbang, bumbung runtuh dan kaca yang pecah, kata para pegawai.Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino III, semalam berkata meskipun taufan Megi menimpakan kerosakan besar, korban jiwa adalah kecil.Bandar Isabela dan 16 daripada 28 bandar lain di wilayah Cagayan terputus bekalan elektrik.Gabenor Cagayan, Encik Alvaro Antonio, berkata meskipun banyak sawah padi terselamat, ladang pisang dan kelapa di wilayah tersebut mengalami kerosakan teruk.Penilaian awal Kementerian Pertanian Filipina menunjukkan sekurang- kurangnya 10 peratus atau 105,000 tan padi di Lembah Cagayan musnah. Ini lebih rendah daripada yang dijangka.Pegawai agensi bencana, Encik Benito Ramos, berkata 80 peratus rumah di dua bandar pesisir pantai yang dilanda taufan Megi musnah, termasuk sebuah gudang tempat pemerintah menyimpan 2,000 guni beras. -- Agensi.

Geert Wilders pecah belahkan rakyat Belanda


THE HAGUE 19 Okt. - Penduduk Islam Belanda dalam keterangan mereka di mahkamah semalam menyifatkan ahli Parlimen anti-Islam, Geert Wilders sebagai orang berbahaya yang telah memecah-belahkan sebuah masyarakat majmuk yang dahulunya hidup bersama secara aman.
Wilders, 47, didakwa pada 4 Oktober lalu atas tuduhan mencetuskan kebencian dengan menggambarkan Islam sebagai 'fasis' dan menyamakan al-Quran dengan buku Mein Kampf karangan Adolf Hitler.
"Wilders ialah seorang pendukung ideologi berbahaya yang telah memecah-belahkan masyarakat Belanda.
"Saya meminta para hakim melindungi saya sebagai seorang Islam dan seorang yang berketurunan Maghribi daripada Wilders," kata peguam pelatih, Naoual Abaida yang mempunyai ibu rakyat Belanda dan bapa yang berasal dari Maghribi.
Pendakwa raya kelmarin, meminta mahkamah membebaskan Wilders daripada tuduhan yang dihadapinya, dengan alasan kenyataan beliau tidak berunsur jenayah walaupun menyinggung perasaan.
Semalam, pasukan peguam bagi sekumpulan individu dari seluruh Belanda yang memfailkan tuduhan terhadap Wilders memohon keputusan bersalah dan ganti rugi simbolik sebanyak satu euro (RM4.3).
"Kami setiap hari menjadi sasaran kenyataan yang menghasut kebencian terhadap orang asing.
"Anak-anak kami tidak lagi yakin mengenai masa depan mereka, disebabkan suasana diskriminasi, kebencian dan permusuhan yang disebarkan oleh Wilders," kata ahli politik dan aktivis, Mohamed Rabbae.
Keadaan itu seterusnya membawa kepada 'perasaan marah dan kecewa serta bertambah luasnya jurang antara masyarakat Islam dengan penduduk asal Belanda', katanya. - AFPhttp://www.utusan.com.my

Sudan: George Clooney cuba cetus perang


George Clooney


WASHINGTON 19 Okt. - Sudan semalam menuduh aktor Amerika Syarikat (AS), George Clooney cuba mencetuskan semula 'perang' menjelang pungutan suara pada Januari tahun depan di selatan Sudan dan wilayah Abyei, yang mungkin boleh memecah-belahkan negara itu.
Kedutaan Sudan di Washington tersinggung dengan artikel Clooney dan pengasas bersama projek antipenghapusan bangsa Enough Project, John Prendergast yang disiarkan di Washington Post Ahad lalu, tentang misi mereka ke negara itu, baru-baru ini.
"Mereka menyifatkan kunjungan ke selatan Sudan dan Abyei, baru-baru ini sebagai satu misi 'pencarian fakta'.
"Tidak ada satu pun kenyataan dalam artikel itu yang tidak meninggalkan kesangsian bahawa ia adalah satu kempen maklumat salah yang basi dan ia tidak pernah gagal dalam memulakan perang," kata kedutaan tersebut.
Selatan Sudan terlibat dalam perang selama dua dekad dengan utara Sudan yang menyaksikan kira-kira 1.5 juta penduduknya maut dalam pertempuran, penyakit atau kebuluran.
Perang berkenaan berakhir pada 2005 menerusi satu perjanjian damai, yang menetapkan bahagian selatan Sudan perlu mengadakan pungutan suara pada 9 Januari bagi menentukan sama ada ia mahu keluar dari Sudan atau terus kekal menjadi sebahagian negara itu.
Pungutan suara yang sama akan diadakan di wilayah Abyei yang kaya dengan minyak, yang terletak merentangi sempadan utara-selatan Sudan.
Selepas bertemu Presiden Barack Obama minggu lalu, Clooney dan Prendergast berkata, sambutan antarabangsa terhadap perang di Sudan dilihat dingin.
Mereka turut meminta negara-negara Eropah, China dan Mesir menjalankan tindakan tegas terhadap kerajaan Presiden Omar al-Bashir, yang berpusat di Khartoum, ibu negara Sudan. - AFPhttp://www.utusan.com.my

Perancis lumpuh akibat mogok


Kumpulan remaja bertempur dengan pasukan polis antirusuhan ketika mengadakan mogok di Nanterre, pinggir Paris, kelmarin membantah rancangan kerajaan meningkatkan umur persaraan kepada 62 tahun. - AP


PARIS 19 Okt. - Protes dan mogok pekerja yang dilancarkan di seluruh Perancis hari ini bagi membantah rang undang-undang untuk meningkatkan umur persaraan kepada 62 tahun menyebabkan lapangan terbang di negara ini mengurangkan penerbangan dan kenderaan beratur panjang untuk mengisi minyak.
Pekerja seluruh Perancis menyertai mogok itu hari ini selepas seminggu pekerja kilang penapisan minyak dan kumpulan pelajar mencetuskan gangguan.
Kesatuan sekerja melancarkan protes itu bagi menekan kerajaan supaya membatalkan rancangan melaksanakan pembaharuan pencen.
Penerbangan ke Perancis turut diarah supaya dikurangkan ekoran mogok hari ini.
Pihak berkuasa lapangan terbang dalam laman webnya berkata, mogok telah mencetuskan 'kesukaran yang serius'.
Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan rancangan pembaharuan itu sebagai satu-satunya jalan untuk menyelamatkan sistem pencen Perancis.
Jurucakap Parti Sosialis, Benoit Hamon berkata, mogok hari ini merupakan satu 'cubaan yang kuat". - AP

41 maut banjir di Vietnam



Kakitangan perubatan memindahkan seorang pesakit ke atas sebuah bot untuk dihantar ke hospital lain berikutan banjir di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Bangkok, kelmarin. - REUTERS



HANOI 19 Okt. - Bahagian tengah Vietnam dilanda banjir teruk, mengakibatkan 41 orang terkorban dan ramai penduduk terjejas, ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari 15 mangsa penumpang bas, yang hilang akibat dihanyut banjir.
Hujan lebat mula melanda tiga wilayah iaitu Nghe An, Quang Binh, dan Ha Tinh minggu lalu.
Polis Ha Tinh berkata, sebuah bas hilang di lebuh raya utara-selatan utama akibat banjir, semalam.
Menurut televisyen kerajaan, beratus-ratus tentera menggunakan bot dan pengesan logam bertungkus-lumus mencari penumpang-penumpang bas terbabit.
"Pagi ini kami menggunakan tentera dan bot khas mereka untuk mengesan bom dan periuk api dalam usaha mengesan lokasi bas itu. Namun, ia masih belum berhasil," kata Leftenan Jeneral Pham Quoc Cuong kepada televisyen milik negara.
Timbalan ketua polis daerah Nghi Xuan, Tran Van Long berkata, bas yang hanyut itu membawa antara 33 hingga 37 penumpang dan setakat ini lapan orang berjaya diselamatkan.
Sementara itu di Thailand, banjir kilat di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut negara itu, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang sejak awal minggu lepas dan mengakibatkan sebahagian besar daerah itu ditenggelami air.
Pegawai di Jabatan Pencegahan dan Pengawalan Bencana berkata, banjir di wilayah itu merupakan yang terburuk dalam tempoh tiga dekad, apabila tiga orang dilaporkan maut, sementara seorang yang lain masih hilang.
Gabenor wilayah, Rapee Phongbupakit berkata, sebanyak 24 daripada 32 daerah di wilayah itu ditenggelami air, menyebabkan lebih 200,000 penduduk terjejas. - AFPhttp://www.utusan.com.my

Lebih 200 burung, ayam mati secara misteri


TUTINI Paiman menunjukkan dua ekor ayam peliharaannya yang mati tanpa diketahui puncanya di Kampung Parit Medan dekat Kundang Hulu, Ledang, Johor, kelmarin. - utusan/Ishak Rahmad


LEDANG 19 Okt. - Lebih 200 ekor burung layang-layang serta berpuluh-puluh ekor ayam dikesan mati secara misteri di Kampung Parit Medan, Kundang Hulu sejak Isnin lalu.
Fenomena tersebut pada mulanya disangka biasa oleh penduduk kampung namun dengan jumlah kematian unggas bertambah dari sehari ke sehari, ia telah menimbulkan kebimbangan.
Seorang penduduk, Norodin Badri, 51, memberitahu, dia mula menyedari kematian burung layang-layang di sekitar kampungnya itu pada Isnin minggu lalu apabila melihat beratus-ratus bangkai haiwan tersebut.
"Memang banyak bangkai burung yang berselerak dan kira-kira 30 hingga 40 ekor di sekitar laman masjid, taman permainan serta tepi-tepi jalan di Kampung Parit Medan.
"Apa yang kita lihat, bangkai-bangkai burung ini berlonggok di bawah talian elektrik dan itu membuat kita menyangka ianya terkena renjatan elektrik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, kesemua bangkai burung itu telah ditanam penduduk kampung atau menjadi makanan kucing.
Bagaimanapun, kata Norodin, penduduk kampung semakin tertanya-tanya apabila kematian haiwan di kampung itu tidak hanya melibatkan burung layang-layang malah turut melibatkan ayam ternakan.
"Sehingga kini, saya telah bertemu dengan dua orang kawan dan masing-masing memberitahu yang kira-kira 20 ekor ayam mereka telah mati sejak Selasa minggu lalu," katanya.
Menurut seorang lagi penduduk, Tutini Paiman, 44, dia sendiri tidak faham bagaimana 20 ekor ayam miliknya mati secara misteri serentak dengan kematian burung layang-layang di kampungnya itu.
"Semalam sahaja, lima ekor ayam saya telah mati, memang tidak sempat nak sembelih sebab sebelum itu, ayam-ayam saya itu pening-pening lalat di sekitar rumah," katanya.
Katanya, dia berharap kejadian tersebut tidak membawa keadaan yang tidak diingini kerana kali terakhir ayam-ayamnya terkena penyakit sampar adalah dua tahun yang lalu.
Sementara itu, menurut Pegawai Perkhidmatan Veterinar daerah Ledang, Pauzan Kasni, pihaknya telah menerima laporan mengenai fenomena kematian beratus burung layang-layang itu minggu lalu dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenai pasti punca kejadian.
"Begitupun, maklumat mengenai kematian ayam ini kami baru terima dan sepasukan pegawai veterinar dari Nusajaya akan datang esok bagi memeriksa sampel bangkai binatang ini dan kaitannya dengan kematian burung layang-layang," katanya.http://www.utusan.com.my

Tragedi bot ekspres: Dua lagi mayat ditemui, 5 masih hilang


Sepasukan anggota penyelamat melakukan operasi mencari mangsa yang masih hilang di sekitar bot ekspres yang karam di hulu Sungai Anap, Tatau, Sarawak, semalam.

BINTULU 19 Okt. – Dua lagi mayat penumpang bot ekspres yang terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah kapal tunda di hulu Sungai Anap, Tatau dekat sini semalam ditemui hari ini, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada enam orang.
Ketika ini, usaha mencari dan menyelamat lima lagi mangsa yang masih hilang sudah dihentikan pukul 7 petang ini dan akan disambung semula pagi esok.
Hari ini, mayat dua mangsa iaitu Bermas Myiun, 26, dari rumah panjang Ringkai, Tatau dan Lily Manggie, 38, dari rumah panjang Pandong, Kakus ditemui terapung tidak jauh dari lokasi perlanggaran pukul 1.30 petang dan 2.20 petang.
Semalam, empat mayat penumpang yang ditemui ialah Jennifer Yak, 10 bulan; Mias Renggan, 75, dari Nanga Belunggai, Kakus; Wilfred Ukir Salleh, 56, dari rumah panjang Sudan, Sungai Naman Sibu; dan Wong Siew Guan, 29, dari Sungai Durin, Sibu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, dua mayat ditemui petang ini selepas empat mangsa termasuk seorang bayi 10 bulan ditemui malam tadi.
Katanya, sejurus kejadian itu, pihaknya menahan seorang pemandu bot berusia 58 tahun dan bertindak mereman lelaki yang berasal dari Sibu itu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Buat masa ini, kita percaya kemalangan ini berpunca daripada kecuaian manusia dan tidak menolak kemungkinan untuk mengenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan ke atas pemandu bot terbabit.
“Kita juga mungkin akan mengambil tindakan terhadap pemandu kapal tunda terbabit sekiranya dia turut didapati cuai sehingga menyebabkan berlaku kemalangan ini,” katanya kepada pemberita di Kem Kelebu di sini hari ini.
Dalam nahas yang berlaku pukul 2.30 petang semalam, empat penumpang dilaporkan maut manakala sembilan lagi hilang apabila sebuah bot ekspres yang mereka naiki terbalik dan karam selepas terlanggar kapal tunda membawa balak.
Dianggarkan kira-kira 30 penumpang berada di dalam bot ekspres berkenaan yang sedang menghala ke Kakus dari Tatau.
Dalam kejadian itu, seramai 17 penumpang terselamat hasil bantuan segera pihak berkuasa yang menjalankan kerja mencari dan menyelamat bersama pekerja pembalakan di Kem Kelebu, tidak jauh dari tempat nahas itu berlaku sejurus selepas kejadian.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa membabitkan polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Gerakan Marin serta penduduk kampung membabitkan tujuh penyelam dan penggunaan tujuh buah bot.
Mohmad memberitahu, lima mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Peter, 28, dan anaknya Amilia, 3, seorang penumpang lelaki yang hanya dikenali sebagai Empum, Lenny Ibin, 9, serta Alicia Emelda Sumping, 5.
Beliau berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan ada yang telah dituntut oleh keluarga masing-masing.
“Sehubungan itu, polis meminta sekiranya ada penduduk yang kehilangan ahli keluarga supaya segera memaklumkan kejadian itu kepada polis kerana kita tidak dapat memastikan jumlah sebenar penumpang yang berada di dalam bot berkenaan,” katanyahttp://www.utusan.com.my

Siti Balqis pulih – Ustaz Sharhan


Ustaz Sharhan Shafie (kanan) meneruskan rawatan Siti Balqis Mohd. Nor di Kampung Gong Nangka, Besut, semalam.


BESUT 19 Okt. – Pengamal rawatan Islam, Ustaz Sharhan Shafie mendakwa, gadis ghaib Siti Balqis Mohd. Nor, 22, kini sudah pulih daripada gangguan misteri yang membelenggu dirinya sejak tiga bulan lalu.
Beliau berkata, setelah seminggu menjalani rawatan, pihaknya mendapati tiada lagi gangguan dalam diri Siti Balqis sebaliknya gangguan berlaku di luar diri gadis tersebut.
Katanya, fasa pertama tujuh hari telah berlalu tanpa insiden gangguan terutama menyembunyikan gadis tersebut dan akan masuk fasa kedua serta ketiga yang kesemuanya berjumlah 21 hari sejak rawatan pertama dijalankan.
Bagaimanapun menurutnya, keadaan Siti Balqis akan terus dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan gadis itu benar-benar pulih daripada gangguan tersebut.
“Jika dalam tempoh 21 hari tiada gangguan berlaku, bermakna Siti Balqis dan keluarganya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya selepas selesai menjalankan rawatan terhadap Siti Balqis di Kampung Gong Nangka, dekat sini malam tadi.
Beliau yang menjalankan rawatan ke atas Siti Balqis dan ibunya, Norizan Said kira-kira dua jam bermula pukul 7 malam hingga 9 malam turut menasihatkan masyarakat Islam supaya sentiasa mengamalkan ayat- ayat al-Quran bagi mengelakkan gangguan.
Pengamal rawatan Islam dari Pusat Rawatan Sinar Zamdurani itu berkata, kehadiran jin dalam sesebuah rumah boleh dikesan antaranya rumah tidak ada seri, rasa berdebar tanpa sebab selain bulu roma tengkuk dan lengan seseorang itu tiba-tiba meremang dan berdiri tegak.
“Jangan ketepikan soal alam ghaib ini atau menganggapnya sebagai tahyul kerana jika kita sendiri tidak mengalaminya, maka sukar untuk kita percaya apa yang berlaku ke atas Siti Balqis dan keluarganya.
“Begitu juga ada pihak menganggap laporan berita mengenai Siti Balqis ini sengaja dibuat-buat dengan tujuan untuk mensensasi dan melariskan surat khabar atau media lain,” katanya.
Mengenai 14 biji permata yang diperolehi Siti Balqis dan ibunya sepanjang tempoh gangguan sebelum didapati hilang, beliau berkata, semuanya berlaku dengan izin Allah.
“Ini mungkin pemberian Allah kepada ibu Siti Balqis yang sabar menghadapi pelbagai dugaan menimpa diri dan anak gadisnya itu dalam tempoh tiga bulan,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Balqis kelihatan lebih ceria malah selera makannya bertambah berbanding sebelum ini.

Ali Khamenei jelajah Iran minta para ulama sokong Ahmadinejad


20/10/2010 4:50am

TEHRAN 19 Okt. - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memulakan lawatan 10 hari ke bandar suci Qom dalam usaha untuk membawa ulama-ulama kanan kepada arus sistem polisi negara yang memerintah sekarang.
Lawatan itu sebagai bukti jelas bahawa Ali Khamenei mahu agar barisan para pemimpin agama negara itu bersatu ketika Iran menghadapi tekanan serius antarabangsa ke atas program nuklear negara berkenaan.
Ali Khamenei, yang menjadi kata pemutus bagi semua urusan dalam negara Iran mahu seluruh rakyat menyokong Presiden Mahmoud Ahmadinejad setelah berlalu pertikaian pada pilihan raya tahun lalu.
Tetapi ramai ulama kanan di Qom tidak memihak kepada Ahmadinejad, sebaliknya semakin lantang mengkritik kerajaan.
Dalam ucapan sulongnya semalam Khemenei memberitahu para ulama di Qom yang mereka perlu memberi sokongan kepada para pemimpin terutama Ahmadinejad. - APhttp://www.utusan.com.my

Pentagon di tembak


20/10/2010 4:50am

WASHINGTON 20 Okt. - Seseorang telah melepaskan tembakan dan menghentam bangunan Pentagon awal semalam sehingga menyebabkan berlaku sedikit kerosakan, kata pegawai pertahanan.
Polis yang melindungi bangunan agam ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu telah menutup buat sementara beberapa batang jalan raya dan laluan pejalan kaki menuju ke bangunan tersebut selepas orang awam dilaporkan mendengar bunyi tembakan datang dari arah selatan kemudahan di situ.
Jurucakap Pentagon, Kolonel Marin Dave Lapan berkata, seorang tukang sapu di kawasan kemudahan itu telah menemui beberapa kesan tembakan dan hentaman di bangunan tersebut.
Lapan bagaimanapun tidak tahu berapa banyak kesan dan dari senjata jenis apa.
Berpuluh-puluh anggota polis kemudian kelihatan berlegar-legar di sekitar kawasan yang menjadi sasaran tembakan di bahagian selatan bangunan tersebut.
Lapan berkata, tidak kecederaan berlaku tanpa menjelaskan sama ada mereka mengetahui mengenai suspeknya. - AP

3 artis Indonesia didakwa murtad

RIANTI berkahwin di gereja di New York. 
RIANTI berkahwin di gereja di New York.
SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan de�ngan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.
Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.


Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkemba�ngan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu me�ngenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan pe�nyanyi yang nama lengkap�nya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan menge�sahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upa�cara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy me�negaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubu�ngan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami ma�sing-masing.

Tuesday, October 19, 2010

Different between Wife & Girlfriend



Some people say:
Wife is a  HARIMAU ...............

Girlfriend is HARI HARI MAU

And some say:
Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV, Go out bring HP.

No money, sell  TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.

TV is big, bulky and most of the time old but HP is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.

Most Important, TV got remote but HP don't have.

Last but not least.......
TV do not have virus but HP have VIRUS......
Once get it, HABIS LAH.

So better choose ??????????

RAHSIA IBLIS

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.



1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "



2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."



3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).



4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"



5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."



6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."



7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)



8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "



9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."



10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah." 








SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA http://online-promotion2u.blogspot.com/

Anggota al-Qaeda dijatuhi hukuman mati




Saleh al-Shawsh (kanan) dikawal seorang anggota keselamatan Yemen dengan tangannya digari semasa memasuki bangunan mahkamah di Sanaa, semalam. Mahkamah Yemen menjatuhi hukuman mati ke atas Saleh setelah dia mengaku bersalah melancarkan tujuh serangan maut di Yemen. - AFP



SANAA 18 Okt. - Mahkamah Yemen hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas anggota al-Qaeda yang pakar membuat bom, Saleh al-Shawsh yang didapati bersalah.
Hukuman itu dijatuhkan ketika tercetus pertempuran sengit antara pasukan keselamatan dan rangkaian jihad al-Qaeda cawangan tempatan.
"Insya-Allah, kamu akan musnah di tangan kami dan ia akan bermula dari Abyan," jerit Shawsh dari kandang pesalah sebaik-baik hakim menjatuhkan hukuman.
Dia merujuk kepada pertempuran sengit di wilayah selatan antara pihak tentera dengan suspek militan Al-Qaeda sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Shawsh mengaku terlibat dalam tujuh serangan maut yang dilancarkan al-Qaeda ke atas pangkalan minyak dan tempat simpanan senjata tentera di wilayah Hadramawt dan Marib, di timur ibu kota Sanaa.
Dia tidak mengemukakan rayuan atas keputusan tersebut. - AFP

Jangan terpedaya dengan Dr. Asri Zainal Abidin - Ustaz Azhar Idrus

Taufan Megi gempur Filipina





2010/10/19

SEBUAH kenderaan cuba melepasi pokok  tumbang yang menghadang jalan akibat dilanda  taufan Megi di Cauayan,  wilayah Isabela semalam.
SEBUAH kenderaan cuba melepasi pokok tumbang yang menghadang jalan akibat dilanda taufan Megi di Cauayan, wilayah Isabela semalam.
MANILA: Taufan Megi menjadi ribut paling kuat dalam tempoh beberapa tahun ini melanda Filipina semalam, manakala banjir di Vietnam menghanyutkan sebuah bas dan menyebabkan 20 orang hilang termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang terlepas dari pegangan ibunya. 

Ribut yang melanda Filipina itu menyebabkan sekurang-kurangnya seorang lelaki dilaporkan lemas dan taufan yang sama dijangka akan melanda China di mana pihak berkuasa sudah memulakan aktiviti memindahkan 100,000 penduduk dari sebuah kawasan wilayah pantai.Ribut berkenaan kemudian akan berpindah ke Vietnam di mana 24 kematian akibat banjir dilaporkan sejak beberapa hari lalu.Pihak berkuasa memberi amaran berjuta penduduk di sepanjang laluan taufan supaya berjaga-jaga berhadapan dengan kerosakan tanaman, rumah dan terputus bekalan elektrik. 

Megi membawa angin selaju 225 kilometer sejam (kmj) hingga 260 kmj ketika mendarat di Teluk Palanan tengahari semalam di wilayah Isabela dan dilaporkan mula reda apabila merentasi pergunungan di utara Filipina, Luzon. 

Seorang lelaki yang cuba menyelamatkan kerbaunya dilaporkan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai sebelum lemas, kata Bonifacio Cuarteros, seorang pegawai agensi bencana wilayah Cagayan. 

Taufan berkenaan turut menumbangkan tiang elektrik selain memutuskan bekalan kuasa, telefon dan perkhidmatan internet di kebanyakan kawasan. – AP http://www.bharian.com.my

Wartawan asing dilarang memasuki Myanmar




2010/10/19

NAYPYITAW: Wartawan asing tidak dibenarkan memasuki Myanmar untuk membuat liputan pilihan raya pertama negara itu dalam tempoh 20 tahun kata pegawai, merujuk sekatan terbaru pilihan raya yang dikritik banyak pihak sebagai satu penipuan. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Thein Soe, berkata pihaknya tidak melihat keperluan mengeluarkan visa kepada wartawan asing kerana ada ramai wartawan tempatan yang bekerja dengan media asing. Beliau juga menegaskan sekali lagi bahawa pemerhati luar tidak diperlukan untuk memantau pilihan raya.Kerajaan junta sebelum ini menyifatkan pilihan raya itu sebagai langkah penting ke arah demokrasi selepas pemerintahan tentera selama lima dekad.Pengkritik berkata peraturan kempen yang keras, tekanan ke atas parti pembangkang dan pelbagai sekatan lain dikenakan bagi memastikan tentera dapat meneruskan pemerintahan selepas pilihan raya. 

“Wakil di Yangon yang bekerja dengan media asing boleh membuat liputan pilihan raya tetapi tiada wartawan asing dibenarkan,” kata Thein Soe kepada diplomat dan wakil media Myanmar, dalam taklimat pilihan raya yang diadakan di Naypyitaw. 
Hanya 25 ‘wakil media asing’ berdaftar di Myanmar. – AP http://www.bharian.com.my

Bollywood papar kisah 'Obama terperangkap'




2010/10/19

OBAMA pernah beberapa kali muncul  sebagai karektor komik.
OBAMA pernah beberapa kali muncul sebagai karektor komik.
MUMBAI: Menjelang lawatan Barack Obama ke India bulan depan, Bollywood akan mengeluarkan filem komedi mengenai penculikan, dengan perjalanan ceritanya berkisar pada usaha presiden berkenaan untuk memulihkan ekonomi Amerika Syarikat. 

Phas Gaya Re Obama atau Obama Terperangkap, dihasilkan dengan perbelanjaan 35 juta rupee (RM791,804), mengenai kumpulan kecil samseng di utara India, yang terjejas akibat kelembapan ekonomi global.Filem itu diedarkan Warner Bros sudah siap tetapi akan hanya ditayangkan di layar perak 26 November, beberapa minggu selepas lawatan Obama, yang dijadualkan pada awal bulan.Phas Gaya Re Obama perlu memberi laluan kepada beberapa siri filem perbelanjaan besar yang secara tradisinya ditayangkan ketika perayaan Deepavali, pada 5 November depan. 

Filem itu tidak memaparkan watak Obama secara langsung, dibintangi model Neha Dhupia, yang pernah muncul di kaca televisyen Amerika dalam siri Bollywood Hero tahun lalu. 

Ceritanya mengenai penculikan seorang rakyat India bukan pemastautin yang kembali untuk menjual hartanah nenek moyangnya bagi membayar balik hutang di Amerika selepas jatuh bankrap akibat krisis ekonomi dunia. – Agensi http://www.bharian.com.my

WikiLeaks bocorkan 500,000 lagi dokumen Pentagon





2010/10/19

WASHINGTON: Laman web WikiLeaks dijangka menyiarkan lebih 500,000 lagi fail sulit perang Iraq minggu ini, ketika Jabatan Pertahanan Amerika (Pentagon) menubuhkan sebuah pasukan 120 orang untuk menilai implikasi pembocoran maklumat itu. 

Pendedahan terbaru Wikileaks ini adalah jauh lebih banyak berbanding pendedahan sebelum ini, apabila 70,000 fail sulit tentera Amerika dibocorkan.Jurucakap Pentagon, Kolonel Dave Lapan berkata masa maklumat itu akan didedahkan tidak dinyatakan, tetapi pihaknya sudah membuat persediaan seawal hari ini dan esok.Beliau berkata fail terbaru yang akan didedahkan mungkin mengenai taktikal pangkalan data di Iraq yang menyenaraikan kegiatan membabitkan operasi ketente-raan selain hubungan antara pegawai tentera dengan tokoh puak dan sekutunya. 

“Walaupun konflik Iraq tidak lagi diperdebatkan di Amerika sejak kebelakangan ini, dokumen yang didedahkan mungkin membangkitkan semula ingatan kepada tempoh paling mencabar dalam perang itu termasuk skandal penderaan tahanan di penjara Abu Ghraib. 

“Ia juga dibimbangi mencetuskan semula perdebatan mengenai pihak yang menjerumuskan Iraq ke kancah perang dan sehingga kini masih menghadapi kemelut politik sejak pilihan raya Mac lalu,” katanya. 

Lapan berkata pasukan Pentagon percaya mereka tahu dokumen mana yang akan didedahkan Wikileaks. – Reuters http://www.bharian.com.my