AL-KHURMA (Arab Saudi): Walaupun kerajaan Arab Saudi melarang wanita memandu di negara itu, Noura Hamdan, 55, tidak menghadapi masalah mengendalikan kenderaannya sejak berusia 17 tahun.
Ketika belasan tahun, dia biasa memandu lori tangki air untuk mengedarkan bahan itu ke kampung.
Apabila dia semakin dewasa, Noura semakin dikenali di kalangan penduduk kawasan padang pasir di pedalaman kerana kerjanya itu.
Walaupun tahu wanita dilarang memandu, dia dan wanita lain yang boleh memandu di situ tidak pernah mengendahkannya, sebaliknya terus memandu lori berkenaan.
Mereka juga tidak pernah menghadapi masalah dengan sesiapa.
“Ia berlaku kerana kerjasama dan sikap saling menghormati di kalangan masyarakat setempat.
“Tiada sesiapa di sini pelik melihat wanita memandu kenderaan kerana ia memang satu keperluan di kawasan terpencil ini,” katanya.
Dulu, katanya, ramai wanita menggunakan unta sebagai alat pengangkutan.
“Kini keadaan sangat berbeza.
Bagi Sharira, 45, dia terpaksa belajar memandu kerana keadaan memerlukannya begitu.
Katanya, suaminya meninggal 10 tahun lalu dan terpaksa membesarkan dua anak perempuan.
“Saya terpaksa belajar memandu dan apabila mahir, membeli lori pikap untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah serta ke kedai,” katanya. - Agensi
Monday, September 13, 2010
'Bunuh pembunuh'
MANAMA: Warga Kuwait menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman mati atau penjara untuk tempoh lama ke atas pemandu yang membunuh seorang remaja Mesir sejurus dia tiba di Kuwait untuk meraikan Aidilfitri bersama bapanya.
Mangsa yang baru berusia 15 tahun dijemput bapanya di lapangan terbang bersama ibu dan adiknya pada subuh Aidilfitri pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, detik menggembirakan itu bertukar tragedi apabila kenderaan keluarga itu dilanggar sebuah kereta lain.
Saksi berkata, kereta terbabit membelok secara tiba-tiba selepas dipandu melulu oleh seorang pemuda yang keluar sejak awal pagi.
Sumber pula berkata, bapa mangsa berhenti di persimpangan untuk memberi laluan kepada kereta pemuda berkenaan yang dilihatnya dipandu secara berbahaya.
“Bagaimanapun, kereta itu terbabas dan melanggar kenderaan mangsa,” katanya.
Remaja terbabit terbunuh di tempat kejadian, manakala ibu dan adiknya parah.
Penulis blog, Abu Dhabi, berkata hukuman mati sesuai untuk pemandu itu.
“Kerajaan mesti memberi contoh kepada semua pemandu berbahaya,” katanya.
Seorang lagi penulis blog, Abu Adel, berkata hukuman mati mesti dikenakan sebagai langkah pencegahan mengelak insiden sama berulang.
Bagaimanapun, penulis blog lain, Shaqhan berkata dia yakin pemandu terbabit akan terlepas daripada sebarang hukuman kerana campur tangan politik.
“Pada 1960-an dan 1970-an, kita tak pernah berdepan dengan masalah ini tapi kini ahli parlimen banyak campur tangan,” katanya. - Agensi

Sembelih jiran sedang zikir
GRESIK: Ketika umat Islam Indonesia meraikan Aidilfitri dengan saling mengunjungi dan bermaaf-maafan, seorang lelaki sebaliknya bertindak nekad membunuh jirannya dengan amat kejam.
Abidin, 25, dikatakan membunuh Bahrul Ulum, 27, dengan menyembelihnya dari belakang ketika mangsa leka berzikir di sebuah masjid di Dusun Karanganyar, Dukun, Jawa Timur.
Suspek dipercayai menggunakan sabit ketika melakukan pembunuhan itu.
Menurut sumber, suspek nekad membunuh mangsa kerana berdendam dituduh merosakkan deretan kain tanda diletak di sepanjang laluan ke rumah mangsa.
Katanya, sebaik pembabitan Abidin diketahui, polis menahan dan membawanya ke ibu pejabat di Gresik bagi mengelak dia dibelasah penduduk kampung yang berang dengan kekejaman itu. - Agensi

Suri rumah nyaris dipatuk
MASJID TANAH: Seorang suri rumah nyaris dipatuk ular tedung selar yang melingkar di atas mesin basuh di rumah mentuanya di Kampung Solok, Pengkalan Balak, dekat sini, ketika hendak mandi selepas menyediakan persiapan untuk juadah raya, tengah malam, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, Zety Zali, 42, sedang bersiap untuk masuk ke bilik air dan ketika sedang menadah air di dalam besen, beliau terpandang objek berwarna kelabu sebesar paha budak berusia tujuh tahun melunjur ke bawah.
Menurutnya, ketika masuk ke dalam bilik air tiba-tiba beliau terdengar bunyi seakan mendengus dari arah mesin basuh dan menoleh untuk melihat objek berkenaan yang pada mulanya disangkakan kayu.
Beliau cuba menjolok dengan kayu sebelum mendapati objek itu yang lembik dan bergerak dan senyap.
“Saya keluar sebentar sebelum masuk semula selepas beberapa minit kerana berasa tak sedap hati. Saya terperanjat dan menjerit sekuat hati kerana benda itu rupa-rupanya ular tedung sepanjang kira-kira empat meter lebih yang menjalar ke atas dinding bilik air untuk keluar.
“Saya menjerit memanggil suami yang ketika itu berada di luar, namun jeritan saya tidak didengari sesiapa sebelum saya keluar meminta bantuan,” katanya.
BAHAYA...ular tedung selar sepanjang 4.5 meter yang ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, Zety Zali, 42, sedang bersiap untuk masuk ke bilik air dan ketika sedang menadah air di dalam besen, beliau terpandang objek berwarna kelabu sebesar paha budak berusia tujuh tahun melunjur ke bawah.
Menurutnya, ketika masuk ke dalam bilik air tiba-tiba beliau terdengar bunyi seakan mendengus dari arah mesin basuh dan menoleh untuk melihat objek berkenaan yang pada mulanya disangkakan kayu.
Beliau cuba menjolok dengan kayu sebelum mendapati objek itu yang lembik dan bergerak dan senyap.
“Saya keluar sebentar sebelum masuk semula selepas beberapa minit kerana berasa tak sedap hati. Saya terperanjat dan menjerit sekuat hati kerana benda itu rupa-rupanya ular tedung sepanjang kira-kira empat meter lebih yang menjalar ke atas dinding bilik air untuk keluar.
“Saya menjerit memanggil suami yang ketika itu berada di luar, namun jeritan saya tidak didengari sesiapa sebelum saya keluar meminta bantuan,” katanya.
Diseksa sampai mati
KUALA LANGAT: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

CARI BUKTI...anggota polis memeriksa sisa tulang dan abu mayat di Banting, semalam. Gambar kecil, salah seorang suspek yang ditahan.Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.
Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.
Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu.
Menurutnya, hasil siasatan, polis memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun disyaki dalang utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam selain adik suspek berusia 38 tahun.
“Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit selain enam lagi suspek turut terbabit.
“Lima suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas kelmarin. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun turut dikaitkan kes pembunuhan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti pekerja kepada Datuk berkenaan termasuk ada antara mereka pekerja di ladang tempat mangsa dibunuh
“Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.
Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.
|”Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.
“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini,” katanya.
Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.
“Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.
“Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh,” katanya.
Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu semasa keempat-empat mangsa berada di Banting untuk bertemu peguam bergelar Datuk berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar mereka dibunuh, tetapi ia mungkin antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehingga semalam.
Mengenai keluarga mangsa, beliau memberitahu, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kes terbabit dan polis menjelaskan kepada mereka pengesahan lanjut daripada forensik dan Jabatan Kimia diperlukan mengesahkan sepenuhnya kematian semua mangsa.
“Apa yang saya boleh sahkan sekarang, pengakuan suspek menjurus ke arah itu,” katanya.
Mengenai tahap siasatan, beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan, namun semua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan selepas polis menerima laporan forensik dan kimia.
“Laporan forensik dan kimia akan mengambil masa, dan keluarga mangsa dan media akan dimaklumkan sebaik saja kami menerima semua laporan mengenai perkara ini,” katanya.
SIDANG AKHBAR...Bakri(kiri) mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan Sosilawati bersama tiga rakannya, semalam.
CARI BUKTI...anggota polis memeriksa sisa tulang dan abu mayat di Banting, semalam. Gambar kecil, salah seorang suspek yang ditahan.

Empat maut tembung bas
KUANTAN: Dua pasangan suami isteri terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dalam dua dalam kemalangan ngeri di Pahang dengan satu pasangan maut dalam keadaan mengerikan apabila kedua-duanya terperosok di bawah bas ekspres dua tingkat Transnasional selepas kereta dinaiki dirempuh kenderaan berat itu di Kilometer 22.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Gambang, awal pagi Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, Ahmad Indra yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala isterinya yang juga anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu untuk menyambut Aidilfitri apabila terbabit dalam kemalangan itu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dipandu Ahmad Indra dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang besi menyebabkan kenderaanya melintang di tengah jalan sebelum dirempuh bas ekspres berkenaan.
Zulkifli berkata, siasatan turut mendapati rempuhan kuat itu mengakibatkan kereta mangsa diseret sejauh kira-kira 20 meter.
“Pasangan itu yang belum dikurniakan cahaya mata meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.
“Pada masa sama, sebuah kereta lain iaitu Nissan Sentra yang datang dari arah sama turut merempuh belakang bas berkenaan, tetapi pemandu serta penumpangnya tidak cedera.
“Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit berikutan kereta mereka terperosok di bawah bas,” katanya.
Dalam satu lagi kejadian di di Kilometer 358 Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu, dekat Raub, petang Khamis lalu, Adnan Ahmad, 43, dan isterinya, Adira Akhlak Ahmad, 36, berasal dari Ketereh, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta Proton Waja dinaiki bertembung dengan bas ekspres.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua anak lelaki pasangan itu berusia 13 dan 14 tahun serta seorang anak perempuan berusia tujuh tahun cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Raub (HR).
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata ketika kejadian, lima sekeluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bercuti menyambut hari raya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu Adnan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Katanya, kereta mangsa remuk di bahagian depan menyebabkan pasangan suami isteri itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.
Wan Mohd Samsuddin berkata, bas ekspres terbabit tidak membawa penumpang manakala pemandunya, Mohamad Nor Hamidi Ismail, 35, dari Teluk Gadung, Klang, Selangor tidak cedera.
REMUK...keadaan kereta yang terperosok di bawah bas ekspres.
Mayat mangsa, Ahmad Indra Sujud, 32, dan isterinya, Lans Koperal Zuraidah Mahmad, 31, terpaksa dikeluarkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Taman Tas dalam kejadian jam 3.30 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, Ahmad Indra yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala isterinya yang juga anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu untuk menyambut Aidilfitri apabila terbabit dalam kemalangan itu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dipandu Ahmad Indra dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang besi menyebabkan kenderaanya melintang di tengah jalan sebelum dirempuh bas ekspres berkenaan.
Zulkifli berkata, siasatan turut mendapati rempuhan kuat itu mengakibatkan kereta mangsa diseret sejauh kira-kira 20 meter.
“Pasangan itu yang belum dikurniakan cahaya mata meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.
“Pada masa sama, sebuah kereta lain iaitu Nissan Sentra yang datang dari arah sama turut merempuh belakang bas berkenaan, tetapi pemandu serta penumpangnya tidak cedera.
“Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit berikutan kereta mereka terperosok di bawah bas,” katanya.
Dalam satu lagi kejadian di di Kilometer 358 Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu, dekat Raub, petang Khamis lalu, Adnan Ahmad, 43, dan isterinya, Adira Akhlak Ahmad, 36, berasal dari Ketereh, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta Proton Waja dinaiki bertembung dengan bas ekspres.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua anak lelaki pasangan itu berusia 13 dan 14 tahun serta seorang anak perempuan berusia tujuh tahun cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Raub (HR).
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata ketika kejadian, lima sekeluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bercuti menyambut hari raya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu Adnan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Katanya, kereta mangsa remuk di bahagian depan menyebabkan pasangan suami isteri itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.
Wan Mohd Samsuddin berkata, bas ekspres terbabit tidak membawa penumpang manakala pemandunya, Mohamad Nor Hamidi Ismail, 35, dari Teluk Gadung, Klang, Selangor tidak cedera.
Waris Tok Nai Din, Hashim berkumpul
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my
2010/09/12
SEBAHAGIAN dari 350 anggota keluarga Penghulu Hashim berkumpul di dewan Tenaga Nasional sempena majlis perjumpaan Aidilfitri.
1,000 ahli keluarga bertemu di Kuala Kedah, Mergong
ALOR SETAR: Sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna kepada kira-kira 1,000 keturunan daripada susur-galur keluarga Tok Nai Din dan Penghulu Hashim apabila masing-masing menganjurkan pertemuan keluarga di Kuala Kedah dan Mergong di sini, kelmarin.Kira-kira 700 waris daripada keluarga Tok Nai Din dan lebih 300 keluarga Penghulu Hashim berhimpun di pekarangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Kedah dan Dewan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mergong di sini, bermula jam 10 pagi.Pengerusi Perjumpaan Keluarga Tok Nai Din, Sheikh Alauddin Sheikh Abu Bakar, berkata ini perjumpaan kali ke-37 yang diadakan sejak 1974 membabitkan generasi ke-11 keluarga berkenaan.
Beliau berkata, program itu dianjurkan sempena sambutan Aidilfitri kerana waktu itu disifatkan bersesuaian bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga.
"Tetamu yang hadir adalah daripada keturunan keluarga Tok Nai Din di seluruh negara. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan persaudaraan selain mengenali antara satu sama terutama kepada generasi muda.
"Setiap kali program perjumpaan seumpama ini dianjurkan, sambutannya sangat menggalakkan dan tetamu yang datang bukan saja dari sekitar Kedah tetapi seluruh negara," katanya ketika di temui di sini, kelmarin.
Sheikh Alauddin yang juga Kadi Daerah Kota Star berkata, ketika ini dianggarkan lebih 3,000 waris daripada keluarga Tok Nai Din dipercayai berada di seluruh negara.
Beliau berkata, usaha sedang dilakukan untuk mengumpul maklumat mengenai salasilah dan sejarah keluarga berkenaan untuk memudahkan pertemuan seumpama ini dianjurkan oleh generasi baru keluarga Tok Nai Din.
Sementara itu, kira-kira 300 waris keluarga Penghulu Hashim juga berhimpun memeriahkan majlis pertemuan keluarga yang membabitkan empat generasi.
Jurucakapnya, Datuk Rokiah Hashim, berkata perhimpunan itu diadakan dua tahun sekali bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan waris Penghulu Hashim yang mempunyai 26 anak iaitu 12 lelaki dan 14 perempuan.
“Perhimpunan keluarga Penghulu Hashim diadakan sejak 1990 dengan keahlian anggota keluarga pada masa itu lebih 200 orang dan ketika ini sudah melebihi 600 orang,'' katanya.
Rokiah berkata, Penghulu Hashim itu adalah bapanya, Md Hashim Saad iaitu seorang penghulu di Mukim Tebengau di sini pada sekitar tahun 70-an.
Katanya, Md Hashim juga adalah bekas Timbalan Penghulu dan Penggawa Malaysia serta Yang Dipertua Penghulu Kedah.
"Bapa saya meninggal dunia pada 6 Mei 1986 pada usia 72 tahun kerana sakit jantung," katanya.
Diplomat lawan Ahmadinejad
2010/09/12
PARIS: Seorang diplomat kanan kedutaan Iran di Finland meletak jawatan kelmarin untuk menyertai pergerakan pembangkang politik menentang Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Hossein Alizadeh, yang berkata beliau orang nombor dua di kedutaan Iran di Helsinki, menjadi diplomat Iran kedua di Eropah menyertai pergerakan pembangkang tahun ini selepas pertikaian keputusan pilihan raya presiden pada 2009.“Saya sudah letak jawatan. Saya bukan lagi diplomat Iran,” kata Alizadeh menerusi telefon dari Finland. Peletakan jawatan Hossein diumumkan Jumaat lalu oleh ‘Green Wave’ yang diasaskan warga Iran dalam buangan berpusat di Paris, Amir Hossein Jahanchahi.Pengumuman Alizadeh berlaku selepas peletakan jawatan Mohammed Reza Heydari Jumaat lalu, seorang pegawai konsular Iran di Norway, yang memohon perlindungan suaka. – REUTERS
'Gay' minta suaka politik AS
2010/09/12
WASHINGTON: Seorang diplomat Arab Saudi yang mengaku dirinya ‘gay’ dan menjalin hubungan dengan wanita Yahudi, memohon suaka politik di Amerika Syarikat kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke tanah air, lapor NBC News, kelmarin. Diplomat itu, Ali Ahmad Asseri, setiausaha pertama konsulat Saudi di Los Angeles, dilaporkan memberitahu pihak berkuasa persekutuan Amerika bahawa kerajaannya enggan memperbaharui pasport diplomatiknya dan membatalkan tugasnya selepas mereka mendapati dia ‘gay’ dan ada hubungan dengan seorang wanita Yahudi.“Nyawa saya dalam bahaya jika saya kembali ke Arab Saudi. Mereka akan bunuh saya secara terbuka,” kata Asseri menerusi emel kepada NBC News.Asseri mengutuk ‘kekolotan’ negaranya serta peranan ‘imam militan’ yang “merosakkan toleransi Islam dalam suratnya kepada laman web di Arab Saudi,” lapor NBC News. – AFP
Angelina Jolie tiada kawan rapat
2010/09/12
ISLAMABAD: Beliau adalah seorang wanita paling cantik di dunia dengan pasangannya yang amat didambakan wanita, dikurniakan anak-anak yang comel, kerjaya yang bergemerlapan dan jutaan wang dalam bank.Namun satu perkara yang tidak dimiliki Angelina Jolie ialah rakan baik yang dapat berkongsi suka dukanya.Aktres berkenaan mendedahkan perkara itu kepada pemberita CNN, Sanjay Gupta, menerusi satelit dari Pakistan. Beliau menaikkan profil mangsa banjir menerusi peranannya sebagai Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Apabila ditanya bagaimana beliau menangani tekanan emosi tugasnya, Jolie membuat pengakuan bahawa satu-satunya rakan yang boleh dibawa berbincang ialah pasangannya, Brad Pitt.
“Saya bercakap dengan keluarga dan Brad, beliau mahu tahu sebanyak mungkin mengenai isu terbabit dalam setiap kunjungan,” kata Jolie. – Agensi
600 perokok janji buang tabiat buruk
2010/09/12
Ikrar dibuat depan pintu masuk Masjidil Haram JEDDAH: Lebih 600 perokok pelbagai warga negara termasuk seorang imam memberi jaminan untuk berhenti daripada tabiat buruk itu sambil berdiri di depan pintu pagar Masjidil Haram di Makkah, kelmarin.Ia didedahkan Ketua Persatuan Kebajikan Kafa, Abdullah Sirouji, yang melancarkan kempen menyebarkan kesedaran mengenai bahaya merokok dan mengambil dadah.Persatuan itu memiliki sebuah klinik bergerak yang membantu perokok berhenti merokok.
Klinik itu adalah sebuah trak besar yang dilengkapi lapan katil dan enam kerusi sebagai tambahan kepada mesin x-Ray dan peralatan perubatan lain.
“Perokok membuat janji di pintu pagar Masjid Besar. Ia termasuk seorang lelaki 80 tahun. Kebanyakan mereka menyerahkan kotak rokok kepada anggota persatuan,” kata Sirouji kepada akhbar Asharq Al-Awsat.
Beliau menambah lebih 400,000 orang melawat klinik itu yang memulakan operasi berhampiran Masjidil Haram sejak hari pertama Ramadan.
Sirouji menjelaskan bahawa persatuan itu diberi lokasi menerusi kerjasama dengan perbandaran Makkah, polis trafik dan Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci.
Bandar suci Makkah dan Madinah diisytiharkan zon bebas merokok oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi. Tiada rokok dijual di bandar berkenaan.
Merokok dipercayai menjadi punca pelbagai penyakit serius termasuk barah. Malah, satu kajian baru menyatakan ibu yang merokok akan menghasilkan anak lelaki yang tidak subur.
Penyelidik Denmark melaporkan, merokok penyebab utama sel pembiakan lelaki berkurangan. Sel itu kemudian berubah menjadi telur atau air mani dan penurunan kadarnya menjejaskan kesuburan kanak-kanak itu pada masa depan. – Agensi
Thaksin nafi mahu balas dendam
2010/09/12
BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand dalam buruan, Thaksin Shinawatra, menafikan beliau merancang untuk membalas dendam ke atas lawan politiknya di tanah air tetapi turut menekankan bahawa beliau ‘tidak akan berbaik-baik dengan sesiapa.’ Bekas pemimpin itu juga memberi amaran jika kerajaan dan penentangnya tidak berhenti daripada meneruskan pertentangan, kedua-dua pihak akan rugi, lapor akhbar Matichon.Thaksin memberi pandangan dalam satu temu ramah selepas beliau menelefon akhbar itu Jumaat lalu dan bercakap mengenai isu perpaduan dan Parti Pheu Thai.“Jangan bimbang kerana saya tidak berfikir untuk membalas dendam. Jauh di sudut hati, saya percaya, perpaduan adalah satu agenda yang hebat.
“Saya tidak fikir mengenai balas dendam. Saya tidak mempunyai perasaan benci kepada sesiapa. Namun saya tidak akan mengampu sesiapa,” katanya.
Ditanya jika beliau mahukan penyatuan, mengapa beliau tidak menghentikan satu pergerakan politik yang dilihat meletakkan negara dalam bahaya, Thaksin bertanya mengapa ‘gangguan ke atasnya’ tidak dihentikan.
Thaksin menolak kritikan bahawa Parti Pheu Thai dalam perjalanan menuju perpecahan dengan ahli Parlimen membelot kepada parti lain.
“Mari tunggu dan lihat bila pilihan raya diadakan. Parti itu memecat dua Ahli Parlimen, tetapi itu tidak bermakna Phue Thai menuju kehancuran.”
Beliau juga menafikan tidak sihat. “Apabila orang tidak sukakan antara satu sama lain, mereka boleh katakan apa saja namun saya memaafkan mereka,” katanya. – Agensi
Iran sedia bebas wanita Amerika
TEHERAN: Iran akan membebaskan warga Amerika Syarikat yang dituduh melakukan pengintipan, Sarah Shourd, dengan ikat jamin AS$500,000 (RM1.6 juta).Shourd adalah antara tiga pendaki Amerika yang ditahan Iran lebih setahun lalu atas dakwaan mengintip dan dibenarkan ikat jamin atas sebab kesihatan, kata pendakwa raya kanan Teheran, Abbas Jafari Dolatabadi, semalam.“Bagi defendan wanita, (Shourd), ikat jamin ditetapkan sebanyak lima bilion rial Iran (AS$500,000),” kata Dolatabadi kepada wartawan yang dipetik agensi berita IRNA.
“Dia akan dibebaskan dengan ikat jamin. Peguamnya sudah dimaklumkan,” katanya sambil memberitahu keputusan itu diambil selepas hakim memaklumkannya kepada beliau.
Ibu Shourd, Nora memberitahu agensi berita AFP bulan lalu bahawa anaknya ditahan di bilik sendirian meskipun ada masalah pangkal rahim, ketumbuhan di payu daranya dan dilanda kemurungan.
Shourd ditahan bersama dua lagi pendaki, Shane Bauer dan Josh Fattal pada 31 Julai 2009 selepas masuk dari Iraq. Pihak berkuasa Iran menuduh tiga warga Amerika itu masuk secara haram dan melakukan pengintipan.
Tetapi, mereka berkata, tidak sengaja masuk ke Iraq dan sesat selepas tersesat ketika dalam perjalanan ke Kurdistan.
Pegawai Iran berkata, Shourd akan dibebaskan kelmarin tetapi masalah teknikal menyekat pembebasannya, kata Dolatabadi.
Pembebasan Shourd mungkin menurunkan permusuhan Washington dan Teheran yang meningkat beberapa bulan lalu berhubung program nuklearnya.
Kes itu mendedahkan perbalahan antara kerajaan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dan institusi yang dikendalikan konservatif seperti Ayatollah Sadeq Larijani, ketua kehakiman.
Bulan lalu, Larijani membidas Ahmadinejad yang mengulas mengenai satu lagi kes manakala adiknya yang juga Speaker Parlimen, Ali Larijani, berulang kali mengkritik presiden mengenai pengurusan ekonomi negara.
Dolatabadi secara terbuka mengkritik pemerintah dengan berkata, ‘menyiarkan maklumat kes kehakiman tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan tetapi pihak berkuasa perundangan,” katanya.
Pegawai kerajaan termasuk Ahmadinejad berkata, tiga pendaki Amerika itu boleh ditukar dengan warga Iran dalam tahanan Amerika.
Perbincangan mengenai pertukaran tahanan itu dibuat selepas Amerika membenarkan pembebasan penyelidik Iran, Shahram Amiri yang berada di Washing-ton, Julai lalu, selepas hilang di Arab Saudi tahun lalu. – AFP
Al-Quran dihina depan Rumah Putih
2010/09/12
- PENENTANG masjid dekat Ground Zero di New York memarahi kumpulan yang menyokong pembinaannya berhampiran lokasi pusat Islam di kota itu.
PELAMPAU Kristian mengoyak beberapa muka surat al-Quran di depan Rumah Putih.
WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”
Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah.
Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”
Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.
Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.
Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.
Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.
Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.
Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.
“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.
Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.
Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.
Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)