Pages

Wednesday, May 18, 2016

Lebih 50 maut disambar petir



16 MEI 2016 DHAKA - BANGLADESH. Lebih 50 maut di seluruh Bangladesh akibat dipanah petir dalam tempoh dua hari lalu, kata polis.
Memetik laporan BBC, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia adalah petani yang sedang bekerja di sawah padi.
Mangsa lain termasuk dua orang pelajar di Dhaka yang maut dipanah petir ketika bermain bola sepak manakala seorang remaja lelaki meninggal dunia ketika memetik buah mangga.
Pakar berkata, peningkatan suhu dan penerokaan hutan berkemungkinan menjadi faktor.
Kira-kira 90 terbunuh akibat dipanah petir sejak Mac berbanding 51 mangsa pada tahun 2015, lapor Voice of America.
Ketua Pengurusan Bencana Bangladesh, Mohammad Riaz Ahmed memberitahu, peningkatan jumlah kematian akibat dipanah petir amat membimbangkan.
"Ribut petir diramalkan berpanjangan hingga akhir bulan ini," katanya.
Ribut tropika kerap melanda Bangladesh menjelang dan semasa musim tengkujuh yang berlangsung sehingga Jun hingga September.

Mark Zuckerberg‎ dapat RM17 juta sehari sejak lahir


Mark Zuckerberg
 NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg menyambut hari lahirnya ke 32 minggu lalu tanpa mengadakan majlis secara besar-besaran.
Kekayaan Zuckerberg kini sudah menjangkau lebih kurang US51.8 billion (RM208 bilion). Ini bermakna seandainya dikira sejak hari pertama beliau dilahirkan, jumlah pendapatan hariannya selama 32 tahun adalah sebanyak US4.1 million (RM17 juta)!
Hasil kekayaan Zuckerberg yang bergantung melalui Facebook yang diciptanya mengatasi Pengasas Microsoft, Bill Gates yang kini berusia 60 tahun.
Mengikut perkiraan, secara purata sepanjang hidupnya selama 60 tahun, jumlah pendapatan harian Gates adalah sebanyak US3.5 million (RM14 juta)
Sepanjang tahun lalu, saham Facebook mencapai kenaikan sebanyak 53 peratus, jauh mengatasi kebanyakan syarikat-syarikat laman sosial seperti Twitter dan LinkedIn.
Selain kaya, usahawan muda ini juga menikmati kebahagiaan dalam rumah tangganya setelah dikurniakan anak pertamanya hujung tahun lalu.
Bagaimanapun, Zuckerberg dan isterinya tidak cadang memegang saham Facebook buat selama-lamanya. Mereka sebelum ini telah mengumumkan akan derma saham sebanyak 99 peratus bagi menangani sebarang penyakit, membaik pulih sistem pendidikan dan membina masyarakat terjamin.

Saturday, May 14, 2016

Wanita Itali pula manusia tertua di dunia

SABTU, 14 MEI 2016 @ 9:36 AM

EMMA Morano. - Foto AP

VERBANIA: Dikelilingi sanak saudara dan rakan, Emma Morano dari Itali memberikan senyuman selepas beliau yang kini berusia 116 muncul sebagai manusia paling tua di dunia. Bukan itu saja, Morano dipercayai manusia terakhir masih hidup yang lahir pada tahun 1800-an dengan tarikh lahirnya 29 November 1899.

Jarak masa itu hanya empat setengah bulan selepas Susannah Mushatt Jones meninggal dunia di New York, kelmarin pada usia 116 tahun.

Wartawan semalam melawat ke rumah Morano di Verbania, sebuah bandar utara Itali menghadap Lake Major untuk mendokumenkan pencapaiannya tetapi mereka terpaksa menunggu beliau bangun daripada tidur untuk bertemu dengannya.

Morano menetap dalam sebuah pangsapuri satu bilik kemas, beliau tidak lagi meninggalkan unit kediaman itu dan ditemani seorang penjaga serta dua sepupu warga emas. "Keadaan saya baik pada umur 116!" katanya membalas ucapan selamat yang diberikan orang ramai. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/153438

Terkejut ratusan ular dalam rumah


Antara ular yang ditangkap
UTTAR PRADESH - INDIA . Seorang lelaki terkejut selepas mendapati bukan seekor tapi 150 ekor ular berada di dalam rumahnya.
Pesara pegawai perhutanan, Jitenda Mishra sedang tidur nyenyak apabila tiba-tiba tersedar selepas diganggu oleh bunyi yang pelik dan terkejut melihat dua ekor ular melingkar di sudut biliknya.
Namun, ketika dia cuba mengusir ular-ular berkenaan, dia mendapati lebih 100 ekor ular di atas lantai kediamannya yang terletak di daerah Lakhimpur, Uttar Pradesh.
Jitenda kemudian mengejutkan seluruh ahli keluarganya untuk melarikan diri ke rumah jiran.
Dia bersama beberapa penduduk setempat menghalau kesemua ular-ular tersebut dan melepaskan kembali ke hutan berdekatan.
"Pada mulanya, dua ke tiga ekor ular keluar, tetapi kemudian mendapati ratusan ular yang lain sebelum meminta bantuan jiran mengeluarkan mereka dari rumah.
Jurucakap Perhutanan Sanjay Biswal berkata, mungkin ada beberapa sebab disebalik kejadian ini, dan mungkin salah satunya ialah kerana ia musim ular mengawan.
"Ular cenderung mencari tempat yang selamat untuk mengawan.
"Kami sedang meneliti perkara itu lagi," katanya dipetik Mirror.uk

"2007 OR10" Planet Ketiga Terbesar Dalam Sistem Solar


Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 11:26 AM

NASHVILLE: Ahli saintis mengesahkan planet kerdil yang hanya dikenali sebagai 2007 OR10 adalah salah satu objek terbesar di luar orbit planet Neptune tanpa kita sedari.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), planet tersebut merupakan planet bersaiz kecil yang ketiga terbesar dalam sistem solar.
Misi mencari planet kecil itu merupakan tugas sukar tetapi Teleskop Kepler yang direka untuk mengesan planet baru membantu ahli saintis mengkaji semula saiz planet tersebut.
Saintis turut menggunakan data dari misi Agensi Angkasa Eropah, Herschel.
“2007 OR10” yang berwarna merah berukuran 955-batu dalam diameter, kira-kira satu pertiga saiz planet Pluto.
Para saintis berkata planet itu amat gelap mungkin terlindung apabila matahari dan sistem solar pertama terbentuk.
"2007 OR10" turut disifatkan sebagai sebuah planet yang agak menarik.
Planet itu dianggarkan mempunyai putaran masa lebih panjang iaitu selama 45 jam.
Ia masih belum diberi nama secara rasmi buat masa ini.
Namun difahamkan para saintis yang menemui planet tersebut akan menamakan planet berkenaan dalam masa terdekat.

Wanita tertua dunia meninggal dunia


Susannah Mushatt Jones
NEW YORK - Wanita  tertua di dunia, Susannah Mushatt Jones, 116 tahun, meninggal dunia, kelmarin.
Menurut kumpulan penyelidikan Gerontologi, berita kematian Jones itu menjadikan warga Itali, Emma Morano-Martinuzzi, 116 tahun, kini diiktiraf sebagai wanita tertua di dunia.
Jones yang dilahirkan di Alabama, Amerika Syarikat (AS), mendedahkan gaya hidup sihat termasuk tidak pernah merokok dan mengambil minuman alkohol adalah rahsia beliau untuk hidup lebih lama.
Sebelum ini, Jeanne Calment dari Perancis diiktiraf sebagai wanita tertua, iaitu pada usia 122 tahun dan 164 hari. - Reuters

Dapat pampasan RM1.6j selepas dipenjara


Chen Man
BEIJING - CHINA. Seorang lelaki China dibebaskan selepas 20 tahun dipenjara atas tuduhan membunuh dan akan mendapat lebih AS$400,000 (RM1.6 juta) pampasan.
Chen Man kini berusia awal 50an dijatuhkan hukuman gantung dan diringankan hukuman penjara seumur hidup pada November 1994 kerana membunuh di selatan Wilayah Pulau Hainan.
Selepas beberapa siri rayuan sehinggalah ke mahkamah tertinggi negara itu, Chen dibebaskan pada bulan Februari kerana kekurangan bukti.
Ini adalah salah satu kes yang menunjukkan kekurangan sistem keadilan China dimana mahkamah dikawal ketat oleh Parti Komunis yang memerintah dan pesalah dipaksa membuat pengakuan dan lebih 99 peratus defendan jenayah didapati bersalah.
Mahkamah wilayah Hainan yang mengekalkan hukuman gantung terhadap Chen pada tahun 1999 bersetuju membayar pampasan sekitar 2.75 juta yuan (RM1.6 juta) bagi kehilangan kebebasan peribadi dan penderitaan mental.
Chen menuntut lebih 9.66 juta yuan (RM5.97 juta) pampasan dan mahkamah perlu membuat permohonan maaf secara rasmi di media sosial dan tempatan.
"Saya perlu menerimanya. Kami perlu menyesal tetapi kita mengakui ia mengikut Undang-undang Pampasan Negeri," katanya memberitahu Legal Evening News.

Mahu hidup normal

Dhaka: Keluarga seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang dipenuhi bulu pada wajahnya merayu bantuan kewangan untuk membolehkan gadis itu menjalani pembedahan seterusnya hidup normal seperti orang lain.
Bithi Akhtar menghidap sindrom Byars-Jurkiewicz dan keadaan hipertrikosis atau juga dikenali sebagai ‘sindrom serigala jadian.’
Ibunya Beauty Begum berkata: “Keadaan Bithi memang seperti ini sejak dilahirkan dan kami menaruh harapan ia pulih apabila membesar.”
Katanya, sindrom itu juga menyebabkan Bithi mengalami radang gusi selain mempunyai payudara terlalu besar - hampir separuh daripada tubuhnya - menyebabkan dia sukar berdiri atau pegi ke sekolah.
“Kami pada awalnya menganggap ini takdir Tuhan, namun saya tidak sanggup lagi melihat dia menderita seperti ini,” katanya.
Doktor di Universiti Perubatan Bangabandhu Sheikh Mujib, Fakhrul Alam berkata, hanya empat atau lima orang di seluruh dunia menghidap hipertrikosis.
Keluarga Bithi mahu menimbulkan kesedaran mengenai keadaannya selain mengumpul wang untuk membolehkan dia menjalani rawatan, termasuk mengecilkan payudara, mengawal gusinya yang bengkak dan terapi hormon untuk mengawal penghasilan bulu serta rambut.
“Kami yakin dia mampu menjalani kehidupan normal selepas semua itu dilakukan,” katanya.
Universiti berkenaan membantu kos rawatannya, tetapi keluarganya masih memerlukan wang.
Ayahnya Abdul Razzak, pemandu teksi berkata: “Saya membelanjakan lebih 80,000 taka (RM4,000) untuk ubat termasuk mengambil pinjaman bank. Kini saya tiada wang untuk rawatannya.”
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2016 @ 5:07 AM


BITHI Akhtar (kiri) dan ibunya di hospital di Dhaka, semalam.

Friday, May 13, 2016

Teh lebih mahal daripada emas

Fujian, China: Membelanjakan wang AS$10,000 (RM40,200) untuk seteko teh mungkin kedengaran keterlaluan.
Bagaimanapun, itulah harga yang peminat teh sanggup bayar untuk menghirup Da Hong Pao asli, teh paling jarang ditemui di dunia.
Harga untuk satu gram boleh mencecah AS$1,400 (RM5,600). Teh yang terkenal mahal ini sebenarnya 30 kali lebih mahal daripada segram emas.
Apa yang menyebabkan teh ini sangat mahal?
Menurut pakar teh China, Xiangning Wu, Da Hong Pao begitu berharga kerana ia sangat sukar untuk ditemui.
Katanya, pokok teh Da Hong Pao asli hampir pupus.
Beberapa jenis teh yang tumbuh di pergunungan Wuyi di daerah Fujian, China juga sangat jarang ditemui sehingga dianggap tidak ternilai harganya.
Pembuat teh generasi lama turut mengadakan ritual tahunan khas untuk Da Hong Pao supaya pokok teh itu tumbuh subur.
Mereka pergi ke kawasan pergunungan pada setiap musim bunga dan berdoa kepada tuhan teh, Lu Yu supaya pucuk baru tumbuh.
Daun teh itu dikatakan disapu dengan susu kambing ketika ia membesar dan selepas ia dituai.
Daunnya kemudian dikeringkan dan dibiarkan selama 80 tahun untuk mendapatkan rasa teh yang istimewa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 7:16 AM


Thursday, May 12, 2016

Wanita India lahir anak pertama pada usia 70 tahun

Wanita India lahir anak pertama pada usia 70 tahun

11 MEI 2016 NEW DELHI - INDIA . Seorang wanita India melahirkan anak pada usia 70 tahun berkata, dia tidak terlalu tua untuk menimang cahaya matanya yang pertama katanya sambil menambah hidupnya kini lengkap
Wanita itu, Daljinder Kaur melahirkan seorang anak lelaki bulan lepas selepas menjalani rawatan pembenihan in vitro (IVF) di sebuah klinik kesuburan di Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun.
Menurut wanita itu yang telah berkahwin selama 46 tahun, pada mulanya mereka berputus asa selepas berdepan dengan pelbagai rintangan oleh masyarakat India dan melihat kemandulan sebagai sumpahan Tuhan.
“Tapi, Tuhan mendengar permintaan kami. Hidup saya juga kini sempurna. Saya akan menjaga bayi ini sendiri dan berasa sangat bertenaga ketika ini," kata Kaur kepada AFP dari utara bandar Amritsar.
Mohinder Singh Gill, 79, duduk bersama isterinya, Daljinder Kaur, 70, yang memangku bayi lelaki yang dilahirkannya pada minggu lepas setelah menjalani rawatan pembenihan in vitro (IVF) selama tahun di sebuah pusat rawatan kesuburan di Haryana, India. - AFP

Suri rumah tawan gunung pakai skirt


gambar bertarikh 16 Disember lalu memaparkan sekumpulan suri rumah

Gambar bertarikh 16 Disember lalu memaparkan sekumpulan suri rumah yang memakai skirt meraikan kejayaan menawan puncak Gunung Huayna Potosi di El Alto, Bolivia. AGENSI
SUCRE, BOLIVIA 10 Mei – Tanpa perlu pakaian lengkap seperti pendaki gunung profesional, sekumpulan suri rumah Bolivia berusia antara 42 dan 50 tahun berjaya menawan empat gunung tertinggi di negara ini, dengan hanya memakai skirt dan pakaian tradisio­nal yang dipanggil ‘cholita pacenas’ yang berwarna warni.
Meskipun kelihatan seperti sekumpulan nenek, mereka serius dalam usaha untuk menawan gunung, malah setiap kali berjaya mendaki sehingga ke puncak, mereka berazam untuk menawan gunung lain yang lebih tinggi.
Menurut laporan porta Oddity­ Central, wanita suku kaum Aymara di pergunungan Andes lazimnya hanya duduk di rumah atau ditugaskan untuk memasak di kem atau mengangkut barangan semasa suami masing-masing bertugas sebagai malim gunung.
Semuanya bermula beberapa tahun lalu, apabila Lydia Huayllas, isteri kepada seorang malim gunung ingin merasai pengalaman mendaki cerun glasier di Gunung Huayna Potosi yang mempunyai ketinggian 6,088 meter.
Pertanyaan wanita itu kepada suaminya, Eulalio Gonzalez tentang perasaan ketika berada di puncak gunung dibalas dengan cabaran untuk Huallyas mendaki sendiri gunung itu bagi merasai pengalaman berkenaan.
Huallyas bersama 15 wanita kemudian nekad mendaki gunung tersebut dengan memakai but, pakaian tradisional serta berbekalkan beberapa peralatan mendaki se­perti tali, tali keselamatan dan kapak ais.
Mereka menghadapi cabaran yang sukar berikutan udara yang semakin menipis, namun berjaya menawan gunung itu dan kejayaan tersebut menjadikan mereka bersemangat untuk menawan gunung-gunung yang lain.
Dora Magueno yang berusia 50 tahun berkata, ketika sampai di puncak gunung itu dia menangis kegembiraan, namun berasa kuat dan berazam untuk berada di puncak lapan gunung yang lain.
Selepas Huayna Potosi, kumpulan wanita itu kemudian menawan Gunung Parincota (6,347.7 meter), Gunung Pomarape (6,282 meter) dan Gunung Illimani (6,438 meter).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suri-rumah-tawan-gunung-pakai-skirt-1.322028#sthash.fV1mv0bc.dpuf

Wednesday, May 11, 2016

Ular sawa makan kucing depan pagar


NOOR AZURIN MOHD SHARIF
10 MEI 2016
Ular sawa makan kucing depan pagar

 Ular sawa makan kucing depan pagar Anggota JPAM memegang ular sawa seberat 20 kilogram yang berjaya ditangkap.
MELAKA - Seekor ular sawa sebesar tiang elektrik menelan seekor anak kucing mencemaskan pengawal keselamatan di Telekom Jasin, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Bellsobri Mohamed, 40, yang sedang membuat rondaan di sekitar premis menemui ular sawa yang dilihat di dalam longkang kemudian masuk ke dalam sebuah lubang.

"Saya nampak ular itu dari pagar telah menelan seekor kucing kemudian masuk ke dalam sebuah lubang dalam tanah.

"Saya tak sedap hati...sebab ular sawa itu sebesar tiang elektrik...ia akan membahayakan orang ramai. Jadi, saya terus hubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Jasin untuk tindakan," katanya.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) negeri, Effendy Ali berkata, ular sepanjang 15 kaki dan berat dianggarkan 20 kilogram itu dijumpai di hadapan pintu masuk pagar Telekom Jasin.

"Pengawal keselamatan di situ menjumpai seekor ular sawa berhampiran pagar pintu masuk premis.

"Ular  sawa tersebut telah menelan seekor kucing dan masuk ke dalam lubang yang terbelit di akar pokok," katanya.

Menurutnya, anggota JPAM terpaksa mengali lubang bagi mengeluarkan ular tersebut.

1,284 planet ditemui di luar sistem solar

DUNIA RABU, 11 MEI 2016 @ 7:56 AM

Teleskop Kepler NASA. - Foto www.nasa.gov


CAPE CANAVERAL: Ahli astronomi menemui lebih 1,284 planet di luar sistem suria kita, sembilan daripadanya mungkin dalam orbit sesuai untuk air permukaan yang boleh meningkatkan prospek menyokong kehidupan, kata saintis semalam. Pengumuman itu menjadikan jumlah planet yang disahkan di luar sistem solar kepada 3264.

Sebahagian besar kumpulan planet yang dipanggil exoplanets ini dikesan teleskop Kepler Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (NASA), yang mencari planet boleh didiami seperti Bumi.

Planet baharu ini dikenal pasti semasa misi utama empat tahun Kepler, yang berakhir pada tahun 2013, dan sebelum ini hanya dianggap sebagai 'calon-planet'. Ahli sains mengumumkan penemuan tunggal terbesar planet setakat ini menggunakan teknik analisis baru yang menggunakan model statistik untuk mengesahkan kumpulan itu sebagai planet, sambil menolak senario palsu yang kelihatan seperti planet yang mengorbit.

"Kita kini tahu bahawa kemungkinan ada lebih banyak planet daripada bintang," kata Pengarah Bahagian astrofizik NASA, Paul Hertz, dalam satu kenyataan akhbar. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/152438

Lima Pulau Hilang Ditengalami Laut


Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 11:24 AM

PULAU SOLOMON: Sebanyak lima pulau di sini dilaporkan 'hilang' selepas ditengelami akibat kenaikkan paras laut.
Kelima-lima pulau berkenaan dilaporkan hilang sepenuhnya dari penglihatan sejak tujuh dekad lalu.
Manakala enam pulau lagi kini semakin tengelam dengan 20 peratus telah berada di bawah paras laut.
Akibat kehilangan pulau yang ditengelami itu, penduduk mula berpindah dan mencari penempatan baru.
"Empat hingga lima generasi selepas ini bakal kehilangan tempat tinggal, ini perlu diberi perhatian," kata seorang pengkaji dari University of Queensland.
Pengkaji menyatakan bentuk pulau di sekitar Lautan Pasifik juga semakin berubah berbanding gambar yang dirakam pada 1947.

Tuesday, May 10, 2016

Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat


Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat

9 MEI 2016

RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang wanita Arab Saudi menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima hari berkahwin, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak patuh menunaikan suruhan Islam.
Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu naik berang apabila menyedari suaminya itu tidak menunaikan solat lima waktu (amalan wajib bagi umat Islam), lapor al-Marsad.
Laporan berita itu, sekali gus mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat di media Arab Saudi.
Seorang pengguna media yang dikenali sebagai Reem menyokong tindakan wanita tersebut.
"Islam sangat jelas tentang kewajipan solat. Wanita ini jelas tidak mahu hidup dengan seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang muslim, dan perkara yang terbaik adalah untuk menamatkan perkahwinan pada peringkat yang paling awal," ujarnya.
Sementara menurut seorang lagi, Khaled pula berkata wanita itu bertindak betul dengan meminta supaya diceraikan.
"Dia bertindak betul, apabila seorang suami tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada isterinya dan cara terbaik adalah berpisah," katanya.
Sementara bagi mereka yang menentang tindakan wanita itu berkata, wanita itu mengambil tidakan yang terlalu awal dan bersikap terburu-buru.
"Dia (wanita) itu tidak boleh terlalu tergesa-gesa, dia perlu bertimbang rasa sebelum meminta diceraikan,"kata seorang pelayar.
Dalam pada itu, menurut seorang lagi pelayar mengatakan wanita itu perlu bersabar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang  tindakan.
"Dia sepatutnya lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya untuk menunaikan  solat," kata seorang pengguna.

Monday, May 9, 2016

Secawan kopi, sebiji kurma untuk mas kahwin



Agensi
Al Ain: Seorang bapa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hanya meminta secawan kopi Arab dan sebiji kurma kepada bakal suami enam anak perempuannya sebagai mas kahwin.

Menurut laporan yang kini menjadi viral di media sosial UAE, lelaki itu yang menetap di Al Ain mengambil keputusan itu bagi mengurangkan beban bakal pengantin lelaki.

Dia juga menggesa ibu bapa lain mencontohi tindakannya.

Menurut bapa itu, kos untuk melangsungkan perkahwinan di UAE kini terlalu mahal sehingga menyebabkan ramai lelaki tempatan menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Mereka berbuat demikian untuk menyimpan wang secukupnya bagi hantaran dan mas kahwin serta perbelanjaan untuk majlis itu.

Lelaki berkenaan juga berkata, kos yang terlalu tinggi itu juga menyebabkan lelaki UAE memilih untuk mengahwini wanita asing.

Ramai pengguna media sosial memuji keputusan lelaki itu.

“Ibu bapa perlu membenarkan anak perempuan mereka berkahwin dengan lelaki yang baik, termasuk latar belakang mereka, bukan kerana kekayaan. Dengan mengambil keputusan itu, bapa itu menjamin anaknya akan hidup bahagia dengan suami mereka tanpa perlu menanggung beban hutang untuk berkahwinan,” kata seorang pengguna, Mohammed. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 8:11 AM

GAMBAR hiasan.

Jadi lelaki sebenar baru boleh pinang

Riyadh: Seorang lelaki Saudi terkejut apabila diberitahu oleh bapa gadis yang hendak dipinangnya supaya mengubah penampilannya sebelum dia boleh berkahwin dengan anaknya.
“Bapa gadis itu memberitahu lelaki berkenaan, dia mesti menukar penampilannya kepada lelaki sejati supaya dia boleh mengahwini anaknya. Selagi dia tidah mengubah penampilannya, pinangannya tidak akan diterima,” lapor akhbar Sada dari bandar Baha, selatan Saudi.
Menurut laporan itu, bapa gadis berkenaan tidak berkenan dengan penampilan lelaki itu yang dikatakan kelihatan seperti wanita, dengan rambut panjang dan berpakaian ketat.
“Kelakuannya juga seperti wanita, menyebabkan bapa itu berpendapat, lelaki itu lebih wanita daripada lelaki. Rambutnya yang panjang tidak sesuai dengan seorang lelaki,” lapor akhbar itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 8:05 AM


GAMBAR hiasan.

Sunday, May 8, 2016

Masjid UK tegah wanita pakai seluar panjang, guna Facebook

DUNIA AHAD, 8 MEI 2016 @ 10:02 AM

MASJID Green Lane di Birmigham.


LONDON: Masjid seluruh United Kingdom mengarahkan wanita Islam supaya tidak memakai seluar panjang, melarang mereka keluar rumah tanpa kebenaran suami atau menggunakan Facebook.

 Ia menimbulkan kemarahan dalam kalangan aktivis anti-ekstremisme dan golongan berhaluan sederhana yang menyifatkan peraturan itu sebagai 'ketinggalan zaman' dan terjemahan mengenai Islam yang 'salah secara keseluruhan', menurut laporan The Times.

 Masjid Green Lane di Birmigham melarang wanita memakai seluar panjang walaupun di depan suami kerana ia menonjolkan susuk tubuh manakala Masjid Pusat di Blackburn pula berkata, wanita perlu memadamkan akaun Facebook untuk melindungi diri daripada 'kejahatan.' Ia memetik ayat al-Quran mengenai dosa alkohol untuk mewajarkan pendirian terhadap 'rangkaian ganas' Facebook. "Facebook membuka pintu untuk melakukan dosa.

Gadis dan wanita Islam menjadi mangsa kejahatan ini," menurut kenyataan. Persatuan Islam Blackburn, ahli gabungan Majlis Islam Britain (MCB), badan induk yang mewakili 500 masjid, mengarahkan wanita tidak meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami dan perlu ditemani mahram. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/151541

Bapa ambil kesempatan kahwin baru

Riyadh: Seorang bapa yang mengiringi anaknya untuk berkahwin, akhirnya melangsungkan perkahwinannya sendiri selepas si anak tidak jadi berkahwin.
Akhbar Sada melaporkan, si bapa bersama anggota keluarganya yang lain pergi ke rumah bakal isteri anaknya.
Bagaimananapun, ibu gadis itu enggan mengahwinkan anaknya pada saat akhir atas alasan dia mahu kahwinkan kakak gadis itu terlebih dahulu.
“Anak lelaki itu berang dan membatalkan perkahwinannya sebelum meninggalkan majlis. Bapanya tidak mengekorinya, sebaliknya melamar kakak pengantin perempuan berkenaan. Si ibu serta-merta bersetuju dan menerima lamaran lelaki itu,” lapor akhbar itu dalam laporannya dari Jaza, wilayah di selatan Saudi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 5:05 AM


GAMBAR hiasan.

Jaguar berharga £635 kini dijual £4 juta



Kereta Jaguar C-Type ini berjaya dijual pada harga £4 juta dalam satu majlis lelongan baru-baru ini. - AGENSI


LONDON – Sebuah kereta vintaj Ja­guar yang pernah dibeli pada harga £635 (RM3,665) kira-kira 50 tahun lalu kini memecahkan rekod apabila dijual pada harga £4 juta (RM23 juta) dalam satu majlis lelongan baru-baru ini.
Seorang jurugambar, Guy Griffiths membeli jaguar model XK120c C-Type itu yang pernah menyertai beberapa perlumbaan kereta di seluruh Eropah.
Malah, Griffiths turut memiliki beberapa kereta lumba lama dan dia kini mempunyai sebuah muzium kecil untuk menempatkan kesemua koleksi kereta klasik di rumahnya yang terletak di Cotswolds.
Dia kemudian meninggal dunia pada tahun 2003 dan anak perempuannya, Penny Griffiths-Woodley yang juga me­rupakan seorang pelumba kereta telah mengambil keputusan untuk menjual salah satu koleksi bapanya itu.
Kereta itu merupakan satu daripada 45 buah kereta Jaguar C-Type yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta Bri­tain, namun hari ini, hanya lapan buah dikatakan berada di seluruh dunia, malah lima daripadanya masih bertan­ding pada perlumbaan kereta vintaj 24 jam Le Mans di Perancis. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4822Tx0zY 
Hakcipta terpelihara