NEW YORK - Wanita  tertua di dunia, Susannah Mushatt Jones, 116 tahun, meninggal dunia, kelmarin.
Menurut kumpulan penyelidikan Gerontologi, berita kematian Jones itu menjadikan warga Itali, Emma Morano-Martinuzzi, 116 tahun, kini diiktiraf sebagai wanita tertua di dunia.
Jones yang dilahirkan di Alabama, Amerika Syarikat (AS), mendedahkan gaya hidup sihat termasuk tidak pernah merokok dan mengambil minuman alkohol adalah rahsia beliau untuk hidup lebih lama.
Sebelum ini, Jeanne Calment dari Perancis diiktiraf sebagai wanita tertua, iaitu pada usia 122 tahun dan 164 hari. - Reuters