Pages

Saturday, November 22, 2014

Masjid Nabi alami proses pembesaran

Masjid Abu Bakar Assiddiq di Madinah. – AGENSI
Masjid Abu Bakar Assiddiq di Madinah. – AGENSI
JEDDAH 21 Nov. – Pembesaran Masjid Nabawi di Madinah tidak akan menjejaskan masjid-masjid bersejarah yang terletak berhampiran, kata pegawai kanan Kementerian Kewangan Arab Saudi, semalam.
Katanya, Masjid Abu Bakr, Masjid Omar ibn Al-Khattab, Masjid Ali ibn Abi Talib, Masjid Al-Ejaba dan Masjid Abu Dhar (Al-Sajdah) akan kekal terpelihara kerana struktur binaan masjid-masjid itu berada di luar sempadan kawasan kerja-kerja pembesaran tersebut.
Menurut sumber itu sebagaimana dilaporkan portal Arabnews.com, pemulihan Masjid Al-Ejaba dan Masjid Al-Sajdah hanya akan bermula selepas projek pembesaran Masjid Nabawi siap.
Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Panggilan dan Bimbingan di Madinah, Mohamed Al-Amin Al-Khatri berkata, terdapat 131 buah masjid yang akan menjalani proses pemulihan.
Katanya, antara masjid yang mengalami proses pemulihan ialah Masjid Abu Bakr, Masjid Omar ibn Al-Khattab, Masjid Ali bin Abi Talib dan Masjid Fatima Al-Zahra.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/masjid-nabi-alami-proses-pembesaran-1.27527#sthash.dahYqSRy.dpuf

Bayi pakai aksesori mewah RM129,563


LONDON 21 Nov. - Seorang wanita sanggup berbelanja sebanyak 24,700 pound (RM129,563) semata-mata mahu memastikan bayinya yang baharu dilahirkan memiliki pakaian dan kelengkapan aksesori mewah.
Witney ROWLAND sanggup berbelanja besar semata-mata mahu memastikan bayinya Romany Rose memiliki pakaian dan kelengkapan aksesori mewah. – AGENSI
Mail Online melaporkan, bayi yang diberi nama Romany Rose Rowland itu bukan sahaja mempunyai pakaian yang direka khas dengan setiap satunya berharga 70 pound (RM367), malah turut memiliki anting-anting berlian dan jam jenama Rolex dengan masing-masing berharga 800 pound (RM4,196) dan 2,800 pound (RM14,687).
Ibu bayi berkenaan, Witney Rowland, 20, berkata, Romany juga memiliki bekas mandi yang direka khas bernilai 400 pound (RM 2,098) serta tas tangan dan kasut buatan Gucci.
Witney berkata, dia berbuat demikian kerana mahu menjadikan anaknya yang kini berusia enam bulan seperti bintang realiti televisyen kanak-kanak terkenal Amerika Syarikat iaitu Honey Boo Boo.
“Semua ini dilakukan bagi memudahkan proses pembesaran Romany. Saya mahu dia mempunyai segala-gala termasuk duit, dan dia boleh lakukan apa yang dia suka.
“Anak saya kelihat gembira dan tersenyum setiap kali dia memakai pakaian yang telah saya sediakan, dia juga sering mendapat perhatian,” jelas Witney, seorang ibu tunggal yang berasal dari sebuah keluarga kaya.
Selain itu, wajah yang comel dimiliki Romany telah melayakkan dia menyertai banyak pertandingan ratu cantik dan menerima banyak undangan untuk menyertai pertunjukan fesyen.
Romany turut memiliki akaun laman sosial Facebook bagi membolehkan kawan-kawan serta pengikutnya mengetahui perkembangan terbaharunya melalui gambar dan status yang dimuat naik.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-pakai-aksesori-mewah-rm129-563-1.27523#sthash.LcZJJ3bk.dpuf

Friday, November 21, 2014

Salji tebal terburuk landa negeri New York



SEBUAH jentolak menolak salji di sebatang jalan raya di Seneca Barat di negeri New York, Amerika Syarikat kelmarin bagi membolehkan sebuah ambulans melaluinya.


BUFFALO, Amerika Syarikat – Satu ribut salji terbaharu yang melanda bandar ini yang terletak di negeri New York semalam menyebabkan beberapa kawasan dilitupi salji setebal 2.4 meter.
Sehingga kini seramai tujuh penduduk dilaporkan terbunuh dalam bencana tersebut yang turut menyebabkan jalan-jalan raya tidak dapat dilalui dan beratus-ratus pemandu terperangkap selama beberapa jam.
Berjuta-juta penduduk juga tidak dapat meninggalkan kediaman mereka selepas salji tebal yang merupakan terburuk melanda negeri itu menyukarkan mereka untuk keluar atau pergi ke tempat kerja.
Sebanyak 100 kenderaan dilaporkan terperangkap di sebuah lebuh raya sepanjang 212 kilometer di negeri ini.
Sebuah bas yang membawa anggota pasukan bola keranjang wanita Universiti Niagara pula terperangkap selama 30 jam dalam kenderaan mereka sebelum berjaya diselamatkan.
Sementara seorang wanita mengandung terpaksa melahirkan anaknya di balai bomba di bandar ini kerana salji tebal yang melitupi jalan raya menyebabkan dia tidak dapat ke hospital.
Buffalo dilitupi salji setebal 1.68 meter selepas satu ribut salji yang melanda kelmarin dan satu lagi ribut salji semalam menambah timbunan salji setinggi hampir satu meter lagi.
“Kami sudah melakukan apa yang perlu tetapi salji ini merupakan yang terburuk dalam sejarah,” kata Gabenor New York, Andrew Cuomo.
Cuomo juga memberi amaran cuaca panas yang dijangka melanda negeri itu pada hujung minggu ini bakal mengakibatkan salji berkenaan cair sekali gus menyebabkan risiko banjir.
Pakar kaji cuaca turut meramalkan hujan melanda negeri itu pada hujung minggu ini. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3JeGI9eNZ 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, November 20, 2014

Cahaya misteri terangi bandar Rezh di Rusia



Agensi - CAHAYA tersebut menyebabkan keadaan jalan raya yang gelap tiba-tiba terang seperti waktu siang.


MOSCOW – Satu cahaya cerah berwarna oren yang muncul selama 11 saat di bandar Rezh dekat sini mencetuskan misteri dalam kalangan penduduk setempat.
Cahaya berkenaan berjaya dirakam oleh sebuah kamera video milik seorang pemandu kereta pada Jumaat lalu yang menunjukkan langit yang gelap ketika itu tiba-tiba menjadi terang seperti waktu siang selama beberapa saat.
Lelaki tersebut berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Rezh sebelum satu cahaya terang tiba-tiba muncul di bandar berkenaan.
“Cahaya itu sungguh terang sehingga menyebabkan keadaan yang gelap ketika itu menjadi cerah seperti waktu siang,” katanya.
Sementara itu, akhbar The Siberian Times melaporkan bahawa beberapa pakar mengesyaki cahaya tersebut mungkin berpunca daripada pelancaran peluru berpandu atau sebuah tahi bintang yang jatuh ke bumi.
Bagaimanapun, saksi yang melihat kejadian berkenaan tidak mendengar sebarang bunyi dan pihak berkuasa Rusia juga enggan memberikan sebarang komen. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3JYRd6nNS 
Hakcipta terpelihara 

Budak lelaki Mexico buang ketumbuhan sebesar bola sepak


Serrano telah menjalani pembedahan selama 12 jam bagi membuang ketumbuhan sebesar sebiji bola sepak pada bahagian leher dan bahunya


ALBUQUERQUE, New Mexico – Seorang budak lelaki Mexico berumur 11 tahun yang menghidap ketumbuhan besar telah menarik perhatian antarabangsa selepas beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) membantunya mendapatkan rawatan di negeri New Mexico, AS, kata seorang jurucakap sebuah gereja kelmarin.
Ketumbuhan itu dibuang dalam satu pembedahan yang panjang baru-baru ini.
Jurucakap berkenaan, Kristean Alcocer berkata, Antonio Ramirez Serrano menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan sebesar sebiji bola sepak pada leher dan bahunya di Hospital Kanak-Kanak Universiti New Mexico, Isnin lalu.
Pembedahan sukar itu mengambil masa lebih 12 jam dengan melibatkan seramai 25 petugas perubatan profesional.
“Proses penyembuhan akan memakan masa yang panjang dan banyak cabaran menanti budak lelaki tersebut,” kata Alcocer.
Gereja berkenaan mengambil masa dua tahun untuk mengumpul dana bagi membantu Serrano menjalani pembedahan membuang ketumbuhannya di AS.
Kisah sedih kanak-kanak tersebut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa selepas tersebar di internet. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3JYRNNHhT 
Hakcipta terpelihara 

Gaun pengantin terbesar di dunia

Gail Be menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menyiapkan gaun
Gail Be menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menyiapkan gaun tebesar di dunia dengan bantuan 22 orang tukang jahit. – AGENSI
MINNESOTA, Amerika Syarikat 19 Nov. – Seorang pereka pakaian berjaya menghasilkan sepasang gaun pengantin yang diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia dengan hanya menggunakan manik.
Mail Online melaporkan, Gail Be menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menyiapkan gaun yang mempunyai berat 181 kilogram dan panjang enam meter itu dengan bantuan 22 orang tukang jahit.
Be berkata, proses menjahit gaun menggunakan 995,000 biji manik kristal yang dikumpul dari seluruh dunia itu dijalankan secara rahsia dan hanya didedahkan kepada umum, baru-baru ini.
“Saya mahu menghasilkan kerja tangan yang boleh disifatkan sebagai `hasil seni’ dan saya telah menghasilkan sebuah gaun pengantin terbesar di dunia.
“Gaun ini bukan untuk digunakan pada mana-mana acara perkahwinan tetapi saya mahu gaun ini digunakan dalam penggambaran filem atau dipamerkan di muzium,” jelas wanita berusia 57 tahun itu.
Kata Be lagi, dia tidak membuat lakaran awal atau menyukat panjang gaun tersebut sebelum kerja-kerja menjahit dijalankan.
Menurut laman web Guinness World Records, rekod gaun pengantin paling besar penah dihasilkan ialah pada 2011 oleh Hikmat Gelinlik Moda Tasarim dari Turki menggunakan 45,024 manik kristal.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gaun-pengantin-terbesar-di-dunia-1.26780#sthash.wBl0ZMXz.dpuf

Wednesday, November 19, 2014

Rasulullah dan Uang 8 Dirham


8 dirham

PAGI itu Rasulullah SAW nampak sibuk memperhatikan bajunya dengan cermat, baju yang tinggal satu-satunya itu ternyata sudah usang. Dengan rizki uang delapan dirham, beliau segera menuju pasar untuk membeli baju.
Di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan seorang wanita yang sedang menangis. Ternyata ia kehilangan uangnya. Dengan kemurahan hati, beliau memberikan 2 dirham untuknya. Tidak hanya itu, beliau juga berhenti sejenak untuk menenangkan wanita itu.
Setelah itu, Rasulullah SAW lalu melangkah ke pasar. Beliau langsung mencari barang yang diperlukannya. Dibelinya sepasang baju dengan harga 4 dirham lalu bergegas pulang. Di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan seorang tua yang telanjang. Dengan iba, orang itu memohon sepotong baju yang baru dibelinya. Karena tidak tahan melihatnya, beliau langsung memberikan baju itu. Maka kembalilah beliau ke pasar untuk membeli baju lagi dengan uang tersisa 2 dirham, tentu saja kualitasnya lebih kasar dan jelek dari sebelumnya.
Ketika hendak pulang lagi, Rasulullah SAW kembali bertemu dengan wanita yang menangis tadi. Wanita itu nampak bingung dan gelisah. Ia takut pulang karena khawatir dimarahi majikannya akibat sudah terlambat. Dengan kemuliaan hati beliau, Rasul langsung menyatakan kesanggupan untuk mengantarkannya.
”Assalamu’alaikum warahmatullah”, sapa Rasulullah SAW ketika sampai rumah majikan wanita itu. Mereka yang di dalam semuanya terdiam, padahal mendengarnya. Ketika tak terdengar jawaban, Rasulullah SAW memberi salam lagi dengan keras. Tetap tak terdengar jawaban. Rasul pun mengulang untuk yang ketiga kalinya dengan suara lantang, barulah mereka menjawab dengan serentak.
Rupanya hati mereka diliputi kebahagiaan dengan kedatangan Nabi. Mereka menganggap salam Rasulullah SAW sebagai berkah dan ingin terus mendengarnya. Rasulullah SAW lalu berkata,”Pembantumu ini terlambat dan tidak berani pulang sendirian. Sekiranya dia harus menerima hukuman, akulah yang akan menerimanya”. Mendengar ucapan itu, mereka kagum akan akan budi pekerti beliau. Mereka akhirnya menjawab, “Kami telah memaafkannya, dan bahkan membebaskannya.”
Budak itu bahagia tak terkira, tak terhingga rasa terima kasihnya kepada Rasul. Lalu ia bersyukur atas karunia Allah SWT atas kebebasannya. Rasulullah SAW pulang dengan hati gembira karena satu perbudakan telah terbebaskan dengan mengharap ridha Allah SWT. .
Demikian kisah Rasulullah dengan 8 dirhamnya yang menjadi berkah. Meski hidup sederhana, beliau sangat murah hati dan banyak bersedekah. Suatu sikap mulia dan semoga kita bisa berusaha meneladaninya. [irma/islampos/cara-muhammad]

Penemuan Forensik Dapati Van Gogh Dibunuh Bukan Bunuh Diri


Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 4:47 PM
Vincent Van Gogh

> Selama ini dunia mempercayai yang Van Goh mengambil nyawanya sendiri
> Tapi pakar foresnik, Dr Vincent di Maio mendapati Van Gogh ditembak oleh seseorang
> Kecederaan pada badannya membuktikan dia ditembak bukan menembak diri sendiri
> Dia mungkin ditembak secara tidak sengaja oleh sekumpulan remaja nakal
SEORANG pakar forensik mendakwa yang dia mempunyai bukti menunjukkan pelukis tersohor dunia, Vincent van Gogh telah ditembak oleh seseorang dan bukannya menembak dirinya sendiri sehingga membawa maut yang selama ini disangka oleh seluruh dunia.
Dunia selama ini mempercayai yang artis tersebut menembak dirinya sendiri di sebuah ladang gandum di pinggir bandar Paris pada tahun 1890. Dia hanya mati 29 jam kemudian selepas membuat pengakuan yang dia menembak dirinya sendiri.
Bagaimanapun seorang pakar foreksi, Dr Vincent Di Maio, yang juga pakar dalam kecederaan tembakan mendapati bukti menunjukkan tidak mungkin van Gogh menembak dirinya sendiri di dada.
Dr Di Maio, membuat pendedahan itu dalam satu laporan eksklusif majalah Vanity Fair.
Laporan itu menyebut, kecederaan yang dialami oleh van Gogh akibat tembakan di dada itu tidak selari dengan kecederaan akibat perbuatan diri sendiri.
Dr Di Maio mempersoalkan bagaimana van Gogh mampu memetik picu revolver yang digunakannya itu untuk menembak dada kirinya.
"Secara teorinya adalah sangat sukar untuk seseorang menembak dirinya sendiri di dada kiri menggunakan tangan kiri. Tapi menggunakan tangan kanan adalah jauh lebih sukar," jelasnya.
Malah kata Dr Di Maio, jika van Gogh menembak dirinya dari jarak yang sebegitu dekat, akan terdapat kesan terbakar akibat daripada semburan belerang peluru pada tangannya.
Testimoni pada masa itu tidak menyatakan demikian.
Misteri kini timbul jika tidak Van Gogh, siapakah yang bertanggungjawab menembaknya.
Terdapat segelintir pendudukan kampung Auvers-sur-Oise di mana tragedi itu berlaku yang mempercayai Van Gogh telah ditembak secara tidak sengaja oleh sekumpulan remaja nakal.
Van Gogh yang sepanjang hidupnya dibelenggu oleh pelbagai masalah peribadi dan kekecewaan daripada kegagalan dalam percintaan telah membuat pengakuan yang dia telah menembak dirinya sendiri untuk melindungi remaja berkenaan.
Ia adalah penamat yang sempurna untuk seorang pelukis yang di dalam kesakitan batin dan fizikal.

Tuesday, November 18, 2014

Model bersiar tanpa seluar

Lukisan ini mungkin paling baik pernah dihasilkan atau warga New York sememang­nya memang langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Satu rakaman menunjukkan seorang model berjalan di sekitar kejiranan Midtown di Manhattan tanpa seluar tetapi tidak disedari orang sekeliling.
Kaki model ini dicat dengan warna menyerupai jean, lengkap dengan kesan jahitan.
Rakaman lucu itu sebahagian daripada eksperimen sosial dilakukan oleh Model Pranksters untuk melihat daya ketajaman pemerhatian orang ramai di New York.
Menurut Elite Daily, model berkenaan Leah Jung dicat oleh syarikat seni badan The Body of Art.
Video yang setakat ini sudah ditonton hingga hampir sejuta pengunjung dalam masa sehari, menunjukkan Leah menaiki kereta api bawah tanah, menuruni eskalator di Times Square dan makan tengah hari di McDonalds.
Sepanjang perjalanannya di tempat itu, tiada sesiapa yang menyedari sebenarnya Leah tidak memakai seluar.
Saat paling terbaik adalah rakaman ketika Leah memasuki rangkaian fesyen Forever 21 dan bertanya kepada seorang pekerja tempat dia boleh membeli 'jean' sama yang dipakainya.
Pekerja berkenaan memandang Leah dan 'jean' yang dipakainya lalu memberitahunya ia mungkin boleh didapati di tingkat bawah.
Bagaiamanapun, bukan semua orang tidak menyedari perkara itu.
Ketika dia membeli Metrocard, seorang lelaki datang menghampiri Leah lalu mengambil gambar 'jean' yang dipakainya dan kemudian segera beredar.
Leah sempat menoleh dan kertawa melihat keadaan itu kerana ada orang yang akhirnya benar-benar memberikan perhatian.
Kajian sama turut dilakukan awal tahun ini di utara Perancis.
Seorang model berjalan di sekitar bandar Lille de­ngan kaki dicat biru seperti jean dan hanya memakai seluar dalam 'g-string.'
Model Perancis ini membenarkan kawannya, jurumekap artis Marie P untuk melukis jean pada kakinya dan keluar untuk melihat reaksi orang ramai.
Dengan hanya memakai coli dan baju yang diikat ke paras pinggang, model itu memulakan perjalanannya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:01 AM

LEAH dicat oleh pakar dari The Body of Art untuk menjalankan eksperimen mengenai New York.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9736#foto

Ratusan Pekerja China di Arab Saudi Jadi Muallaf Setelah Melihat Ka’bah


http://detikislam.blogspot.com | .
Telah kita tahu bahawa Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim. Berkujung ke Baitullah itu merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam. Dengan melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam.

Hidayah boleh datang dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga. Mungkin itu lah yang dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih Islam sebagai agamanya yang baru.

Setelah melihat kaabah dari televisyen, tiba-tiba hati mereka bergetar. Pintu hidayah seakan terbuka. Allah SWT melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Lebih dari 600 pekerja berasal dari negara China memeluk Islam.

Mereka adalah sebahagian daripada 4,600 rakyat China yang bekerja dengan projek landasan kereta api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. Landasan kereta itu akan melalui Jeddah dan Khum. Peristiwa ratusan pekerja China memeluk Islam berlaku pada tahun lalu.

Pada awalnya, hanya 370 orang pekerja China yang Muslim daripada 4600 pekerja China berada di negara tersebut. Penduduk tempatan meminta pihak kerajaan mengupah buruh Cina yang beragama Islam. Namun Allah mempunyai rencana lain dengan kedatangan para pekerja itu.

Kedatangan ke Arab Saudi membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam lebih jelas dari tanah tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang telah menjadi Mualaf.

Pekerja yang telah menukar namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam selepas melihat kaabah untuk kali pertama di televisyen Saudi. "Ini menggetarkan saya. Saya menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil Haram dan umat Islam yang sedang berjalan mengelilingi Kaabah (tawaf)," katanya.

"Saya bertanya kepada teman yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian membawa saya ke Pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya mempunyai peluang untuk belajar tentang pelbagai aspek mengenai Islam," katanya. Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih tenang selepas menjadi seorang Muslim.

Pekerja lain, Ibrahim (51), mengalami peristiwa yang hampir sama pada September tahun lalu. Dia yang bekerja di bahagian penyelenggaraan syarikat kereta Api China menjadi seorang Muslim selepas melihat ka'bah. "Walaupun kami berada di China, kami tidak mempunyai peluang untuk belajar tentang Islam. Ketika saya tiba di Mekah, saya sangat terkesan oleh perilaku penduduknya. Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim mempunyai kesan besar pada saya, "tambahnya.

Sementara, Abdullah Al-Baligh (51), diberi petunjuk untuk memeluk Islam setelah melihat perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf. "Enam bulan selepas saya tiba di Mekah, saya melihat rakan-rakan saya yang sudah memeluk Islam benar-benar berubah. Tingkah laku mereka boleh diteladani. Saya menyedari bahawa Islam adalah kekuatan di sebalik perubahan tersebut," ujarnya.

"Apabila saya bertanya padanya, dia mengatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang agama ini sepanjang tinggal di China. Sekarang, dia mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan."

Begitu pula dengan Yunus. Pekerja berasal China ini baru mempelajari Islam ketika berada di Mekah. "Islam di China begitu kurang. Aku baru mengetahui Islam setelah datang ke Saudi," ujarnya

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Jawab periksa di padang untuk elak penipuan

Beijing: Lebih 1,000 pelajar menduduki peperiksaan mereka di luar kelas dengan dipantau guru yang menggunakan teropong untuk mengelak penipuan.
Guru di Kolej Shaanxi Sanhe sebuah kolej di wilayah Shaanxi membawa keluar semua kerusi dan meja di dalam kelas ke padang sukan sekolah itu.
Peperiksaan yang menyerupai penjara itu dilihat perlu kerana pelajar China amat bijak menipu. termasuk menggunakan gajet ala perisik.
Keadaan padang yang terbuka itu membolehkan guru mendapat pemandangan lebih menyeluruh terhadap semua pelajar yang mengambil peperiksaan itu, malah kamera dan teropong turut digunakan.
Seramai 3,800 pelajar itu mengambil peperiksaan berkenaan secara berkala dalam kumpulan 1,200 dan setiap sesi dipantau 80 gurul.
Kaedah ini digunakan di sekolah berkenaan sejak 10 tahun lalu.
Ujian itu diadakan dua kali setahun bagi memastikan tahap kebijaksanaan pelajar untuk rujukan majikan pada masa depan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:02 AM


PELAJAR menjawab soalan peperiksaan di padang sekolah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9747#sthash.XVORYTWq.dpuf

Cipta selimut untuk tidur di pejabat



Agensi - POSTER iklan yang mempromosikan selimut berbentuk cengkerang yang dicipta oleh Lew.


NEW YORK – Seorang pelajar universiti di sini mencipta sehelai selimut yang membantu seseorang itu tidur atau berehat di mana sahaja tanpa gangguan.
Selimut berbentuk cengkerang itu dicipta oleh seorang pelajar, Eden Lew dan bakal dipasarkan bulan depan sempena perayaan Krismas.
Lew berkata, dia mendapat idea untuk menghasilkan selimut tersebut selepas mendapati dia susah untuk berehat atau tidur sebentar pada waktu siang kerana terdapat banyak gangguan.
“Saya sebelum ini sukar untuk berehat atau tidur pada waktu siang apabila berada di tempat awam kerana terasa terganggu.
“Bagaimanapun, selimut ini membantu sesiapa sahaja tidur atau mahu berehat bersendirian ketika berada di dalam kenderaan awam atau di pejabat,” katanya.
Menurutnya, selimut yang diberi nama Nutshell itu boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam beg galas bagi membolehkan dibawa ke mana sahaja. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3JMn2Ssqw 
Hakcipta terpelihara 

Saintis rancang hidupkan semula mamot



Agensi - SEORANG saintis melihat bangkai seekor anak mamot yang dijumpai di satu kawasan berais di Siberia, Rusia pada tahun lalu.


NEW YORK – Bangkai seekor anak gajah purba atau mamot yang dijumpai di dalam satu kawasan berais di Siberia mungkin akan diklonkan untuk menghidupkan semula haiwan berkenaan.
Sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dilaporkan berusaha mengambil sampel daripada bangkai berkenaan yang dijumpai pada tahun lalu itu.
Mamot itu berada dalam keadaan baik selepas berada di dalam ais sejak beribu-ribu tahun lalu.
Kini para saintis berharap sampel yang masih sempurna yang diambil daripada bangkai berkenaan membolehkan haiwan itu dihidupkan semula dengan teknik pengklonan selepas pupus hampir 10,000 tahun lalu.
Seorang pakar paleontologi dari AS, Dr. Tori Herridge berkata, inilah kali pertama beliau menemui bangkai mamot yang berada dalam keadaan sangat baik dan masih mempunyai daging.
“Saya sebelum ini mengkaji haiwan yang hanya tinggal sisa tulang atau bulu tetapi kali ini sangat berlainan kerana saya boleh menghidu bau darah mamot ini,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3JMmocxa3 
Hakcipta terpelihara 

Sumpahan jam bernilai RM79 juta

Pemilik, orang tersayang mati ketika simpan objek itu

Jutawan Arab, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani (kiri) meninggal
Jutawan Arab, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani (kiri) meninggal dunia dua hari sebelum menjual jam randik jenama Patek Philippe 1933 miliknya. – AGENSI
LONDON 17 Nov. - Sebentuk jam randik mewah berharga 15 juta pound (RM79 juta), didakwa memiliki sumpahan apabila tiga individu termasuk pemilik serta insan tersayang mereka meninggal dunia sewaktu jam berkenaan berada dalam simpanan mereka.
Terbaharu, kerabat diraja Qatar, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani, 48, meninggal dunia minggu lalu, dua hari sebelum beliau merancang untuk melelong jam jenama 1933 Patek Phillipe itu.
Akhbar Daily Mirror melaporkan, Sheikh Saud yang merupakan pengumpul barangan antik, meninggal dunia akibat komplikasi serangan jantung di kediamannya, di sini.
Jam tersebut dibeli jutawan berkenaan pada 1999 pada harga 7 juta pound (RM36.7 juta).
Pemilik asal jam berkenaan, Henry Graves menempah barangan mewah itu daripada pembuat jam mewah, Patek Phillipe pada 1925.
Tujuh bulan selepas disimpan sebagai koleksi, rakan baik Graves meninggal dunia, diikuti anak lelakinya, George yang maut dalam satu nahas jalan raya.
Kematian tiga individu itu membuatkan banyak pihak mendakwa jam tersebut memiliki sumpahan.
Jam itu dilelong di Geneva minggu lalu kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada harga RM15.3 juta pound (RM80.2 juta).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sumpahan-jam-bernilai-rm79-juta-1.26008#sthash.aVWUINpP.dpuf

Warga emas mati hidup semula

Janina Kolkiewicz merasai pengalaman ngeri apabila ditempatkan
Janina Kolkiewicz merasai pengalaman ngeri apabila ditempatkan di dalam bilik mayat selama 11 jam selepas doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia. – AGENSI
LUBARTOW, Poland, 17 Nov. – Seorang nenek yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor, didapati masih lagi hidup selepas 11 jam berada di dalam bilik mayat.
Laman web UPI.com melaporkan, Bogumila Kolkiewicz anak saudara kepada Janina Kolkiewicz berkata, dia terpaksa menghubungi Dr. Wieslawa Czyz selepas mendapati ibu saudaranya tidak bernafas dan nadinya tidak lagi bergerak di rumah mereka di sini.
Katanya, Czyz mengesahkan wanita berusia berusia 91 tahun itu sudah meninggal dunia dan turut mengeluarkan sijil kematian bagi ibu saudaranya.
Bagaimanapun, ujar Bogumila, kakitangan hospital yang bertugas di bilik mayat menyedari beg plastik yang membungkus mayat Janina kelihat seperti bergerak-gerak sebelum mereka mendapati wanita itu masih hidup selepas 11 jam berada di bilik tersebut.
“Janina tidak mengingati apa yang sudah berlaku kerana dia telah nyanyuk,” jelasnya.
Tambah Bogumila, ibu saudaranya kini berada dalam keadaan normal dan tahap kesihatannya semakin baik selepas keluar dari hospital.
“Saya pasti dia sudah meninggal dunia ketika itu. Saya terkejut dan tidak faham dengan apa yang berlaku. Jantungnya tidak lagi berdegup dan dia sama sekali tidak bernafas,” kata Czyz.
Polis Daerah Lublin kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan sudah memulakan prosiding bagi mendakwa doktor berkenaan atas kesalahan jenayah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/warga-emas-mati-hidup-semula-1.26004#sthash.HXCY25pQ.dpuf

Islam dahulu jumpa benua Amerika

Lakaran artis menunjukkan Columbus sejurus tiba di benua Amerika
Lakaran artis menunjukkan Columbus sejurus tiba di benua Amerika sebelum mendakwa tanah itu milik keluarga diraja Sepanyol pada 1492. – AGENSI
ISTANBUL 17 Nov. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa benua Amerika dijumpai oleh orang Islam pada abad ke-12, hampir tiga abad lebih awal sebelum Christopher Columbus menjejakkan kaki ke benua itu.
“Hubungan antara Amerika Latin dan Islam telah bermula sejak abad ke-12 lagi. Islam (terlebih dahulu) menjumpai Amerika pada 1178, bukannya Columbus.
“Pelayar Islam (mula) tiba di Amerika pada 1178. Columbus (mengesahkan) pernah menyebut tentang kewujudan sebuah masjid di sebuah bukit di pantai Cuba,’’ katanya semasa berucap pada satu sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Islam dari Amerika Latin, di sini.
Menurut Erdogan, Ankara bersedia membina sebuah masjid di tapak yang dimaksudkan oleh pengembara dari Genoa itu seperti yang tercatat dalam diarinya, lapor portal berita Al-Jazeera.
“Saya ingin membincangkan perkara itu dengan rakan-rakan saya dari Cuba. Sebuah masjid amat sesuai (dibangunkan) di atas bukit itu hari ini,’’ kata Erdogan.
Kebanyakan buku sejarah sebelum ini melaporkan bahawa Columbus menjejakkan kaki ke benua Amerika pada 1492 ketika mencari laluan maritim baharu ke India.
Beberapa ulama Islam, baru-baru ini, mendakwa Islam terlebih dulu sampai di Amerika, walaupun tiada sebarang tinggalan struktur binaan Islam pra Columbus pernah ditemukan.
Dalam satu artikel kontroversi diterbitkan pada 1996, pakar sejarah Dr. Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika merujuk sebuah diari tentang kedatangan Columbus menyatakan tentang kewujudan sebuah masjid di Cuba.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/islam-dahulu-jumpa-benua-amerika-1.26015#sthash.2dvKGqEV.dpuf

Monday, November 17, 2014

Tren terpantas catat kelajuan lebih 500kmj



TREN Maglev yang mampu mencapai kelajuan lebih 500kmj kini dalam proses percubaan. - AGENSI


YAMANASHI – Seramai 100 orang penumpang menjadi pengguna pertama menaiki tren terpantas di Jepun yang mampu mencapai kelajuan melebihi 500 kilometer sejam (kmj).
Tren Maglev yang masih dalam proses percubaan itu memulakan perjalanannya di antara dua bandar iaitu Uenohara dan Fuefuki.
Terdapat beberapa kamera yang diletakkan di dalam tren berkenaan untuk merakam respons para pengguna yang pertama kali menaiki tren Maglev yang menjalani latihan selama lapan hari.
Menurut jurucakap Syarikat Kereta Api Pusat Jepun, pihak mereka melakukan latihan di landasan tren di wilayah Yamanashi sebagai langkah permulaan.
“Kami ingin memastikan segalanya berjalan lancar sebelum tren ini boleh diguna pakai oleh penduduk tempatan,” katanya.
Tren berkenaan bergerak dalam keadaan ‘terapung’ di atas landasan kerana menggunakan sistem pengangkat magnetik.
Maglev akan menjadi tren terpantas kerana tren laju lain di Jepun pada masa kini cuma mampu mencapai kelajuan sehingga 320kmj, malah tren paling laju di London cuma mencecah kelajuan 300kmj. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3JKt08Q6W 
Hakcipta terpelihara