Pages

Thursday, November 20, 2014

Budak lelaki Mexico buang ketumbuhan sebesar bola sepak


Serrano telah menjalani pembedahan selama 12 jam bagi membuang ketumbuhan sebesar sebiji bola sepak pada bahagian leher dan bahunya


ALBUQUERQUE, New Mexico – Seorang budak lelaki Mexico berumur 11 tahun yang menghidap ketumbuhan besar telah menarik perhatian antarabangsa selepas beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) membantunya mendapatkan rawatan di negeri New Mexico, AS, kata seorang jurucakap sebuah gereja kelmarin.
Ketumbuhan itu dibuang dalam satu pembedahan yang panjang baru-baru ini.
Jurucakap berkenaan, Kristean Alcocer berkata, Antonio Ramirez Serrano menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan sebesar sebiji bola sepak pada leher dan bahunya di Hospital Kanak-Kanak Universiti New Mexico, Isnin lalu.
Pembedahan sukar itu mengambil masa lebih 12 jam dengan melibatkan seramai 25 petugas perubatan profesional.
“Proses penyembuhan akan memakan masa yang panjang dan banyak cabaran menanti budak lelaki tersebut,” kata Alcocer.
Gereja berkenaan mengambil masa dua tahun untuk mengumpul dana bagi membantu Serrano menjalani pembedahan membuang ketumbuhannya di AS.
Kisah sedih kanak-kanak tersebut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa selepas tersebar di internet. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3JYRNNHhT 
Hakcipta terpelihara 

No comments: