Pages

Friday, October 17, 2014

Michael Jackson selebriti mendiang terkaya dunia

Michael Jackson
NEW YORK 16 Okt. - Walaupun sudah lima tahun meninggal dunia, mendiang Michael Jackson tetap mengekalkan kedudukan sebagai selebriti yang mempunyai pendapatan paling tinggi dalam kalangan selebriti yang sudah meninggal dunia dengan kekayaan berjumlah AS$140 juta (RM458.2 juta) pada tahun lalu.
Menurut Forbes, Jacko memperolehi keuntungan dua kali ganda daripada penyanyi, mendiang Elvis Presly yang berada di tempat kedua, meninggal dunia pada 1977, dengan pendapatan berjumlah AS$55 juta (RM 180 juta), manakala tempat ketiga menjadi milik kartunis dan pemilik komik Peanut, Charles Schulz dengan pendapatan berjumlah AS$40 juta (RM130.9 juta).
"Tidak ramai selebriti yang boleh menjana kewangan selepas meninggal dunia seperti Jackson," menurut Forbes.
Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut Jackson menduduki tempat paling atas dalam senarai itu, sekali gus mengalahkan rakan baiknya, mendiang aktres Elizabeth Taylor.
Album kedua kemunculan semula Jackson berjudul Xscape' dikeluarkan selepas dia meninggal dunia, sekali gus meletakkan -nya di tempat kedua dalam carta pada tahun lalu dan penyanyi itu muncul sebagai hologram di Anugerah Muzik Billborad.
Taylor yang meninggal dunia pada 2011 berada di tangga keempat dengan pendapatan berjumlah AS$25 juta (RM81.8 juta), manakala penyanyi, Bob Marley berada di tangga kelima dengan pendapatan berjumlah AS$20 juta (RM65.4 juta), Marley meninggal dunia akibat kanser pada usia 36 tahun. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141017/lu_11/Michael-Jackson-selebriti-mendiang-terkaya-dunia#ixzz3GLvbV4FO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki berjaya buang tumor seberat 21 kg


CHUNCAI bergambar bersama doktor di Hospital Barah Fuda selepas menjalani pembedahan kedua pada 2008 di Guangzhou, China. - AGENSI
BEIJING 16 Okt. - Selepas lebih 30 tahun bergelut dengan penderitaan tumor pada wajahnya, seorang lelaki China yang dianggap sebagai Lelaki Gajah boleh menarik nafas lega selepas doktor berjaya membuang hampir keseluruhan ketumbuhan itu, baru-baru ini.
Dalam pembedahan keempat bagi menyelamatkan nyawa Huang Chuncai dari wilayah Hunan itu, doktor berjaya membuang 21 daripada 25 kilogram ketumbuhan besar pada wajahnya yang menjuntai hingga ke pinggang dan dianggap sebagai tumor wajah terbesar di dunia.
Penyakit saraf dalam kategori 'neurofibromatosis' yang dialami lelaki berusia 37 tahun itu adalah yang terburuk pernah direkodkan dan menyukarkan Chuncai untuk bergerak, apatah lagi untuk makan dan tidur selepas ketumbuhan tersebut membesar sehingga 1.2 meter panjang.
Bagaimanapun, selepas pembedahan keempat yang juga terakhir bagi menyelamatkan nyawa Chuncai yang berlanjutan sehingga tujuh tahun, tumor seberat 21 kilogram di wajah Chuncai berjaya dibuang.
"Saya fikir, wajah Chuncai kali ini lebih kecil. Kami amat gembira kerana kehidupannya akan lebih mudah dan lebih gembira selepas ini,'' kata ibu Chuncai, He Baohua.
"Saya harap, saya boleh bekerja ataupun membantu di kedai kami. Saya tidak lagi kelihatan menakutkan seperti sebelum ini kerana tumor saya kini semakin mengecil,'' kata Chuncai seperti yang dilaporkan Mirror.co.uk.
Chuncai hidup dengan membiarkan penyakit itu terus membesar selama 30 tahun kerana kedua ibu bapanya tidak mampu membiayai kos perubatan untuk memulihkan penyakitnya hingga mengakibatkan tekanan tumor pada tulang belakangnya membantutkan pembesaran dan mengakibatkannya menjadi bongkok.
Bagaimanapun, liputan meluas media pada 2007 bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit yang dialami Chuncai membuatkan kerajaan China menawarkan lelaki itu menjalani pembedahan pada wajahnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141017/lu_10/Lelaki-berjaya-buang-tumor-seberat-21-kg#ixzz3GLvLInNF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, October 16, 2014

82 juta penduduk China hidup miskin

Penduduk Anshun di wilayah Guizhou terpaksa membasuh baju di sungai kerana tidak mampu mendapatkan bekalan air bersih. Foto: AFP
Penduduk Anshun di wilayah Guizhou terpaksa membasuh baju di sungai kerana tidak mampu mendapatkan bekalan air bersih. Foto: AFP
BEIJING - CHINA. Lebih 82 juta rakyat China masih hidup dengan pendapatan kurang AS$1 (RM3) sehari, walaupun negara itu adalah kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.
Menurut laporan Channel News Asia, Pegawai kanan pembangunan kerajaan Zheng Wenkai berkata, standard kemiskinan rasmi China adalah pendapatan tahunan 2,300 yuan (RM1,200), dan lebih 82 juta orang berpendapatan kurang daripada jumlah tersebut pada akhir tahun.

"Penduduk miskin bukan sahaja berpendapatan rendah tetapi juga mengahadapi pelbagai kesukaran seperti mendapatkan bekalan air minum, elektrik, pendidikan, rawatan perubatan dan pinjaman," katanya.
Difahamkan, kebanyakan mereka tinggal di kawasan terdedah kepada bencana alam atau infrastruktur yang tidak mencukupi dan usaha membawa mereka keluar daripada kemiskinan bukan perkara mudah.
Definisi Bank Dunia terhadap kemiskinan adalah AS$ 1.25 (RM4) sehari, dan kadar kemiskinan penduduk China akan meningkat kepada lebih 200 juta jika standard antarabangsa diguna pakai.

Pembaharuan sejak lebih 30 tahun lalu dilihat membawa kepada kedakan ekonomi di China, di mana ia meletakkan Jepun yang sebelum ini berada di tempat kedua di dunia pada 2010, di belakang Amerika Syarikat.

Gambar Wanita Malaysia Dengan Ikan Paus Bangkit Kemarahan Australia


Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 8:38 AM

PETALING JAYA: Gambar seorang wanita rakyat Malaysia bersama ikan paus yang dipotong kulit oleh nelayan di jeti Tanjung Gemok, dekat Pulau Tioman telah mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia dan Australia.

Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa seorang pengguna Facebook telah memuat naik beberapa gambarnya  dengan spesis dilindungi itu yang dipotong kulit oleh nelayan pada 4 Oktober lalu.

Dia didakwa menulis 'gembira' kerana ini adalah kali pertama melihat spesis tersebut.

Dipercayai ikan itu telah dipotong untuk dijual di pasaran tempatan.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ikan paus tersebut memang diburu oleh pemburu haram, tidak sengaja ditangkap oleh nelayan, atau terdampar di pantai.

Portal Australia PerthNow juga melaporkan berita tentang wanita ini yang bergambar dengan spesis tersebut yang merupakan lambang binatang laut yang baharu di Australia Barat dan membangkitkan kemarahan di kalangan warga Australia.

Komen di laman web Australia mempersoalkan keperluan untuk membunuh ikan paus, dengan beberapa orang menyeru agar pendakwaan dikenakan terhadap pemburu.

Gambar-gambar ini telah dikeluarkan dari Facebook.

Ulama Syiah dihukum mati


GAMBAR yang dirakam pada 8 Julai 2012 menunjukkan Nimr cedera selepas ditembak ketika polis cuba menahannya.
Riyadh: Seorang hakim semalam menjatuhi hukuman mati ke atas ulama Syiah terkenal Arab Saudi.
Keputusan itu dimaklumkan oleh adik ulama terbabit, Sheikh Nimr al-Nimr, menerusi akaun Twitternya.
Nimr ditahan pada Julai 2012 atas tuduhan menyokong tunjuk perasaan besar-besaran pada Februari 2011 di Qatif, timur Arab Saudi yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah.
Tahun lalu, seorang pendakwa raya berkata, dia merancang mendakwa Nimr atas tuduhan 'membantu pengganas' dan 'melancarkan perang terhdap Tuhan,' kesalahan yang membawa hukuman mati.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Putera Ahmed pula menuduh Nimr menghadapi masalah mental.
Ulama Syiah itu cedera ditembak ketika polis menahannya dua tahun lalu. Penahanannya mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran selama beberapa hari, menyebabkan tiga orang terbunuh.
Penduduk Syiah Saudi sering mengadakan tunjuk perasaan kerana mendakwa ditindas oleh pihak berkuasa negara itu yang berfahaman Sunni. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:39 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2200#sthash.DEO3qyUP.dpuf

Kejar ribut untuk abadikan gambar menakjubkan



DAOW berdiri di hadapan satu awan hitam gergasi di negeri Montana, Amerika Syarikat. - Agensi


LOS ANGELES – Seorang jurugambar dan isterinya sanggup berdepan bahaya dengan mengejar ribut dan puting beliung semata-mata untuk merakamkan gambar pemandangan yang menakjubkan itu, lapor MailOnline kelmarin.
Jurugambar tersebut, Nicolaus, 34, dan Daow Wegner, 32, berkata, mereka tidak gentar untuk berada berdekatan cuaca buruk berkenaan kerana ia sering memberikan imej yang menakjubkan.
Nicolaus berkata, mereka menggunakan alatan kaji cuaca untuk meramal di mana ribut atau puting beliung akan berlaku sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.
“Saya cuba mengambil gambar secepat mungkin sebelum ribut menghampiri kami dan keadaan sangat bahaya jika ada kilat berhampiran kami,” katanya.
Menurut Daow, pada mulanya dia berasa sangat gementar tetapi akhirnya perasaan itu bertukar menjadi sangat mengujakan.
“Pengalaman ini sangat mengujakan dan saya cuba menikmati situasi ini sebaik mungkin,” jelasnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3GGFC7X5c 
Hakcipta terpelihara 

Petani tanam labu bentuk kepala Frankenstein



DUA pekerja Dighera membuka bekas khas bagi membentuk labu yang menyerupai watak Frankenstein.


LOS ANGELES – Seorang petani berjaya menanam buah labu yang mempunyai bentuk menyerupai wajah watak filem Frankenstein sebagai persediaan sambutan hari Halloween, lapor Mirror Online kelmarin.
Petani tersebut, Tony Dighera mengambil masa selama empat tahun untuk menghasilkan tanaman labu berkenaan yang dijual pada harga £75 (RM245) sebiji.
Dighera, 53, berkata, buah labu berkenaan dibiar membesar di dalam acuan plastik supaya buah berkenaan mempunyai bentuk menyerupai watak tersebut.
“Saya mengambil masa selama empat tahun untuk menanam 27 jenis buah labu dan membelanjakan banyak wang untuk projek ini.
“Bagaimanapun, akhirnya saya berjaya menghasilkan labu berbentuk watak berkenaan dan mula mendapat keuntungan daripada hasil jualannya,” katanya.
Menurutnya, dia tidak berputus asa walaupun beberapa kali percubaannya gagal dan dia juga hampir kehabisan wang untuk menanam labu berkenaan.
“Saya gembira usaha saya selama ini sangat berbaloi dan saya menerima tempahan yang luar biasa sempena perayaan Halloween tidak lama lagi,” ujarnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3GGEwwl78 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, October 15, 2014

Jauhi Facebook, Dropbox dan Google - Edward Snowden

Jauhi Facebook, Dropbox dan Google - Edward Snowden
Snowden tidak yakin dengan ciri keselamatan perkhidmatan Internet popular.
Berhati-hati dengan saluran yang disangkakan bersifat peribadi. Mungkin itu ringkasan mesej yang cuba disampaikan bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden dalam pendedahan terbarunya seperti yang dilaporkanTechCrunch.com.

Snowden yang kerap menggemparkan dunia dengan isu kerahsiaan maklumat dan kini dalam persembunyian di Rusia, menasihatkan pengguna supaya menjauhi perkhidmatan internet popular seperti Dropbox, Facebook dan Google.

Snowden yang dihubungi melalui sesi temu ramah video jarak jauh sempena Festival New York, berkata demikian ketika ditanyakan soalan mengenai cara melindungi privasi.

“Bila anda mengatakan ‘Saya tiada apa untuk disembunyikan’, anda sebenarnya berkata ‘Saya tidak peduli tentang hak ini’.

“Anda juga berkata ‘Saya tidak memiliki hak ini kerana saya perlu justifikasi mengenainya’. Satu-satunya cara sesebuah hak itu berfungsi adalah pihak kerajaan perlu menjustifikasi pencerobohan dalam hak anda,” kata Snowden yang mencetus ironi kerana temu ramah itu sendiri dibuat menggunakan platform khidmat layanan Google.

Snowden menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan yang menjejas erti privasi. Dropbox menurut Snowden, tidak disokong enkripsi sementara alternatif seperti SpiderOak perlu diberi perhatian.

"Perbezaan antara Dropbox dan SpiderOak, adalah SpiderOak mengengkripsi data ketika ia berada dalam komputer pengguna, manakala Dropbox hanya mengenkripsi data ketika ia dalam transit (penghantaran) dan di dalam sistem pelayan,” ujar Snowden.

Dia juga menyarankan agar pengguna menjauhi Facebook dan Google walaupun kedua-duanya sudah meningkatkan ciri keselamatan.

Pesannya lagi: “Jangan hantar pesanan teks tanpa enkripsi, dan cubalah perkhidmatan lain seperti RedPhone dan Silent Circle”.

Apabila ditanya mengapa dia tidak kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk perbicaraan, Snowden memberitahu, dia tidak yakin kesnya akan dibicarakan dengan adil berikutan layanan yang diterima pendedah maklumat lain seperti Thomas Drake dan Chelsea Manning oleh pihak berkuasa AS.

Kisah Taubat Terbaik, Wanita yang Bertaubat dari Zina

Pandangannya tertunduk. Sorot matanya menyiratkan penyesalan yang mendalam. Perutnya tampak membesar.

“Wahai Rasulullah, aku telah berzina. Aku layak mendapatkan hukuman rajam. Maka tegakkanlah hukuman had atas diriku,” wanita itu benar-benar ingin bertaubat. Ia memahami, dosa zina tidak mendapatkan ampunan secara sempurna kecuali dengan benar-benar bertaubat dan hukuman had ditegakkan. Ia meminta dirajam, dan ia tahu bahwa rajam akan merenggut nyawanya.

Rasulullah tidak langsung menjawab. Sebab dalam Islam, dosa zina yang tidak diketahui orang lain, pengadilan tak bisa menuntutnya. Secara Fiqih, hukuman had atas zina ditegakkan jika ada empat saksi yang melihat perbuatan keji tersebut. Tapi wanita ini datang sendiri mengakui.

“Janin dalam perut ini adalah buktinya ya Rasulullah,” lanjut wanita itu meyakinkan bahwa ia pantas dirajam.

“Pulanglah. Setelah bayimu lahir, barulah engkau kembali ke sini,” demikian keputusan Rasulullah. Sungguh, beliau adalah Nabi yang selalu dibimbing wahyu. Beliau adalah hakim yang paling bijaksana sedunia. Kasih sayang adalah jiwa dari setiap keputusannya. Tidak mungkin bagi beliau menghukum seorang wanita yang tengah hamil. Bagaimana nasib kandungannya? Selain itu, menurut banyak ulama, Rasulullah juga memberikan kesempatan kepada wanita tersebut agar ia konsentrasi menjaga janinnya, menjaga bayinya dan terlupa dengan permintaan hukuman yang ia ajukan hari itu.

Hari demi hari berlalu dengan cepat. Beberapa bulan kemudian, wanita itu melahirkan. Lalu ia pun kembali menghadap Rasulullah. “Ya Rasulullah, aku wanita yang beberapa bulan lalu menghadapmu meminta ditegakkan had atasku. Maka rajamlah aku,” demikian kira-kira pinta wanita itu. Dan kembali Rasulullah menolak permintaan itu. Beliau memintanya untuk merawat dulu anaknya, hingga masa persusuan selesai.

Ternyata wanita itu tidak lupa. Ia datang lagi setelah masa menyusui anaknya ia anggap cukup. “Ya Rasulullah, aku wanita yang dulu datang menghadapmu meminta ditegakkan had atasku. Maka rajamlah aku.” Permintaan itu akhirnya dikabulkan Rasulullah. Beliau pun menegakkan hukum had atasnya. Hingga ia menghembuskan nafas terakhirnya.

Ketika Rasulullah menshalati jenazah wanita itu, Umar bin Khatab heran. “Wahai Rasulullah, mengapa Engkau menshalatinya padahal wanita itu telah berzina?”
Beliau pun menjawab, “Wanita ini telah bertaubat dengan taubat yang seandainya taubatnya tersebut dibagi kepada 70 orang dari penduduk Madinah maka itu bisa mencukupi mereka. Apakah engkau dapati taubat yang lebih baik dari seseorang mengorbankan jiwanya karena Allah Ta’ala?”

Masya Allah… Sungguh luar biasa wanita tersebut. Bahkan ia memperoleh kedudukan yang sangat mulia di sisi Allah dan dalam pandangan Rasulullah. Taubatnya mencukupi untuk 70 orang dan taubatnya digolongkan sebagai taubat terbaik.

Di dunia ini, tak ada orang yang bersih dari dosa dan kesalahan kecuali Nabi yang dijaga Allah (ma’shum). Dan seperti hadits Rasulullah, sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang mengikutinya dengan taubat. Sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang mau bertaubat dari dosanya. Kita semua punya dosa, tetapi Allah membukakan pintu taubat untuk kita. Pertanyaannya, maukah kita bertaubat… dan seperti apa kualitas taubat kita? [Kisahikmah.com - BedaMedia Grup]

Lintah dalam hidung selama sebulan


Liverani menyedari terdapat seekor lintah berada di dalam hidungnya sebulan selepas dia pulang dari bercuti.
Liverani menyedari terdapat seekor lintah berada di dalam hidungnya sebulan selepas dia pulang dari bercuti.
EDINBURGH - SCOTLAND. Pengalaman gembira seorang wanita selepas pulang bercuti dari Asia Tenggara bertukar mimpi ngeri apabila menemui seekor lintah berada di dalam hidungnya sejak lebih sebulan lalu.

Menurut laporan Straits Times, Daniela Liverani, 24, dari Scotland percaya haiwan sepanjang kira-kira 7.5 sentimeter itu masuk ke dalam hidungnya ketika berada Vietnam atau Kemboja ketika sedang berenang.

Pada awalnya, dia menyangka hidung berdarah berterusan yang dialami berpunca daripada saluran darah pecah akibat kemalangan motosikal ketika percutiannya itu.

"Ketika sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah dan saya boleh lihat ia melekat pada hujung hidung saya. Sebelum ini saya sangka objek hitam di dalam hidung itu adalah darah beku, tetapi selepas melihat dengan lebih dekat di cermin, baru saya sedar ia sebenarnya seekor haiwan," katanya.

Menurut doktor, jika Liverani terlewat membuat pemeriksaan, lintah itu berkemungkinan boleh masuk ke dalam otaknya.

Ribuan lelaki tawar kahwin ‘janda malang’

KENYATAAN yang dimuat naik wanita berkenaan di akaun Twitternya. 
Riyadh: Ribuan lelaki dari pelbagai negara menyuarakan kesediaan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan wanita Arab Saudi.
Wanita berkenaan sebelum ini menyuarakan keinginannya mendirikan rumah tangga menerusi laman Twitter.
"Saya wanita yang sudah bercerai dan tidak mempunyai anak. Saya mencari seorang lelaki yang bersedia mencintai saya. Saya memiliki harta melebihi SR100 juta (RM85 juta) yang diwarisi daripada arwah bapa saya. Semoga Allah merahmati rohnya.
"Saya juga mempunyai syarikat yang saya urus sendiri. Saya mahu seorang suami yang menyayangi saya dan saya bersedia mentaatinya. Saya berusia 39 tahun. Saya hanya inginkan anak," kata wanita yang menamakan dirinya 'Noora, Janda Malang.'
Noora berkata, dia amat serius dalam memilih suami dan lelaki itu hanya perlu menerima syarat ditetapkannya, lapor akhbar Okaz, semalam.
Mereka yang memberikan reaksi terdiri daripada lelaki pelbagai peringkat usia dan latar belakang pelajaran.
Selain mereka yang bermimpi menjadi kaya, beberapa intelektual juga menyuarakan kesediaan mengahwini janda kaya itu.
Komen yang dibuat menerusi laman sosial itu berbeza, termasuk daripada mereka yang berkata, tawaran itu palsu semata-mata dan menggesa orang ramai tidak mempercayainya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 12:53 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1572#sthash.o0uwEXsb.dpuf

Kereta sport jadi ambulans

PERKHIDMATAN Ambulans Dubai menunjukkan kereta Lotus akan digunakan sebagai ambulans di Minggu Teknologi Gitex di Dubai, baru-baru ini. 
Dubai: Kereta sport ambulans akan dikerah ke tempat kejadian dan membantu mangsa dalam keadaan kecemasan di Dubai.
Menurut laporan, Ambulans Dubai menambah sebuah kereta Lotus dan dua Ford Mustang dalam kumpulan kenderaannya dalam usaha memendekkan masa tindak balas, daripada lapan minit disasarkan kepada empat minit.
Pegawai berkata, kereta itu akan dipandu pemandu terlatih dan membawa kelengkapan bantuan kecemasan bagi membantu pesakit yang kritikal sebelum ambulans biasa tiba.
Ia bagaimanapun tidak akan digunakan untuk mengangkut pesakit.
Kereta sport berkenaan berupaya mencapai tahap kelajuan 300 kilometer sejam.
Ini bermakna ambulans Lotus dan Ford Mustang itu boleh tiba di tempat kemalangan setengah jam lebih awal berbanding ambulans biasa, atau lebih cepat, bergantung kepada keadaan lalu lintas.
Pegawai itu berkata, ia akan ditempatkan di kawasan yang mempunyai paling banyak panggilan kecemasan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1604#sthash.cF5JY9bU.dpuf

Ulama Saudi selar ‘berselfie’

SATU keluarga berselfie di Tanah Suci, baru-baru ini. 
Agensi
Riyadh
Seorang ulama terkenal Saudi semalam menggesa umat Islam yang menunaikan umrah atau haji supaya tidak taksub melakukan 'selfie'.
Menurutnya, fenomena itu hanya menggangu dan akan menjejaskan mereka daripada melakukan ibadah yang sepatutnya mereka lakukan ketika berada di Tanah Suci.
"Orang ramai biasanya melakukan untuk menunjuk-nunjuk. Ini bukan saja merosakkan seluruh ibadah mereka dan menjejaskan pahala yang mereka inginkan untuk datang ke sini," kata anggota jawatankuasa kesedaran haji dan juga pensyarah di Universiti Majmaah, Ali bin Abdul Aziz Al-Shibal.
"Mengambil gambar untuk memberitahu orang lain di mana anda atau untuk menunjukkan anda melakukan sesuatu yang baik akan menjejaskan niat anda dan sekali gus melanggar tujuan sebenar matlamat anda.
"Lebih-lebih lagi jika ada jemaah lain yang turut muncul dalam gambar anda. Ia mencabuli privasi dan hak mereka," katanya.
Menurut Ali, Islam melarang umatnya meniru gaya, budaya dan tradisi orang bukan Islam.
"Orang Islam perlu bangga dengan budaya mereka sendiri," katanya.
Ulama itu juga memetik hadis Nabi Muhammad (SAW) yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah yang berbunyi: "Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka".
Beberapa ulama bersetuju fotografi digital dilarang kecuali untuk tujuan mustahak seperti merakam acara penting, mendedahkan penjenayah, mengeluarkan kad pengenalan, mengajar dan mencetak program berguna.
Ditanya sama ada pihak berkuasa akan melancarkan kempen menentang selfie pada musim umrah dan haji akan datang, Ali berkata: "Kempen kami bertujuan mendidik jemaah dan umat Islam lain daripada menjauhi amalan tidak Islamik."
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1608#sthash.ksGcjNbe.dpuf

Tuesday, October 14, 2014

Cakera bibir terbesar dunia


Cakera bibir terbesar duniaKETIKA sekumpulan kru filem dari Australia diketuai sinematografer Abrahem Joffe membuat penggambaran di sebuah kawasan terpencil selatan Ethiopia, mereka menemui seorang gadis yang mempunyai cakera bibir terbesar di dunia.

“Ketika kami sedang membuat lawatan bersama beberapa pemandu tempatan, kami menemui gadis yang sangat aneh. Saya adalah seorang peminat Rekod Dunia Guinness dan saya tahu apa yang dilihat adalah sesuatu yang luar biasa,”katanya kepada Mail Online .

Ataye Eligidagne, 20, memiliki cakera bibir dengan ukur lilit 60 sentimeter (cm) dan diameter 20 cm, iaitu dua kali lebih besar daripada saiz purata cakera bibir. Ukuran tersebut sekali gus mengalahkan Rekod Dunia Guinness sebelum ini dengan diameter 15 cm.

Difahamkan, baru-baru ini kerajaan Ethiopia mengambil langkah untuk mengharamkan penggunaan cakera dan kekerapan generasi muda yang menggunakan cakera tersebut juga semakin berkurangan. 

Trek atas bumbung


Trek atas bumbungSEBUAH sekolah rendah di Tintai di wilayah Zhejiang, China terpaksa membina trek olahraga di atas bumbung kerana kekurangan tanah di sekitar sekolah itu.

Guru Besar sekolah tersebut, Qiu Tianguo berkata, pembinaan trek 200 meter itu adalah untuk memenuhi keperluan 1,600 pelajar untuk subjek pendidikan jasmani lapor Daily Mail.

Bagi memastikan keselamatan pelajar, ia dibina dengan tiga lapisan pelindung di mana lapisan paling luar adalah dinding kaca setinggi 1.8 meter, dan bahagian paling dalam berdekatan trek setinggi 1.2 meter.

Selain itu, terdapat juga beberapa kamera pengawasan bagi memantau aktiviti pelajar.

Menurut ketua arkitek Ruan Hao, keadaan atas tanah yang terhad tidak memberi ruang cukup kepada pelajar untuk membuat latihan di luar kelas. Justeru pihaknya memilih untuk mencuba konsep baharu iaitu taman permainan dan trek tidak semestinya berada di atas tanah.

Reka bentuk berkenaan telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia setelah mewakili China ke Pameran Senibina Vanice ke-14 tahun ini.

Pelancongan angkasa lepas


Pelancongan angkasa lepasINDUSTRI pelancongan kini melangkah setapak lagi dengan menawarkan percutian ke angkasa lepas selepas angkasawan Rusia, Yuri Gagari menjadi manusia pertama menyertai penerbangan bersejarah yang menjadi lambang kemajuan sains dan teknologi pada 1961.

Sejajar dengan usaha itu, firma swasta kini berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan terbaik kepada mana-mana individu berkemampuan yang mahu merasai pengalaman melancong ke angkasa lepas dengan menaiki pesawat komersial yang berkelajuan seperti roket.

Mereka akan dibawa menaiki pesawat suborbital sehingga berada pada ketinggian kira-kira 100 kilometer (Garisan Karman) sebelum kembali ke bumi.

Ia turut memberi peluang kepada pelancong merasai keajaiban angkasa lepas termasuk pengalaman graviti kosong dalam tempoh beberapa minit.

Pakej pelancongan yang bernilai jutaan ringgit pula memberi peluang kepada individu untuk terbang lebih tinggi ke orbit rendah bumi dan berkunjung ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Perkembangan rancak industri pelancongan angkasa tersebut dilihat bakal memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat kerana kos percutian terbabit dikatakan akan menjadi lebih murah berbanding sebelum ini.

Wanita bawa beruang kutub di tengah bandar Tokyo



RAKAMAN video ini menunjukkan seorang wanita berjalan bersama seekor beruang kutub di sebatang jalan di Tokyo, Jepun baru-baru ini.


TOKYO – Satu klip video yang memaparkan seorang wanita bersama seekor beruang kutub berjalan dan melintas sebatang jalan yang sibuk di bandar ini mencetuskan persoalan kepada orang ramai di Jepun.
Video berkenaan yang dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini mencetuskan perdebatan sama ada haiwan ganas berkenaan adalah benar atau palsu serta tujuan video berkenaan dimuat naik.
Beberapa pengguna laman sosial berpendapatan haiwan itu bukan beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak menghiraukan orang ramai yang berdekatan.
Banyak pengguna percaya video berkenaan merupakan satu promosi untuk satu persembahan oleh satu kumpulan dari Rusia yang dikenali sebagai Lalsh.
“Mustahil haiwan itu adalah beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak berinteraksi dengan orang ramai di sekelilingnya,” kata seorang pengguna Facebook. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3G4ZhmaL8 
Hakcipta terpelihara 

Monday, October 13, 2014

Datuk 81 Tahun Tukar Jantina


Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 4:46 PM
Ruth Rose kini bukan lagi James pada usia 81 tahun.

BEKAS pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja British menjadi individu paling tua di negara itu yang menjalani pembedahan tukar jantina pada usia 81 tahun.


Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah."

Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar.

Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.



Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu.

Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan.

Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki.

"Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini.

Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini.

Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu.

"Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya.

Prosedua dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.

"Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya.

Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah."

Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar.

Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.

Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu.

Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan.

Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki.

"Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini.

Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini.

Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu.

"Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya.

Prosedur dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.

"Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya.

Kuda 'ceroboh' ibu pejabat polis di Britain



SEORANG anggota polis cuba menghalau seekor anak kuda yang masuk ke sebuah ibu pejabat polis di Cheshire, Britain baru-baru ini. - YouTube


WINSFORD, Britain – Beberapa anggota polis di ibu pejabat polis di Cheshire di sini terkejut selepas seekor anak kuda tiba-tiba menceroboh bangunan berkenaan, lapor Mirror Online kelmarin.
Sebuah kemera keselamatan merakamkan aksi seekor kuda itu yang masuk ke bangunan berkenaan melalui pintu hadapan.
Seorang anggota polis yang menyedari kejadian tersebut cuba menghalau kuda berkenaan tetapi haiwan itu terus berkeliaran di dalam bangunan.
Bagaimanapun, seorang lagi anggota polis kemudiannya datang membantu dan berjaya membawa kuda tersebut keluar.
Seorang anggota polis yang memuat naik video berkenaan di internet memberitahu bahawa kuda itu berkeliaran selepas terlepas dari jagaan pemiliknya.
Haiwan itu akhirnya berjaya diserahkan kepada pemiliknya yang berada berhampiran banggunan berkenaan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3FzZBwXOx 
Hakcipta terpelihara 

Ratu cantik biri-biri di Taif

SEEKOR biri-biri yang yang menyertai pertandingan ratu cantik di Taif, semalam.

Taif: Penternak dan ahli perniagaan Arab Saudi serta dari beberapa negara Arab lain semalam berkumpul di bandar ini untuk menghadiri acara terbesar ratu cantik biri-biri di rantau itu.

Acara itu hanya membabitkan biri-biri jantan dan betina paling cantik dan baka yang jarang ditemui.
Akhbar Ajel memetik penganjur acara itu, Mashaal Al Zahrani sebagai berkata, ia juga menjadi acara lelongan biri-biri terbesar pernah di adakan di Asia Barat.
Dia menjangka sejumlah besar wang akan terbabit dalam urusan jual beli sementara seekor biri-biri mungkin dijual dengan harga terendah SR410,000 (RM356,000). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1455#sthash.YdhLkiji.dpuf