Pages

Thursday, October 16, 2014

Petani tanam labu bentuk kepala Frankenstein



DUA pekerja Dighera membuka bekas khas bagi membentuk labu yang menyerupai watak Frankenstein.


LOS ANGELES – Seorang petani berjaya menanam buah labu yang mempunyai bentuk menyerupai wajah watak filem Frankenstein sebagai persediaan sambutan hari Halloween, lapor Mirror Online kelmarin.
Petani tersebut, Tony Dighera mengambil masa selama empat tahun untuk menghasilkan tanaman labu berkenaan yang dijual pada harga £75 (RM245) sebiji.
Dighera, 53, berkata, buah labu berkenaan dibiar membesar di dalam acuan plastik supaya buah berkenaan mempunyai bentuk menyerupai watak tersebut.
“Saya mengambil masa selama empat tahun untuk menanam 27 jenis buah labu dan membelanjakan banyak wang untuk projek ini.
“Bagaimanapun, akhirnya saya berjaya menghasilkan labu berbentuk watak berkenaan dan mula mendapat keuntungan daripada hasil jualannya,” katanya.
Menurutnya, dia tidak berputus asa walaupun beberapa kali percubaannya gagal dan dia juga hampir kehabisan wang untuk menanam labu berkenaan.
“Saya gembira usaha saya selama ini sangat berbaloi dan saya menerima tempahan yang luar biasa sempena perayaan Halloween tidak lama lagi,” ujarnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3GGEwwl78 
Hakcipta terpelihara 

1 comment:

Sayong said...

nak tempah labu kepala rosmah boleh tak.

jual kt dia boleh laku juta2 ooo