Pages

Friday, October 17, 2014

Michael Jackson selebriti mendiang terkaya dunia

Michael Jackson
NEW YORK 16 Okt. - Walaupun sudah lima tahun meninggal dunia, mendiang Michael Jackson tetap mengekalkan kedudukan sebagai selebriti yang mempunyai pendapatan paling tinggi dalam kalangan selebriti yang sudah meninggal dunia dengan kekayaan berjumlah AS$140 juta (RM458.2 juta) pada tahun lalu.
Menurut Forbes, Jacko memperolehi keuntungan dua kali ganda daripada penyanyi, mendiang Elvis Presly yang berada di tempat kedua, meninggal dunia pada 1977, dengan pendapatan berjumlah AS$55 juta (RM 180 juta), manakala tempat ketiga menjadi milik kartunis dan pemilik komik Peanut, Charles Schulz dengan pendapatan berjumlah AS$40 juta (RM130.9 juta).
"Tidak ramai selebriti yang boleh menjana kewangan selepas meninggal dunia seperti Jackson," menurut Forbes.
Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut Jackson menduduki tempat paling atas dalam senarai itu, sekali gus mengalahkan rakan baiknya, mendiang aktres Elizabeth Taylor.
Album kedua kemunculan semula Jackson berjudul Xscape' dikeluarkan selepas dia meninggal dunia, sekali gus meletakkan -nya di tempat kedua dalam carta pada tahun lalu dan penyanyi itu muncul sebagai hologram di Anugerah Muzik Billborad.
Taylor yang meninggal dunia pada 2011 berada di tangga keempat dengan pendapatan berjumlah AS$25 juta (RM81.8 juta), manakala penyanyi, Bob Marley berada di tangga kelima dengan pendapatan berjumlah AS$20 juta (RM65.4 juta), Marley meninggal dunia akibat kanser pada usia 36 tahun. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141017/lu_11/Michael-Jackson-selebriti-mendiang-terkaya-dunia#ixzz3GLvbV4FO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: