Pages

Thursday, October 16, 2014

Ulama Syiah dihukum mati


GAMBAR yang dirakam pada 8 Julai 2012 menunjukkan Nimr cedera selepas ditembak ketika polis cuba menahannya.
Riyadh: Seorang hakim semalam menjatuhi hukuman mati ke atas ulama Syiah terkenal Arab Saudi.
Keputusan itu dimaklumkan oleh adik ulama terbabit, Sheikh Nimr al-Nimr, menerusi akaun Twitternya.
Nimr ditahan pada Julai 2012 atas tuduhan menyokong tunjuk perasaan besar-besaran pada Februari 2011 di Qatif, timur Arab Saudi yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah.
Tahun lalu, seorang pendakwa raya berkata, dia merancang mendakwa Nimr atas tuduhan 'membantu pengganas' dan 'melancarkan perang terhdap Tuhan,' kesalahan yang membawa hukuman mati.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Putera Ahmed pula menuduh Nimr menghadapi masalah mental.
Ulama Syiah itu cedera ditembak ketika polis menahannya dua tahun lalu. Penahanannya mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran selama beberapa hari, menyebabkan tiga orang terbunuh.
Penduduk Syiah Saudi sering mengadakan tunjuk perasaan kerana mendakwa ditindas oleh pihak berkuasa negara itu yang berfahaman Sunni. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:39 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2200#sthash.DEO3qyUP.dpuf

No comments: