Pages

Friday, October 1, 2010

Legasi Kesultanan Kelantan



Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
2010/09/26


  • Foto
  • Foto
  • Foto
    Sultan Muhammad IV (duduk) bersama Sultanah Zainab serta kerabat diraja.
  • Foto
    Sultan Yahya Petra, Tengku Zainab (tiga dari kiri) bersama anakanda baginda termasuk Tuanku Ismail Petra (tengah).
  • Foto
    Sultan Muhammad V (kanan) bergambar bersama ayahanda baginda dan Tengku Anis serta Tengku Muhammad Faiz (depan kiri), Tengku Muhammad Fakry dan Tengku Amalin A'ishah Putri.
Sultan Muhammad V teruskan salasilah keturunan Long Yunus

TUANKU Muhammad Faris Petra selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu dan kini bergelar Sultan Muhammad ke-V. Pemilihan putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering mulai Mei tahun lalu.
Pemasyhuran itu pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup. Namun, perlantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan.

Lima belas ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti berikutan gering baginda berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Perkembangan yang berlaku di Kelantan dalam suasana Aidilfitri tahun ini, bukan setakat menarik minat semua lapisan rakyat yang menunggu saat pemasyhuran Sultan Muhammad ke-V, malah mengimbas kembali salasilah keluarga Diraja Kelantan serta sejarah kesultanan negeri ini.

Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795. 
Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979.

Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah anak lelaki tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Sultan Muhammad ke-V dilantik ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.

Kemakmuran dan keindahan negeri menjadikan Kelantan turut dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Tanjung Pura. Kewujudan banyak pondok kendalian ulama termasuk Tok Kenali dan Tok Selehor, yang menjadi tumpuan umat Islam mendalami ilmu agama membuatkan Kelantan menerima jolokan negeri Serambi Makkah.

Berdasarkan buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim tulisan Mohd Zain Saleh, Kesultanan Kelantan dalam lipatan sejarahnya dikaitkan dengan kisah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang pernah ditabal sebagai raja yang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang dipercayai tidak pernah berkahwin itu dikatakan terkenal sehingga menjadi tumpuan pedagang dalam dan luar negeri termasuk dari Arab.

Wanita pertama menjadi Raja Kelantan itu juga dikatakan memiliki seekor kijang sebagai binatang peliharaan kesayangannya sehingga gambar binatang itu diterap di atas wang emas perbelanjaan negeri dan diabadikan sebagai sebahagian daripada lambang kebesaran negeri hingga kini.

Ketika pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, ada sebuah kerajaan berpusat di Jembal yang diperintah oleh Raja Sakti (1638M atau 1046H). Selepas baginda mangkat, puteranya, Raja Loyor ditabal sebagai raja pada 1649M atau 1059H dan mempunyai dua anak termasuk Puteri Saadong.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang bersahabat baik dengan Raja Loyor, terutama selepas wanita pertama memerintah di Kelantan mengambil anak Raja Loyor, Puteri Saadong sebagai anak angkat untuk dijadikan pewaris takhta baginda.

Puteri Saadong dikatakan pernah menjadi tawanan Raja Siam, sebelum terpaksa membebaskan baginda selepas puteri berkenaan mengubati penyakit dihidapi raja itu.

Selain kisah Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong yang masih dianggap sebagai mitos sesetengah pihak, Kelantan juga pernah menyaksikan beberapa episod perebutan takhta untuk menguasai pemerintahan negeri ini.

Berdasarkan, buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim, antara perebutan takhta yang pernah berlaku dalam sejarah negeri ini membabitkan Long Muhamad yang juga Sultan Muhamad I dengan iparnya iaitu Tengku Muhamad.

Kemelut tercetus ketika itu apabila Long Yunus mangkat tanpa menamakan penggantinya, walaupun mempunyai ramai pewaris. Keadaan diburukkan apabila tiada kesepakatan dicapai membabitkan tujuh putera Almarhum Long Yunus untuk melantik seorang daripada mereka sebagai raja.

Berikutan itu, menantu Almarhum Long Yunus, Tengku Muhamad yang juga putera Yang Di-Pertuan Terengganu, Sultan Mansur, dilantik sebagai Pemangku Sultan selama 100 hari bagi membolehkan jenazah Long Yunus dimakamkan sekali gus membolehkan pemerintahan negeri berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, selepas tempoh 100 hari tamat, Tengku Muhamad enggan menyerahkan takhta menyebabkan timbul perbalahan perebutan kuasa membabitkan dirinya dengan Long Muhamad.

Pertembungan antara mereka bagaimanapun menyebelahi Long Muhamad, sekali gus membolehkan baginda menaiki takhta kerajaan mulai 1800 dengan gelaran Sultan Muhamad I.

INFO : Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V

  • Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.

  • Anak sulung daripada empat beradik.

  • Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985

  • Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 

    Pendidikan 

  • Pra-sekolah - Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 - 1975. 

  • Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981.

  • Kelas Persediaan - The Alice Smith School, 

  • A-Level - Oakham School Rutland, England 1983-1989

  • Pengajian Diplomatik - St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.

  • Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan - Huron University College, London 

  • Pengajian Perhubungan Diplomatik - Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.

  • European Business Administration - European Business School London.

    Hobi

  • Membaca

  • Ekspedisi pacuan 4 roda

  • Golf

  • Kuda Lasak

  • Menembak

  • Memanah

  • Badminton

  • Bolasepak

  • Bowling.

    Aktiviti sosial dan agama

  • Ziarah anak yatim, rakyat miskin dan ditimpa bencana

  • Ziarah masjid dan solat sunat terawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan

  • Dampingi alim ulama

    Ketenteraan

  • Brig-Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah.
  • NATO bunuh tiga tentera




    2010/10/01

    Helikopter sasar militan tersilap bedil pos askar Pakistan

    PARACHINAR: Sebuah helikopter tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang sepatutnya menyerang militan Afghanistan tersilap membedil pos kawalan tentera Pakistan di sempadan berhampiran Afghanistan semalam, mengorbankan tiga askar negara itu.

    Tidak lama selepas itu, pegawai kerajaan berkata mereka diarahkan menahan trak membawa bekalan untuk pasukan keselamatan asing daripada memasuki Afghanistan di satu lintasan utama di sempadan.
    NATO kemudian memberitahu, ia sudah melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu bagi memastikan sama ada kejadian itu ada kaitan dengan satu operasi menyerang pemberontak di wilayah Afghanistan berhampiran.
    Tuduhan dan pertelingkahan itu kemungkinan memburukkan lagi ketegangan di antara Islamabad dan Washington, yang bertungkus lumus menghalang kemunculan semula pemberontak Taliban di Afghanistan.

    Hujung minggu lalu, helikopter NATO melepaskan tembakan ke arah sasaran di Pakistan, membunuh beberapa pemberontak yang diburu di sepanjang sempadan dari Afghanistan.

    Dalam perkembangan berkaitan, dua pegawai kerajaan memberitahu agensi berita, mereka diarah menahan trak bekalan NATO daripada memasuki Afghanistan dari pos sempadan Torkham, Pakistan, pintu masuk utama untuk konvoi bekalan di rantau daerah Khyber.

    Awal minggu ini, Pakistan mengancam berhenti menyediakan perlindungan kepada konvoi NATO jika helikopter tentera negara asing itu menyerang sasaran di wilayahnya sekali lagi.
    Media Barat memberi alasan, kebanyakan tentera Pakistan di sempadan memakai seragam menyerupai pakaian tradisi, iaitu baju panjang dan seluar longgar menyebabkan sukar mengenal pasti orang awam biasa atau pemberontak.

    Mangsa yang maut adalah anggota keselamatan separa tentera ditugaskan mengawal sempadan, kata pihak berkuasa Pakistan.

    Mayat mereka dibawa ke bandar terbesar rantau itu di sini, kata pegawai.
    Tiga anggota lain turut cedera dalam kejadian itu. AP

    Hindu dapat dua pertiga kawasan sekitar Masjid Babri




    2010/10/01

    PENDUDUK Hindu dan Muslim mengadakan perarakan secara aman sambil melaung slogan Hindu Muslim bhai-bhai (Hindu Muslim adik beradik) di Hyderabad sebelum mahkamah memutuskan pemilihan kawasan sekitar masjid Babri, semalam.
    PENDUDUK Hindu dan Muslim mengadakan perarakan secara aman sambil melaung slogan Hindu Muslim bhai-bhai (Hindu Muslim adik beradik) di Hyderabad sebelum mahkamah memutuskan pemilihan kawasan sekitar masjid Babri, semalam.
    Mahkamah peruntuk satu pertiga sekitar kawasan tuntutan kepada Muslim di Ayodhya

    LUCKNOW: Mahkamah India memutuskan semalam untuk membahagikan pemilikan kawasan tapak suci menempatkan Masjid Babri yang mencetuskan rusuhan berdarah di seluruh negara itu sebelum ini antara penduduk Hindu dan Islam.

    Bagaimanapun, pemimpin masyarakat Islam menyatakan, mereka akan merayu keputusan kes membabitkan isu 60 tahun itu kepada Mahkamah Tinggi.
    Penduduk Islam menganggap perkarangan di Ayodhya sebagai tapak Masjid Babri kurun ke-16 yang kini musnah, sementara penduduk Hindu mendakwanya sebagai tempat kelahiran dewa Rama.
    Mahkamah Tinggi Allahabad memutuskan tapak seluas 25 hektar itu perlu dipecahkan, dengan masyarakat Islam mendapat kawalan satu pertiga dan dua kumpulan Hindu diberi bakinya, kata Ravi Shankar Prasad, peguam satu daripada pihak yang membuat tuntutan.

    Penduduk Hindu akan mendapat kawasan meliputi sebuah kuil khemah kecil yang dibina untuk memuja Rama di tengah Masjid Babri.

    Majoriti memutuskan lokasi kuil buatan itu adalah tempat kelahiran Rama dan tempat itu tidak boleh dialihkan, katanya.

    Mahkamah turut memutuskan status terkini tapak itu perlu diteruskan untuk tempoh tiga bulan akan datang bagi membenarkan kawasan itu diukur dan dibahagikan secara aman, katanya.
    Tetapi, Zaffaryab Jilani, peguam mewakili penduduk Islam, berkata beliau akan merayu keputusan itu, yang mungkin melambatkan keputusan muktamad kes yang memakan masa bertahun-tahun.

    Tiada pihak yang menang atau kalah. Ia adalah satu kemajuan. Kami harap perkara ini dapat diselesaikan, katanya.

    Konflik berhubung perkarangan di Ayodhya, 550 kilometer timur New Delhi, mencetuskan keganasan antara penduduk Hindu dan Islam yang mengorbankan beribu-ribu penduduk dan mencabar sistem moral India sebagai negara sekular serta demokrasi pelbagai budaya.

    Kerajaan dan pihak bertelingkah merayu semua pihak bertenang selepas keputusan itu diumumkan. Bagi memastikan keadaan terus aman, pihak berkuasa menempatkan beribu-ribu lagi anggota keselamatan.

    Polis menahan lebih 10,000 orang bagi menghalang mereka daripada mencetuskan keganasan, sementara 100,000 lagi perlu menandatangani afidavit mengatakan mereka tidak akan menimbulkan masalah selepas keputusan itu diumumkan, kata seorang pegawai atasan. AP

    Lotus perkenal 5 model di Pameran Motor Paris




    2010/10/01

    NADZMI (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Perancis,  Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama kereta keluaran terbaru Lotus Eterne selepas dilancarkan sempena Pameran Motor Paris, semalam.
    NADZMI (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama kereta keluaran terbaru Lotus Eterne selepas dilancarkan sempena Pameran Motor Paris, semalam.
    Permulaan bina kembali reputasi pengeluar kereta sport super

    GROUP Lotus Plc, anak syarikat Proton Holdings Bhd berpangkalan di United Kingdom (UK), memperkenalkan lima model terbarunya di Pameran Motor Paris 2010 yang bermula semalam.

    Model berkenaan dianggap sebagai permulaan bagi Lotus kembali membina reputasinya sebagai pengeluar kereta sport super terkemuka dunia.
    Lotus terkenal dengan kepakaran aerodinamiknya mengejutkan ramai pihak apabila buat kali pertama mempamerkan model kereta sport super empat pintu yang dikenali sebagai Eterne.
    Turut diperkenalkan model Esprit baru, iaitu yang paling anggun selepas kemunculan pertama model konsepnya pada 1974.

    Pengerusi Proton dan Group Lotus, Datuk Seri Nadzmi Wahab, berkata tiga lagi model yang bakal dikeluarkan ialah Elan, Elise dan Elite.

    "Model baru ini bakal dikeluarkan dalam tempoh lima tahun bermula dengan Elan mulai Oktober 2012, diikuti model lain setiap 12 bulan kemudian.

    Di bawah kepemimpinan Dany Bahar sebagai ketua eksekutif dan sokongan pereka automotif terkenal dunia, Donato Coco, yang juga bekas pereka Ferrari, kami yakin lima model ini akan membawa perubahan besar kepada Lotus, katanya selepas jamuan malam anjuran kumpulan itu sempena Pameran Motor Paris di Paris itu, malam kelmarin.
    Hadir sama, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.

    Pengenalan lima model baru itu adalah tambahan kepada model Evora yang dilancarkan baru-baru ini.

    Nadzmi berkata, pengurusan Lotus bertungkus-lumus sembilan bulan menghasilkan lima model konsep itu bagi membolehkannya membuat kemunculan di Paris.

    Kami mahu pastikan Lotus kekal dalam penguasaan Proton. Kami mahu memastikan Lotus membawa keuntungan dan untuk itu kami perlu menampilkan produk kompetitif dan menarik, katanya sambil menegaskan selepas 14 tahun Proton mengambil alih pengeluar kereta sport itu, pandangan skeptikal dan sinis terhadap usaha itu kian terhakis, katanya.

    Menutup aurat


    Oleh - Roshlawaty Raieh




    Islam menggariskan aurat wanita melibatkan seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangan. Namun, ramai kalangan wanita Muslim gagal menutup aurat dengan sempurna sebagaimana dituntut syariat. Walaupun menutup kepala dengan pelbagai fesyen tudung, tetapi pada masa sama mereka menonjolkan potongan tubuh badan kepada awam.

    Entah di mana silapnya, wanita sekarang seolah-olah keliru dan dalam dilema antara tuntutan hukum dengan realiti dalam masyarakat. Kemunculan pelbagai fesyen dewasa ini membuktikan mereka bijak berfesyen, namun pada masa sama mengetepikan soal aurat yang tidak seharusnya didedahkan atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya.

    Sebagai Muslimah, tidak salah untuk berfesyen, tetapi biarlah fesyen sama ada pakaian mahupun tudung yang diperagakan itu tidak keterlaluan dan boleh menimbulkan fitnah.

    Sebenarnya, kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT, bukannya merasakan kaum lelaki tertawan disebabkan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan dalam dirinya.

    Islam sebenarnya tidak menetapkan pakaian khusus untuk wanita Islam. Asalkan pakaian yang digayakan itu longgar, tidak jarang, tidak terlalu menarik perhatian (glamour), tidak menyerupai jantina lain dan tidak menyerupai simbolik agama lain, boleh dipakai oleh wanita itu.

    Bagaimanapun tidak semua Muslimah berpakaian mendedahkan aurat. Mungkin golongan terbabit tidak memahami tuntutan agama dan hanya tahu pakaian yang digayakan itu satu fesyen sahaja tanpa mengambil kira kehendak Islam itu sendiri.

    Jika mereka memahami bahawa hukum menutup aurat adalah wajib, maka tidak timbul situasi wanita berpakaian seksi, sebaliknya Malaysia mampu melahirkan lebih ramai Muslimah sejati serta dapat menjadi hamba terbaik di sisi Allah.

    Penulis sendiri pun pun tertanya-tanya mengapa kita kurang pereka busana Muslimah dalam negara. Bukan tidak ada yang mereka cipta pakaian begitu, ada, cuma tidak sekencang pereka fesyen yang menampilkan rekaan untuk peragaan pentas atau majlis-majlis gah seperti digayakan artis, model, orang kenamaan dan golongan berwang.

    Mungkin kerana terlalu mengejar keuntungan, nama dan mahukan perhatian segera menyebabkan individu berbakat dalam bidang rekaan fesyen memilih untuk bergelar pereka fesyen moden dan kontemporari.

    Tambahan pula, ada kalangan mereka beranggapan sumber pendapatan (rezeki) tidak sehebat berbanding mencipta gaya fesyen terkini. Pengakhirannya, rekaan moden dan stylo menjadi pilihan.

    Dalam Islam, apa yang berlaku kehendak Allah. Begitu juga dengan rezeki. Sama ada sedikit atau banyak, bersyukurlah kerana sesungguhnya rezeki itu adalah daripada Allah. Allah yang maha mengetahui segala-galanya mengapa diberinya kadar rezeki kita berbeza-beza setiap hari.

    Begitu juga dengan pereka pakaian Muslimah, mereka tidak perlu gusar jika pendapatan tidak seperti yang dimahukan dan bimbang jika gagal bersaing dengan pereka fesyen lain. Itu adalah ujian daripada Allah. Sebagai umat-Nya, mereka perlu ingat, jika menerima rezeki, bersyukurlah dengan memperbanyakkan ibadat, moga Allah akan tambah rezekinya lagi.

    Surah 29 Al-Ankabut ayat 62 “Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambanya dan Dia yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.”

    Sementara itu, aurat lelaki adalah di antara pusat hingga ke lutut. Aurat lelaki lebih longgar daripada aurat wanita. Namun, lelaki tidak boleh meremeh-remehkan tuntutan menutup aurat. Lelaki yang tidak memakai baju perlu menjaga agar tidak menampakkan aurat mereka.

    Hikmah di sebalik menutup aurat ialah dapat mengelakkan kejahatan, maksiat dan menjaga maruah serta harga diri. Oleh itu, cara berpakaian lelaki juga mesti memenuhi tujuan tersebut.

    Mempamerkan tubuh bukan merupakan satu kesalahan pada asalnya kerana bukan merupakan aurat. Walau bagaimanapun dikhuatiri boleh menjurus kepada perkara kejahatan sekiranya mempamerkan tubuh dengan aksi dan gaya yang tidak sepatutnya untuk tatapan umum tanpa rasa malu apatah lagi sehingga menyalahi hikmah menutup aurat.

    Thursday, September 30, 2010

    Lebih 1000 Orang Islam dibakar Oleh Fanatik Hindu


    قضيه الإسلام والمسلمين
    الهندوس الحاقدين يحرقون أكثر من 1000 من المسلمين وهم أحياء فى منطقه كوجرات (الهند)
    Lebih seribu umat Islam di Gujerat telah dibakar oleh penganut agama hindu kerana permusuhan agama. Lihatlah apabila manusia berperangai melebihi binatang dan yahudi , mereka akan hilang peri kemanusiaan.

    Hasil Hasutan Amerika-Umat Islam Berbunuhan Sesama Sendiri


    http://abotif.jeeran.com/062.jpg
    Gambar ini sengaja disebarkan oleh amerika untuk menimbulkan fitnah sesama Islam, lambang perjuangan dipaparkan supaya penduduk dunia mempercayai bahawa Islam adalah pengganas. Betapa hebatnya racun dan jarum amerika menusuk kedalam tubuh umat Islam yang jahil dan cintakan dunia.
    Penyembelihan  Manusia Di Iraq Oleh amerika
    http://thumbs.bc.jncdn.com/b42ceabb86cf79853e3f731f071662ae_lm.jpg
    http://thumbs.bc.jncdn.com/829c8bbf265ddb9468cdfa0b8bae0441_lm.jpg
    sumber http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/04/02/hasil-hasutan-amerika-umat-islam-berbunuhan-sesama-sendiri/

    Paderi Pope menjadi insan paling hina di dunia


    إحمدوا الله أنكم مسلمين

    إذا شاهدت هذا الصور ستعرف عظمة كونك مسلماً وأن أكبر نعمة على الإنسان أن يكون
    مسلماً على الفطرة لايذل نفسة إلا لخالقه فقط … فالحمد لله ألف مرة على نعمة الإسلام
    شاهد ذل العبد للعبد بسبب الكفر واحمد ربك أنك مسلم
    شاهد ذل العبد للعبد بسبب الكفر واحمد ربك أنك مسلم
    شاهد ذل العبد للعبد بسبب الكفر واحمد ربك أنك مسلم
    شاهد ذل العبد للعبد بسبب الكفر واحمد ربك أنك مسلم
    شاهد ذل العبد للعبد بسبب الكفر واحمد ربك أنك مسلم
    شاهد ذل العبد للعبد بسبب الكفر واحمد ربك أنك مسلم
    شاهد ذل العبد للعبد بسبب الكفر واحمد ربك أنك مسلم
    شاهد ذل العبد للعبد بسبب الكفر واحمد ربك أنك مسلم
    شاهد ذل العبد للعبد بسبب الكفر واحمد ربك أنك مسلم

    Air haram rupanya !!

    GREEN BEAN SOY DRINK
    Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.
    Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
    Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

    Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
    Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.


    Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG) 
    Jenama ni minuman aiar soya hijau
    Perhati ingredient
    Kod Lemak Babi
    Made in China

    sumber

    Buah beri kaya antioksidan

    TERDAPAT beberapa jenis vitamin yang penting untuk kesihatan mata. Antara nya ialah flavonoid yang membantu untuk memperkuatkan saluran darah bagi mengangkut oksigen dan khasiat kepada mata secara berkesan.
    Vitamin A dan zink pula mengekalkan kelembapan mata dan mengurangkan keletihan. Vitamin C dan E iaitu antioksidan yang larut dalam air dan lemak, memberi perlindungan tambahan kepada mata.

    Bahan seperti anthocyanin pula membantu untuk melindungi mata daripada zarah bebas yang berbahaya

    Sebab utama masalah mata adalah radikal bebas dan kekurangan beberapa jenis khasiat. Dengan umur yang kian meningkat dan kurang khasiat perlindungan ini, radikal bebas boleh menjejaskan kesihatan mata seperti masalah ­kekeringan mata, saraf optikal, penglihatan kabur malah memudahkan jangkitan.

    Buah beri pula sangat baik untuk mata kerana kandungan khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan antioksidan.

    Antaranya ialah beri biru yang anthocyanin untuk melegakan mata letih dan memperbaiki peredaran darah.
    Jika anda penggemar blackcurrant atau anggur hitam, rasanya bukan saja sedap malah ia kaya dengan vitamin C dan flavonoid. Anggur hitam mempunyai dua kali ganda kandungan potasium yang lazimnya ditemui dalam pisang dan empat kali ganda vitamin C berbanding oren.

    Anggur hitam bukan saja mempunyai pelbagai khasiat malah mempunyai kandungan lemak dan kalori yang rendah. Ia memiliki banyak air dan antioksidan yang sangat berkesan.
    Kranberi pula sumber yang kaya dengan anthocyanin dan antioksidan untuk melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas.

    Chokeberi amat kaya dengan antioksidan untuk mengurangkan risiko keradangan mata.

    Strawberi yang mudah didapati di pasaran ini membekalkan pelbagai antioksidan untuk perlindungan mata, antaranya adalah vitamin C, flavonoid, phenolic dan elagic untuk membantu menangani beberapa masalah mata.

    Kalium dalam strawberi juga membantu masalah tekanan pada mata.

    Beri acai pula kaya dengan kandungan anthocynanin yang tinggi untuk mencegah keretakan kapilari dan mengurangkan keletihan. Ia juga kaya dengan protein dan serat.

    Elderberi adalah sumber yang menyediakan khasiat untuk kapilari,vena, arteri dan tisu sambungan dalam mata.

    Mata kekal sihat

    SETIAP hari, mata sering terdedah kepada pelbagai unsur yang mampu merosakkan mata.
    Antaranya adalah pendedahan mata kepada cahaya matahari, udara tercemar, bakteria, alat solek juga skrin komputer yang akhirnya boleh mengakibatkan mata mengalami jangkitan, alahan, kecederaan dan kelesuan.





  •  Cahaya matahari

    Pendedahan kepada sinaran ultraungu daripada cahaya matahari secara berpanjangan misalnya boleh menyebabkan katarak.

    Walaupun sinaran UV bersifat lut sinar atau tidak nampak dengan mata kasar, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian mata.

    Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan keadaan yang tidak dapat dibaik pulih jika kita tidak berusaha untuk melindungi mata.

    Justeru, penjagaan mata yang betul sememangnya penting. Elakkan berada di luar tanpa penjagaan mata yang betul terutama sekitar jam 12 tengah hari kerana sinaran UV ketika itu berada dalam pancaran paling kuat.

    Pastikan cermin mata gelap yang digunakan boleh menghalang kedua-dua jenis sinaran iaitu UVA dan UVB secara berkesan.

    Meskipun kita mengenakan cermin mata gelap, usah memandang tepat ke arah cahaya matahari.






  • Skrin komputer

    Memandang skrin komputer untuk jangka masa lama juga akan meletihkan mata dan boleh menyebabkan kerosakan.

    Apabila menggunakan komputer, pastikan mata dapat berehat seketika. Alihkan pandangan dari skrin dan pandang objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit.
    Selain itu, pada setiap jam, pastikan mata mendapat rehat secukupnya.

    Jangan lupa untuk mengelipkan mata kerana mata yang kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata sekali gus menyebabkan mata kering dan tidak selesa.

    Kekalkan jarak yang sepatutnya antara mata dan skrin dengan kejelasan skrin yang betul. Kedudukan yang baik juga membantu untuk mengelakkan diri daripada mudah rasa sakit di bahagian otot dan belakang badan.

    Skrin komputer pula seharus nya berada pada jarak 20 hingga 30 inci dari mata, iaitu kira-kira setengah depa.





  •  Membaca

    Cahaya yang mencukupi sangat penting untuk membaca.

    Bagi mereka mempunyai penglihatan yang normal, cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt paling sesuai. Bagi mereka mempunyai tahap penglihatan kurang baik, pastikan cahaya lampu berada dalam lingkungan 150 watt hingga 200 watt.

    Usah berbaring ketika membaca.

    Bahan bacaan pula harus berada pada jarak 33 sentimeter (sm) hingga 40 sm.






  •  Menonton televisyen

    Seeloknya, jarak televisyen dari mata haruslah berada kira-kira dua meter. Jika anda gemar menonton televisyen dari jarak dekat, lakukan ujian penglihatan kerana menonton pada jarak sedemikian memang tidak elok diamalkan.

    Sekiranya mempunyai masalah seperti mata merah, sakit teruk pada mata, penglihatan kabur, benda asing di dalam mata apatah lagi kecederaan pada mata, dapat kan nasihat doktor.
  • Miliki tubuh cantik menawan

    PASTI ramai yang runsing memikirkan turun naik berat badan sehing ga ada kalanya ia dianggap mimpi ngeri kepada golongan hawa.
    Selain keturunan, faktor berat badan banyak didorong keinginan makan keterlaluan sehingga ramai mengalami berat badan tidak sepadan usia dan ketinggian kerana tidak menitikberatkan soal pemakanan yang diambil setiap hari.

    Lemak pula sering menghuni bukan hanya pada pemilik badan yang gemuk tetapi juga mereka yang kurus.

    Menurut perunding kecantikan Primavere Beauty, Anida Abd Aziz, melakukan rawatan menggunakan pelbagai peralatan canggih juga dapat membantu kumpulan sasaran mencapai saiz badan sepatutnya.

    Apatah lagi, kesan daripada penggunaan mesin elektronik dijangka lebih cepat berbanding cara biasa.

    “Elak makanan berlemak atau berminyak dan seharusnya mengutamakan makanan segar, ulam-ulaman serta menyesuaikan diri dengan makanan yang tidak terlalu bergoreng.
    “Selain itu, amalan cara hidup yang sihat amat penting misalnya berjoging, bersukan atau bersenam di gimnasium secara berkala.

    “Jika itu dapat diamalkan, disusuli pula dengan penggunaan frekuensi radio menerusi teknologi urutan tertentu, ia antara rawatan terbaik.
    “Kesan daripada teknologi inovatif itu memang memberangsangkan kerana urutan vakum mampu menembusi diameter lemak bawah kulit serta lilitan paha serta terbukti secara klinikal,” katanya yang mengusahakan spa untuk wanita di Jalan Setiawangsa 9A/55A, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

    Katanya, bukan hanya faktor usia atau perubahan hormon memberi kesan tidak baik kepada tubuh tetapi apa yang terpenting adalah aspek pemakanan yang harus diberi keutamaan.

    Makanan berminyak, terlalu berlemak dan tidak terkawal memberi kesan mudarat yang bukan sedikit kepada kesihatan.

    Untuk membantu pelanggan mendapatkan bentuk badan sebagaimana diinginkan, mereka lazimnya diwajibkan menjalani ukuran indeks jisim tubuh (BMI) serta diberi nasihat mengenai zat serta kalori dalam makanan.

    Daripada situ, menurutnya, kebanyakannya akan menjalani proses diet atau pelangsingan dan perawatan wajah mengikut skala ditetapkan berdasarkan pilihan mereka.

    Untuk menjaga atau merawat muka bermasalah seperti kulit berminyak, jerawat, kering atau biasa, pengambilan makanan juga perlu dikawal kerana kesan pemakanan akan mengklasifikasikan kategori jenis muka seseorang.

    Pusat kecantikan dan spa itu turut menawarkan lapan pakej rawatan dari hujung rambut ke kaki daripada harga serendah RM45 hingga RM870.

    Dia tidak menafikan rawatan muka antara yang popular kerana kebanyakan wanita amat mementingkan aspek kecantikan pada bahagian muka.

    Menurutnya, penyediaan ruang selesa kepada pelanggan disertai kemudahan surau dan telekung amat menyenangkan kumpulan sasaran.

    “Konsep Muslimah yang kami guna pakai meliputi segenap aspek iaitu memastikan pengguna puas hati dalam segala aspek berkaitan,” katanya.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.primeverebeautyspa.blogspot.com

    Lindsay masuk pusat pemulihan lagi

    LOS ANGELES: Aktres Lindsay Lohan dengan sukarela mendaftar masuk ke pusat pemulihan, semalam.
    Ini kali kelima Lindsay memasuki pusat pemulihan dalam tempoh tiga tahun, lapor sebuah laman berita selebriti.
    Menurut TMZ.com dan agensi berita foto selebriti, X17online.com, Lindsay, 24, mendaftar masuk ke pusat pemulihan di selatan California awal pagi tadi dan dijangka tinggal di situ sehingga perbicaraannya pada 22 Oktober depan.

    Peguam Lindsay tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.

    Pelakon filem ‘Freaky Friday’ dan ‘Mean Girls’ itu mengambil keputusan untuk masuk ke pusat pemulihan ekoran kehidupannya yang kacau-bilau sejak akhir-akhir ini hingga menjejaskan kariernya dalam bidang lakonan. Lindsay dirawat di pusat pemulihan sebanyak tiga kali pada 2007 selepas mengaku ketagihan alkohol dan dadah.

    Dia keluar daripada pusat pemulihan lebih awal sebelum diarahkan untuk mendaftar ke pusat itu buat kali keempat pada Ogos lalu. Lindsay yang diarahkan ke penjara semula kerana gagal dalam ujian dadah diperintahkan untuk memakai alat pengawasan alkohol dan dadah sebaik dibebaskan dengan ikat jamin.

    Lindsay mula mengalami masalah apabila dia disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah pada 2007. - Reuters

    Darling didenda RM15,000

    KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau Darling dikenakan hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan alternatif iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.
    DISAMAN...Darling ditemani ibunya, Habibah, semalam.
    DISAMAN...Darling ditemani ibunya, Habibah, semalam.
    Hakim Jagjit Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap Darling, 27, dan memerintahkan jika pelakon itu gagal membayar denda, dia boleh dipenjara tiga bulan.

    Darling didakwa atas pertuduhan alternatif menggunakan dokumen ‘Director’s Circular Resolution’ Syarikat Nasridz Sdn Bhd sebagai tulen sedangkan dia mengetahui ia palsu.

    Dia didakwa melakukan perbuatan itu di RHB Bank Bhd, Level 1 Tower 2, RHB Centre, 426 Jalan Tun Razak Cheras di sini, pada 16 Ogos 2007.

    Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Darling yang diwakili peguam bela A Kailesh dalam rayuannya memberitahu mahkamah anak guamnya sudah menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan pengadu kes iaitu Mohamad Ridzuan Mat Hussin.
    “Pengadu juga sudah menarik balik laporan bertarikh 18 Mac 2008 dan menandatangani perjanjian penyelesaian pada Mei lalu. Darling juga sudah menyerahkan cek bernilai RM150,000 iaitu wang milik Mohamad Ridzuan.

    “Anak guam saya kini mengandung dua bulan. Dia mengalami tekanan perasaan sejak kes ini dibawa ke mahkamah dan tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak lagi menerima tawaran berlakon,” katanya.
    Kailesh turut memanggil Mohamad Ridzuan yang mengesahkan dia sudah mendapat semula wang RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank.

    Selain itu, Kailesh memberitahu bahawa Darling membuka akaun baru itu selepas akaun asal syarikat di CIMB Bank dibekukan pengadu. Selain Kailesh, peguam Amir Feisal Ariff Mohamad Shukri mewakili Darling.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah KM Abu Bakar dan Anselm Charles Fernandez.

    Sebelum ini, Darling mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan utama iaitu menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu ‘Director’s Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd’ bertarikh 16 Ogos 2007 dan didakwa dilakukan di tempat dan tarikh sama.

    Bagi pertuduhan ini dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

    Darling yang membayar denda itu hadir ke mahkamah bersama suaminya, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibunya Habibah Jaafar.

    Darling didakwa kali pertama di mahkamah pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

    Mengikut fakta kes, polis membuat siasatan selepas Mohamad Ridzuan membuat aduan bahawa Darling menggunakan dokumen mengandungi tandatangan pengadu selaku pengarah bagi membuka akaun syarikat di bank itu.

    Selain Darling, dokumen itu mengandungi nama Mohd Khairul Amin A Ramli sebagai setiausaha syarikat.

    Gempa bumi gegar Laut Banda, Indonesia dan Volcano Islands, Jepun

    KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Irian Jaya, Indonesia, 645km tenggara Ambon, Indonesia dan 2,035km tenggara Tawau, Sabah, pada awal pagi ini.
    Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, koordinat gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.10 pagi itu adalah 5.0 darjah selatan dan 133.9 darjah timur. Sementara itu, tiga gempa bumi sederhana, yang setiap satu berukuran 5.3 pada skala Richter, dilaporkan berlaku iaitu dua di Laut Banda, Indonesia dan satu di Volcano Islands, Jepun hari ini.
    Gempa bumi pertama menggegarkan Laut Banda pada jam 3.06 pagi di lokasi 431km tenggara Ambon, Indonesia dan 1,89 tenggara Tawau, manakala, yang kedua pada pukul 4.08 pagi di 473km tenggara Makassar, Indonesia, dan 1,332km tenggara Sarikei, Sarawak.

    Gempa bumi di Volcano Islands, Jepun berlaku di kedudukan 1,287km tenggara Tokyo, Jepun dan 3,206km timur laut Sandakan, Sabah, Gegaran gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.-Bernama

    Ariel makin rajin solat

    JAKARTA: Nazril Irham atau Ariel, yang menghadapi tuduhan menghasilkan video lucah bersama kekasihnya, Luna Maya dan Cut Tari dilapor semakin rajin menunaikan solat lima waktu.
    Perkara itu dinyatakan oleh Hasyim Abdullah, pembantu peribadi ulama Indonesia, Abu Bakar Basyir.
    Menurut Hasyim, selama menghuni pusat tahanan di ibu pejabat Polis di Jakarta, Abu Bakar sering menasihat penyanyi itu supaya bertaubat dan menunaikan sembahyang. “Ustaz (Abu Bakar) sentiasa mengingatkan Ariel supaya bertaubat. “Dan sejak ustaz ditahan, beliau mengimamkan solat lima waktu di pusat berkenaan, diikuti oleh tahanan lain termasuk Ariel.

    Ariel, bekas vokalis kumpulan Peterpan, ditahan sejak 22 Jun lalu kerana kes pornografi sementara Abu Bakar pula ditahan kerana tuduhan terbabit dengan keganasan. - Agensi

    HD lima kali ganda lebih terang






    TELEVISYEN besar, leper, nipis dan dilengkap dengan sistem definasi tinggi atau HD kini menjadi trend. Ucap selamat tinggal kepada televisyen definasi standard (SD) dan selamat datang kepada televisyen dengan sistem HD.
    Buat penonton yang mempunyai pengalaman menonton televisyen dalam bentuk HD, sudah pasti mengerti kepuasan yang diperoleh berbanding dengan televisyen biasa.
    Bercakap lebih lanjut mengenai HD, perintis sistem HD dalam isi rumah di Malaysia iaitu stesen televisyen berbayar Astro telah memperkenalkan sistem HD kepada pelanggannya menerusi Astro B.yond.
    Mungkin ramai orang di luar sana menganggap, jika mereka mempunyai televisyen yang dilengkapi sistem HD maka setiap program yang ditonton secara automatik bertukar ke sistem HD. Sebenarnya itu adalah tanggapan yang salah.
    Menurut Ketua Pegawai Operasi Strategi, Kandungan dan Pemasaran Astro, Henry Tan, yang ditemui pada majlis pelancaran tiga saluran baru HD baru-baru ini, kebanyakan orang keliru dengan apa itu HD yang sebenarnya.
    KEJAYAAN sistem HD tidak hanya terletak kepada kamera, tetapi juga merangkumi semua kepakaran dan aspek dalam pembikinan sesebuah produk.
    LEBIH besar angka yang tertera pada resolusi, maka lebih jelas visual yang akan diperoleh.


    “HD memberikan penonton kualiti visual dan bunyi yang lebih baik serta visual lima kali ganda lebih jelas berbanding televisyen biasa dalam bentuk SD.
    “Walaupun mereka mempunyai televisyen dalam bentuk HD tetapi tidak mempunyai dekoder seperti Astro B.yond, mereka masih tidak merasai pengalaman menonton dalam bentuk HD yang sebenar kerana ia umpama menonton VCD dalam televisyen HD.
    “Dekoder Astro B.yond adalah untuk menghantar kandungan program dalam bentuk definasi tinggi kerana hanya menerusi Astro B.yond rancangan-rancangan yang diterbitkan dibikin dalam sistem HD seratus peratus. Ini bermakna penonton memerlukan televisyen HD dan dekoder Astro B.yond serentak untuk menonton program televisyen dalam bentuk HD,” kata Henry.
    Kos tinggi
    Astro B.yond yang mula diperkenalkan sejak Disember tahun lalu mendapat sambutan positif daripada pelanggan Astro.
    Meskipun begitu, ramai yang tidak tahu untuk membikin program dalam bentuk HD sepenuhnya ia satu proses yang rumit dan melibatkan kos yang agak tinggi.
    Kata Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, keseluruhan tenaga produksi harus diubah untuk menepati piawaian sistem HD.
    Bukan hanya kamera HD tetapi juga gaya lampu, solekan dan dandanan dan segala aspek teknikal lain perlu diubah.


    “Ramai yang ingat kalau pakai kamera HD, semua akan jadi HD, sebenarnya tidak. Sistem HD memerlukan kepakaran dalam bentuk HD. Gaya solekan perlu ditukar supaya menjadi lebih nipis dan menggunakan teknik dan alat solek khas, kalau tidak segala bedak yang tidak rata akan jelas kelihatan.
    “Begitu juga dengan pakaian, harus diteliti sebaik mungkin. Tidak boleh ada sebarang cacat cela, begitu juga jika di televisyen SD sebarang calar yang kecil mungkin tidak kelihatan, tetapi di sistem HD semuanya jelas lima kali ganda. Ini bermakna semua benda yang ingin ditonjolkan dalam televisyen harus dalam keadaan baik.
    “Jadi, tenaga produksi harus bekerja dua kali ganda berbanding menjalani penggambaran untuk sistem biasa iaitu SD,” ulas Khairul.
    Tambah Henry, setakat hari ini, Astro telah mempunyai 12 saluran dalam bentuk HD dan akan ditambah dari semasa ke semasa.
    Malah, pihaknya juga sudah mula memberi peluang kepada produksi tempatan untuk menghasilkan program dalam bentuk HD.
    “Pihak kami sudah mula buka peluang kepada mereka yang mampu hasilkan drama atau program dalam bentuk HD. Seperti baru-baru ini ada beberapa judul untuk tayangan slot Suatu Ketika yang dibikin dalam HD kami tayangkan semula untuk penonton Astro B.yond,” katanya.



    Sungguhpun, kos pembikinan sesuatu program HD agak mahal berbanding program biasa, tetapi pihak Astro sanggup melabur duit demi kualiti yang memuaskan.
    “Kosnya agak mahal, kami juga membayar lebih mahal kepada produksi yang membikin program HD kerana kos pembikinannya bukan murah. Kami tidak ralat melabur duit asalkan pelanggan berpuas hati dan berharap selepas ini lebih banyak produksi tempatan mempunyai kemampuan untuk terbitkan program dalam bentuk HD,” tuturnya.
    Mengatakan proses penerimaan sistem HD di Malaysia amat pantas berbanding negara Asia yang lain, Henry tidak menolak dalam jangka masa beberapa tahun akan datang kebanyakan televisyen di Malaysia sudah bertukar ke sistem HD.
    “Dalam masa setahun, kami sudah mempunyai 500,000 pelanggan B.yond berbanding tiga juta pelanggan Astro. Kita kena lihat juga penjualan televisyen HD di Malaysia kini baru

    Badak air berwarna merah jambu




    GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan gambar seekor badak air berwarna merah jambu di Masai Mara, Kenya.


    MASAI MARA, Kenya – Seekor badak air jantan yang berwarna merah jambu ditemui di sini pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
    Dua jurugambar hidupan liar, Will dan Matt Burrard-Lucas dari Britain telah merakamkan gambar badak air itu setelah mendengar berita mengenai haiwan tersebut.
    “Haiwan itu keluar ke daratan selama kira-kira 10 minit atau kurang daripada itu. Selepas itu, kami mengesan kepala haiwan itu yang berwarna merah jambu berada di atas permukaan air setiap beberapa minit semasa ia mahu menyedut udara.
    “Ia juga amat malu dan selepas mengesan kehadiran kami, haiwan itu bersembunyi di belakang ibunya sebelum hilang ke dalam air,” kata Will. – Agensi