Pages

Thursday, September 30, 2010

Miliki tubuh cantik menawan

PASTI ramai yang runsing memikirkan turun naik berat badan sehing ga ada kalanya ia dianggap mimpi ngeri kepada golongan hawa.
Selain keturunan, faktor berat badan banyak didorong keinginan makan keterlaluan sehingga ramai mengalami berat badan tidak sepadan usia dan ketinggian kerana tidak menitikberatkan soal pemakanan yang diambil setiap hari.

Lemak pula sering menghuni bukan hanya pada pemilik badan yang gemuk tetapi juga mereka yang kurus.

Menurut perunding kecantikan Primavere Beauty, Anida Abd Aziz, melakukan rawatan menggunakan pelbagai peralatan canggih juga dapat membantu kumpulan sasaran mencapai saiz badan sepatutnya.

Apatah lagi, kesan daripada penggunaan mesin elektronik dijangka lebih cepat berbanding cara biasa.

“Elak makanan berlemak atau berminyak dan seharusnya mengutamakan makanan segar, ulam-ulaman serta menyesuaikan diri dengan makanan yang tidak terlalu bergoreng.
“Selain itu, amalan cara hidup yang sihat amat penting misalnya berjoging, bersukan atau bersenam di gimnasium secara berkala.

“Jika itu dapat diamalkan, disusuli pula dengan penggunaan frekuensi radio menerusi teknologi urutan tertentu, ia antara rawatan terbaik.
“Kesan daripada teknologi inovatif itu memang memberangsangkan kerana urutan vakum mampu menembusi diameter lemak bawah kulit serta lilitan paha serta terbukti secara klinikal,” katanya yang mengusahakan spa untuk wanita di Jalan Setiawangsa 9A/55A, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Katanya, bukan hanya faktor usia atau perubahan hormon memberi kesan tidak baik kepada tubuh tetapi apa yang terpenting adalah aspek pemakanan yang harus diberi keutamaan.

Makanan berminyak, terlalu berlemak dan tidak terkawal memberi kesan mudarat yang bukan sedikit kepada kesihatan.

Untuk membantu pelanggan mendapatkan bentuk badan sebagaimana diinginkan, mereka lazimnya diwajibkan menjalani ukuran indeks jisim tubuh (BMI) serta diberi nasihat mengenai zat serta kalori dalam makanan.

Daripada situ, menurutnya, kebanyakannya akan menjalani proses diet atau pelangsingan dan perawatan wajah mengikut skala ditetapkan berdasarkan pilihan mereka.

Untuk menjaga atau merawat muka bermasalah seperti kulit berminyak, jerawat, kering atau biasa, pengambilan makanan juga perlu dikawal kerana kesan pemakanan akan mengklasifikasikan kategori jenis muka seseorang.

Pusat kecantikan dan spa itu turut menawarkan lapan pakej rawatan dari hujung rambut ke kaki daripada harga serendah RM45 hingga RM870.

Dia tidak menafikan rawatan muka antara yang popular kerana kebanyakan wanita amat mementingkan aspek kecantikan pada bahagian muka.

Menurutnya, penyediaan ruang selesa kepada pelanggan disertai kemudahan surau dan telekung amat menyenangkan kumpulan sasaran.

“Konsep Muslimah yang kami guna pakai meliputi segenap aspek iaitu memastikan pengguna puas hati dalam segala aspek berkaitan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.primeverebeautyspa.blogspot.com

No comments: