Pages

Thursday, September 30, 2010

Buah beri kaya antioksidan

TERDAPAT beberapa jenis vitamin yang penting untuk kesihatan mata. Antara nya ialah flavonoid yang membantu untuk memperkuatkan saluran darah bagi mengangkut oksigen dan khasiat kepada mata secara berkesan.
Vitamin A dan zink pula mengekalkan kelembapan mata dan mengurangkan keletihan. Vitamin C dan E iaitu antioksidan yang larut dalam air dan lemak, memberi perlindungan tambahan kepada mata.

Bahan seperti anthocyanin pula membantu untuk melindungi mata daripada zarah bebas yang berbahaya

Sebab utama masalah mata adalah radikal bebas dan kekurangan beberapa jenis khasiat. Dengan umur yang kian meningkat dan kurang khasiat perlindungan ini, radikal bebas boleh menjejaskan kesihatan mata seperti masalah ­kekeringan mata, saraf optikal, penglihatan kabur malah memudahkan jangkitan.

Buah beri pula sangat baik untuk mata kerana kandungan khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan antioksidan.

Antaranya ialah beri biru yang anthocyanin untuk melegakan mata letih dan memperbaiki peredaran darah.
Jika anda penggemar blackcurrant atau anggur hitam, rasanya bukan saja sedap malah ia kaya dengan vitamin C dan flavonoid. Anggur hitam mempunyai dua kali ganda kandungan potasium yang lazimnya ditemui dalam pisang dan empat kali ganda vitamin C berbanding oren.

Anggur hitam bukan saja mempunyai pelbagai khasiat malah mempunyai kandungan lemak dan kalori yang rendah. Ia memiliki banyak air dan antioksidan yang sangat berkesan.
Kranberi pula sumber yang kaya dengan anthocyanin dan antioksidan untuk melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Chokeberi amat kaya dengan antioksidan untuk mengurangkan risiko keradangan mata.

Strawberi yang mudah didapati di pasaran ini membekalkan pelbagai antioksidan untuk perlindungan mata, antaranya adalah vitamin C, flavonoid, phenolic dan elagic untuk membantu menangani beberapa masalah mata.

Kalium dalam strawberi juga membantu masalah tekanan pada mata.

Beri acai pula kaya dengan kandungan anthocynanin yang tinggi untuk mencegah keretakan kapilari dan mengurangkan keletihan. Ia juga kaya dengan protein dan serat.

Elderberi adalah sumber yang menyediakan khasiat untuk kapilari,vena, arteri dan tisu sambungan dalam mata.

No comments: