Pages

Sunday, July 12, 2015

Anoreksia buat Rachael bagai mayat hidup

Anoreksia buat Rachael bagai mayat hidup
Anoreksia buat Rachael bagai mayat hidup

HANYA mampu terlantar di atas katil, itulah yang terjadi ke atas Rachael Farrokh, 37, selepas menderita dek kerana 'serangan' anoreksia nervosa ke atas dirinya.
 
Aneroksia nervosa dalam bahasa saintifik bermaksud gangguan pemakanan yang dicirikan oleh kebiasaan menahan makan untuk suatu tempoh diikuti makan berlebihan secara terus menerus. 
 
Dengan hanya mempunyai berat 18 kilogram (kg), Rachael kini bertarung untuk terus hidup kerana kesihatannya saban hari semakin merosot.
 
Menerusi sebuah video YouTube yang dimuat naiknya, Rachael memberitahu bagaimana sengsaranya hidupnya kini.
 
"Saya terlalu kurus, sukar untuk bernafas dan terlalu lemah untuk bergerak.
 
"Suami saya, Rod Edmondson, 41, terpaksa berhenti kerja untuk menjaga saya selama 24 jam sehari. Hospital berhampiran juga tidak mahu merawat saya kerana berat saya terlalu ringan.
 
"Ada sebuah hospital sedia menawarkan saya  perkhidmatannya, namun pihak pengurusan menyatakan harapan saya untuk sembuh adalah tipis‎," katanya dalam video berkenaan.
 
Rachael dalam pada itu merayu kepada orang ramai untuk menderma apa sahaja yang termampu bagi menampung kos kehidupan hariannya.
 
"Saya perlukan bantuan anda, saya menderita disebabkan gangguan makan. Ini adalah serangan anoreksia tahap teruk," ujarnya.
 
Asal wanita sihat dan sempurna
 
Rachael yang pada mulanya bekerja sebagai jurulatih peribadi di gimnasium wanita, merupakan seorang wanita yang cantik, aktif dan sihat.
 
Ujarnya penyakitnya bermula apabila dia mahu menurunkan beberapa kilogram berat badannya bagi mendapatkan berat badan yang lebih ideal.
 
"...tetapi, apabila saya hilang pekerjaan secara tiba-tiba, keadaan menjadi tertekan. Memori lalu menghantui diri, kesannya saya menghidap anoreksia," katanya.
 
Sejak itu dia mengalami gangguan pemakanan yang tidak terkawal, Rachael yang sebelum ini memiliki berat badan sekitar 56 kilogram mula kehilangan berat sehingga mencecah 18 kilogram kini.
 
Dek kerana tidak berupaya melakukan apa-apa kerja, malah untuk berjalan pun dia tidak mampu... Rachael kini hanya mampu berbaring  di atas katil.

Dikurung selama 14 tahun dalam rumah

 Dikurung selama 14 tahun dalam rumah
Tujuh beradik dikurung selama 14 tahun dalam rumah.
WARTAWAN SINAR HARIAN 12 Julai 2015
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Dek kerana paranoid dengan dunia luar, seorang ayah sanggup mengurung anak-anaknya selama 14 tahun di dalam rumah. Mereka yang dikurung adalah Bhagavan, 23, pasangan kembar Govinda dan Narayana, 22, Mukunda, 20, Krisna, 18, Jagadesh, 17, dan yang paling bongsu, Visnu.


LATAR BELAKANG

Ayah kepada tujuh adik-beradik ini, Oscar Angulo merupakan seorang pendatang dari Peru, dan ibu mereka, Susanne, pula bekas pejuang budaya hipi dari Midwest, berkahwin pada bulan Disember 1989, di Peru.

Setelah berkahwin, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke Amerika Syarikat.


KEHIDUPAN DI AMERIKA SYARIKAT

Kehidupan awal mereka bermula di Los Angeles pada tahun 1994 dan tidak lama kemudian berpindah ke Side Manhattan, sejak Mei 1996 sehinggalah sekarang.

Selepas mendiami kediaman itu, ‎Angulo tidak membenarkan seorang pun daripada tujuh beradik itu untuk keluar rumah.

Bagi mencegah mereka daripada lari daripada rumah, bapanya senantiasa memastikan pintu rumah terkunci dan menyimpan satu-satunya anak kunci dengan serapi mungkin.

Susulan daripada tindakan ayahnya itu, anak-anaknya tidak pernah bersekolah. Mereka belajar membaca dan menulis daripada ibu mereka.


DUNIA HANYA DALAM RUMAH

‎Mereka hanya berkawan sesama mereka, malah  mereka tujuh bersaudara tidak pernah mempunyai kawan luar, tidak pernah merasai aktiviti beriadah di luar rumah dan hanya boleh mempelajari kehidupan luar dengan cara menonton filem, jika dihitung lebih 5,000 buah filem, sama ada disewa atau dibeli oleh ayahnya telah mereka saksikan.


ALASAN SI AYAH

Angulo percaya bahawa bandar New York bukanlah tempat ideal untuk anak-anaknya. Dia selalu curiga dengan keadaan di kawasan perumahannya, bahkan dia sangat percaya bahawa bandar  New York boleh merosakan dan memberi imej buruk dan negatif kepada anak-anaknya.

Atas sebab itulah Angulo bertindak mengunci pintu sepanjang masa.


BERJAYA KELUAR DARIPADA DUNIA RUMAH

Namun, setelah 14 tahun hidup terkurung, pada Januari 2010, salah seorang daripada mereka (Govinda) berjaya keluar daripada rumah dan membebaskan adik-beradik yang lain kecuali Visnu (adik bongsu).

‎Akhirnya sekitar bulan April 2010, seorang pengarah bernama Crystal Moselle secara tidak sengaja menjumpai mereka, penemuan itu benar-benar memeranjatkan Moselle.

"Saya menjumpai mereka dengan gaya yang aneh, keenam-enam mereka berjalan dengan berwajah eksotik, berambut panjang mengurai dan memakai cermin mata hitam.

"Saya seolah-olah menjumpai kaum yang telah lama hilang dari hutan Amazon. Saya merapati mereka dan sejak itu saya menjadi kawan kepada mereka.

"Dek kerana keunikan mereka saya terpanggil untuk memfilemkan kisah keluarga ini dalam sebuah dokumentasi berjudul, The Wofpack," katanya kepada AFP.

Akhirnya dokumentasi itu telah berjaya memenangi kategori Grand Jury Prize di Sundance Film Festival pada bulan Januari lalu. Kini, Govinda mengambil keputusan untuk tinggal berasingan, manakala enam yang lain kembali untuk tinggal bersama ibu bapa mereka.

Sawa batik 19 meter jadi sajian

PENDUDUK menunjukkan ular sawa yang ditembak ketika memancing di Sungai Limbang.
Limbang: Penduduk Rumah Panjang Eling Bungan, Ensurai Mendamit di sini, gempar dengan penemuan seekor ular sawa batik sepanjang 19 meter, kelmarin.
Difahamkan, reptilia terbesar dan terpanjang pernah ditemui di kawasan penempatan itu ditemui seorang bekas anggota renjer hutan, Baing Jelawak, 71, ketika memancing di sungai berhampiran rumah panjang berkenaan, kira-kira jam 4 petang.
Baing berkata, ular sawa itu ditemui berendam dalam lopak air di tebing sungai berikutan cuaca panas melanda daerah berkenaan.
“Saya terpaksa membunuh haiwan itu atas faktor keselamatan kerana saiznya amat besar dan boleh membunuh manusia jika terserempak dengan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:45 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63847#sthash.ccVIoKuZ.dpuf

Anggur dilelong RM31,400

ANGGUR jenis Ruby Roman.
Tokyo: Segugus anggur dilelong pada harga sejuta yen (RM31,400) atau RM1,194 sebiji baru-baru ini.
Harga 26 biji anggur baka Ruby Roman itu paling tinggi dijual di acara lelongan pertama tahun ini di Kanazawa, 300 kilometer ke barat laut Tokyo, mengatasi rekod 550,000 yen (RM17,000) yang dicatatkan tahun lalu.
Berat setiap anggur yang sebesar bola ping pong itu 20 gram, menurut lembaga pertanian tempatan.
Pembida yang membeli anggur itu ialah ketua chef Hotel Nikko di Kanazawa Masayuki Hira.
Ini bukan kali pertama buah dijual dengan harga ribuan ringgit.
Awal tahun ini, sepasang tembikai Yubari dari Hokkaido, utara Jepun, yang dianggap simbol status, dibeli dengan harga 1.5 juta yen (RM45,560).
Sebelum itu, sebuah pusat beli-belah membeli dua mangga yang ditanam di selatan Jepun dan dianggap suci dengan harga 300,000 yen (RM9,300). - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 9:28 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63685#sthash.eZObGb2d.dpuf

Kampung 1 buah pinggang

BEBERAPA penduduk kampung menunjukkan parut pembedahan pada badan selepas buah pinggang mereka dijual.
Kathmandu: Kampung Hokse di pinggir bandar ini dikenali sebagai kampung buah pinggang kerana hampir semua penduduknya mempunyai hanya satu organ berkenaan.
Keadaan itu berlaku apabila hampir semua penduduk kampung itu yang miskin menjual buah pinggang mereka sebagai jalan untuk mendapatkan wang.
Kebanyakan penduduk menggunakan wang hasil menjual buah pinggang mereka untuk membeli tanah dan membina rumah.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Geeta, 37, berkata, dia dan suaminya dipujuk oleh anggota sindiket perdagangan organ untuk menjual buah pinggang mereka.
Katanya, anggota sindiket itu memberitahu, mereka boleh hidup normal dengan hanya satu buah pinggang.
“Kami melihat ramai penduduk kampung lain sihat dan masih hidup selepas menjual buah pinggang mereka.
“Kerana terdesak mencari wang untuk membina rumah, saya dan suami akhirnya bersetuju,” katanya.
Katanya, dia dan suaminya dibawa ke sebuah hospital di sempadan India untuk mengeluarkan buah pinggang mereka.
“Saya dan suami dibayar £2,600 (RM15,298) selepas buah pinggang kami dikeluarkan.
“Mereka memberitahu, organ kami itu akan diberikan kepada seorang pesakit buah pinggang,” katanya.
Menurutnya, dia menggunakan wang hasil menjual organ itu untuk membeli tanah dan membuat rumah.
Bagaimanapun, keluarga Geeta dan seluruh penduduk kampung itu kini terpaksa tinggal dalam khemah semula selepas gempa bumi kuat yang melanda Nepal pada April lalu memusnahkan kediaman mereka.
“Kami kini terpaksa mencari ikhtiar lain untuk mendapatkan wang bagi membina kediaman kami semula,” jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63818#sthash.XjuaBdmW.dpuf

Jual susu kambing paling segar

PASANGAN kekasih memerah susu kambing ke dalam botol untuk dijual kepada pelanggan.
Xi’an (China): Sepasang kekasih di bandar ini mempunyai idea kreatif menjual susu kambing segar dengan memerah terus susu dari haiwan itu sendiri.
Pasangan berkenaan membawa beberapa ekor kambing betina di tepi jalan dan baru memerah susu haiwan itu apabila ada pelanggan mahu membelinya.
Walau kelihatan pelik, idea pasangan itu berjaya apabila orang ramai beratur untuk merasai susu kambing segar yang dijual.
Pasangan itu berkata, susu kambing segar itu dijual 10 yuan (RM6.10) sebotol dan mendapat sambutan menggalakkan penduduk di bandar itu.
“Setiap hari kami membawa beberapa ekor kambing betina dan kami memerah susu haiwan itu sehingga kering kerana terlalu ramai pelanggan.
“Kami mempunyai pelanggan tetap yang membeli susu kambing ini setiap hari dan ada juga datang dari jauh semata-mata untuk merasai kesegaran susu kambing,” katanya.
Menurutnya, mereka mendapat idea menjual susu kambing segar itu selepas mendapati kebanyakan susu yang dijual sudah terlalu lama diperah dan dicampur pengawet. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:05 AM

Saturday, July 11, 2015

Besarnya!

Hafis Manas Penyelia Ladang FELCRA Kerangai Penagoh menunjukkan labu air yang lebih besar daripada biasa.
Jempol: Seorang pekerja ladang di FELCRA Kerangai Penangoh, terkejut apabila mendapati pokok labu ditanamnya sejak enam bulan lalu mengeluarkan buah seberat lapan kilogram, semalam.
Lelaki berkenaan, Ropie Husin, 53, berkata, dia tidak menyangka labu ditanamnya mengeluarkan hasil luar biasa.
Menurutnya, dia yang bekerja di ladang itu sejak 10 tahun lalu sebelum ini mengutip buah kebiasaannya hanya seberat satu kilogram.
“Sejak menanam pokok ini Januari lalu, saya tidak lagi datang ke sini.
“Apabila kembali untuk mengutip hasilnya hari ini (semalam), saya terkejut mendapati sebatang pokok mengeluarkan buah seberat lapan kilogram,” katanya.
Katanya, ketinggian buah itu juga tidak seperti biasa dan dianggarkan 80 sentimeter tinggi dan 30 sentimeter ukur lilit.
Ropie berkata, dengan hasil berkenaan, buah itu tidak akan dimasak atau dijual, sebaliknya dijadikan benih bagi penanaman pokok seterusnya.
Penduduk, Mohd Azhan Jumri, 40, berkata, labu itu dianggap ‘ajaib’ kerana buahnya lapan kali lebih besar berbanding saiz biasa.
“Selepas mendapat tahu mengenai buah ini, ramai penduduk datang untuk melihat sendiri saiz labu itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:20 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63667#sthash.3iL49rqa.dpuf

Cheetah melompat ke atas kenderaan pelancong



Seekor cheetah merenung muka McCaldin seolah-olah mahu duduk di atas ribanya. - AGENSI


NAIROBI, Kenya – Sekumpulan pelancong yang melancong ke taman safari Maasai Mara di sini baru-baru ini terkejut apabila seekor harimau cheetah turut memanjat kenderaan mereka.
Haiwan liar dengan kuku dan gigi tajam itu mengejutkan semua penumpang selepas melompat ke bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda tersebut sebelum mendekati seorang pelancong dari Ireland, Mickey McCaldin dan berada begitu dekat dengannya.
Gelagat McCaldin bersama cheetah itu dirakam jurugambar David Horsey, 62, dari bandar Mombasa apabila haiwan itu kelihatan seperti mahu duduk di atas riba lelaki itu.
“Saya telah tinggal di Kenya sebahagian besar hidup saya dan saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini.
“Cheetah itu seperti tidak menakutkan apabila didekati, nasib baik McCaldin sangat tenang. Namun saya fikir dia mungkin rasa haiwan itu mahu duduk di ribanya,” ujar Horsey.
Apabila cheetah itu mula bosan merenung McCaldin, haiwan itu kemudian berpusing dan terjun semula keluar. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3fWuTBdt7 
Hakcipta terpelihara 

Wanita British Fasih Loghat Cina Lepas Bangun Tidur!

Seorang wanita warganegara British dikatakan fasih bercakap bahasa Inggeris dengan loghat orang Cina selepas terbangun dari serangan strok yang dialaminya.

Sarah Colwill

Sarah Colwill, 40, tidak pernah merantau ke negara China.

Situasi yang dihadapi oleh Sarah merupakan salah satu penyakit daripada 20 kes di seluruh dunia yang digelar Foreign Accent Syndrome.

Sarah yang tinggal di Plymouth, England telah mencuba pelbagai jenis rawatan bagi mengubati sindromnya itu namun tidak berkesan.

“Diberitahu bahawa ia akan berkekalan selama-lamanya merupakan perkara paling sedih untuk didengar. Ia sangat mengejutkan.

“Saya masih orang yang sama di dalam, orang yang tidak kenal saya pasti akan merasakan saya berbeza tapi sebenarnya saya masih Sarah dari Plymouth,” katanya kepada media.

“Kadang-kadang orang ramai tidak akan memahami saya, ia amat mengecewakan. Jika percakapan saya terlalu teruk, saya akan mendiamkan diri.

“Saya tidak boleh ubah gaya percakapan saya, ianya kekal dan saya tidak boleh ubah,” tambahnya.

Sindrom ini pertama kali dikenal pasti pada perang dunia kedua dimana seorang wanita Norway yang mengalami kecederaan pada otak tersedar dengan loghat orang Jerman yang kuat.

Akibat daripada itu, dia telah dipulaukan oleh komunitinya pada tahun 1941. –Agensi


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/07/wanita-british-fasih-loghat-cina-lepas.html#ixzz3fWpkCWQX
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

Penjual buah pula menjadi perhatian


Wang Xianghong melayan pembeli yang membeli buah-buahan di sebuah
Wang Xianghong melayan pembeli yang membeli buah-buahan di sebuah pasar di Taipei, baru-baru ini. AGENSI
TAIPEI 10 Julai – Seorang penjual buah-buahan di bandar ini dinamakan sebagai ‘penjual paling kacak di dunia’ selepas beberapa keping gambar lelaki berkenaan di muat naik di media sosial, baru-baru ini.
Menurut portal Mail Online, lelaki berkenaan, Wang Xianghong yang berniaga buah-buahan di sebuah pasar di bandar itu menjadi ‘buruan’ peminat kerana gambarnya tidak memakai baju ketika bekerja, mula tersebar.
Lelaki berusia 20 tahun itu merupakan pelajar tahun akhir di sebuah universiti tempatan di sini, adalah antara beberapa lelaki kacak dan wanita cantik yang menjadi perhatian apabila gambar mereka tersebar di media-media sosial sejak kebelakangan ini.
Xianghong, yang merancang menjadi anggota tentera selepas tamat pengajiannya berkata, dia bekerja empat kali seminggu di kedai buah-buahan itu.
Pemuda itu memberitahu, kedainya sering dikunjungi pembeli, kebanyakan wanita pertengahan tahun yang cuba mendekati dan memberinya pujian mengenai bentuk badannya apabila dia melayan mereka.
Sementara itu, pemilik kedai yang dikenali Chen berkata, Xianghong adalah rakan kepada anak lelakinya dan menawarkan diri membantunya apabila kedai itu kekurangan pekerja.
Chen berkata, kedainya sentiasa dikunjungi pelanggan dan adakala­nya mereka sanggup beratur panjang.
Sebelum ini, seorang penjual tauhu di sebuah pasar di Neihu, Chen Yi-ting, dinobatkan sebagai lelaki paling kacak apabila gambarnya bekerja tanpa memakai baju tersebar di laman sosial.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penjual-buah-pula-menjadi-perhatian-1.112717#sthash.AhSCvnnb.dpuf

Friday, July 10, 2015

Wanita cuba selfie terbunuh

Wanita cuba selfie terbunuh
Anna Krupeynikova
10 Julai 2015
MOSCOW - RUSIA. Seorang wanita maut selepas terjatuh dari sebuah jambatan ketika cuba mengambil selfie, Sabtu lepas.
 
Laporan Mirror mengatakan Anna Krupeynikova, 21 terjatuh dari ketinggian 40 kaki selepas pagar yang beliau sandar patah.
 
Difahamkan, Krupeynikova sedang bersiar-siar bersama sekumpulan rakan ketika kejadian berlaku.
 
Menurut rakannya Anton, 19, Krupeynikova adalah seorang yang senyap dan juga periang.
 
"Ketika tiba di lokasi (kejadian) kami mengambil gambar," kata Anton.
 
"Saya dengar orang menjerit dan mengatakan Krupeynikova terjatuh," jelasnya yang baru beberapa bulan mengenali Krupeynikova.
 
Pihak berkuasa menyiasat samada Krupeynikova mengambil sebarang alkohol sebelum kejadian namun rakan-rakan Krupeynikova menafikan perkara tersebut.

Ular sawa cetus panik

Cardiff: Polis menangkap seekor ular sawa selepas orang ramai ketakutan melihat haiwan itu menyusur wayar telefon setinggi enam meter di sebuah pekan di Wales.
Ular itu dipercayai terlepas dari tangki tempat ia dikurung dan menyulur ke rumah jiran di depan kediaman pemiliknya.
Ular itu berjaya diselamatkan dan diserahkan semula pulangkan kepada pemiliknya selepas ia ditangkap ketika menerusi paip salur. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 9:42 AM


ULAR yang dirakam ketika menyusur wayar telefon.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63165#sthash.ZIQhx9vE.dpuf

Jun bulan paling banyak penemuan UFO


AGENSI - UFO dirakam di Monumen Prasejarah, Stonehenge di Wiltshire, Britain pada bulan lalu.


WASHINGTON – Jumlah rakaman kehadiran objek terbang tidak dikenali (UFO) di seluruh dunia meningkat dua kali ganda pada Jun lepas, menurut sebuah kumpulan penjejak makhluk asing antarabangsa baru-baru ini.
Kumpulan berkenaan, Rangkaian UFO Bersama (Mufon) merekodkan rakaman 1,179 objek misteri berkenaan pada Jun lepas iaitu peningkatan hampir 600 kes sepanjang tempoh sama tahun lalu.
Majoriti kes yang diterima Mufon berlaku di Amerika Syarikat (AS) dengan organisasi itu menerima antara 400 hingga 700 laporan penemuan UFO pada setiap bulan.
“Kami rasa perkara ini berkait dengan dua episod akhir siri televisyen Hangar 1: The UFO Files musim kedua,” ujar Pengarah Komunikasi Mufon, Roger Marsh kepada laman berita alternatif, Open Minds.
“Orang ramai menonton program kami dan mereka sedar bahawa mereka mempunyai tempat untuk membuat aduan sekiranya mereka melihat UFO,” tambahnya.
Antara rakaman UFO berprofil tinggi sepanjang bulan lalu menurut Marsh, termasuk objek piring terbang yang berlegar di kawasan monumen prasejarah Stonehenge. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3fR4YSYtY 
Hakcipta terpelihara 

Doktor rampas bayi


Dakwa wanita muda bukan ibu kandung

Stacie Cottle melalui mimpi ngeri apabila bayinya dirampas oleh
STACIE COTTLE melalui mimpi ngeri apabila bayinya dirampas oleh pihak hospital kerana ragu-ragu dengan cerita kelahirannya. - AGENSI
MALAGA 9 Julai - Seorang ibu muda warga Bri­tain terpaksa melalui pengalaman ngeri apabila bayinya yang baru dilahirkan, dirampas oleh doktor Sepanyol kerana ragu-ragu dengan hubungan anak-beranak itu.
Stacie Cottle, 27, melahirkan bayi perempuannya dua minggu lebih awal selepas air ketubannya pecah secara tiba-tiba di rumah ibunya di Costa del Sol pada 16 Jun lalu dan terpaksa bersalin sendirian.
Cottle yang tiba di Sepanyol untuk melawat ibunya, Veronica, kemudian membawa bayinya ke Hospital Comarcal de la Axarquia di sini bagi mendapatkan rawatan susulan, namun doktor yang mencurigai hubungan anak-beranak itu bertindak merampas bayinya.
Mereka mendakwa bayi tersebut tidak nampak seperti baru dilahirkan, malah mengesyaki Cottle bukan ibu kepada anaknya yang dinamakan Anzelika dan kemudian bertindak memanggil pihak polis.
“Saya bersalin secara tiba-tiba pada jam 2 pagi. Ketika itu kami tidak menghubungi ambulans. Dalam tempoh 40 minit, Anzelika dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.
“Saya dan ibu membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan susulan keesokan harinya di hospital, tetapi apabila sampai di hospital, mereka merampas anak saya kerana tidak percaya dengan cerita ini,” katanya kepada Daily Mail baru-baru ini.
Cottle juga melakukan beberapa ujian bagi membuktikan dirinya baru sahaja melahirkan anak, namun pihak hospital enggan menerima keputusan tersebut.
Sebaliknya mereka mengarahkan wanita itu melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan dirinya adalah ibu kandung kepada Anzelika.
“Saya terseksa selama tiga minggu kerana pihak hospital tidak benarkan saya mendekati anak saya sendiri, malah meletakan beberapa syarat. Saya rasa mereka sengaja berbuat demikian kerana warna kulit saya.
“Mahkamah akhirnya yakin Anzelika adalah anak saya dan memerintahkan hopital itu untuk memulangkannya kepada saya semula,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/doktor-rampas-bayi-1.112369#sthash.tMKaw4xA.dpuf

Thursday, July 9, 2015

Naik kuda untuk elak sesak ke tempat kerja

Naik kuda untuk elak sesak ke tempat kerja
Gambar lelaki berkuda di Wuhan

WUHAN - CHINA. Gara-gara tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas yang terpaksa dihadapi setiap hari, seorang lelaki bertindak menunggang kuda ke tempat kerja.
Lelaki berkenaan berkata, sebelum ini, dia akan menaiki kereta untuk ke tempat kerja dan menyebabkan dia tiba ke tempat kerja lewat kerana tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
"Pada suatu hari,  saya memilih untuk meninggalkan keretanya dan naik kuda dan sejak itu, haiwan itu menjadi pengangkutannya ke pejabat," katanya dipetik Tencent.

Beberapa gambar lelaki itu berkuda di tengah-tengah bandar Wuhan turut mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Roller Coaster kayu dibina di China

Roller Coaster kayu dibina di China

ANHUI - CHINA. Permainan roller coaster kayu dibina di China dan akan beroperasi Rabu di Taman Tema Fantawild yang terletak di wilayah Anhui.

Keseluruhan binaan Roller Coster yang diberi nama 'Jungle Traiblazer' dibuat dari kayu yang di import dari Amerika Syarikat kecuali komponen asasnya.

Pengunjung akan dijanjikan kepuasan menakjubkan dengan kelajuan 91 kilometer sejam dengan 1,060 meter panjang.

Permainan ini adalah permaianan roller coaster terpanjang di Timur China.

14 juta kunjungi Makkah 16 hari pertama Ramadan

PEMANDANGAN di Masjidil Haram, semalam
Jeddah: Lebih 14 juta jemaah mengunjungi Makkah pada 16 hari pertama Ramadan, meningkat sebanyak 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jumlah itu diumumkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Gabenor Makkah Putera Khalid Al Faisal kelmarin.
Mesyuarat berkenaan turut membincangkan aplikasi baru telefon pintar yang membantu jemaah melakukan ibadah mereka dalam 34 bahasa.
Sementara itu, masjid di seluruh Arab Saudi memulakan Qiamullail jam 1 pagi kelmarin sempena permulaaan 10 hari terakhir Ramadan.
Untuk membolehkan jemaah melakukan ibadah dengan selesa, baik di dalam mahupun di perkarangan masjid, syarikat yang dibayar untuk menjaga kebersihan masjid mengerah kakitangan mereka bertugas sepanjang malam untuk memastikan bekalan air dan elektrik tidak terputus.
Rancangan diatur sebelum ini untuk memastikan semua masjid mampu menempatkan orang ramai yang ingin melakukan ibadah tengah malam itu, termasuk menyediakan ruang khas untuk wanita.
Seperti tahun sebelum ini, dermawan menyediakan minuman dan makanan untuk jemaah yang menghabiskan masa mereka berqiamullail di masjid .
Kementerian Hal Ehwal Islam dan Dakwah sebelum ini mengarah semua masjid dibuka sepanjang malam untuk 10 Ramadan terakhir.
Untuk menceriakan suasana, sesetengah masjid dihiasi dengan lampu warna-warni. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 10:16 AM.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62876#sthash.oNTPZJTr.dpuf

1 sekolah, 1 guru, 1 murid

ZUQING mengajar Xianzi.
Beijing: Kebanyakan ibu bapa sedar pelajaran sangat penting untuk masa depan anak mereka, tetapi tidak mampu menyediakan tuisyen persendirian.
Bagaimanapun, seorang kanak-kanak di Hubei bernasib baik kerana menjadi satu-satunya murid yang menjadi tumpuan gurunya.
Sekolah rendah Budaixi di Xuan’en, daerah kaki gunung di Hubei mempunyai seorang murid dan seorang guru kesan daripada pemindahan penduduk ke bandar.
Tan Xianzi, enam, diajar secara bersendirian oleh satu-satunya guru di sekolah itu Guo Zuqing, 51, setiap hari.
Zuqing mengajar Xianzi kira-kira dan bahasa China di samping bermain dengannya ketika waktu rehat kerana tidak ada murid lain untuk menemaninya.
Ketika zaman kemuncaknya, sekolah itu yang berusia 60 tahun, mempunyai kelas sekolah rendah dan menengah.
Kini, Xianzi satu-satunya murid yang tinggal dan keluarganya tidak pasti sama ada akan meneruskan persekolahannya di situ semester depan.
Menurut Biro Pelajaran, Sekolah Rendah Budaixi antara 35 ‘sekolah mikro’ di kawasan berkenaan.
Sekolah mikro didefinisikan sebagai mempunyai kurang 15 pelajar dan guru.
Ramai penduduk Xuan’en meninggalkan kawasan itu sejak beberapa tahun lalu kerana mencari pekerjaan dan menghantar anak mereka bersekolah di bandar lebih besar.
Jumlah pelajar di sekolah tempatan jatuh mendadak dan banyak yang seperti Sekolah Rendah Budaixi berdepan ancaman ditutup.
Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, China mencatatkan tahap migrasi dalam negeri tertinggi di dunia.
Sejak 1979, 340 juta penduduk berpindah dari kampung ke bandar atau bandar raya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 9:55 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62874#sthash.dto10lKn.dpuf

Rakyat Britain jadikan bot rumah



AFP - DERETAN bot berlabuh di Terusan Regent, London pada 28 Mei lalu.


LONDON – Harga rumah yang melambung tinggi di ibu kota Bri­tain, London mendorong lebih ramai penduduk untuk tinggal di dalam bot berikutan kosnya yang jauh lebih murah.
Bilangan bot juga semakin me­ningkat sehingga menyebabkan rangkaian sungai dan terusan di bandar raya itu sesak.
“Sudah menjadi perkara biasa untuk orang ramai tinggal di dalam bot kerana mereka tiada pilihan,” kata seorang pekerja pendidikan berusia 39 tahun, Jim Bryden.
Bryden tinggal di dalam botnya, Violent Mae bersama teman wanitanya sejak dua tahun lalu.
“Saya pernah berkenalan dengan warga kota lain yang membeli bot pada harga £10,000 (RM55,364) selepas mereka menerima notis dua minggu untuk mengosongkan flat mereka,” tambahnya.
Menurut Bryden, bot mewah yang harganya mencecah £100,000 (RM553,646) adalah jauh lebih murah berbanding purata harga rumah di London yang mencecah £500,000 (RM2.76 juta).
Selain menginap di bot, bilangan penduduk kota metropolitan itu yang memilih untuk menyewa kabin kenderaan air tersebut juga semakin bertambah.
Rata-rata kos sewa rumah di London mencecah separuh daripada gaji pekerja biasa.
Menurut sebuah yayasan yang menguruskan laluan air di London, bilangan bot di kota raya itu me­ningkat sebanyak 85 peratus sejak setahun lalu.
Walaupun tinggal di bot agak remeh kerana penghuninya terpaksa membersihkan tangki tandas, mendobi di luar dan risiko pencuri, mereka memiliki lebih kebebasan bergerak dan bersosial bersama penghuni bot lain. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3fLDwRp3s 
Hakcipta terpelihara