Pages

Saturday, July 11, 2015

Cheetah melompat ke atas kenderaan pelancong



Seekor cheetah merenung muka McCaldin seolah-olah mahu duduk di atas ribanya. - AGENSI


NAIROBI, Kenya – Sekumpulan pelancong yang melancong ke taman safari Maasai Mara di sini baru-baru ini terkejut apabila seekor harimau cheetah turut memanjat kenderaan mereka.
Haiwan liar dengan kuku dan gigi tajam itu mengejutkan semua penumpang selepas melompat ke bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda tersebut sebelum mendekati seorang pelancong dari Ireland, Mickey McCaldin dan berada begitu dekat dengannya.
Gelagat McCaldin bersama cheetah itu dirakam jurugambar David Horsey, 62, dari bandar Mombasa apabila haiwan itu kelihatan seperti mahu duduk di atas riba lelaki itu.
“Saya telah tinggal di Kenya sebahagian besar hidup saya dan saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini.
“Cheetah itu seperti tidak menakutkan apabila didekati, nasib baik McCaldin sangat tenang. Namun saya fikir dia mungkin rasa haiwan itu mahu duduk di ribanya,” ujar Horsey.
Apabila cheetah itu mula bosan merenung McCaldin, haiwan itu kemudian berpusing dan terjun semula keluar. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3fWuTBdt7 
Hakcipta terpelihara 

No comments: