Pages

Friday, July 10, 2015

Jun bulan paling banyak penemuan UFO


AGENSI - UFO dirakam di Monumen Prasejarah, Stonehenge di Wiltshire, Britain pada bulan lalu.


WASHINGTON – Jumlah rakaman kehadiran objek terbang tidak dikenali (UFO) di seluruh dunia meningkat dua kali ganda pada Jun lepas, menurut sebuah kumpulan penjejak makhluk asing antarabangsa baru-baru ini.
Kumpulan berkenaan, Rangkaian UFO Bersama (Mufon) merekodkan rakaman 1,179 objek misteri berkenaan pada Jun lepas iaitu peningkatan hampir 600 kes sepanjang tempoh sama tahun lalu.
Majoriti kes yang diterima Mufon berlaku di Amerika Syarikat (AS) dengan organisasi itu menerima antara 400 hingga 700 laporan penemuan UFO pada setiap bulan.
“Kami rasa perkara ini berkait dengan dua episod akhir siri televisyen Hangar 1: The UFO Files musim kedua,” ujar Pengarah Komunikasi Mufon, Roger Marsh kepada laman berita alternatif, Open Minds.
“Orang ramai menonton program kami dan mereka sedar bahawa mereka mempunyai tempat untuk membuat aduan sekiranya mereka melihat UFO,” tambahnya.
Antara rakaman UFO berprofil tinggi sepanjang bulan lalu menurut Marsh, termasuk objek piring terbang yang berlegar di kawasan monumen prasejarah Stonehenge. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3fR4YSYtY 
Hakcipta terpelihara 

No comments: