Pages

Saturday, July 11, 2015

Besarnya!

Hafis Manas Penyelia Ladang FELCRA Kerangai Penagoh menunjukkan labu air yang lebih besar daripada biasa.
Jempol: Seorang pekerja ladang di FELCRA Kerangai Penangoh, terkejut apabila mendapati pokok labu ditanamnya sejak enam bulan lalu mengeluarkan buah seberat lapan kilogram, semalam.
Lelaki berkenaan, Ropie Husin, 53, berkata, dia tidak menyangka labu ditanamnya mengeluarkan hasil luar biasa.
Menurutnya, dia yang bekerja di ladang itu sejak 10 tahun lalu sebelum ini mengutip buah kebiasaannya hanya seberat satu kilogram.
“Sejak menanam pokok ini Januari lalu, saya tidak lagi datang ke sini.
“Apabila kembali untuk mengutip hasilnya hari ini (semalam), saya terkejut mendapati sebatang pokok mengeluarkan buah seberat lapan kilogram,” katanya.
Katanya, ketinggian buah itu juga tidak seperti biasa dan dianggarkan 80 sentimeter tinggi dan 30 sentimeter ukur lilit.
Ropie berkata, dengan hasil berkenaan, buah itu tidak akan dimasak atau dijual, sebaliknya dijadikan benih bagi penanaman pokok seterusnya.
Penduduk, Mohd Azhan Jumri, 40, berkata, labu itu dianggap ‘ajaib’ kerana buahnya lapan kali lebih besar berbanding saiz biasa.
“Selepas mendapat tahu mengenai buah ini, ramai penduduk datang untuk melihat sendiri saiz labu itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:20 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63667#sthash.3iL49rqa.dpuf

No comments: