Pages

Saturday, August 10, 2013

Terjun dari udara dengan kotak kayu

FOTO yang disediakan oleh pihak Skydive Chicago ini 
menunjukkan beberapa orang penerjun menstabilkan keranda dengan pelagak ngeri, Anthony Martin cuba untuk melepaskan dirinya.


SERENA, Illinois - Seorang penerjun lagak ngeri Amerika Syarikat melakukan aksi berani mati baru-baru ini apabila berjaya melepaskan diri selepas dia dikunci di dalam sebuah kotak kayu yang dilepaskan dari udara.
Pelagak ngeri itu, Anthony Martin, 47 diterbangkan dengan sebuah pesawat dan dia dibuang ketika berada pada ketinggian 4,400 meter di udara.
Dia dibantu empat penerjun semasa berada di udara bagi menstabilkan kotak kayu berwarna kuning tersebut. Salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan di muka. Namun, mereka semua dapat mendarat dengan selamat.
Semasa terjunan itu, Martin dimasukkan ke dalam sebuah kotak dengan tangannya diikat di pinggangnya manakala tangan kanannya dirantai di dalam kotak tersebut.
Martin pernah melakukan lagak ngeri yang sama 25 tahun lalu, hanya selepas 17 kali melakukan terjunan. Dia mula mempelajari seni melepaskan diri pada usia enam tahun selepas teruja dengan penjelasan bapanya tentang silap mata.
Lelaki yang berasal dari Wisconsin dikatakan mampu membuka kunci selepas mengetahui bagaimana mekanismanya beroperasi. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2bVr8LSN1 
Hakcipta terpelihara 

Friday, August 9, 2013

Alkisah anak seorang kayawan

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Alkisah anak seorang kayawan

Seorang yang kaya meminta seorang ustaz untuk membuang perangai buruk pada anak sulungnya.

Ustaz tersebut membawa budak tersebut berjalan ke dalam hutan…

Budak yang nakal tersebut pun mengikut ustaznya…

“Along, cuba cabut pokok itu,” ustaz tersebut menunjukkan kepada satu anak pokok yang kecil di hutan…

Dengan mudah, budak tersebut mencabut pokok tersebut. “Mudah saja ini ustaz…. Saya guna dua jari dah boleh keluarkan…” Budak tersebut berkata dengan bangga.

Ustaz kemudian menunjukkan kepada satu anak pokok yang lebih besar dan berkata, “Cuba ini pulak. Tengok Along cukup kuat untuk keluarkan pokok ini pula..”

Budak tersebut menggunakan dua tangan dan mengeluarkan pokok tersebut.

“Mudah saja juga pokok ini ustaz…” katanya dengan bangga.

Kemudian ustaz untuk menunjukkan kepada satu semak… “Cuba ini pula...”

Budak tersebut tidak mahu mengaku kalah, menggunakan segala tenaganya untuk mencabut semak tersebut.

Selepas 10 minit, budak tersebut berjaya… “HAHAHAHHA Ustaz, ini susah sikit, tapi tak kalah juga…” katanya dengan ketawa..

Kemudian ustaz menuding jari kepada satu pokok jambu batu yang tinggi daripada budak tersebut… “Cuba pokok tu pulak…”

Budak itu mencuba, mencuba – kerana tidak suka mengalah, ia mencuba sehingga putus asa – “Tak boleh ini ustaz… tak mungkin Along dapat keluarkan,” kata budak itu tercungap-cungap.

“Ini sama juga dengan perangai buruk,” kata ustaz. “Apabila ia masih muda, ia mudah untuk dicabut, tapi apabila tua, ia susah dicabut.”

Kata-kata ustaz tersebut mengubah hidup Along.

Wahai anakku,
Kadangkala aku menegurmu atas perangai burukmu adalah kerana aku takut engkau biarkan perangai buruk berakar tunjang di dalam badan kamu.

Wahai anakku,
Buangkannya ketika ia masih muda, ketika kamu masih boleh mengawalnya… jika tidak, akar itu akan bakal mengatasi kamu dan mengawal kamu sebaliknya. Ambillah peluang di Syawal ini untuk membuang segala perangai burukmu.

Senyum.

Wanita British lahir bayi 6.2 kilogram di Sepanyol


2013/08/08
MADRID: Seorang wanita British berusia 40 tahun selamat melahirkan bayi terbesar di Sepanyol secara normal iaitu seberat 6.2 kilogram, hari ini.

Pihak hospital berkata, Maxime Marin melahirkan bayi terbabit pada kira-kira jam 4.43 pagi (waktu tempatan) di Hospital Marina Salud di bandar Denia.
Bayi besar sering dilahirkan secara pembedahan tetapi Marin tidak perlu berbuat demikian. - AFP 

Thursday, August 8, 2013

KISAH ASHIKIN - ISTERI YANG CURANG

Gambar hiasan

Kisah Ashikin - Isteri Yang Curang 

 KISAH menyayat hati ini kami siarkan sesuai dengan isu semasa yang dipaparkan, tentang gejala sosial muda-mudi, anak-anak kita yang sudah rosak akhlaknya dan maksiat yang bermaharajalela di akhir zaman ini.

Kisah benar yang dilalui Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz ini berdasarkan pengalaman beliau. "Ambillah iktibar dan renungkanlah kisah yang terjadi ini," tegas beliau sambil memetik firman dan hadis-hadis yang berkaitan dengan kisah tersebut.

Baca dan hayatilah betapa terseksanya seorang isteri yang melakukan perbuatan curang di belakang suaminya, tatkala berkursus di luar negara! Bukan saja menduakan suami tetapi berbuat perkara keji dan terkutuk dengan lelaki asing!

Akibat dosa dan noda yang dilakukan, si isteri menerima azab dan pembalasan ketika di dunia lagi. Ustaz Hassan mahu pembaca mengambil teladan apa yang berlaku. Bertauhatlah sebelum terlambat! Jauhilah segala larangan Allah - maksiat, zina dan perbuatan keji yang dilaknat Allah.

 Semoga kisah ini memberi pedoman berguna! kepada pembaca budiman. Hayatilah kisah ini yan. diceritakan Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz, Pengarah Urusan sebuah syarikat travel and tours.

SAYA perhatikan Ashikin yang masih tidak putus-putus berwirid di depan Kaabah. Jari-jemarinya membilang butir-butir tasbih dan mulut terkumat-kamit memuji Ilahi. Sekejap dia menunduk ke bawah, kemudian memandang semula ke arah Baitullah yang tersergam beberapa puluh meter di hadapannya.

"Ai... dah pukul 12.00 malam, tak nak balik lagi ke?" kata saya di dalam hati.

Sambil melangkah saya mengerling lagi ke arah Ashikin yang duduk di hujung sekumpulan jemaah wanita. Rasa ingin tahu saya ini makin bertambah apabila saya lihat dia mengesat-ngesat matanya dengan hujung telekung. Menangis lagikah dia?

Mungkin bagi orang lain tiada apa-apa yang pelik kalau bertasbih, berwirid dan menangis di depan Kaabah hingga larut malam. Apa yang dipelikkan sangat, orang lain pun begitu. Betul, tapi Ashikin lain.

Saya perhatikan sudah beberapa hari sejak tiba di Mekah ini, Ashikin tiba-tiba saja berubah perwatakannya. Setiap waktu saya dapat perhatikan wanita itu akan berdoa dan sujud di depan Baitullah sehingga kain telekungnya basah. Melihatkan kelakuannya itu, tanya rakan se biliknya, namun dia hanya gelengkan kepala.

Mulanya saya tidak ambil kisah dengan kelakuan Ashikin itu. Pada fikiran saya mungkin dia terlampau gembira dan takjub dengan keadaan di Tanah Suci sehingga menitiskan air mata. Namun bila setiap hari dia asyik menangis dan meratap hiba, saya mula tidak sedap hati. Maklumlah sepanjang menge-nalinya selama beberapa tahun, Ashikin orang yang sentiasa ceria. Ada-ada saja ceritanya diselang-seli dengan gelak ketawa.

Pelik, waktu mula-mula hendak ke Mekah bersama 40 lagi jemaah yang saya pimpin, dialah yang paling seronok sekali. Tetapi bila sudah sampai di Mekah lain pula jadinya.

Dulu kalau terserempak dengan saya pasti ada cerita akan dikhabarkan-nya pada saya. Tentang itulah, tentang inilah. Paling tidak pun, senyum dan mengucap salam. Kata wanita itu, dia betul-betul gembira sebab sudah lama menyimpan hajat hendak ke Tanah Suci. Jadi apabila impian itu tercapai, tentulah seronok. Tambahan pula dapat menunaikan ibadah itu dalam bulan Ramadan yang penuh berkat.

Bukan itu saja, sepanjang berada di Tanah Suci dia juga merupakan wanita yang sangat rajin ke masjid pada setiap waktu solat dan menjadi contoh kepada parajemaah wanita yang lain.

Namun masuk hari keempat di Mekah, saya dapati perwatakannya tiba-tiba berubah. Dia tidak semena-mena jadi pendiam. Wajahnya murung dan tawar. Bila terserempak, hanya senyuman hambar yang dilemparkannya kepada saya. Tiada lagi gelak tawa atau bual-bual panjang. Ashikin cuma mengucap salam, kemudian berlalu dengan wajah muram dan gelisah.

Masanya juga lebih banyak dihabiskan di Masjidilharam. Di situlah dia berwirid, bertasbih, solat, berdoa dan menangis dengan sesungguh hati. Seperti yang saya katakan, kalau terjadi pada orang lain, saya anggap ini perkara biasa. Tapi bila berlaku pada Ashikin, saya jadi pelik. Kalau tiada apa-apa, mustahil orang yang periang macam Ashikin itu tiba-tiba jadi pendiam.Mesti ada sesuatu yang dah berlaku.

Tapi apa dia?

Saya berhenti melangkah. Hasrat untuk balik ke bilik saya tangguhkan dulu walaupun badan letih dan mengantuk. Saya sebaliknya berdiri memerhatikan Ashikin dengan perasaan sebak. Riak wajahnya yang begitu sugul, meruntun hati saya untuk mengetahui, bahana apalah yang menimpanya sehingga membuatkan perasaannya begitu sedih dan sayu. Saya menghampirinya perlahan-lahan, kemudian memberi salam.

"Tak balik lagi ke? Dah lewat ni..." kata saya sambil bertinggung di sebelahnya.
Ashikin hanya menggeleng kepala. "Kejap lagi,"jawabnya ringkas.

Setelah itu saya cuba bertanyakan kenapa dia tiba-tiba saja berubah jadi pendiam. Ada masalah ke? Lagipun sebagai ketua rombongan saya bertanggungjawab untuk memastikan para jemaah di bawah kelolaan saya berada dalam keadaan yang baik.

Wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu pandang wajah saya sambil mengesat air matanya dengan hujung telekung. Riak-riak kekesalan tergambar di wajahnya.

"Kenapa dengan awak ni? Macam ada masalah aja, sebelum ini saya nampak awak betul-betui ceria dan bersemangat nak buat umrah, tapi dah dua tiga hari ini tengok awak sedih aja," saya bertanya lagi dengan lembut.

Ashikin hanya tersenyum hambar. "Tak ada apalah, ustaz," jawabnya.
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa saya tengok awak lain macam aja. Tiba-tiba aja jadi pendiam, duduk masjid sampai larut malam, menangis," sambung saya.


Ashikin mendiamkan diri lagi. Macam ada sesuatu yang hendak disampai-kannya, tapi tiada sepatah perkataan pun dilafazkannya.

"Bukanlah saya nak selongkar rahsia awak, tapi kita ni dah kenal lama, sejak awak belum ke Mekah lagi. Kalau ada apa-apa masalah, beritau saya. Kalau saya boleh bantu, saya bantu," kata saya.

Lama juga Ashikin cuba berdalih, tapi akhirnya dia tidak berdaya juga membendung gejolak perasaan yang sedang melanda dirinya.

Sambil menggetap bibir dan menahan sebak, Ashikin berkata; "Ustaz, sebenarnya saya dah banyak buat dosa, saya betul-betul nak bertaubat."

Dosa? Dosa apa pula? Terkejut saya mendengar kata-kata Ashikin itu.
"Banyak dosa saya ustaz, banyaaaaak..." sambungnya lalu terus menangis teresak-esak hingga menimbulkan kehairanan jemaah-jemaah wanita di sebelahnya.

Melihatkan keadaannya itu saya pujuk Ashikin supaya tenangkan perasaan dahulu, tapi tangisannya terus meninggi.

"Ustaz... saya tiba-tiba jadi macam ni sebab saya pemah berzina! Saya dah buat dosa besar, bukan hanya pada Allah tapi pada suami saya sendiri," sambungnya lagi. Beberapa kali wanita itu menekup muka dengan telekungnya kerana terlampau sedih.

Berzina? Astaghfirullahal azim. Saya beristighfar beberapa kali, terkejut bukan kepalang. Lantas saya meminta Ashikin menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.

Dalam esakannya Ashikin memberitahu perbuatan keji itu dilakukan lama dulu semasa dia berkursus selama tiga tahun di Jerman. Masa itulah dia berkenalan dengan seorang lelaki kulit putih. Mulanya hubungan mereka hanya sebagai kawan biasa saja, tapi lama-kelamaan timbul perasaan sayang. Maklumlah, suami jauh, dia rasa kesunyian.

Dek hubungan yang terlalu rapat, akhirnya mereka terlanjur. Mereka lakukan benda keji itu sampailah Ashikin habis kursus, balik ke Malaysia. Suaminya langsung tidak tahu perkara tersebut.

"Balik saja ke Malaysia, saya mula alami mimpi menakutkan. Dalam mimpi itu saya dibakar dengan api yang menjulang-julang. Saya rasa macam berada dalam neraka. Panasnya tak tertanggung. Kulit saya terbakar, seluruh badan dan tulang-temulang saya hangus semuanya.

"Ke mana saja saya pergi cuma ada api. Saya tak dapat larikan diri. Saya menjerit-jerit kesakitan, tapi saya tak boleh buat apa-apa. Api menyala-nyala dari atas, bawah, kiri dan kanan. Kepanasan itu masih terasa apabila saya terjaga daripada tidur, seolah-olah ia be-nar-benar terjadi," kata Ashikin sambil menangis tersedu-sedu.

Saya yang mendengar cerita Ashikin itu turut berasa sedih. Ketika itu saya teringat firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 81: "Barang siapa berbuat dosa dan ia telah diselaputi oleh dosa-dosanya, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

Tidak disangka Ashikin tergelincir jauh, sanggup berzina.

"Kalau sekali tak apa, ustaz, tapi ini setiap malam sampai saya takut nak lelapkan mata," sambung Ashikin dengan air mata berjuraian.

Panjang lebar Ashikin bercerita sehinggakan saya sendiri pun turut merasakan kesedihan yang ditanggungnya. Menurut wanita itu lagi, dia seolah-olah berada dalam kawah yang menggelegak dengan api yang marak. Malahan rambutnya juga hangus dibakar api.

"Saya jerit sekuat hati tapi tak ada sesiapa pun yang dengar. Ustaz, bayangkanlah betapa seksanya saya masa itu, hanya Allah yang tahu betapa dahsyatnya azab yang saya tanggung," wanita itu terus menangis kerana tidak dapat menahan kesedihannya.

Benar! Keadaan neraka yang diberitahu Ashikin sama seperti gambaran dalam al-Quran. Apinya yang bergelojak, menjulang tinggi membakar manusia-manusia berdosa. Api neraka menyala-nyala 70 kali ganda daripada api di dunia.

Bahan bakarnya pula terdiri daripada manusia-manusia dan batu-batu. Minuman ahli neraka adalah berupa darah dan nanah. Pakaian pula daripada tembaga yang merah menyala.

Hampir menitik air mata saya mendengar ceritanya itu. Pilu, hiba, sebak dan pelbagai lagi perasaan sedih bermain di benak fikiran saya ketika saya menatap wajahnya itu. Namun dalam hati saya berkata, mungkin apa yang terjadi pada Ashikin itu adalah kifarah daripada Allah s.w.t. kepada hamba-Nya supaya kembali ke pangkal jalan.

Ashikin terus bercerita; setelah beberapa lama mengganggu tidur, akhirnya mimpi tersebut hilang begitu saja. Sedikit demi sedikit perasaan cemas dan takut itu hilang. Dia kembali ceria. Langsung tak diceritakan perihal mimpi itu kepada suaminya.

"Saya dah hampir lupakan mimpi itu, sampailah ketika kita tiba di Mekah. Selepas satu dua malam di sini, tiba-tiba saya teringat semula. Makin lama ingatan itu makin kuat dan jelas.

"Bila pandang Kaabah, saya jadi takut yang amat sangat. Saya menggigil. Saya terbayang, mungkin itulah balasan yang akan saya terima bila saya mati kelak. Kerana dosa zina itu saya akan dihumban ke dalam neraka. Saya akan hangus sampai bila-bila, tak ada siapa boleh selamatkan. Suami saya pun tak akan selamatkan saya. Saya terbayang akan dibaham ular-ular besar, makan buah-buah berduri, air nanah, timah cair dan segala macam seksaan lagi.

"Saya jadi terlalu takut, ustaz. Sebab itulah tiap-tiap hari saya menangis dan berwirid depan Kaabah kadang-kadang sampai larut malam. Saya nak tebus dosa, saya tak mau masuk neraka. Saya tak mau kena seksa dengan binatang berbisa, dengan api..." katanya hiba.

Saya beritahu Ashikin, memang benar sesunguhnya dalam neraka itu terdapat ular-ular sebesar leher unta dan kadangkala sebesar baghal atau keldai. Apabila ular itu menggigit ahli neraka sakitnya terasa selama 40 tahun. Tapi Allah juga Maha Pengampun.

"Tuhan ampunkan ke dosa saya ni, ustaz?" soal Ashikin dalam esak tangisnya yang semakin kuat hingga jemaah-jemaah di sebelah beberapa kali memandangnya.

Saya tenangkan Ashikin. Kata saya, walau sebesar mana sekalipun dosa kita, tapi selagi masih bernyawa selagi itu kita masih ada peluang untuk bertaubat. Taubatlah dengan sebenar-benar taubat. Selebihnya serahkan kepada Allah. Saya berikan semangat kepada-nya semula dan selepas puas meluahkan perasaannya, akhirnya perasaan wanita itu kembali tenang.

Sambil mengesat air mata yang masih berbaki, Ashikin berkata; "Ustaz, terima kasih kerana bawa saya ke sini. Ustaz dah banyak sedarkan saya."

Perasaan Ashikin agak terkawal selepas itu. Walaupun masih menangis di depan Kaabah, tapi tidaklah sampai tersedu-sedu macam dulu. Setelah dua minggu berada di Tanah Suci Mekah dan selesai mengerjakan ibadah umrah kami pulang ke Malaysia. Ashikin kembali ke pangkuan suami dan tiga orang anaknya di utara tanah air.

Sehinggalah kami sampai di Kuala Lumpur, dan sehingga kini selepas dua tahun peristiwa itu berlalu, Ashikin masih berhubung dengan saya untuk meminta nasihat. Alhamdulillah kini dia benar-benar insaf dan tidak lagi mengalami mimpi yang menakutkan. Saya berdoa agar segala dosanya diampunkan Allah.

Sumber: Mastika Sept.2005

Kisah air mandian jasad Baginda Rasulullah S.A.W

Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah

Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah
Satu ketika dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.
Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa - masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah S.A.W?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda S.A.W.
Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan,"Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".
Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa - apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab - kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.
Ketika mana ulama' itu tidur, Rasulullah S.A.W telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?".
Lalu Baginda S.A.W mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah S.A.W menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid". 
Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.
Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi,
"Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".
Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SA..W menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah S.A.W telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".
Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".
Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.
~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.

Kisah benar dari seorang rakyat Syria.

InsyaAllah, kami akan terus mendedahkan kepada anda kekejaman kerajaan syiah Assad terhadap umat Islam Sunni. Kisah di bawah merupakan kisah benar dari seorang rakyat Syria.

1) Cerita Pertama

Seorang lelaki daripada "Homs" (modal revolusi), sebelum ini beliau hidup bahagia bersama dengan keluarganya.. sebelum revolusi bermula.

Beliau merupakan seorang yang kaya, mempunyai rumah besar dan syarikat perniagaan. Rumahnya terletak di belakang pejabat beliau jadi ia begitu dekat.
Sewaktu tempoh revolusi, peluru berpandu Assad memusnahkan pejabatnya serta pekerjaanya.

Beliau amat sedih tetapi beliau tetap mengucapkan "Alhamdulillah" kerana mungkin terdapat hikmahnya. Kemudian dia merancang untuk pergi ke tempat lain. Beliau telah merancang untuk mengembara selama 15 hari sehingga keadaan tenang keadaan di kawasan itu.

Pada hari ke-10 dia menerima panggilan daripada rakannya dan diberitahu agar jangan kembali kerana seluruh bangunan telahpun dimusnahkan, dan dia tidak mempunyai rumah sekarang. Ketika itu lelaki itu menjadi buntu dan beliau mula menangis. Kini beliau telah benar-benar kehilangan segala-galanya .

Kemudian beliau merancang untuk merantau kerana kini beliau sudah pun tidak mempunyai apa-apa untuk kehilangan. Beliau pergi ke pejabat Imigresen dan Pasport, beliau mahu mendapatkan pasport untuk anak-anaknya. Mereka memberitahu kepadanya, dia perlu menunggu selama 6 bulan.

Beliau kemudiannya menempatkan anak-anaknya tinggal bersama adiknya di sebuah rumah yang sangat kecil, manakala beliau bersama isterinya tinggal di rumah lain kerana rumah adiknya penuh . Kemudian beliau mengembara dan merancang untuk mengambil anak-anak selepas 6 bulan setelah menyiapkan passport perjalanan. Apabila tiba masa untuk mengambil anaknya, malangnya difahamkan anak-anak beliau telahpun berada di bawah pengepungan tentera Assad di Homs, mereka tidak boleh keluar.

Beliau kini bersama isteri di tempat lain dan anak-anak kekal di Syria. Terpisahlah beliau dari anak-anaknya yang dahagakan kasih sayang ibu-bapa. Dia tidak boleh kembali kerana tentera syiah Assad akan membunuhnya sekiranya kembali. Lailahaillallah.
 

Bandar Kivalina diramal tenggelam 2025


Lakaran artis bandar Kivalina, yang juga merupakan sebuah perkampungan nelayan diramal akan tenggelam pada 2025 akibat pemanasan global. - agensi
ALASKA 7 Ogos - Sebuah bandar kecil yang diberi nama Kivalina, yang merupakan sebuah perkampungan nelayan di Alaska bakal lenyap menjelang 2025 akibat pemanasan global.
Pemanasan air laut dan permukaan ais yang mencair selama dua dekad menyebabkan perkampungan yang terletak berhampiran Laut Bering itu mudah terdedah kepada ribut.
Menurut laporan BBC, pantai Kivalina telah mengecil sejak dua dekad lalu menyebabkan tentera Amerika Syarikat (AS) menjangkakan ia tidak boleh didiami dalam tempoh 12 tahun lagi.
Perkampungan kecil nelayan itu didiami beberapa suku kaum Asli Alaska.
Kerajaan AS terpaksa membelanjakan kira-kira AS$400 juta (RM1.29 bilion), semata-mata untuk memindahkan suku kaum Asli tersebut dari situ.
"Jika kami kekal di sini dalam tempoh 10 tahun akan datang, akan berlaku banjir atau kami akan mati di sini.
''Atau kami perlu berpindah ke tempat lain," ujar pemimpin Kivalina, Colleen Swan.
Akhbar New York Times pada tahun lalu melaporkan penduduk Kivalina pernah dipaksa berpindah pada 1992 ke penempatan lain kerana masalah tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130808/lu_09/Bandar-Kivalina-diramal-tenggelam-2025#ixzz2bKTT0ksz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jepun bina kapal perang terbesar RM3.88 bilion


Gambar dari udara merakamkan kapal perang Jepun, DDH183 Izumo ketika majlis pelancarannya di Yokohama, selatan Tokyo kelmarin. - REUTERS
TOKYO 7 Ogos - Jepun, semalam mendedahkan projek membina kapal perang terbesarnya selepas Perang Dunia Kedua berharga AS$1.2 bilion (RM3.88 bilion), sekali gus dijangka meningkatkan lagi ketegangan berhubung isu pertikaian pulau antara Tokyo dan Beijing di Laut China Timur.
Pegawai kerajaan Jepun berkata, fungsi utama kapal pengangkut helikopter itu yang diberi nama Izumo adalah sebagai aset pertahanan negara dan direka untuk situasi peperangan, sebagai kapal antikapal selam serta memantau sempadan negara.
Kapal Izumo yang mempunyai berat 19,500 tan, dikatakan turut berfungsi sebagai kapal pemusnah serta mampu membawa sehingga 14 buah helikopter di atas geladak sepanjang 250 meter.
Selain itu, kapal gergasi tersebut turut memainkan peranan dalam misi kemanusiaan dengan kemampuan membawa pengangkutan, pasukan kecemasan dan logistik ke kawasan bencana seperti gempa bumi dan tsunami.
Namun ramai pihak melihat pembinaan kapal itu yang dijangka memulakan perkhidmatan pada 2015, memainkan peranan untuk memantau dan mempertahankan wilayah Jepun di Laut China Timur.
Jepun dan China saling menuntut beberapa kawasan kepulauan kecil yang dikenali sebagai Senkaku di Tokyo dan Diaoyu di Beijing, dan kedua-dua negara mengerahkan kapal masing-masing untuk mengawal kawasan yang menjadi perebutan tersebut.
China, baru-baru ini melancarkan kapal pengangkut pesawatnya di kawasan maritim berkenaan.
China meningkatkan lagi keteganganan apabila mengumumkan pembinaan sebuah lagi kapal perang besar untuk angkatan lautnya sebagai tindak balas kepada pengumuman Jepun itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130808/lu_06/Jepun-bina-kapal-perang-terbesar-RM388-bilion#ixzz2bKTIJKAN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penduduk Tunisia anjur tunjuk perasaan besar-besaran


beribu-ribu penduduk Tunisia mengadakan tunjuk perasaan mendesak kerajaan Islam Tunisia meletak jawatan berhubung pembunuhan dua pemimpin pembangkang, di Tunis, kelmarin. - AP
TUNIS 7 Ogos - Beribu-ribu penduduk Tunisia mengadakan tunjuk perasaan, di sini semalam bagi menuntut kerajaan dibubarkan, tunjuk perasaan antikerajaan terbesar setakat ini, ketika krisis politik di negara ini semakin memburuk.
Krisis politik di Tunisia meruncing sejak pembunuhan anggota Parlimen pembangkang, Mohamed Brahmi pada 25 Julai lalu.
Seorang pegawai polis menganggarkan kira-kira 40,000 orang menyertai perhimpunan itu.
Pemimpin pembangkang bagaimanapun meletakkan jumlah mereka yang menyertai tunjuk perasaan itu ialah 100,000 hingga 200,000 orang.
Tunjuk perasaan diadakan di jalan-jalan raya di ibu negara Tunis bagi menggesa kerajaan pimpinan parti berhaluan Islam sederhana, Parti Ennahda meletak jawatan.
Pembunuhan Brahmi, selain seorang lagi ahli politik pembangkang, Chokri Belaid dipersalahkan kepada kumpulan pelampau, tetapi Kabinet pimpinan Ennahda dikritik kerana kurang berusaha mengelak kejadian itu.
Tunjuk perasaan kali ini juga disertai oleh pelbagai parti pembangkang daripada sayap radikal dan sayap kanan.
Penunjuk perasaan turut membawa gambar kedua-dua pemimpin pembangkang yang terbunuh itu, sambil melaungkan slogan 'Rakyat mahu kerajaan ditumbangkan' dan 'Kerajaan akan berakhir hari ini'.
Sementara itu, Dewan Perlembagaan Kebangsaan (ANC) yang merupakan satu badan yang dipilih pada 2011 untuk merangka Perlembagaan baharu akan digantung.
Speaker Dewan, Mustapha Ben Jaafar berkata, penangguhan akan dibuat sehinggalah kerajaan dan pembangkang berunding untuk memecahkan kebuntuan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130808/lu_02/Penduduk-Tunisia-anjur-tunjuk-perasaan-besar-besaran#ixzz2bKQyT0ZM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, August 7, 2013

6 jam selamat lelaki 400kg

Foto
JENTOLAK mengangkut Lehberger ke hospital.
Riegelsberg: Seorang lelaki seberat 400 kilogram terpaksa diselamatkan mengguna jentolak selepas dia diserang sakit jantung.
Michael Lehberger menelefon perkhidmatan kecemasan sebaik menyedari ada tanda-tanda dia akan diserang penyakit itu.

Bagaimanapun, dia tidak boleh dibawa ke hospital oleh pasukan penyelamat kerana terlalu gemuk untuk dibawa keluar menerusi pintu rumahnya di Riegelsberg, Jerman.
Anggota bomba terpaksa meruntuhkan dinding di bahagian tepi rumahnya untuk membuat lubang bagi menyelamatkannya.

Lehberger kemudian diturunkan dari biliknya di tingkat dua rumah dengan mengguna jentolak yang sudah dipasang dengan kusyen.

Pakar penyelamat sebelum itu menghabiskan masa membina perancah di luar rumah tetapi mendapati ia terlalu bahaya untuk mencuba dan mengangkatnya.

Operasi mengeluarkan Michael dari rumah itu memakan masa enam jam dan dia kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans yang direka untuk memuatkan empat orang.

Di hospital, dia ditempatkan di bilik khas yang dilengkapi dengan keperluan pesakit sepertinya.
Ketua operasi Volker Klien berkata: “Saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Dia terlalu berat untuk dibawa dengan kereta.” Seorang jiran berkata, dia tidak pernah melihat Michael keluar dari rumah itu sejak dua tahun lalu. - AFP

Gempa bumi 5.1 magnitud gegar selatan Mexico


MEXICO CITY: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 magnitud menggegar bangunan di sini dan menyebabkan sebahagian orang ramai cemas menyelamatkan diri di atas jalan raya.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu berlaku pada kira-kira jam 3.17 petang (waktu tempatan) kira-kira 500 kilometer selatan Mexico City.
Pusat gempa ialah lapan kilometer barat laut bandar Xochistlahuaca, wilayah Guerrero dan pada kedalaman 30 kilometer.

Datuk Bandar Mexico City, Angel Mancera berkata, tiada laporan awal mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan. - AP 

Tuesday, August 6, 2013

Mekah edar 1.3 juta pek makanan


Ketua Pengarah Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Mansour bin Amer (kiri), menyampaikan pek makanan berbuka puasa kepada seorang jemaah di Masjidilharam di Mekah, Arab Saudi, baru-baru ini. - Agensi
JEDDAH 5 Ogos - Lebih 1,300 pekerja sukarelawan bekerja setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk menyediakan makanan di atas pelapik plastik sepanjang empat kilometer di sekitar Masjidilharam di sini.
Pelapik plastik itu sentiasa penuh dengan minuman kopi dan kurma untuk diberikan kepada jemaah dari dalam dan luar negara sebagai juadah berbuka puasa.
Pihak pengurusan masjid itu juga turut menyediakan kira-kira 100,000 kilogram kurma yang diedarkan di dalam 1.9 juta kotak bersama kopi.
Imam dan pendakwah Masjidilharam, Dr. Saleh bin Muhammad Al- Taleb berkata, pihaknya menyediakan 1.3 juta pek makanan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini dan jika disusun, makanan tersebut akan membentuk barisan sepanjang 129 kilometer.
Ketua Pengarah Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Mansour bin Amer berkata, ahli persatuannya adalah kumpulan pertama yang memberi perkhidmatan kepada lebih 15 juta jemaah masjid setiap tahun. - AGENSI

Budak dipilih jadi datuk bandar buat kali kedua


KALI pertama Robert "Bobby" Tufts (kanan) menjadi datuk bandar pada usia tiga tahun. Ahad lalu, namanya terpilih sekali lagi.


DORSET, Minnesota - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun sekali lagi telah dipilih sebagai datuk bandar di sebuah bandar pelancongan kecil di utara Minnesota.
Kanak-kanak itu, Robert "Bobby" Tufts masih belum memasuki alam prasekolah tetapi telah pun dipilih sebanyak dua kali sebagai datuk bandar di sini.
Nama datuk bandar Tufts dipilih semula kelmarin semasa festival tahunan Taste of Dorset untuk menjadi datuk bandar Dorset buat penggal kedua.
Bandar itu tiada pemerintah pentadbiran yang formal dan mempunyai populasi seramai 22 sehingga 28 orang. Jumlah itu bergantung kepada sama ada menteri dan keluarga berada di bandar atau tidak.
Sesiapa sahaja layak mengundi seberapa banyak yang mereka kehendaki. Setiap undian dikenakan bayaran sebanyak AS$1 (RM3.22).
Para pengundi boleh membuang undi di mana-mana sahaja peti undi yang disediakan di sekitar bandar berkenaan. Hasil kutipan undi tersebut akan gunakan untuk mengelolakan pesta berkenaan.
Bobby telah dipilih sebagai datuk bandar buat pertama kali ketika berusia tiga tahun pada tahun lalu.
Ibunya, Emma Tufts berkata, dia dan anaknya yang akan mencecah usia lima tahun pada bulan Oktober depan, terkejut selepas nama "Bobby" dipilih semula untuk pemilihan pada Ahad lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2bAvZMzqo 
Hakcipta terpelihara 

Penerjun pakai kostum Superman

MICHAL NAVRATIL melakukan terjunan dengan memakai kostum Superman pada Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam.


BARCELONA - Seorang penerjun pada Kejohanan Terjun Dunia berpakaian seperti adi wira Superman sebelum melakukan terjunannya di Barcelona, Sepanyol, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Michal Navratil yang mengimpikan mahu terbang seperti watak kartun adi wira kegemarannya sewaktu kecil itu bertindak memakai kostum watak Superman ketika melakukan terjunan pada kejohanan berkenaan.
Aksi ngeri Navratil, 28, yang berasal dari Republik Czech itu dirakam dan mendapat sambutan hangat selepas dimuat naik ke internet.
Justeru, apabila berpeluang menyertai kejohanan dunia kali ini, dia mengambil kesempatan tersebut dengan membuat terjunan setinggi 27 meter dengan berpakaian Superman.
"Ia adalah satu impian di zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan. Apabila saya mencecah usia 15 tahun dan menyertai acara terjunan di Prague, salah seorang rakan mencadangkan agar saya melakukan aksi terjunan seperti Superman," katanya.
Navratil menduduki tangga keempat dalam kejohanan tersebut. Dia mula menyertai sukan terjun akuatik ketika berusia 18 tahun dan melakukan aksi somersault setinggi 20 meter. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2bAvF2P9J 
Hakcipta terpelihara 

Monday, August 5, 2013

Anjing bawa jodoh

Foto
GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka.
London: Semuanya bermula gara-gara sepasang anjing milik dua individu cacat penglihatan, Venice dan Rodd.
Kedua-dua anjing itu dibawa pemilik mereka menghadiri latihan selama dua minggu dan akhirnya haiwan berkenaan menjadi rapat.

Keadaan itu kemudian mendorong pemilik Venice, Claire Johnson, 50, berkenalan dengan tuan Rodd, Mark Gaffey, 52.
Dalam tempoh dua minggu menghadiri kursus berkenaan, bukan saja Venice dan Rodd menemui pasangan, sebaliknya Claire dan Gaffey saling berkenan dan mula bercinta.

Sebelas bulan kemudian, pasangan Claire dan Gaffey akhirnya memutuskan untuk berumah tangga.

Media semalam melaporkan, Gaffey mengesyaki Venice dan Rodd mengetahui sesuatu yang tidak mereka sangka. “Venice dan Rodd sentiasa bermain bersama-sama dan jurulatih kami memberitahu, anjing peliharaan kami sedang bercinta,” katanya ketika ditemui.

Dalam keadaan begitu, kata Gaffey, dia juga terdorong untuk mengenali Claire dengan lebih dekat.

Sementara itu Claire berkata ketika dia tidak akan melupakan detik ditunangkan dengan Gaffey, peristiwa yang menemukan mereka berdua juga akan kekal dalam ingatannya.
“Kami tidak akan bersama tanpa Venice dan Rodd,” katanya. Di rumah, kata Claire, mereka berkongsi kegembiraan dengan anjing masing-masing.

“Venice dan Rodd berkongsi katil, sama seperti saya dan Gaffey.

“Apabila kami dikahwinkan nanti, Venice dan Rodd akan mengiringi kami untuk disahkan sebagai suami isteri,” katanya dalam temu bual. - Agensi

Jepun hantar robot sebagai teman angkasawan


ROBOT humanoid Kirobo setinggi 34 sentimeter dan seberat satu kilogram ini akan menjadi peneman kepada angkasawan Koichi Wakata dari Jepun.


TOKYO - Jepun telah berjaya melancarkan roket yang membawa bekalan kepada kru di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Turut dihantar sebuah robot kecil untuk menjadi teman angkasawan di sana.
Imej yang disediakan oleh pihak Agensi Eksplorasi Angkasa Lepas Jepun (JAXA) menunjukkan roket H-2B berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima di Tanegashima, selatan Jepun pada Sabtu, pukul 4.48 pagi waktu tempatan.
Modul roket tersebut dijangka berlabuh di ISS pada 9 Ogos ini. Roket yang tidak dikendalikan oleh manusia itu membawa bekalan air minuman, makanan, pakaian dan peralatan untuk bertugas seberat lima tan kepada enam angkasawan di ISS.
Sebuah robot dikenali sebagai Kirobo turut menyertai misi tersebut. Android itu direka sebagai teman berbual kepada angkasawan Koichi Wakata yang dijadual tiba di ISS menjelang akhir tahun ini.
Memiliki ketinggian 34 sentimeter dan seberat satu kilogram, Kirobo diprogram untuk berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Ia juga akan merekodkan perbualannya dengan Wakata yang menjadi angkasawan Jepun pertama mengetuai ISS.
"Kirobo boleh mengecam wajah Wakata. Ia akan menjadi robot pertama tiba di ISS," kata pereka Kirobo, Tomotaka Takahashi.
Penghantaran robot ke angkasa lepas adalah sebahagian daripada kajian yang bertujuan untuk melihat bagaimana robot mampu menawarkan sokongan emosi kepada angkasawan dan perlu berada di angkasa lepas bagi tempoh lama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2b2kQtHLW 
Hakcipta terpelihara 

Kelly Clarkson dihalang bawa pulang cincin Jane Austen

CINCIN milik novelis terkenal Britain, Jane Austen yang dijual pada harga RM739,157 dalam satu acara lelongan tahun lalu.


LONDON - Kerajaan Britain kini dikatakan cuba untuk menghalang penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat (AS), Kelly Clarkson (gambar) daripada membawa keluar sebentuk cincin emas dengan batu berwarna biru dari negara itu.
Cincin itu pernah dimiliki oleh novelis terkenal, Jane Austen. Pemenang pertama pertandingan nyanyian American Idol itu membeli cincin tersebut dalam satu acara lelongan tahun lalu pada harga AS$227,000 (RM739,157).
Menteri Kebudayaan Britain, Ed Vaizey membuat keputusan untuk tidak memberikan lesen import cincin tersebut atas dasar ia mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Britain, jelas satu kenyataan daripada Jabatan Budaya, Media dan Sukan Britain.
"Gaya hidup Jane Austen dan kematian awalnya bermakna apa jua barangan yang berkaitan dengannya sangat sukar ditemui.
"Saya harap orang Britain tampil untuk membelinya kembali. Jadi, cincin ini boleh kekal berada di Britain," kata Vaizey.
Cincin berkenaan adalah satu daripada tiga barang kemas yang dimiliki oleh penulis ikonik tersebut. Austen pernah manghasilkan karya-karya hebat seperti Pride and PrejudiceEmma dan Persuasion.
Para pembeli berpotensi mempunyai tempoh sehingga 30 September depan untuk membeli cincin itu yang ditawarkan pada harga AS$232,836 (RM758,160).
Sekiranya tiada siapa yang berminat, lesen import akan diberikan kepada Clarkson selepas 30 Disember 2013. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2b2k9JNCC 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, August 4, 2013

Juadah berbuka sepanjang 4 kilometer


Ketua Pengarah, Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Sheikh Mansour Al-Aamir (kiri) mengedarkan bungkusan iftar kepada seorang jemaah umrah. - AGENSI
JEDDAH 3 Ogos - Lebih 1,300 sukarelawan bekerja setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini bagi menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang empat kilometer di kawasan Masjidilharam di Mekah.
Meja-meja yang disusun di kawasan Masjidilharam itu sentiasa penuh dengan juadah kopi dan kurma sebagai hidangan berbuka kepada jemaah umrah dan pengunjung dari dalam dan luar Arab Saudi.
Pihak pentadbiran Masjidilharam juga menawarkan kira-kira 100,000 kilogram kurma yang diagih-agihkan di dalam 1,922,160 bekas yang turut memuatkan minuman kopi.
Susunan 'meja gergasi' itu membawa ribuan jemaah tanpa mengira kaum, bangsa dan umur dalam keadaan selamat dan selesa.
Setiausaha Agung Liga Dunia Islam bagi Keajaiban Saintifik dalam al-Quran, Dr. Abdullah Abdul Aziz Al-Musleh berkata, meja itu mewakili imej hormat dan bangga membabitkan tahap tertinggi layanan yang sentiasa diadakan sepanjang Ramadan.
Sementara itu, seorang imam dan pendakwah di Masjidilharam, Dr. Saleh bin Muhammad Al-Taleb berkata, terdapat lebih 1.3 juta makanan diagih-agihkan kepada jemaah sepanjang bulan Ramadan ini dengan panjang susunan mampu mencecah 129 kilometer. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130804/lu_03/Juadah-berbuka-sepanjang-4-kilometer#ixzz2b0feYqvP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MANUSIA MEMANG TAMAK DAN HALOBA

Ramli Joned
Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI AHAD 4 OGOS 2013:
MANUSIA MEMANG TAMAK DAN HALOBA

SUATU HARI NABI ISA 'ALAHIS-SALAAM berjalan dengan seorang teman yang baru dikenalnya... Keduanya menyusur di tepian sungai, sambil MEMAKAN TIGA POTONG ROTI... Nabi Isa A.s. satu potong dan satu potong untuk orang itu, bakinya satu potong... Kemudian Nabi Isa A.s. pergi minum ke sungai, dan bila kembali, ROTI YANG SEPOTONG ITU TIDAK ADA... beliau bertanya kepada temannya, "SIAPAKAH YANG TELAH MENGAMBIL SEPOTONG ROTI TADI?".. JAWAB TEMAN ITU, "AKU TIDAK TAHU.".... 

Keduanya meneruskan perjalanan... TIBA-TIBA TERLIHAT SEEKOR RUSA DENGAN DUA ANAK... Lalu ditangkap seekor dari anak rusa itu, lalu disembelih dan dipanggang... Kemudian makan mereka berdua, lalu Nabi Isa A.s. menyuruh anak rusa yang telah dimakan itu, supaya hidup kembali.... maka hiduplah ia dengan izin Allah SWT, kemudian Nabi Isa As bertanya, "Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?" ... Jawabnya, "AKU TIDAK TAHU." .... Kemudian keduanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tebing sungai, lalu Nabi Isa As memegang tangan temannya itu dan mengajaknya berjalan di atas air, hingga sampai ke seberang... "Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?"... JAWABANNYA TETAP TIDAK TAHU.... 

Ketika berada di hutan dan keduanya sedang duduk-duduk, Nabi Isa As mengambil tanah dan batu kerikil, lalu diperintahkan, "JADILAH EMAS DENGAN IZIN ALLAH.".... Tiba-tiba batu kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibagi menjadi tiga bagian.. "UNTUKKU SEPERTIGA, DAN KAMU SEPERTIGA, SEDANG SEPERTIGA INI UNTUK ORANG YANG MENGAMBIL ROTI." SERENTAK TEMAN ITU MENJAWAB, "AKULAH YANG MENGAMBIL ROTI ITU.".... Lantas Nabi Isa A.s. berkata, "Ambillah semua bagian ini untukmu."... Keduanya pun berpisah... Nabi Isa A.s. menuju ke arah lain, manakala kenalan barunya tadi menuju ke arah lain.... 

Tidak lama kemudian kenalan barunya itu DIDATANGI DUA ORANG PEROMPAK yang hendak membunuhnya... Teman Nabi Isa A.s. itu berkata: "AKU ADA EMAS.... BAIK KITA BAGI TIGA ORANG SAJA.".. Mereka bersetuju... Kemudian salah seorang disuruh pergi ke pasar, membeli makanan... Maka timbul di fikiran orang yang ke pasar itu, "UNTUK APA EMAS ITU DIBAHAGI TIGA, LEBIH BAIK MAKANAN INI AKU LETAK RACUN, BIAR KEDUANYA MATI, DAN EMAS INI JADI MILIKKU...".... Makanan itu pun dibubuhnya racun... Sementara dua orang yang tinggal pula berkata, "UNTUK APA KITA MEMBAHAGI EMAS INI UNTUK TIGA ORANG, JIKA IA DATANG LEBIH BAIK KITA BUNUH SAJA, dan emas ini kita bahagi dua..".... Ketika orang yang ke pasar itu datang, dibunuhlah oleh keduanya.... Lalu emasnya dibahagi dua.... Setelah itu, keduanya memakan makanan yang telah dibubuh racun itu, dan mereka berdua pun mati... dan tinggallah harta itu di hutan... 

Ketika Nabi Isa A.s. dan sahabat-sahabatnya berjalan di hutan dan menemukan emas itu, ia berkata kepada sahabat-sahabatnya, "INILAH CONTOH DUNIA, MAKA BERHATI-HATILAH KAMU KEPADANYA."...

Saturday, August 3, 2013

Kisah Anak Derhaka Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka


pasar-daging-babi

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.

Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.

Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.
 Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur.
Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak.
Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Goreng telur di atas jalan raya

Goreng telur di atas jalan rayaSeorang kanak-kanak menggoreng telur dan udang di tepi jalan ketika tengah hari dalam timur wilayah Shandong, China.

ANDA tidak perlukan dapur serta api untuk menggoreng udang atau telur.  Di China, penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.

Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.

Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.

Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.

Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.

Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu.

408 belon udara panas pecah rekod dunia di Britain

KEADAAN langit di Chambley bertukar menjadi penuh warna-warni sejurus 408 buah belon udara panas berlepas ke udara dan mencipta rekod dunia.- Agensi


CHAMBLEY - Sebanyak 408 buah belon udara panas mengambil bahagian dalam usaha untuk mencipta rekod baharu dunia di Chambley di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Semua belon itu berlepas dari sebuah pangkalan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Chambely kelmarin dalam percubaan untuk mencipta rekod pelepasan belon udara panas paling banyak di dunia.
Acara itu berlangsung pada Festival Belon Udara Panas Antarabangsa Lorraine Mondial bertempat di Chambley-Bussieres Aerodrome di Perancis.
Sejurus kesemua belon udara panas itu berlepas ke udara keadaan langit mula menjadi sangat luar biasa dan penuh warna-warni.
Percubaan kali ini dilakukan bagi memecahkan rekod yang dicatatkan sebelum ini pada festival yang sama dengan 343 buah belon udara panas berjaya diterbangkan ketika itu.
Rekod yang dilakukan itu telah memecahkan rekod sebelum ini yang dicatatkan pada 2009.
Festival popular itu telah berlangsung di Paris sejak tahun 1989. Ia telah menarik minat ramai pemilik belon udara panas di seluruh dunia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2arnrOv75 
Hakcipta terpelihara 

Spa tawar rawatan muka guna najis burung



SEORANG pelanggan sedang mendapatkan rawatan kecantikan muka menggunakan sejenis krim rawatan berasaskan najis burung bulbul kelmarin.- AP


NEW YORK - Sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa mewah di sini menawarkan khidmat rawatan kecantikan muka menggunakan najis burung pada harga AS$180 (RM586).
Pemilik spa Shizuka New York itu, Shizuka Bernstein berkata, pusat kecantikannya menawarkan khidmat rawatan tradisional Jepun dengan menggunakan najis burung bulbul bersama dedak beras yang diimport khas.
Setiap bulan seramai 100 wanita dan lelaki datang ke salon kecantikan kulit Shizuka New York itu untuk mendapatkan rawatan. Salon itu terletak berdekatan Fifth Avenue Manhattan.
"Kesemua pelanggan datang ke situ untuk mendapatkan rawatan sebagai cara untuk memastikan kulit muka menjadi lembut dan licin," katanya yang telah menawarkan rawatan itu sejak lima tahun lalu.
Tambahnya, sejenis enzim di dalam tahi burung itu juga dipercayai mampu melakukan proses pengelupasan secara perlahan-lahan bagi mencantikkan kulit muka.
Ujarnya lagi, najis burung bulbul sahaja digunakan di spanya kerana spesies burung tersebut hanya memakan bijirin yang menghasilkan enzim semula jadi sebagai bahan aktifnya.
"Kami tidak gunakan najis burung di Central Park untuk rawatan kecantikan muka kerana burung di sana memakan sampah," katanya. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2armgHjor 
Hakcipta terpelihara 

Friday, August 2, 2013

Kereta naik beca

Foto
KERETA Honda Accord yang dibawa menggunakan beca.
Beijing: Seorang pemilik beca di utara China mengejutkan pengguna jalan raya apabila mengayuh kenderaan itu dengan membawa sebuah kereta di atasnya.
Kereta Honda Accord yang remuk dengan berat melebihi 1.5 tan diimbangkan dan diikat di bahagian penumpang.

Pembawa beca itu hanya mengayuh becanya untuk membawa kenderaan berkenaan di sepanjang jalan raya di Shijiazhuang, wilayah Hebei. - Agensi

Haiwan Pelik Ditemui Di Marang


haiwan-pelik

MARANG – Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.
Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.
Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.
“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.
Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.
“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.
sumber: Sinar Harian

Misteri Manusia Berjalan Merangkak

Sewajarnya, manusia berjalan dengan dua kaki atau disebut dengan istilah bipedal. Namun, ternyata ada sebuah keluarga di Turki yang semua anggotanya berjalan dengan tangan dan kaki alias merangkak.

Penemuan di tahun 2004 itu sangat menggemparkan kerana kebiasaan tersebut terlihat aneh dan disebut dengan istilah beruang merangkak.
Bahkan, kebiasaan ini telah berlaku sekian lama dan rupanya diwariskan turun temurun. Di tahun 1931, seorang antropolog bernama Aleš Hrdlička pernah menulis buku berjudul Children Who 
Run on All Fours: And Other Animal-Like Behaviors in the Human Child.

Buku tersebut ditulis akibat ketertarikannya pada fenomena unik tersebut. Buku ini berisi pengakuan dari beberapa orang tua yang menceritakan kebiasaan balita mereka yang sudah terbiasa berjalan, namun lebih menyukai merangkak seperti beruang.

Bahkan, salah satu pengakuan yang ditulis dalam buku tersebut mengisahkan seorang budak yang dapat bergerak cepat dengan merangkak dibandingkan dengan ketika ia berjalan tanpa sedikit pun merasa lelah.

Dalam buku tersebut, Hrdlička menyimpulkan bahawa kebiasaan tersebut ada kaitannya dengan leluhur manusia, dalam hal ini adalah kera.

Sementara itu, kasus yang terjadi pada keluarga di Turki sangat istimewa. Mereka tinggal di sebuah desa terpencil dan terdiri dari 19 anak yang semuanya berjalan dengan kaki dan tangan. Sebenarnya, mereka mampu berdiri dengan tegak asalkan boleh berkonsentrasi. Namun, mereka akan mudah goyah dalam beberapa detik dan kembali merangkak.

Para pengkaji mengungkapkan penemuan lain terkait dengan kondisi otak dari keluarga bersaudara di Turki tersebut. Otak mereka kurang berkembang sehingga sukar untuk mengawal keseimbangan.
Anehnya, kondisi otak semacam itu seharusnya tidak memungkinkan seseorang berdiri tegak. Kenyataannya, mereka masih boleh berdiri meskipun akan kembali merangkak. Para pengkaji Turki menyebut fenomena tersebut sebagai ‘evolusi terbalik’.

Sementara itu, ada penjelasan yang lebih aneh bahawa keluarga Turki ini telah menciptakan kebiasaannya sendiri. Ada yang mengatakan bahawa anak-anak tersebut tak pernah diajarkan cara berjalan tegak oleh orang tuanya.

Terbukti setelah berita mengenai mereka tersebar ke serata dunia, anak-anak tersebut mendapatkan terapi motorik. Hasilnya, mereka dapat berjalan dengan dua kaki.

Pekara tersebut membuktikan bahawa pengajaran cara berjalan tegak harus tetap diajarkan oleh orang tua. Apalagi, beberapa tahun setelah kasus di Turki muncul, ada beberapa penemuan sama yang terjadi pada beberapa keluarga di Irak, Turki dan Amerika Selatan.

Bagaimanapun juga, bipedalisme merupakan pekara dasar yang membuat manusia menjadi manusiawi. Psikolog Esther Thelen menyebutkan bahawa berjalan dengan dua kaki bukanlah sesuatu yang muncul dengan sendirinya. Itu akan sangat tergantung pada respons otak, kreativitas dan proses sensitif. Tentunya, itu juga mesti dilatih sejak kecil.