Pages

Sunday, August 4, 2013

Juadah berbuka sepanjang 4 kilometer


Ketua Pengarah, Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Sheikh Mansour Al-Aamir (kiri) mengedarkan bungkusan iftar kepada seorang jemaah umrah. - AGENSI
JEDDAH 3 Ogos - Lebih 1,300 sukarelawan bekerja setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini bagi menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang empat kilometer di kawasan Masjidilharam di Mekah.
Meja-meja yang disusun di kawasan Masjidilharam itu sentiasa penuh dengan juadah kopi dan kurma sebagai hidangan berbuka kepada jemaah umrah dan pengunjung dari dalam dan luar Arab Saudi.
Pihak pentadbiran Masjidilharam juga menawarkan kira-kira 100,000 kilogram kurma yang diagih-agihkan di dalam 1,922,160 bekas yang turut memuatkan minuman kopi.
Susunan 'meja gergasi' itu membawa ribuan jemaah tanpa mengira kaum, bangsa dan umur dalam keadaan selamat dan selesa.
Setiausaha Agung Liga Dunia Islam bagi Keajaiban Saintifik dalam al-Quran, Dr. Abdullah Abdul Aziz Al-Musleh berkata, meja itu mewakili imej hormat dan bangga membabitkan tahap tertinggi layanan yang sentiasa diadakan sepanjang Ramadan.
Sementara itu, seorang imam dan pendakwah di Masjidilharam, Dr. Saleh bin Muhammad Al-Taleb berkata, terdapat lebih 1.3 juta makanan diagih-agihkan kepada jemaah sepanjang bulan Ramadan ini dengan panjang susunan mampu mencecah 129 kilometer. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130804/lu_03/Juadah-berbuka-sepanjang-4-kilometer#ixzz2b0feYqvP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: