Pages

Monday, April 8, 2013

Rakyat Jerman protes Tembok Berlin diroboh



NURBAYA ABDUL REZAK
8 April 2013
Rakyat Jerman
Rakyat Jerman protes tembok dilabel Galeri Blok Timur dimusnahkan.
Tembok Berlin yang dibina semata-mata memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur mungkin kini semakin bersisa hasil pembangunan walaupun pembinaannya pada awal 60-an dulu mencetuskan pelbagai insiden termasuk kematian dan penindasan rakyat Jerman.

Awal Mac lalu. sekumpulan buruh yang dibantu polis Jerman bertindak merobohkan sebahagian Tembok Berlin iaitu Galeri Blok Timur bagi membuka laluan kepada projek pembinaan bangunan sekali gus diselar penduduk yang menganggap ia tindakan menghapuskan sejarah negara.

Susulan tindakan membuka laluan itu, sekumpulan besar penduduk Jerman Timur berhimpun dan mengadakan beberapa siri protes bagi menghalang ia dirobohkan.

Jurucakap polis, Alexander Tonnies berkata, kira-kira 1.2 meter tembok berkenaan dirobohkan untuk memudahkan pihak pemaju membina sebuah pangsapuri mewah di sepanjang sungai Spree.

Galeri Blok Timur ialah bahagian Tembok Berlin bersempadan dengan sungai Spree, dihiasi dengan lukisan menarik di sepanjang 1.3 kilometer (km) dan dilabelkan sebagai tugu kebebasan antarabangsa.

Tembok Berlin yang dianggap amat menakutkan di kalangan penduduk Jerman awal 60-an lalu, kini menjadi berubah wajah selepas ia dihiasi dengan pelbagai jenis seni lukisan berwarna-warni sekali gus menjadi sebahagian tarikan utama pelancongan negara.

Ketua pereka lukisan Galeri Blok Timur, Kani Alavi berkata: "Saya amat terkejut apabila mengetahui mereka ingin merobohkan tembok bersejarah ini. Malah kumpulan pemusnah ini datang pada waktu subuh seperti sedang menyembunyikan perbuatan mereka daripada umum.

"Mereka seolah-olah hanya menginginkan keuntungan dan tidak mahu memahami serta mendalami sejarah dan seni pada tembok ini," katanya.

Gesa Alavi, jiwa kota Berlin akan musnah walaupun seinci bahagian Tembok Berlin itu dimusnahkan.
Sementara itu, wakil pemaju Maik Uwe Hinkel berkata, pihaknya tidak merobohkan tembok bersejarah itu sebaliknya hanya mengalihkan sebahagian binaan tembok buat sementara waktu bagi memudahkan jentera berat memasuki tapak pembinaan di seberang tembok.

Kata Hinkel, pihaknya sudah tidak dapat menahan kesabaran selepas perbincangan bagi mendapatkan kebenaran memindahkan sebahagian Galeri Blok Timur berlarutan selama empat minggu.

"Kami sudah tidak sanggup menanggung kerugian jika kerja-kerja membina bangunan kediaman mewah itu sering ditangguhkan," kata Hinkel.


Sejarah Tembok Berlin

Tembok Berlin adalah konkrit pemisah yang dibina Republik Demokratik Jerman (GDR, Jerman Timur) pada 13 Ogos 1961, untuk memisahkan tanah di Jerman Barat daripada Jerman Timur selepas Perang Dunia II.

Pemimpin Jerman Timur, Walter Ulbricht mengarahkan Tembok Berlin dibina dan ia diluluskan oleh pemimpin Rusia iaitu, Nikita Khrushchev.

Ia menjadi simbol kepada Perang Dingin, tirai besi dan garisan sempadan antara Jerman Timur dan Jerman Barat selama 28 tahun sebelum dibuka semula pada 9 November 1989.

Tujuan dibina bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat.

Penghijrahan golongan profesional dari 1949 hingga 1961 setiap hari dinamakan 'Grenzgeger'. Golongan profesional ini membantu pembinaan semula Eropah Barat sebagaimana Plan Marshall.

Ramai golongan profesional dan pekerja mahir berhijrah dan ini meninggalkan kesan ekonomi yang teruk kepada Jerman Timur.

Seramai 2.5 juta orang berhijrah sepanjang tempoh 1949 dan 1962. Kemudian berkurangan kepada 5,000 orang dalam tempoh 1962 hingga 1989.
Sementara itu hampir 200 orang mati ditembak ketika memanjat tembok ini. Ramai lagi yang cedera, ada yang terjun dari bangunan di tepi tembok dan ada yang sanggup membina pesawat kecil dan mendarat di Berlin Barat.

Selepas Jerman kalah dalam Perang Dunia II, negara itu terbahagi kepada 4 zon iaitu Berlin yang diduduki pihak Bersekutu dan terpecah pula kepada beberapa zon penjajah yang dikuasai Perancis, Britain dan Amerika Syarikat.
Wilayah dikuasai tiga negara itu kemudian dibentuk sebagai Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) pada 1949. Sementara zon yang dikuasai Kesatuan Soviet digelar sebagai Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) pada tahun sama.

Jerman Barat juga amat terkenal dengan kekayaannya sehingga melangkaui kekayaan negara Eropah lain berbanding penduduk dalam Jerman Timur yang masih bergelumang dengan perjuangan kebebasan berpolitik dan pertumbuhan ekonomi.


Trivia

-1961 mula dibina.
-1962 hingga 1965 ditambah pagar kawat.
-1965 hingga 1975 dibina tembok batu.
-1975 hingga 1989 terbinanya Tembok Sempadan 75.
- Keseluruhan Tembok Berlin setinggi 3.6 meter dan 1.2 meter lebar.
- Dilengkapi 116 menara tinjau dan 20 lubang pasir.
- Menyamai fungsi Tembok Besar China.
- 1989 pintu tembok dibuka kepada penduduk Jerman Timur dan Jerman Barat.
- Sebahagian binaan Tembok Berlin dirobohkan susulan keputusan menyatukan dua wilayah itu tanggal 3 Oktober 1990.
- 9 November 2009, rakyat Jerman menyambut ulang tahun ke-20 kejatuhan zaman Tembok Berlin iaitu Festival Kebebasan.

Cipta pakaian dalam anti rogol




7 April 2013
Cipta pakaian dalam anti rogol
Baju anti rogol direka khas oleh tiga pelajar kejuruteraan India mampu menyalurkan 3,800 kV kuasa elektrik kepada penyerang.
SERAMAI tiga pelajar kejuruteraan India mengaplikasikan kemahiran mereka dengan mencipta set pakaian dalam wanita anti rogol yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik sebanyak  3,800 kilovolt (kV) terhadap si penyerang.

Dipetik Daily Mail, set pakaian dalam berkenaan akan melumpuhkan penyerang sebelum menghantar satu pesanan teks automatik kepada polis atau ahli keluarga mangsa mengenai lokasi serangan.

Wakil jurutera yang membantu membangunkan produk ini, Manisha Mohan berkata, satu set kecil pengesan tekanan diselitkan di beberapa bahagian strategik pakaian dalam wanita, serta mampu mengeluarkan kuasa kejutan elektrik secara automatik sebanyak 82 kali atau lebih sekali gus menyebabkan penyerang pengsan.

"Pakaian dalam wanita ini memiliki sistem komunikasi bergerak global dan berfungsi sebagai pengesan tekanan sebelum mengeluarkan gelombang elektrik kira-kira 3,800 kV serta pesanan kepada keluarga mangsa atau polis.

"Si pemakainya hanya perlu menghidupkan alat pengesan dan ia akan berfungsi secara automatik jika ada individu yang menyentuh bahagian berkenaan," katanya sambil menambah pakaian dalam anti rogol dilengkapi modul sistem penentu kedudukan global dan modem GSM.  -

Tarantula sebesar muka manusia




7 April 2013
Tarantula bersaiz muka manusia dan beracun.
Tarantula bersaiz muka manusia dan beracun.
SPESIES baru tarantula bersaiz muka manusia dijumpai berhabitat dalam kawasan hutan di utara Sri Lanka.

Dipetik MailOnline, jurucakap saintis Pusat Penyelidikan dan Pengajian Biodiversiti Sri Lanka memberitahu, spesies Poecilotheria rajaei itu mampu melangkah sekurang-kurangnya 20.3 sentimeter.

Dedah penyelidik, tarantula beracun yang dijumpai di dalam sebuah kuarters usang di Mankulan ini amat berbeza dengan spesiesnya kerana jarang ditemui di dunia.

"Selepas beberapa hari menjalankan kajian terhadap tarantula ini, kami mendapati spesies ini hidup di atas pokok dan dalam hutan jarang," kata Ranil Nanayakkara.

Beliau berkata, hidupan liar ini diklasifikasikan sebagai selamat kerana begitu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran tetapi mampu pupus jika habitatnya dimusnakan oleh pembangunan semasa.  -  MailOnline

Gelang pintar anticulik




7 April 2013
Gelang anti culik Natalia
Gelang Projek Natalia mendapat namanya menerusi kes pembunuhan aktivis Natalia Estemirova di utara Caucasus dalam 2009.
IBU bapa dan rakyat dunia mungkin akan dapat mengurangkan sedikit tahap kerisauan mereka membabitkan isu jenayah culik global dengan adanya seutas gelang berteknologi tinggi baru yang menggunakan sistem Facebook dan Twitter sebagai amaran penculikan.

Dipetik MailOnline, gelang yang bernama Projek Natalia itu dipasang dengan peranti berteknologi pemandu arah satelit dan berhubung dengan media sosial untuk membolehkannya menyalurkan maklumat serangan hanya dalam satu saat.

Set pertama Projek Natalia dijangka dikeluarkan pada minggu ini di kawasan peperangan serta lokasi risiko tinggi kes penculikan.

Pertubuhan kempen Pertahanan Hak Asasi Awam Rusia yang juga menyumbang kepada pengeluaran gelang anti culik ini, mendedahkan ia berfungsi secara automatik jika pemakainya diserang atau dalam ketakutan serta jika ia ditanggalkan secara paksa.

"Setiap gelang dilengkapi sistem teknologi telefon bimbit yang membolehkannya menghantar pesanan segera kepada mana-mana pejabat Pertahanan Hak Asasi Awam sebelum disiarkan ke laman sosial," kata pegawai pertahanan awam, Robert Hardh.

Pada masa yang sama, gelang berkenaan akan menghantar lokasi sistem penentu kedudukan global (GPS) kepada pasukan penyelamat dan polis dalam beberapa saat sahaja.
Laporan BBC pula menyebut bahawa gelang pintar berteknologi tinggi bakal menemui para pengguna tidak lama lagi bagi mengelakkan pekerja daripada risiko culik atau dibunuh.
Penggera peribadi di gelang tersebut menggunakan teknologi Sab-nav yang boleh memberi amaran pemakainya berada dalam bahaya.
Amaran yang sama juga akan dihantar dalam bentuk mesej ke Facebook dan Twitter kepada majikan bagi memastikan pekerja mereka dapat dikesan.
Gelang pertama bakal diberikan minggu ini dan ramai pembiaya mahukan gelang yang sama dikeluarkan dengan lebih banyak lagi.
Secara keseluruhan, 55 utas gelang bakal diedarkan menjelang akhir tahun depan.

Jerung kepala dua pertama dunia




7 April 2013
Jerung kepala dua pertama dunia
Pengimbas MRI mendedahkan anak jerung ini memiliki sistem hati dan perut berlainan tetapi berkongsi badan serta ekor.
JURNAL Biologi Ikan melabelkan penemuan seekor anak jerung berkepala dua adalah yang pertama di dunia selepas seorang nelayan di teluk Mexico menjumpainya pada 2011.

Dipetik MailOnline, menurut saintis Universiti Negeri Michigan (MSU), Amerika Syarikat, anak jerung itu dijumpai di dalam rahim jerung dewasa susulan insiden tumpahan minyak di kawasan gerudi minyak Deepwater Horizon.

Jerung Yu adalah spesies tunggal jerung yang menyerang manusia selain ia amat popular di kalangan nelayan kerana sifat agresifnya.

Penolong profesor perikanan dan hidupan liar MSU, Michael Wagner berkata, hidupan akuatik berdarah panas itu berkemungkinan mati selepas dilahirkan.

"Kebanyakan haiwan yang dilahirkan berkepala dua tidak akan hidup lama sejurus dilahirkan dan dalam kes ini, anak jerung ditemui nelayan mati ketika ditemui," katanya sambil mengakui bangkai anak jerung itu kini disimpan di jabatan sains marin di Kolej Komuniti Florida Keys.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Mariana, Jepun




7 April 2013
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda kepulauan Mariana, selatan Jepun, pada 9.31 pagi hari ini.
Dalam satu kenyataan di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa itu berpusat di 2,124km tenggara Yokosuka, Jepun dan 3,448km timur laut Kinabatangan, Sabah.
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama

Rentasi Lautan Atlantik guna belon




8 April 2013
Silver-Vallance menjadi orang pertama di Afrika melakukan aksi itu.
Silver-Vallance menjadi orang pertama di Afrika melakukan aksi itu.
CAPE TOWN - Seorang lelaki di Afrika Selatan, kelmarin berjaya merentasi Lautan Atlantik dari Penjara Robben Island yang pernah dihuni Nelson Mandela, dengan menggunakan kira-kira 35 belon helium.

Tujuan Matt Silver-Vallance, 37, melakukan aksi sejauh enam kilometer dari lokasi bersejarah itu  adalah untuk mengumpulkan dana berjumlah AS$1.1 juta (RM3.4 juta) bagi  membina Hospital Kanak-kanak di Johannesburg yang akan dinamakan sempena nama bekas presiden tersebut.

Difahamkan, beliau mengambil masa selama sejam untuk terapung pada jarak beberapa meter dari permukaan laut.
"Idea ini tercetus semasa saya sedang menonton rancangan mengenai angkasawan di televisyen kira-kira tujuh tahun lalu," jelasnya yang turut terlibat dalam aktiviti kebajikan di Hospital Kanak-kanak di Cape Town, dipetik daripada laporan AFP.

Sunday, April 7, 2013

Penduduk berpesta tangkap ikan



Ribuan penduduk memenuhi tebing Sungai Brantas bagi menangkap ikan yang timbul akibat mabuk. - AGENSI
KEDIRI, Jawa Timur - Penduduk Kota Kediri berpusu-pusu menyerbu Sungai Brantas di sini selepas ribuan ekor ikan timbul dari dasar sungai itu, Sabtu lalu.
Tribunnews.com melaporkan, ikan-ikan itu timbul selepas air di Empangan Karangkates dilepaskan bagi membuang mendapan lumpur di situ kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan.
Perkara itu sekali gus membuatkan ikan-ikan di sungai itu mabuk selepas air sungai menjadi keruh bercampur lumpur.
Bagaikan pesta, penduduk membawa pelbagai kelengkapan bagi menangkap ikan yang timbul ke permukaan air akibat mabuk seawal pukul 8 pagi waktu tempatan.
Penduduk tempatan menggelar operasi membuang lumpur itu sebagai pladu.
''Biasanya, pintu air dibuka selama 24 jam hingga mengakibatkan banyak ikan mabuk. Selagi air sungai keruh, banyak ikan akan timbul,'' kata Ali Saroni, 31.
Ali ketika ditemui bersama isterinya telah mendapat satu tong ikan pelbagai jenis selepas mula menyauk ikan yang timbul dari awal pagi.
Antara ikan yang berjaya ditangkap penduduk adalah daripada jenis bader, wader, sili, gabus dan juga udang.- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130406/lu_10/Penduduk-berpesta-tangkap-ikan#ixzz2PjpvU4rh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berkayak di lahar gunung berapi



Peminat sukan kayak, Pedro Oliva tidak gentar mendekati tebing berbatu walaupun lahar panas dari Gunung Berapi Kilauea di Hawaii mengalir ke dalam laut. - AGENSI
HAWAII 5 April - Berani melakukan apa saja, mungkin itu ungkapan sesuai buat seorang peminat sukan kayak dari Brazil, Pedro Oliva.
Dalam penjelajahan terbaharunya, lelaki itu menunjukkan keberaniannya berdayung di kawasan berhampiran lahar panas yang melimpah dari Gunung Berapi Kilauea, Hawaii, hingga mengalir ke lautan.
Tidak cukup dengan itu, dia turun dari kayak dan berjalan di kawasan berbatu di situ serta cuba menguji kehangatan lahar lebur dengan suhu mencecah antara 700 dan 1,100 darjah celsius dengan mencelup pendayung ke dalamnya.
Pendayung tersebut terbakar sejurus terkena cecair panas itu.
Oliva meneroka beberapa laluan berkayak di Hawaii yang kurang diketahui umum bersama dua rakannya, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry.
Dua lelaki tersebut yang merupakan peminat sukan kayak profesional mengakui keberanian Oliva dalam ekspedisi tersebut.
"Anda boleh mendengar dengan jelas bunyi desis lahar panas yang bercampur air laut. Memang menakutkan dan tangan anda boleh terbakar seandainya terkena cecair itu.
"Namun, Oliva tetap Oliva, dia mahu merasai sesuatu dengan lebih dekat, kerana itu dia berani mencuba dengan pendayung," kata mereka.
Pasukan itu menghabiskan masa selama sehari menjelajah kawasan tersebut yang terletak pada ketinggian 60 meter dengan melalui kawasan lahar yang telah mengeras.
Penjelajahan pasukan itu dirakam bagi program televisyen Brazil, Kaiak yang akan disiarkan di negara tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130406/lu_08/Berkayak-di-lahar-gunung-berapi#ixzz2PjpoS3AF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bimbang Kawah Timbang keluarkan gas



Gas-gas dapat dilihat keluar dari Kawah Timbang Desa Sumberejo, Batur Banjarnegara di Jawa Tengah sejak awal minggu ini. - AGENSI
BANJARNEGARA, Jawa Tengah - Penduduk enam buah kampung di sekitar Kawah Timbang Desa Sumberejo semakin bimbang dengan aktiviti kawasan tersebut yang boleh mengakibatkan letusan gunung berapi.
Akhbar Koran Tempo melaporkan penduduk mengadu bimbang selepas merasa gegaran seakan-akan gempa bumi berlaku.
Bau belerang yang keluar dari Kawah Timbang juga menyebabkan penduduk bimbang.
Enam kampung terbabit adalah Desa Sumberejo, Pekasiran, Batur, Wanapriya, Pasurenan dan Kali Putih.
Ketua Kampung Dusun Sumberejo Lor, Suyit berkata, penduduk juga menjumpai cecair berwarna kelabu di bumbung dan kawasan rumah mereka.
''Keadaan ini sangat membimbangkan kami,'' katanya.
Pengarah Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Surono berkata, gempa dapat dirasakan pada Ahad lalu sekitar pukul 12 tengah malam.
''Tekanan yang dikesan dikawah itu melebihi skala yang biasanya dirakam ketika gempa,'' katanya.- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130406/lu_09/Bimbang-Kawah-Timbang-keluarkan-gas#ixzz2Pjpf0V4Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Zakar dibaham anjing


Recovering: Joel Goodman after his emergency operation to save his testicle
dogggg
London: Seorang guru muzik terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan satu daripada buah zakarnya selepas dibaham seekor anjing.

Joel Goodman, 28, diserang haiwan itu dipercayai baka Bull Terrier Inggeris ketika berjoging.


Ketika dia terbaring kesakitan, pemilik anjing itu enggan membantu, sebaliknya menarik anjing berkenaan sambil memberitahu Goodman: “Saya bukan berasal dari sini.” Dengan berlumuran darah, Goodman berjalan perlahan-lahan ke rumah seorang rakan di Epping, Essex, yang kemudian membawanya ke sebuah hospital di Harlow. Dia menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan buah zakarnya.

Pembedahan itu berjaya, tetapi Goodman terpaksa bertarung dengan kesan psikologi akibat daripada kejadian menimpanya bulan lalu. Dia masih belum boleh kembali mengajar menyanyi. “Anjing itu tiba-tiba muncul di satu lorong dan menerkam ke arah saya. Saya langsung tidak berpeluang bertindak balas. Dia meluru dan terus menggigit kemaluan saya.


“Kejadian berlaku begitu pantas, padahnya mungkin lama. Mujur doktor berjaya menyelamatkan buah zakar saya. Saya masih terkenang serangan itu dan sentiasa dilanda kebimbangan,” kata guru itu.


Menurutnya, dia cuba kembali mengajar menyanyi, tetapi proses pemulihan mengambil masa begitu lama.

Polis sehingga ini masih belum menjejaki pemilik anjing itu yang dikatakan berusia antara 35 dan 40 tahun. Goodman berharap sangat supaya lelaki itu ditangkap. “Sesuatu perlu dilakukan. Saya mahu anjing itu dibunuh dan pemiliknya didakwa sebelum kejadian sama berlaku pada orang lain,” kata guru itu. - The Sun

Saturday, April 6, 2013

Dahsyatnya Alam Kubur


Suatu ketika Muhammad bin Wazir al-Harani keluar dari rumahnya menuju kebun setelah Ashar.

Ia bercerita,

“Ketika matahari hendak tenggelam, saya berada di tengah kuburan. Tiba-tiba dari salah satu kuburan bara api yang wujudnya menyerupai sebuah panci kaca sedagkan mayat berada di tengah-tengahnya. Saya mengusap mata saya dan saya berkata, ‘Apakah saya sedang mimpi atau sungguhan?’ Kemudian saya menoleh ke pagar kota dan saya berkata, ‘Demi Allah, saya tidak sedang tidur’.”

“Kemudian saya pulang ke keluarga saya. Saya kebingungan. Lalu keluargaku memberiku makanan, tetapi saya tidak bisa makan. Selanjutnya saya masuk ke daerah tersebut, lalu saya bertanya tentang siapa penghuni kubur tersebut. Ternyata orang yang di dalam kubur tersebut adalah pemungut pajak liar.” (Ia adalah salah satu pembantu orang-orang zhalim) yang meninggal dunia pada hari itu.

Asy-Sya’bi menuturkan bahwa seorang laki-laki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Saya pernah melewati daerah Badr, lalu saya melihat seorang laki-laki keluar dari dalam tanah, lantas dipukul oleh seseorang dengan gada (pentungan kepala) sehingga ia amblas lagi ke dalam tanah. Kemudian ia keluar lagi dan diperlakukan seperti itu lagi.” Lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang tersebut adalah Abu Jahl bin Hisyam yang disiksa seperti itu sampai Hari Kiamat.”

Salim bin Abdillah meriwayatkan dari ayahnya yang berkata,

“Suatu ketika seseorang sedang berjalan di atas kendaraan di antara Mekah dan Madinah, kebetulan melewati kuburan. Tiba-tiba ada seseorang keluar dari kuburan dengan api yang menyala, dibelenggu dengan besi, dan di lehernya terdapat rantai. Ia menarik-narik rantai itu, lalu ia berkata, “Wahai hamba Allah! Siramkanlah air! Wahai hamba Allah! Siramkanlah air!” Lantas ada orang lain yang keluar mengikutinya, lalu ia berkata, “Wahai hamba Allah! Jangan kau sirami air! Wahai hamba Allah! Jangan kau sirami air!” kemudian ia menarik rantai, lalu mengembalikannya ke dalam kubur.’

Salim melanjutkan kisahnya,

“Maka si penunggang kendaraan pun jatuh pingsan. Lantara kejadian itu, kendaraan yang ditungganginya menjadi pincang.”

Salim melanjutkan ceritanya,

“Di pagi harinya rambut orang tersebut menjadi putih, lalu ia menceritakan hal tersebut kepada Utsman bin Affan, lantas beliau melarang lelaki tersebut bepergian sendirian.”

Ada seorang laki-laki dari kalangan penduduk Madinah. Ia mempunyai saudara perempuan yang tinggal di sudut kota Madinah. Kemudian saudara perempuan tersebut meninggal dunia, lalu ia menguburkannya. Ketika pulang, ia teringat bahwa ia tadi kehilangan sesuatu yang terjatuh di dalam kuburan. Lantas ia meminta bantuan seorang sahabatnya.

Lalu keduanya menggali lagi kuburnya dan keduanya menemukan benda tersebut. Kemudian ia berkata kepada sahabatnya, “Menjauhlah kamu agar saya dapat dilihat saudara perempuanku.” Lalu ia mengangkat penutup liang kubur. Ternyata kuburan tersebut penuh dengan api yang menyala. Lalu ia segera mengembalikannya, meratakan kembali kuburnya, dan pulang kepada ibunya seraya berkata kepadanya, “Bagaimana sebenarnya tingkah laku saudara perempuanku?” Ibuku bertanya, “Memang kenapa? Dia kan telah meninggal?” Selanjutnya ia menceritakan kepada ibunya tentang apa yang telah disaksikannya di kuburan. Lalu ibunya berkata, “Saudara perempuanmu itu suka menunda-nunda shalat dari waktunya dan suka mendatangi pintu-pintu tetangga, mencuri dengan pembicaraan mereka lalu menyebarkan pembicaraan mereka.”

Seseorang yang dahulu bekerja sebagai penggali kubur dan ia telah kapok dari pekerjaannya ditanya, “Apa pengalaman aneh yang pernah engkau jumpai?” Ia menjawab, “Saya pernah menggali kuburan seseorang. Ternyata orang tersebut telah dipaku dengan paku besar menancap sementara paku yang lain menancap di kedua kakinya. Saya juga pernah melihat tengkorak manusia yang dituangi timah. Pada beberapa kuburan yang saya gali lagi, saya sering melihat orang yang ada di dalamnya telah dipalingkan dari arah kiblat.”



Sumber: Hiburan Orang-orang Shalih, 101 Kisah Segar, Nyata dan Penuh Hikmah, Pustaka Arafah Cetakan 1



(KabarDuniaIslam/kisahmuslim)

50 jam siapkan kasut berlian



50 jam siapkan kasut berlian
Kepuasan terpancar di wajah Wilson dan Hutchings ketika lelongan kasut berlian di New Zealand.
50 jam siapkan kasut berlian
Ratusan berlian digunakan untuk menyaluti sepasang kasut.
SEPASANG kasut bertumit tinggi bertatahkan berlian asli bernilai £276,000 (RM1.3 juta) muncul sebahagian aksesori wanita paling mahal di dunia.

Perekanya, Kathryn Wilson berasal dari New Zealand berkata, penghasilan kasut berlian itu diilhamkan oleh Pengarah Auckland’s Orsini Fine Jewellery, Sarah Hutchings dengan menyediakan berlian bermutu kepadanya.

"Proses menyiapkan sepasang kasut ini memerlukan ketelitian bagi mengelakkan berlian bercalar atau tertanggal," katanya yang dipetik dari laporan MailOnline

Wilson berkata, impiannya untuk menghasilkan kasut idaman jutaan wanita menerusi kisah dongeng Cinderella akhirnya tercapai.

"Saya terpaksa menghabiskan lebih 50 jam semata-mata mahu menghasilkan sepasang kasut eksklusif ini yang menggunakan lebih 21.18 karat berlian, labuci dan perhiasan lain yang bermutu," katanya.

Bagaimanapun, kasut paling cantik dan mahal itu sebenarnya dihasilkan khusus untuk majlis lelongan amal di Ronald McDonald, New Zealand dan jumlah bidaan mencecah NZD$22,000 (RM57,000) bagi membantu keluarga miskin dan pesakit kronik.

Gempa bumi sederhana landa Irian Jaya

6 April 2013
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Gempa bumi sederhana bermagnitud 7.2 padaskala Richter melanda Irian Jaya, Indonesia pada 12.42 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa terletak 273 kilometer di Barat Daya dari Jayapura, Indonesia dan 2,393 kilometer Tenggara dari Semporna, Sabah.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan. - Bernama"

Rumah jadi muzium haiwan

Foto
DAOUST membunuh dan mengumpul bangkai haiwan sejak 40 tahun lalu.
Foto
BELIAU pernah diserang badak sumbu.


Quebec: Seorang pemburu haiwan mengisi rumahnya dengan lebih 300 bangkai haiwan yang dibunuh dan dikumpulnya sejak 40 tahun lalu.

Pameran kontroversi itu, termasuk singa, gajah dan zirafah dan kini diubah untuk menjadi muzium bernilai kira-kira RM26.5 juta.


Georges Daoust, 75, menembak semua haiwan koleksinya itu dengan senapang miliknya ketika ekspedisi di seluruh dunia.

Ahli perniagaan jutawan itu yang digelar ‘Dundee Buaya Kanada’ berkata, dia bernasib baik kerana mempunyai wang dan sihat untuk menjelajah bagi memenuhi minatnya.


“Haiwan pertama saya tembak ialah caribou (sejenis rusa) di pantai Tasik Caniapiscau di utara Quebec. Itulah permulaan kisah pemburuan saya 40 tahun lalu. Dari situ, saya ke British Columbia untuk dua ekspedisi memburu sebelum saya digigit pijat Afrika. “Sejak itu saya tidak pernah berhenti menjelajah ke seluruh dunia kerana memburu. Saya sudah memburu di lebih 40 negara di seluruh dunia,” kata Daoust.


Dia pernah diserang oleh seekor badak sumbu dan badak air ketika berburu di Tanzania.


“Anda perlu tahu bahawa badak air menghabiskan masa mereka dalam air untuk berlindung dari matahari. Sebelah malam mereka keluar untuk makan. Jika anda berada di laluan mereka ketika haiwan itu dalam perjalanan pulang untuk berendam semula pada sebelah pagi, anda akan diserang kerana dianggap menghalang mereka,” katanya.


Georges baru pulang dari Mexico tempat dia memburu bebiri liar di padang pasir.

Dia kini merancang lebih banyak ekspedisi, termasuk ke Ghana untuk memburu antelop dan ke Afrika Selatan.


“Saya dikurniakan dengan banyak perkara dalam kehidupan. Hari ini, pada usia 75 tahun, saya perlu bersedia ke tepi untuk memberi peluang kepada yang lain, “Apa yang menjadikan saya gembira ialah memberikan koleksi saya kepada muzium supaya apa yang saya lakukan boleh diteruskan,” katanya. - The Sun

Agensi perisikan Jerman pintas 2.9 juta SMS, e-mel



06/04/2013 3:31am

BERLIN - Agensi perisikan utama Jerman memintas berjuta-juta e-mel dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) pada setiap tahun tetapi ia hanya menemui 290 mesej yang mencurigakan pada 2011, tahun paling terkini data rasmi tersebut yang didedahkan kepada umum semalam.
Perkhidmatan perisikan persekutuan BND menggunakan perisian yang boleh membaca mesej dan mendengar per bualan telefon untuk mencari perkataan berkaitan ke ganasan, pengedaran senjata dan penyeludupan manusia.
Laporan rasmi tersebut yang disiapkan oleh jawatankuasa Parlimen mengenai agensi-agensi perisikan menyatakan, hampir 2.9 juta mesej telah dipintas pada 2011 tetapi hanya 290 yang relevan untuk disiasat.
BND diberi kuasa untuk memintas mesej yang masuk dan keluar dari Jerman dalam usaha memerangi keganasan dan jenayah terancang. - dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2PdY9a8mg 
Hakcipta terpelihara 

Ikan tanpa hemoglobin ditemui




SEEKOR ikan yang tidak mempunyai hemoglobin dipamerkan di dalam akuarium Tokyo Sea Life Park, Tokyo semalam.- AFP


TOKYO - Seekor ikan yang hidup di kawasan Lautan Antartik yang sejuk didapati tidak mempunyai hemoglobin, kata beberapa penyelidik semalam.
Hemoglobin merupakan protein yang terdapat pada haiwan-haiwan bertulang dan menjadikan darah berwarna merah.
Ia juga merupakan agen yang membawa oksigen di sekitar badan.
Dua ekor ikan itu dipamerkan di dalam akuarium di Tokyo Sea Life Park.
"Kami mempunyai ikan jantan dan betina yang telah bertelur pada Januari lalu," kata seorang pakar pendidikan di Tokyo Sea Life Park, Satoshi Tada.
Ikan ais tersebut dipamerkan selepas pihak akuarium itu mengetahui bahawa kapal-kapal nelayan syarikat Nippon Suisan Kaisha Ltd., berjaya menangkap ikan tersebut hidup-hidup pada tahun 2011.
"Kami meminta pihak Nippon Suisan untuk bekerjasama bagi membawa ikan tersebut ke Jepun," kata seorang kakitangan di akuarium itu, Naoaki Kawahara.
Beberapa penyelidik percaya ikan itu boleh hidup tanpa hemoglobin kerana ia mempunyai jantung yang besar dan menggunakan plasma darah untuk menyebarkan oksigen ke seluruh badannya.
Kulit ikan itu juga mampu menyerap oksigen.
Ikan tersebut ditemui di dalam Lautan Antartik pada kedalaman sehingga satu kilometer. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2PdULZ600 
Hakcipta terpelihara 

Pasar raya jual pesawat dapat sambutan di Beijing




BEBERAPA buah pesawat terbang luncur yang dijual di pasar raya itu.- REUTERS


BEIJING - Kelab Penerbangan Antarabangsa Beijing telah menjual lebih 800 buah pesawat sejak pasar raya yang menjual pelbagai pesawat dibuka pada 30 Mac lalu.
Menurut pengurus kelab tersebut, Zhang Changyi, harga pesawat yang dijual itu adalah antara AS$48,390 (RM147,952) hingga AS$8 juta (RM24.46 juta).
Pelbagai pesawat dijual di pasar raya itu termasuk helikopter dan kapal terbang ringan Sting S4.
Ia merupakan pasar raya menjual pesawat yang pertama pernah wujud di bandar raya ini. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2PdU1NfdC 
Hakcipta terpelihara 

Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui




DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.- ap


BAGHDAD - Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.
Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun.
Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur.
Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.
Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui.
Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an.
Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.
Campbell berkata, salah sebuah artifak yang ditemui kumpulan penggalian itu ialah plak tanah liat yang menunjukkan seorang manusia memakai jubah labuh mendekati sebuah tapak yang suci. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2PdTTLh1O 
Hakcipta terpelihara 

Gunung berapi di Sumatera muntahkan lahar




LAHAR muntah daripada Gunung Karangetang yang terletak di Kepulauan Siau, Sumatera kelmarin.- AFP


BEBALI, Indonesia - Sebuah gunung berapi di wilayah Sumatera Utara kelmarin memuntahkan lahar yang dapat dilihat dari Kampung Bebali.
Gunung Karangetang itu terletak di Kepuluaan Siau itu sebelum ini telah dijangka memuntahkan lahar.
Kali terakhir gunung itu meletus ialah pada tahun 1997 yang menyebabkan tiga orang terbunuh.
Kepuluan Indonesia mempunyai puluhan gunung berapi yang aktif dan terletak di garisan lingkaran api antara Lautan Pasifik dan Hindi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2PdT8KySu 
Hakcipta terpelihara 

Friday, April 5, 2013

18 SEBAB JIN MERASUK MANUSIA



WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka dan ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

"Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya".

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya. Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selsema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,? katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Sila SHARE semoga bermanafaat buat semua

Korea Selatan, Jepun sasaran

Korea Selatan, Jepun  sasaran
Kenderaan tentera membawa peluru berpandu Korea Utara pada perhimpunan besar-besaran di Pyongyang. Peluru berpandu Korea Utara dihalakan kepada sekutu Amerika

Seoul: Korea Utara meletakkan peluru berpandunya yang mempunyai jarak sasaran jauh di pantai timurnya yang dipercayai menyasarkan lokasi di Korea Selatan dan Jepun.

Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Kwan-jin menolak laporan media Jepun bahawa peluru berpandu itu adalah KN-08 sebaliknya menegaskan bahawa senjata berkenaan tidak berupaya sampai ke Amerika Syarikat.
Tentera Korea Utara memberi amaran bahawa ia mendapat kebenaran melancarkan serangan terhadap Amerika menggunakan senjata nuklear lebih kecil dan ringan.


Retorik perang terbaru

Ia adalah retorik perang terbaru Pyongyang terhadap Washington dalam tempoh beberapa minggu.

Kim berkata, dia tidak tahu alasan Korea Utara mengambil langkah itu dan ia mungkin ‘hanya latihan tentera’.

Kim memberitahu ahli perundangan di sebuah jawatankuasa Parlimen bahawa peluru berpandu itu ada jarak yang baik tetapi tidak mungkin sampai ke Amerika.
Beliau percaya, peluru berpandu dinamakan ‘Musudan’ itu mempunyai jarak sasaran 3,000 kilometer.

Ini menjadikan Jepun dan Korea Selatan sasaran berpotensi selain markas tentera Amerika di dua negara itu.

Jabatan Pertahanan Amerika pula mengumumkan ia akan menempatkan sistem pertahanan peluru berpandu di Guam untuk mempertingkat perlindungan daripada serangan menerusi kerjasama serantau.

Ada pakar yang berkata, Korea Utara belum menunjukkan keupayaan peluru berpandunya mengenai jarak sasaran mahupun ketepatannya. - AP

Pelajar ada masalah sedu setiap dua saat




London: Januari lalu, seorang pelajar mengalami sedu yang dianggapnya biasa ketika dia dalam perjalanan ke sekolah.

Bagaimanapun, sejak itu hidup Emily Marsh mula berubah apabila sedu itu tidak berhenti sehingga kini, malah dia mengalaminya setiap dua saat.


Gejala itu, kata Emily, 13, turut berlaku walaupun ketika dia tidur. Pakar perubatan kebingungan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi Emily dan belum menemui penyelesaian bagi mengatasinya. Seminggu sejak menyedari keanehan itu, kata Emily, dia menjalani beberapa ujian perubatan dan kesnya dirujuk kepada Hospital St Helier di Epsom, Surrey.


“Saya melalui beberapa siri imbasan, X-ray dada, pemeriksaan endoskopi, ujian pernafasan serta kajian gastrik,” katanya. Doktor juga, kata Emily, memberinya pelbagai jenis ubat yang setakat ini belum menampakkan sebarang hasil. “Saya juga pernah mencuba kaedah rawatan hipnosis tetapi masih belum berhasil,” katanya. Dia juga mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan alternatif. Kata Emily, selain menyakitkan, gejala itu memang memenatkan apabila terpaksa tersedu dalam kekerapan yang tinggi.


Disebabkan masalah itu, Emily diberi perlepasan setiap tengah hari di sekolahnya untuk membolehkan dia berehat sebelum menyambung semula pembelajarannya. Sementara itu, ibu Emily, Cathy Barrett, 45, berkata dia rela mencuba apa saja kaedah perubatan asalkan anaknya kembali ke keadaan asal. - Daily Mail

Lelaki taksub jadi ikan duyung

Foto
DUCHARME berenang dengan memakai ‘ekor’ ikan duyung.
Foto
PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung.


Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu.

Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.


Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.

Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri.


“Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur.


“Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya.


Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.


Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.

Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.


“Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.


“Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya. - The Sun

Bangunan tertinggi di Grozny terbakar



SEORANG lelaki menyaksikan bangunan apartmen setinggi 40 tingkat terbakar di Grozny, Republik Chechen kelmarin.


MOSCOW - Bangunan tertinggi di bandar Grozny yang merupakan ibu negeri Republik Chechen di Rusia terbakar kelmarin.
Sejumlah anggota bomba mengambil masa selama tujuh jam untuk memadamkan kebakaran bangunan apartmen setinggi 40 tingkat itu yang tidak berpenghuni tetapi masih dalam pembinaan.
Menurut pemerintah republik itu, kebakaran tersebut berlaku akibat litar pintas pada sistem pendingin hawa.
Setakat ini tiada laporan tentang kematian dan kecederaan ekoran kebakaran itu.
Seorang penduduk, Temila Sagaipova berkata, bangunan itu menjadi simbol keamanan dan tamatnya peperangan di Chechen.
Dia menyatakan, bangunan tersebut merupakan satu-satunya daya tarikan di bandar ini.
"Saya berharap bangunan itu akan dibina semula dengan segera," katanya yang merupakan antara 600 orang yang menyaksikan kebakaran tersebut.
Republik itu sebelum ini dilanda peperangan melibatkan golongan pemisah dengan tentera Rusia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1994 hingga 1995. Peperangan kedua bermula pada 1999 sebelum ia berakhir sepenuhnya pada tahun 2009. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2PXU25oUM 
Hakcipta terpelihara 

Harimau kumbang dilepaskan ke hutan




HARIMAU itu kemudian meninggalkan kurungan itu.


MIAMI - Beberapa kakitangan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Perikanan Florida membebaskan seekor harimau kumbang jantan yang berusia dua tahun di sebuah kawasan hutan simpan di Florida kelmarin.
Harimau kumbang itu dilepaskan selepas ia dibesarkan di Pusat Pemuliharaan White Oak sejak berusia lima bulan.
Anggota-anggota suruhanjaya itu menangkap haiwan tersebut selepas mereka menemuinya di daerah Collier.
Anggota-anggota suruhanjaya itu menemui harimau kumbang tersebut bersama seekor lagi harimau betina.
Kedua-dua haiwan itu merupakan anak seekor harimau betina yang mati pada 2011.
Haiwan jantan tersebut dilepaskan dari kurungan ke dalam hutan di kawasan hidupan liar Rotenberger di sempadan Palm Beach dan daerah Broward. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2PXTmjU2w 
Hakcipta terpelihara 

Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat




BADAM (kanan) duduk bersama seorang saudaranya di Khar, Bajaur pada 1 April lalu.



KHAR - Seorang suri rumah Pakistan yang tidak tahu membaca dan menulis mencipta sejarah di negara ini apabila dia akan bertanding menjadi wakil rakyat di kubu kuat Taliban pada 11 Mei depan.
Suri rumah itu, Badam Zari, 53 yang merupakan isteri seorang guru besar mempunyai peluang tipis untuk menang.
"Saya bertanding dengan penuh keterujaan dengan hati yang suci dan suara hati yang jelas.
"Keazaman saya adalah untuk mendidik generasi masa depan, kanak-kanak perempuan dan wanita serta berkhidmat untuk mereka," katanya kepada agensi berita AFP menerusi telefon dari daerah Bajaur.
"Saya mengetahui bahawa saya merupakan wanita pertama yang akan bertanding dan berharap akan menang," tambahnya.
Dia akan bertanding atas tiket bebas di daerah tersebut.
Daerah itu terletak di kawasan pergunungan dan merupakan antara yang paling miskin dan ramai penduduknya tidak berpendidikan.
"Saya tidak berasa takut. saya tidak pernah menerima ancaman daripada mana-mana pihak," katanya.
Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan kelmarin, permohonannya untuk bertanding telah diterima.
Undang-undang Pakistan tidak melarang calon yang buta huruf bertanding untuk menjadi wakil rakyat.
Bajaur merupakan kubu kuat kumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain.
Daerah tersebut menjadi lokasi pertempuran antara tentera Pakistan dengan kumpulan militan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2PXSNqJeh 
Hakcipta terpelihara